SELAMANYA MENCINTAIMU

By ayra_sofea

415K 7.5K 167

"Berapa yang kau nak?"tegas Zarul kepada Daniel Irfan. "Aku boleh bagi tapi dengan 1 syarat."kata-katanya ter... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
CER CITER...
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 58
BAB 59
~~~~~
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
ENDING
PENGHARGAAN

BAB 57

6.6K 92 5
By ayra_sofea

Puan Khadijah hairan melihat sebuah kereta mewah yang terparkir di halaman rumahnya. Kereta yang dinaiki anaknya juga ada terparkir di sebelah kereta mewah tersebut. Hatinya sudah tidak sedap. Farish yang lena di pangkuannya terus dikendong dan menaiki tangga rumahnya perlahan.

"Assalamualaikum Dhia. Umi ni."Puan Khadijah menolak sedikit daun pintu yang masih tertutup rapat. Namun, ianya berkunci dari dalam. Selang beberapa saat, pintu dibuka dari dalam.

"Waalaikumussalam, maaf umi lambat buka pintu."balas Daniel setelah melihat umi dan adik-adik Dhia sudah berdiri di depan pintu.

"Eh, Daniel. Bila sampai ni? Dhia mana?"ternyata mak mertuanya sedikit terkejut dengan kehadiran Daniel di rumah itu.

"Hmm, maaf lah datang tak beritahu umi dulu. Dhia ada tengah tidur kat dalam bilik. Tadi ada orang pecah masuk. Nasib baik Daniel cepat sampai, kalau tidak tak tahu lah apa jadi pada Dhia."panjang lebar Daniel menceritakan semula kejadian yang berlaku beberapa jam lepas.

"Ya Allah. Macam mana lah boleh masuk. Umi minta maaf lah sebab tadi umi keluar tanpa beritahu Dhia. Terima kasih ya Daniel sebab dah tolong umi jagakan Dhia."Puan Khadijah berasa serba salah kerana tidak memberitahu Dhia yang mereka akan ke pekan selepas Zohor tadi.

"Tak ada apalah umi. Dhia pun ok. Mungkin dia akan trauma sikit lah kalau dia ingat balik kejadian tadi."Daniel sekadar membalas. Farish yang sudah terjaga terus diangkat dan diciumnya.

Sesungguhnya dia tidak menafikan yang anaknya kini ada iras-iras mukanya. Farish melentok manja di dada Daniel seakan dia tahu bahawa Daniel adalah bapanya.

"Daniel duduk dulu. Umi buat air ya."Puan Khadijah sudah berlalu ke dapur. 

"Hah Daniel, bila sampai?"kini giliran ayah mertuanya menyoal.

"Lama dah yah."Daniel bangun lalu bersalaman dengan bapa mertuanya.

"Farish cucu atok dah bangun ya."terkedek-kedek si kecil tadi berjalan ke arah datuknya. 

"Ha, marilah minum."Puan Khadijah muncul bersama dulang air dan sedikit goreng pisang yang dibelinya di pekan tadi.

Sedang mereka semua menjamu juadah, deringan telefon Daniel berbunyi. Dia melihat sekejap skrin di telefon bimbitnya. Terpapar nama Dania di situ.

'Ish, apa lagi lah dia ni nak.'getus Daniel di dalam hati. Beberapa saat kemudian, dia mengangkat telefon itu.

"Hello. You. You pergi mana ni? Lamanya menghilang. I cari dekat bilik tak ada."marah Dania di hujung talian.

"I ada lah. Keluar sekejap. Ada apa ni call I?"Daniel malas hendak berbual lama dengan Dania.

"You mesti pergi rumah perempuan tu kan? You ni mana 1 you nak ha?"Dania masih tidak berpuas hati dengan Dhia.

"Kalau I pergi pun kenapa? Dhia wife I. You siapa nak halang I?"tempik Daniel.

"You, you tak boleh lah buat I macam ni. You tahu kan I sayang you. You ceraikan Dhia, kita kahwin ya."pujuk Dania lagi. Dia tidak mahu kalah dengan Dhia kali ini.

"Hey, you cakap apa ni? You jangan suka-suka nak atur hidup I ya. Dah lah, I malas nak cakap pasal ni."Daniel sudah bengang dengan permintaan Dania. Bukan dia tidak tahu Dania keluar dengan kawannya Zarul. Sengaja dia mahu berdiam diri dahulu.

"Hmmm,,ok ok. You relax ok. Malam ni jangan lupa tau kita ada aktiviti BBQ. Staff kita pun dah buat persediaan sedikit untuk aktiviti malam ni."Dania mengawal suaranya sebaik mungkin. Dia tidak mahu membuat Daniel tertekan.

"Hmm ok."talian terus diputuskan tanpa sempat Dania membalas.

'Hisshhh, you tunggulah Daniel. I akan buat you lupakan Dhia selamanya. You jangan ingat you boleh tinggalkan I macam tu saja.'Dania menghempas telefon bimbitnya di atas katil. 

"Hey, kenapa ni baby?"Zarul sudah merangkul pinggang buah hatinya dari arah belakang. Mulutnya sudah hinggap di leher putih gebu Dania.

"Hisshh, you ni. Tak ada apalah."malas dia hendak melayan drama Zarul itu. 

"You, I laparlah. Jom makan."Dania sengaja mencari alasan supaya Zarul tidak meneruskan aktiviti tak bermoralnya.

"Hmm, I pon lapar. I lapar nak makan you."Zarul membalas kata-kata Dania sebelum mengeratkan lagi pelukannya. Dania menahan dengan meletakkan tangannya di dada lelaki itu.

"B, jangan la macam ni. I'm not in a good mood right now. Jom lah makan."Dania sudah merengek manja. Sebenarnya dia rimas dengan tindakan spontan Zarul.

"Ok ok. Jom kita makan ya. Kesian baby I ni." Zarul sudah termakan dengan pujukan Dania.




**P/S : SORRY READERS SEJATI SAYA.. BUSY SIKIT LA SEKARANG NI.. TU YANG LAMBAT UPDATE.. PAPE PON THANKS EA YANG SETIA MENUNGGU BAB-BAB SETERUSNYA..

MAAF JUGA KALAU CERITA YANG U OLLS BACA NI HAMBAR KE MEREPEK KE EA.. 

Continue Reading

You'll Also Like

1M 40.3K 88
#1 in cinta (27 march 2019) #1 in romantik (12 april 2019) #1 in remaja (13 september 2019) "Hello! Saya tanya ni. Ni moto awak ke? Kalau betul, saya...
169K 4.2K 58
Aisya sangat meminati Ilhan ketika zaman persekolahnnya tanpa diketahui oleh Ilhan. Mereka satu sekolah. Jadinya, Aisya selalu melihat Ilhan dari jau...
230K 7.7K 43
#2019/2020 Coverby:nurshaziera Auna Danisha berasal dari keluarga yang berada namun dia tidak sombong. Papanya,Dato Aleef telah meminang seorang lela...
192K 5.2K 51
Segalanya bermula saat dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bekerja bawah naungan Rashid's Company (Milik Keluarganya). Meski mertabat mereka j...