Jauh Dari Cinta. [E].

By ejaroses

188K 5.2K 593

Segalanya bermula saat dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bekerja bawah naungan Rashid's Company (Mil... More

Bab 1: Adakah Ini Pengakhirannya?.
Bab 2: Move On?.
Bab 3: Tengku Ashraf.
Bab 4: Pengganti?.
Bab 5: Pengikat Aku Dan Dia.
Bab 6: Kenyataan Yang Perih.
Bab 7: Permulaan.
Bab 8: Hanya Untuk Sofea.
Bab 9: Siapa Yang Lebih Terluka?.
Bab 10: Siapa Dia?.
Bab 11: Aku Terluka Lagi.
Bab 12: Salah Faham.
Bab 13: Kenapa Sekarang?.
Bab 14: Rasa Bersalah.
Bab 15: Hati Yang Telah Dilukai.
Bab 16: Tiada Lagi Harapan.
Bab 17: Milik Siapa Hati Ini?.
Bab 18: Milik Siapa Hati Ini?. II
Bab 19
Bab 20
Bab 21: Korban Perasaan.
Bab 22: Lembaran Baru.
Bab 23: πŸ€”
Bab 24: Hati Armell.
Bab 26: Tiada Jodoh?.
Bab 27: ✌
Bab 28: Setelah Semuanya Terbongkar.
Bab 29: Jalan Lain.
Bab 30: Tekanan Jiwa.
Bab 31: Hari Nikah.
Bab 32: Hati Seorang Lelaki.
Bab 33: 😢
Bab 34: Mulut Kata Lain, Hati Kata Lain.
Bab 35: Penjaga Hati.
Bab 36: Demi Dia.
Bab 37: 😣
Bab 38: [Tengku Ashraf & Ariana] & [Aiman & Nina]
Bab 39: A R I A N A & A S F I R A
Bab 40: Sahabat.
Bab 41: Tidak Mengharapkan Apa-Apa.
Bab 42: Aku Cintakan Dia.
Bab 43: Kacau.
Bab 44: Hilang Ingatan.
Bab 45: Hanif.
Bab 46: Setelah Dia Pergi.
Bab 47: SETAHUN KEMUDIAN.
Bab 48: Separuh Hati.
Bab 49: Ego.
Bab 50: 'JAUH DARI CINTA'
EPILOG: DEKAT DENGAN CINTA.

Bab 25: Dah Terlambat.

3.1K 93 10
By ejaroses

HANIF Memakai jam di pergelangan tangannya dan menyembur sedikit perfume pada tubuhnya seperti biasa.

Selesai itu. Dia mengambil kunci keretanya dan keluar dari biliknya.

NINA Yang sedang membantu Aini dan Huda menyusun barang. Menoleh kebelakang apabila mendengar bunyi pintu bilik.

"Along." Sapa Aini.

Hanif menoleh kearah Ibunya.

"Nak pergi mana?. Kejap lagi kan Sofea datang." Ujar Aini.

"Itulah... Bau perfume kuat pulak tu. Macam nak pergi jumpa buah hati je." Sampuk Huda tanpa berfikir.

Hanif memandang kearah Nina, begitu juga dengan Nina.

"Mana ada. Along nak keluar kejap jumpa kawan. Nanti Along baliklah..." Ujar Hanif. Seraya berpaling pergi.

Hanif menghidu bau perfume dari tubuhnya.

Banyak sangat ke perfume aku sembur tadi?. Aku rasa macam biasa je. Benaknya.

NINA Berkerut dahi melihat Hanif yang melulu pergi.

_
ARMELL Melangkah keluar dari pusat gym sambil menggalas beg kecil dibelakangnya.

"Armell."

Membulat mata Armell kerana terkejut melihat Asfira dan Marsha.

Aduhai.. Dia orang buat apa dekat sini?. Getus hatinya.

***

ASFIRA Menyedut air didalam gelas.

"Susah betul nak jumpa kau sekarang kan?."

Armell tersenyum kelat.

"Aku busy lah..." Ujarnya cuba berdalih.

"Hari minggu pun busy?." Sindir Asfira.

Armell membiarkan sindiran Asfira tanpa jawapan.

"Hmm... Aku rindulah dekat Baby Sofea. Semenjak kau busy ni... Lama aku tak jumpa dia." Tutur Marsha.

"Haah.. Apa khabar budak tembam tu." Tambah Asfira.

Armell tersenyum memandang mereka.

"Urm... Bolehlah kalau macam tu. Alang-alang kita dah jumpa dan korang pulak rindu dekat Sofea. Apa kata petang ni korang pergi ambil Sofea. Lepastu makan malam dekat rumah aku. Aku masak." Ujar Armell.

"Cadangan yang bernas. Aku pun dah lama tak rasa masakan kau." Ujar Asfira.

"Tempoyak ikan patin." Marsha mengangkat tangan meminta order kepada Armell.

Asfira menepuk tangan Marsha.

"No!. Ayam masak merah dengan nasi serai." Asfira pula berkata.

Marsha memuncungkan bibirnya.

Armell tertawa.

HANIF Yang baru sahaja melabuhkan punggungnya dikerusi belakang Armell, berkerut dahi apabila mendengar tawa yang sangat dikenalinya itu. Seraya menunduk dan menoleh sedikit kebelakang untuk memastikan yang dia tidak salah dengar.

Melihat Asfira dan Marsha. Dia cepat-cepat berpaling kehadapan, takut mereka melihatnya. Seraya kemudian tersenyum dan bersandar hingga bahunya hampir sejajar dengan bahu Armell.

"OKEY. Aku masak dua dua." Ujar Armell.

"Boleh ke?." Serentak Asfira dan Marsha bertanya.

"Apa pulak tak boleh... Ini Armell Adriana lah..." Ujar Armell.

"Wahh... Bukan main bongkak kau sekarangkan sejak dah pandai masak ni." Ujar Asfira.

HANIF Yang sedang mencuri dengar perbualan mereka tersenyum sendiri mendengarnya.

Flashback.

Dia menutup hidungnya apabila masuk kedapur.

Seraya menghampiri Armell.

"Sayang masak apa ni?. Kenapa bau macam ni?."

Armell berpaling kearahnya dengan pinggan ikan ditangan.

"Saya nak goreng ikan. Tapi hangit..." Ujar Armell memuncungkan bibir.

Dia tersenyum. Seraya mengambil pinggan tersebut dari tangan Armell dan meletakkan pinggan tersebut di para dekat belakang Armell.

"It's ok.. Next time boleh cuba lagi." Ujarnya. Seraya memeluk Armell.

End Flashback.

ARMELL Mendabik dada.

"Well... Kau tahu aku kan..." Kata Armell. Seraya menghirup air limau panas didalam gelasnya.

"Ehem... Mell."

Armell memandang wajah Asfira yang tiba-tiba berubah serius ton suaranya.

"Kau dengan Abang Ash?. Macam mana?." Tanya Asfira.

Armell mengeluh kecil. Dia sudah menduganya.

"Macam mana apa maksud kau?." Tanya dia berpura tidak mengerti.

"Kau dah terima lamaran dia?." Tanya Asfira.

"As. Kenapa kau tanya macam tu?." Sampuk Marsha.

Armell membuang pandangan kearah lain. Seraya menghela nafas panjang dan menunduk.

"Aku minta maaf. Aku sebenarnya tak nak cakap pasal perkara ni. Dan kalau boleh aku tak nak fikir pun. Tapi kau pun dah tanya. Jadi bagitahulah... Ya. Memang baru-baru ni Abang Ash ada jumpa aku. Keluarga dia pun dah mula tanya pasal bila nak hantar rombongan. Tapi"

Asfira merengus kasar sebelum sempat Armell menghabiskan ayatnya.

"Tapi kau belum sedia lagi." Tebak Asfira kedengaran kesal.

Armell memandang wajah Asfira.

"Itu yang kau nak cakap kan?." Tebak Asfira lagi.

Baru Armell mahu membuka mulutnya cuba menerangkan.

"Habistu?. Kau nak suruh Armell cakap apa?. Dah memang dia tak sedia lagi kan..." Ujar Marsha.

Asfira menoleh kearah Marsha.

"Sha... Kau boleh diam tak kalau tak tahu apa-apa. Mell ni jadi macam ni sebab dalam hati dia, masih ada bekas suami dia. Jadi caranya adalah Mell terima lamaran Abang Ash dan aku yakin bekas suami dia akan perlahan-perlahan keluar dari hati dia." Ujar Asfira.

"Siapa cakap dengan kau?. Cepat atau lambat Hanif akan keluar jugak dari hati Mell. Tak perlu kita nak gunakan Abang Ash." Ujar Marsha.

"Sha... Mell dah tahu yang bekas suami dia tak salah dalam hal tu!. Jadi memang susah untuk dia lupakan bekas suami dia!. Lagipun... Abang Ash dah lama tunggu dia. Jadi apa salahnya kita peluang pada Abang Ash." Ujar Asfira.

"Okey... Tapi sebelum tu. Kita kena bagitahu Hanif dulu, siapa Nina tu sebenarnya. Lepastu baru kita buat keputusan untuk terima lamaran Abang Ash." Ujar Marsha.

"Kau ni kenapa?. Kau nak Mell balik dengan dia ke apa?!." Ujar Asfira.

"Ini bukan soal Mell balik pada Hanif atau tak. Tapi ini soal keadilan. Tak adil untuk Hanif berkahwin dengan orang yang musnahkan rumahtangga dia." Ujar Marsha.

Armell merengus.

"Korang sudahlah..." Ujarnya cuba menenangkan Asfira dan Marsha yang sedang bertekak tentang halnya.

"Buang masa!. Kalau Mell pun dia tak percaya. Apatah lagi kita?." Ujar Asfira tanpa mempedulikan kata-kata Armell.

"Mell pun tak akan percayakan dia sampai bila-bila kalau Mell tak terdengar sendiri dari mulut perempuan tu." Ujar Marsha.

Asfira menjadi berang dengan sikap Marsha.

"Eh!. Yang kau ni bela dia sangat kenapa hah?. Kau dah lupa ke apa yang dah jadi pada Mell sebelum ni?." Tanya Asfira meninggikan suara.

Marsha menepuk meja. Matanya memandang tajam mata Asfira.

"Aku tak nak perkara yang sama jadi lagi!. Disebabkan terlalu nak jaga hati kau! Hati Armell!. Kita akhirnya"

"Cukup!." Armell berteriak sambil menutup telinganya menggunakan kedua tangannya.

Asfira dan Marsha terdiam. Mereka memandang kearah Armell.

Air jernih mengalir keluar dari kelopak mata Armell. Dia memandang wajah Asfira tajam.

"Kenapa dengan korang ni?. Korang sepatutnya faham keadaan aku sekarang. Ya!. Aku tak boleh nak terima lamaran Abang Ash sekarang sebab aku masih cintakan Hanif!. Tapi aku akan terima juga lamaran dia nanti."

Pandangannya beralih pula kepada Marsha.

"Untuk Hanif pula. Aku tahu semua ni tak adil untuk dia. Tapi ini yang terbaik untuk semua. Aku akan kuburkan cerita sebenarnya bersama dengan cinta kami. Ini jawapan aku!. Puas hati korang!." Ujarnya sebak.

"Mell." Gumam Asfira dan Marsha serentak. Mereka seperti baru tersedar akan sikap mereka yang seolah mahu mengatur hidup sahabat mereka itu.

Armell bingkas bangun dan berpaling hendak pergi dengan kepala menunduk dia menyeka air matanya.

Namun langkahnya terhenti apabila ada sosok lelaki yang menghalang jalannya. Dia mengangkat pandangannya.

"Hanif." Gumamnya terkejut. Bagai mahu luruh jantungnya saat melihat wajah Hanif yang sedang menatapnya dengan mata berkaca.

"Apa cerita sebenarnya Armell?." Soal Hanif memandangnya.

Armell terkedu mendengarnya. Air matanya mengalir deras membasahi pipinya. Lidahnya kelu, tidak tahu harus menjawab apa.

"Bagitahu saya apa yang saya tak tahu Armell!." Ujar Hanif mengeraskan suara.

Marsha bingkas berdiri.

"Nina yang hancurkan rumah tangga awak dengan Armell dan dia juga yang cuba pisahkan awak dengan Sofea." Ujar Marsha.

"Marsha.." Tangan Asfira laju menampar lengan Marsha.

Armell kembali menundukkan kepalanya. Air matanya terus mengalir.

Air jernih mulai bertakung dikelopak mata Hanif. Seraya menatap wajah Armell yang tidak pun memandangnya.

"Betul ke semua ni Armell?." Tanya dia.

Armell mengangkat kembali kepalanya.

"Itu yang saya cuba bagitahu awak sebelum ni. Tapi awak tak percaya saya kan?." Ujarnya.

Hanif terdiam.

Armell menyeka air matanya. Seraya berlalu melepasi Hanif.

Hanif tidak mampu lagi membendung air matanya. Ianya mengalir deras membasahi pipinya. Seraya mendongak keatas dan menyeka air mata dipipinya dan segera berpaling mengejar langkah Armell.

***

ARMELL Tiba disisi keretanya sambil menagis tersedu sedan. Dan tanpa menekan lagi alat kawalan jauh kereta. Dia segera mahu membuka pintu keretanya. Tidak berputus asa, dia tetap mencuba sambil menangis. Sehingga dia akhirnya tersedar dan saat itu dia terduduk ditepi keretanya itu dan menangis semahunya.

"Armell.."

Dia terdiam. Seraya melihat kesisinya Hanif yang sedang berdiri sambil menghulur tangan kepadanya.

Armell berkerut dahi memandang wajah Hanif.

"Apa ni?." Tanya dia memandang tangan Hanif.

"Tadi saya dengar awak kata yang awak masih cintakan saya. Saya pun nak bagitahu perkara yang sama pada awak. Saya masih cintakan awak Armell." Tutur Hanif.

Air mata Armell mengalir deras. Hatinya pedih saat mendengarnya. Seraya berpaling kearah lain, memejam matanya, menahan rasa sedih.

Hanif melutut disisinya.

"Jom Armell. Kita bagitahu semua orang cerita sebenar. Kita nikah semula sayang..." Tutur Hanif turut sebak.

Armell menyeka air matanya. Seraya bingkas berdiri dan membuka kunci pintu keretanya.

Hanif turut berdiri bersamanya.

"Armell" Panggil Hanif.

Armell berhenti tanpa berpaling kearah Hanif.

"Dah terlambat Hanif." Ujarnya. Seraya membuka pintu keretanya dan cepat-cepat masuk kedalam perut kereta.

HANIF Tidak mampu berbuat apa selain dari berdiri dan melihat kereta Armell yang pergi meninggalkannya.

Flashback.

Matanya fokus di skrin komputer, sementara tangannya laju menaip.

"Busy nampak."

Dia terkejut apabila melihat Nina yang tiba-tiba muncul didalam biliknya.

"Nina. Kau ni. Kalau ya pun... Ketuklah dulu. Terkejut aku tiba-tiba muncul." Ujarnya.

Nina mengukir senyuman.

"Kau buat apa ni?." Tanya Nina menjengah skrin komputer.

"Nak siapkan untuk buat presentation esok." Ujarnya sambil meneruskan kerjanya.

"Kesian kau kan...".

"Kesian?. Kenapa pulak?." Tanya dia tanpa memandang wajah Nina.

Nina meletakkan punggung diatas meja kerjanya.

"Tak adalah... Aku tengok Puan Armell buat kau macam kuli. Semua kau kena buat."

Dia laju-laju memandang wajah Nina.

"Nina. Aku tak suka kau tuduh isteri aku macam tu. Aku kan staf dekat sini. Ini memang kerja aku." Ujarnya serius.

"Okey... Sorry..." Ujar Nina.

Dia kembali menyambung kerjanya.

"Kau nak air panas tak?. Kalau nak. Aku boleh buatkan..."

"Boleh jugak..." Balasnya acuh tak acuh.

Nina berpaling dan melangkah keluar dari biliknya, namun tidak lama. Nina masuk kembali dan melulu datang kearahnya.

"Anep!." Teriak Nina.

Dia yang terkejut. Bingkas berdiri. Namun Nina menerpanya, sehingga dia terduduk kembali dan Nina pula terduduk diatas ribaanya.

"Kau ni kenapa?." Tanya dia terkejut.

Baru Nina membuka mulut mahu bercakap.

Bunyi sesuatu jatuh dihadapan pintu, menyapa gegendang telinganya. Dia laju melihatnya.

"Sayang." Gumamnya terkejut apabila melihat Armell dimuka pintu.

Nina bingkas bangun dari ribaannya.

Ini bukan kali pertama Armell melihat keadaan dia dan Nina seperti ini. Dia tahu Armell sudah pasti akan salah faham.

Dia bingkas bangun dan menghampiri Armell.

"Armell.. Ini bukan macam apa yang awak sangka." Ujarnya.

"Ya, Puan Armell. Saya tak sengaja, terjatuh tadi dekat Encik Hanif." Tutur Nina turut membantunya memberi penjelasan.

"Perempuan jalang!." Teriak Armell, menampar Nina sekuat hati.

"Armell!." Spontan dia berteriak meninggikan suaranya kerana terkejut dengan tindakan Armell. Seraya menarik Nina kebelakang.

"Kenapa dengan awak ni?. Kan saya dah bagitahu. Ini bukan macam apa yang awak sangka!." Ujarnya memarahi Armell. Dia sudah lama bersabar dengan sikap Armell yang selalu menuduh Nina mempunyai hubungan sulit dengannya.

Armell memandangnya tajam.

"Saya dah lama sabar dengan perangai awak ni. Semua nak ikut cakap awak je. Selama ni. Awak tuduh Nina yang bukan-bukan. Awak tuduh saya yang bukan-bukan. Kesabaran saya ada limitnya Armell. Awak jangan sampai saya" Belum sempat dia menghabiskan ayatnya.

"Sampai saya apa? Awak nak pukul saya?!. Awak nak ceraikan saya?!. Sebab perempuan ni?!." Tengking Armell, menuding jari kearah Nina yang berada dibelakangnya.

Dia diam memandang wajah Armell.

"Kesabaran saya juga ada limitnya Hanif. Awak kena ingat siapa diri awak tu sebenarnya. Dari mana asal awak? Dan dekat mana awak sekarang?. Kalau bukan sebab saya. Jangan mimpilah awak ada bilik sendiri dekat company besar macam ni. Sampai senang awak nak buat maksiat dalam ni!. Dan kalau bukan sebab saya. Jangan mimpilah keluarga awak boleh hidup senang macam sekarang ni!." Ujar Armell lantang.

Dia hilang sabar apabila Armell mengaitkan keluarganya.

"Armell Adriana!." Tengkingnya mengangkat tangan mahu menampar Armell.

Armell terdiam melihat tangannya. Dia dapat melihat air jernih yang mengalir keluar dari tubir mata Armell.

"Terima kasih Hanif." Tutur Armell, seraya keluar dari bilik tersebut.

"Anep aku minta maaf." Nina memegang lengannya.

Dia menunduk sambil mengurut dahinya sendiri.

"Bukan salah kau." Ujarnya.

End Flashback.

Hanif menjerit sekuat hati apabila teringat peristiwa tersebut, seraya terduduk dan menangis. Dia baru teringat yang dia tidak pernah pun bertanya kepada Nina lagi mengapa Nina berlari kearahnya ketika itu.

"Kenapa kau bodoh sangat Hanif?." Gumamnya dalam tangis.

***

ARMELL Membawa keretanya kebahu jalan. Seraya meletakkan kepalanya diatas stereng kereta.

"Ya, Allah... Bantu aku Ya, Allah... Aku tak kuat ya, Allah... Gumamnya sambil menangis.

_
ARIANA Menghulurkan air yang baru dibelinya kepada Hanif.

"Terima kasih." Ucap Hanif. Seraya membuka botol air tersebut dan terus menogak air minuman tersebut.

Ariana diam. Begitu juga Hanif.

Tetapi tidak lama. Ariana akhirnya membuka mulut untuk menghilangkan tanda tanya difikirannya.

"Siapa perempuan tadi tu dengan you?."

Hanif berhenti menogak air. Seraya memandang Ariana.

"Apa je yang you nampak tadi?." Tanya Hanif.

"Dari you berdiri sebelum you melutut tu." Ujar Ariana.

Hanif menghela nafas panjang, seraya menundukkan kepalanya. Air matanya kembali bergenang.

"She's my ex wife." Gumam bibirnya perlahan.

"What?." Spontan Ariana bertanya terkejut.

Hanif menoleh kearah Ariana.

"Wait... Macam mana dia boleh jadi ex wife you?. I ingat dia belum pernah berkahwin." Ujar Ariana.

Berkerut dahi Hanif melihat reaksi Ariana.

"You kenal dia ke?." Soal Hanif. Dia tidak teringat langsung tentang lamaran Tengku Ashraf yang sempat viral sebelum ini.

Ariana segera menutup mulutnya yang sedikit ternganga tadi.

"Tak.. I baru tengok dia tadi. I nampak dia macam muda lagi. Cantik lagi. So i tak terfikir yang dia pernah berkahwin." Ariana memegang kepalanya sendiri. Seraya menggeleng-geleng kepalanya.

"Apa i cakap ni?. Well... You faham maksud i kan?." Ujar Ariana gagap.

Hanif melepaskan keluhan kecil. Seraya memandang kehadapan.

"Ya. Dia memang wanita yang cantik. Dan dia juga wanita yang sangat tabah. Sekarang baru i tahu, kenapa susah sangat i nak benci dia." Ujar Hanif sebak.

"Kalau tak benci. Kenapa berpisah?." Tanya Ariana.

Hanif menoleh kearah Ariana. Matanya penuh rasa benci.

Sebab dia. Perempuan tak guna tu. Dia penyebab kami berpisah. Getus hatinya.

TBC.

PS:

* My Broken English (Please DM Me)

_______________________________________Comment & Vote Please.

Continue Reading

You'll Also Like

143K 7.1K 21
Pertemuan selepas 5 tahun membawanya mengimbas kenangan luka. Dilepas secara tidak rela, ditinggalkan ketika masih mengharapkan secebis rasa belas da...
4.8K 376 18
S H O R T S T O R Y "Jika kau jodohku, aku akan pastikan kau jadi milikku" IDHAM FARHAN. Lelaki yang sudah jatuh cinta pandang pertama dengan pekerja...
298K 19.2K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
24K 254 5
Punya kekasih hati yang posesif amat mendera sukma seorang Tia Amanda. Ternyata cinta itu buta dan tuli. Biar seribu kali dikhianati, Tia cuba bertah...