Jauh Dari Cinta. [E].

By ejaroses

188K 5.2K 593

Segalanya bermula saat dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bekerja bawah naungan Rashid's Company (Mil... More

Bab 1: Adakah Ini Pengakhirannya?.
Bab 2: Move On?.
Bab 3: Tengku Ashraf.
Bab 4: Pengganti?.
Bab 5: Pengikat Aku Dan Dia.
Bab 6: Kenyataan Yang Perih.
Bab 7: Permulaan.
Bab 8: Hanya Untuk Sofea.
Bab 9: Siapa Yang Lebih Terluka?.
Bab 10: Siapa Dia?.
Bab 11: Aku Terluka Lagi.
Bab 12: Salah Faham.
Bab 13: Kenapa Sekarang?.
Bab 14: Rasa Bersalah.
Bab 15: Hati Yang Telah Dilukai.
Bab 16: Tiada Lagi Harapan.
Bab 17: Milik Siapa Hati Ini?.
Bab 18: Milik Siapa Hati Ini?. II
Bab 19
Bab 20
Bab 21: Korban Perasaan.
Bab 23: πŸ€”
Bab 24: Hati Armell.
Bab 25: Dah Terlambat.
Bab 26: Tiada Jodoh?.
Bab 27: ✌
Bab 28: Setelah Semuanya Terbongkar.
Bab 29: Jalan Lain.
Bab 30: Tekanan Jiwa.
Bab 31: Hari Nikah.
Bab 32: Hati Seorang Lelaki.
Bab 33: 😢
Bab 34: Mulut Kata Lain, Hati Kata Lain.
Bab 35: Penjaga Hati.
Bab 36: Demi Dia.
Bab 37: 😣
Bab 38: [Tengku Ashraf & Ariana] & [Aiman & Nina]
Bab 39: A R I A N A & A S F I R A
Bab 40: Sahabat.
Bab 41: Tidak Mengharapkan Apa-Apa.
Bab 42: Aku Cintakan Dia.
Bab 43: Kacau.
Bab 44: Hilang Ingatan.
Bab 45: Hanif.
Bab 46: Setelah Dia Pergi.
Bab 47: SETAHUN KEMUDIAN.
Bab 48: Separuh Hati.
Bab 49: Ego.
Bab 50: 'JAUH DARI CINTA'
EPILOG: DEKAT DENGAN CINTA.

Bab 22: Lembaran Baru.

2.6K 76 0
By ejaroses

HANIF Duduk dibangku dekat luar rumah bersama dengan adiknya Huda. Menghirup udara malam.

Hanif mengerling sekilas kearah Huda.

"Adik." Panggilnya.

Huda menoleh kearahnya.

"Adik okey ke?." Tanya dia.

"Kenapa pulak tak okey?."

Soalan dibalas dengan soalan.

"Sebab Along minta Mak nak Sofea." Katanya.

Huda menoleh kearahnya.

Dia segera memandang kehadapan.

"Along tahu. Adik mesti marahkan Along.. Tapi adik tak boleh nak cakap apa-apa, sebab Mak yang tolong Along." Ujarnya menebak hati Huda.

Huda menghela nafas panjang. Seraya berkata.

"Adik dah tak marah lagi."

Hanif memandang adiknya meminta penjelasan dari perkataan adiknya itu.

"Bila adik fikir-fikir balik. Adik rasa tak ada sebab pun adik nak marah. Sebab adik marah. Adik ni macam melawan takdir." Ujar Huda.

"Apa maksud adik?." Tanya dia.

Huda menunduk bermain dengan jari sendiri.

"Yalah... Takdir selalu pisahkan Along dengan Sofea. Setiap kali berpisah. Along akan fikir yang Sofea memang tak akan bertemu dengan Along lagi. Tapi takdir berkata sebaliknya. Tengok sekarang. Walaupun Along berperang dengan perasaan Along untuk tak nak bertemu dengan Sofea. Tapi dia tetap datang pada Along juga." Tutur Huda.

Hanif terdiam seketika, cuba menghadam kata-kata Huda. Seraya kemudian tersenyum apabila sudah mengerti.

Berkerut dahi Huda melihatnya.

"Kenapa Along ketawa?. Salah ke apa adik cakap?." Tanya Huda.

Hanif memandang Huda.

"Along tersentuh dengan apa yang adik cakap tadi. Mana adik belajar cakap macam tu?."

Huda tersenyum mendengarnya.

"Along puji adik?." Tanya Huda.

Hanif tersenyum, mengangguk.

"Terima kasih." Ucap Huda tersengih.

Hanif mengangkat kepalanya, memandang kearah langit. Nafasnya dihela panjang.

"Along nak akhiri semua ni adik. Adik boleh tolong Along?." Tanya dia.

Berkerut dahi Huda mendengarnya.

_
ARMELL Memandang redup wajah Sofea yang sudah lelap didalam baby cot.

Flashback.

"Apa jaminan yang kau boleh bagi dekat aku kalau kau tak akan kacau Hanif?." Tanya Nina.

Dia menundukkan kepalanya.

"Saya tak akan berjumpa dengan Hanif lagi."

Nina manggut-manggut.

"Okey... Tapi kau ingat Armell. Aku tak akan lepaskan kau, kalau kau tipu aku." Ujar Nina.

End Flashback.

Dia menghela nafas panjang.

"Ibu dah penat sayang... Tak ada apa lagi yang Ibu boleh harap dari Ayah selain dari tanggungjawab dia sebagai seorang Ayah kepada Sofea." Tuturnya.

Dia cepat-cepat mendongak kepalanya keatas, apabila menyedari air matanya mahu keluar.

_
HANI Menampar kuat wajah Ardell.

Ardell tergamam. Seraya menatap tajam wajah Hani.

"Apasal kau tampar aku?." Tanya dia tidak berpuas hati.

"Sampai hati kau kan!." Tengking Hani.

Berkerut dahi Ardell mendengarnya.

"Aku buat apa?." Tanya dia tidak mengerti.

"Kenapa kau tak bagitahu aku yang kau suka dia?. Aku boleh lepaskan dia untuk kau lah.... Tak perlu pun kau nak buka aib aku." Ujar Hani mengalirkan air mata.

"Kau cakap apa ni?. Aku tak faham. Bila masa aku buka aib kau?." Tanya Ardell semakin bingung apabila melihat Hani mengalirkan air mata.

"Sudahlah Ardell. Aku rasa betul apa orang cakap. Orang biasa macam aku ni memang tak layak bersahabat dengan orang kaya macam kau!." Ujar Hani, seraya berpaling pergi.

"Hani." Panggil Ardell tidak dihiraukan Hani.

Ardell mengeluh kasar. Seraya memegang pipinya yang masih terasa kebas ditampar teman baik sendiri.

_
DATO' Rashid berdehem.

Sementara Datin Hasnah membuang pandangan kearah lain. Tidak tahu mengapa setiap kali memandang Hanif. Dia seperti merasakan penderitaan yang dilalui Armell. Meskipun dia tahu Hanif juga menderita. Namun hati kecilnya tetap menyalahkan Hanif.

Andaikan sahaja Hanif lebih mempercayai Armell dari teman baiknya itu. Maka semua ini tidak akan terjadi. Fikir Datin Hasnah.

"Ada apa Hanif nak berjumpa dengan kami?." Tanya Dato' Rashid memulakan.

Hanif menghela nafas panjang. Seraya memandang wajah Dato' Rashid dan Datin Hasnah.

"Saya nak minta maaf sebab ambil masa terlalu lama untuk berjumpa dengan Mummy dan Daddy."

Berkerut dahi Dato' Rashid dan Datin Hasnah mendengarnya.

"Dan saya juga nak minta maaf sebab tak jadi menantu yang baik sepanjang saya bergelar suami pada Armell. Sampai sekarang pun saya masih bukan menantu yang baik."

"Kenapa baru sekarang?." Potong Datin Hasnah.

Dato' Rashid menjegilkan mata kepada isterinya.

Hanif terdiam sejenak. Seraya memandang wajah Datin Hasnah.

"Sofea. Saya tak nak berjauhan dengan dia lagi. Saya nak mulakan hidup baru. Tak ada rasa benci atau dendam antara pihak saya dan juga pihak Armell." Tutur Hanif.

"Hanif. Pihak kami dah lupakan semua tu. Kami pun memang nak kan perkara yang sama. Tak ada dendam atau benci antara kedua belah pihak. Kalau boleh apa yang dah jadi, biarlah berlalu." Tutur Dato' Rashid.

Hanif tersenyum mendengarnya.

"Terima kasih Daddy." Ucapnya.

Datin Hasnah mengeluh kecil. Seraya membuang pandangan kearah lain.

_
ARMELL Memandang ke langit malam. Dia teringat pertemuannya dengan Ibu Hanif siang tadi.

Flashback.

"Mak. Sebenarnya tujuan Mell ajak Mak jumpa ni. Sebab Mell nak minta maaf pada Mak." Tuturnya mendahului.

Berkerut dahi Aini memandangnya.

"Mell tahu memang berat untuk Mak maafkan Mell. Tapi tolonglah Mak... Mell perlukan kemaafan dari Mak dan Hanif." Tuturnya. Seraya meraih kedua tangan Aini.

Aini menatapnya lama. Mata tua itu mula bergenang air.

"Mak tak pernah berdendam dengan Mell. Mak dah maafkan semua salah Mell. Jujur Mak kata, Mak tak pernah tahu apa sebenarnya yang dah terjadi antara Mell dan Hanif. Sebab Hanif tak pernah cerita pun pada Mak. Jadi dimata Mak. Armell adalah menantu yang sempurna." Ujar Aini.

Air mata yang ditahan-tahannya dari tadi. Tumpah saat mendengar kenyataan bekas ibu mertuanya itu.

"Balik dari outstation. Hanif meroyan, macam orang tak betul. Dia tak makan, tak tidur. Pendekkan cerita kami bawa dia ke hospital dan doktor bagitahu yang dia menghidap Depression. Mak terduduk masa dengar penjelasan doktor. Mak jadi tertanya-tanya kenapa Hanif jadi macam tu, sedangkan dia okey je sebelum ni."

Air matanya bercucuran jatuh mendengarmya.

"Sampailah Nina bagitahu Mak cerita sebenar. Rupanya... Mell adalah penyebabnya. Mell pisahkan dia dengan Sofea. Mell tak kasi dia jumpa Sofea. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya hati Mak masa tu... Dua bulan Hanif dekat hospital, berperang dengan rasa rindu dia pada Sofea. Mak cuba hubungi Armell. Tapi sia-sia." Ujar Aini dengan air mata bercucuran.

Dia mengucup belakang tangan Aini.

"Mak. Maafkan Mell Mak... Mell tahu salah Mell... Mell tak sepatutnya buat macam tu. Mell terlalu ikutkan perasaan masa tu... Tolong maafkan Mell..."Mell janji dengan Mak. Mell tak akan jauhkan Sofea dari Hanif lagi. Melainkan kalau Hanif sendiri yang minta Mell buat macam tu. Kalau Mak nak.. Mak pun boleh hukum Mell. Mell terima apa sahaja. Tapi tolong maafkan Mell Mak." Rayunya dengan air mata bercucuran.

Aini melepaskan tangan dari genggamannya dan menggenggam pula tangannya.

"Mak ada perkara nak tanya pada Mell."

Dia mengangkat kepalanya memandang wajah Aini.

"Kenapa Mell failkan penceraian dulu?."

Mulutnya terkunci. Dia tidak tahu harus menjawab apa.

End Flashback.

Armell menyeka air mata yang membasahi pipinya. Seraya menghela nafas panjang.

Kau yang siksa dia Armell dan juga yang siksa diri kau.

Kau dah banyak buat silap pada dia dan anak kau.. Bicaranya didalam hati.

_
ARMELL Melepaskan keluhan kecil.

"Saya nak minta maaf pada awak dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya tahu saya dah banyak sakitkan awak dengan sikap pentingkan diri saya." Tutur Armell.

Hanif tunduk memandang meja.

Armell turut memandang meja. Rasa gugup untuk memandang Hanif.

"Saya janji. Saya tak akan ulangi kesilapan yang sama. Saya tahu susah bagi awak untuk lupakan apa yang dah jadi. Tapi percayalah... Saya betul-betul menyesal atas apa yang dah jadi. Sekarang ni cuma kita yang boleh tolong sesama kita. Saya tahu melampau kalau saya minta benda sekarang. Tapi cuma ini yang boleh tolong kita." Ujar Armell.

Hanif berkerut dahi. Dia memandang wajah Armell meminta penjelasa.

Armell turut mengangkat pandangannya, memandang Hanif.

"Demi Sofea. Saya nak kita sama-sama tutup buka lama dan buka buku baru." Tutur Armell.

Hanif mengeluh kecil tanpa sedar saat mendengarnya. Tidak tahu mengapa. Hatinya merasa sakit apabila Armell mengatakan itu kepadanya.

Armell tidak mempedulikan reaksi Hanif. Dia terus berkata

"Memandangkan kita pun dah ada pasangan masing-masing. Jadi saya rasa"

"Cukup Armell." Ujar Hanif mematikan kata-kata Armell.

Armell memandang Hanif dengan mata berkaca. Hanif mengukir senyuman kepadanya.

"Bagi saya pula bercakap." Kata Hanif.

Lambat-lambat Armell mengangguk.

Hanif membuang pandangan kearah lain. Seraya menghela nafas panjang.

"Saya dah faham apa yang awak cuba sampaikan tadi. Saya pun nak minta maaf pada awak, untuk diri saya, Huda dan juga Mak. Mungkin ada diantara kata-kata kami yang membuatkan awak rasa Sofea tak penting bagi saya sebelum ni. Saya betul-betul minta maaf. Ini pengakuan dari mulut saya Armell. Saya sayangkan Puteri Sofea. anak kita, lebih dari saya sayangkan nyawa saya sendiri." Tutur Hanif. Matanya terus merenung mata Armell.

Perlahan Armell melakar senyuman dibibirnya.  Seraya menganggukkan kepalanya.

Hanif kembali menunduk.

"Dan saya juga nak minta maaf pada awak pasal" Kata-kata Hanif terhenti. Dadanya terasa sakit saat mengingati yang dirinya pernah menghalau Sofea dan Armell, saat Armell datang membawa anak mereka itu untuk bertemunya.

Hanif tidak mampu menahan air matanya dari keluar.

"Ju.. Juga pada Sofea... Sebab saya tolak untuk berjumpa dengan dia masa tu" Tutur Hanif menghabiskan ayatnya.

Armell menggeleng kepalanya perlahan.

"Hanif... Awak tak perlu minta maaf tentang tu. Saya yang salah dalam hal tu. Saya tahu awak berperang dengan perasaan awak masa tu. Awak takut nak dakap Sofea sebab awak takut saya bawa dia pergi lagi dari awak..." Tutur Armell cuba menenangkan Hanif.

Hanif mengangkat kepalanya memandang Armell. Lama dia menatap mata itu. Bibirnya perlahan menguntum senyuman.

"Awak tak marah saya kan Armell?." Tanya dia.

Armell tersenyum mendengar soalan Hanif. Seraya menggeleng-gelengkan kepalanya.

Hanif tertawa kecil. Seraya mengeringkat air mata dipipinya.

"Mesti anak kita marahkan saya kan?." Ujarnya.

Berkerut dahi Armell. Seraya tertawa kecil.

"Merepek awak ni... Diakan kecil lagi. Mana faham apa-apa." Ujar Armell.

Hanif memandang Armell. Dia teringat video Sofea yang dimuat naik Armell tempoh hari.

Dia mesti marah saya. Sebab tu dia panggil Tengku Ashraf dengan panggilan 'Ayah'.

_
ARMELL Memandang keluar tingkap biliknya.

Flashback.

"Hanif. Ini kali kedua kita berbincang tentang perkara ni. Dan saya harap sangat ini akan jadi kali terakhir kita bercakap tentang perkara ni. Sebab kalau boleh saya tak nak kita berjumpa lagi lepas ni." Ujarnya.

Hanif berkerut dahi.

"Apa maksud awak?." Tanya Hanif.

"Awak jangan salah faham. Sofea akan tetap jumpa awak. Tapi bukan saya yang hantar dan ambil dia. Saya akan upah orang lain." Ujarnya.

"Tapi kenapa? Saya tak faham. Tadi awak kata"

"Hanif ini sementara je." Ujarnya memotong cakap Hanif. Tidak mahu Hanif salah faham.

Hanif memandangnya meminta penjelasan.

"Okey... Saya cuma tak nak Nina salah faham dengan saya ataupun awak." Ujarnya.

Hanif membuka mulut seperti mahu mengatakan sesuatu. Namun dia laju berkata lagi.

"Saya tahu Nina tak macam tu. Saya tahu dia percayakan awak dan awak pun percayakan dia. Tapi walau macam mana pun awak tetap kena jaga hati dia kan..."

Hanif terdiam.

"Dan kalau boleh saya tak nak Tengku Ashraf tahu pasal kita sekarang." Ujarnya lagi.

Berkerut dahi Hanif.

"Saya akan bagitahu dia bila tiba masanya nanti. Saya harap awak faham." Tuturnya mengharap.

Hanif mengangguk faham.

End Flashback.

Armell menghela nafas panjang. Bibirnya menguntum senyuman, air jernih dibiarkan mengalir membasahi pipinya.

Ibu dah buat apa yang sepatutnya Ibu buat Sofea. Gumamnya didalam hati.

_
HANIF Berbaring diatas keretanya sambil menikmati pemandangan, langit malam yang dipenuhi bintang.

Flashback.

Dia tersenyum saat Armell tersenyum memandangnya.

"Awak apa khabar?." Tanya dia memulai.

Armell mengangguk perlahan.

"Awak pula?. Saya dengar awak sakit hari tu?."

Dia tersenyum mendengar soalan Armell.

"Demam sikit je. Sekarang dah okey dah..." Tuturnya.

Armell mengangguk perlahan. Seraya membuang pandangan kearah lain.

Aduh... Nak cakap apa ni.. Tak kan nak diam je. Benaknya.

"Armell."

"Hanif."

Serentak dia dan Armell memanggil antara satu sama lain.

Mereka tertawa sambil memandang antara satu sama lain. Namun tidak lama. Armell berhenti ketawa.

Dia turut berhenti ketawa dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Okey. Awak cakap dulu." Katanya cuba menghilangkan rasa janggal.

"Sa.. Saya dulu?." Tanya Armell gugup.

Dia mengangguk mahu tidak mahu. Seraya memandang kearah lain, sambil memicit hidung sendiri, cuba menahan diri dari tertawa.

Armell menunduk sambil menutup mulut dan hidung dengan tangan. Mungkin cuba menahan tawa juga sepertinya. Fikirnya.

End Flashback.

Hanif tersenyum mengingat pertemuan dia dan Armell siang tadi.

Namun senyumannya tidak lama apabila teringatkan kata-kata Armell.

Saya nak kita sama-sama tutup buka lama dan buka buku baru.

Dia segera bangun dari pembaringannya.

Kenapa aku rasa sakit bila dia yang cakap pada aku?. Sedangkan aku pernah cakap benda yang sama pada dia dan tujuan aku jumpa dia pun untuk cakap benda yang sama lagi. Benaknya.

_
AIMAN Termenung diatas motosikal kriss miliknya.

Aku takut Aiman. Aku takut perempuan tu rampas dia dari aku lagi.

Flashback.

"Kau kena tolong aku Aiman. Aku tak boleh hidup tanpa dia. Aku tak nak hilang dia lagi." Tutur Nina dalam tidur.

Berkerut dahinya melihat keadaan kakaknya itu.

End Flashback.

Siapa yang kau maksudkan kakak?. Siapa yang cuba rampas Abang Hanif dari kau?. Benaknya.

Sedang dia memikirkan kakaknya. Dia terpandang sosok Ardell yang masuk kedalam kereta milik Iqbal.

Berkerut dahi Aiman melihatnya. Dia melihat jam ditangannya.

'09:30'

"Dah dekat pukul sepuluh. Mana diaorang nak pergi?." Getusnya.

TBC.

PS:

* My Broken English (Please DM Me)

_______________________________________Comment & Vote Please.

Continue Reading

You'll Also Like

3.4M 298K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
24K 254 5
Punya kekasih hati yang posesif amat mendera sukma seorang Tia Amanda. Ternyata cinta itu buta dan tuli. Biar seribu kali dikhianati, Tia cuba bertah...
143K 7.1K 21
Pertemuan selepas 5 tahun membawanya mengimbas kenangan luka. Dilepas secara tidak rela, ditinggalkan ketika masih mengharapkan secebis rasa belas da...
239K 6.2K 58
Auni Farisha bukan gadis belasan tahun. Umur dah menjangkau 26 tahun namun dia tak pernah lagi rasa jatuh cinta. Lagi 4 tahun dah nak masuk 30an. Aba...