SETELAH KUDIMILIKI

Von ZazaQry

230K 850 46

Kisah cinta adriz dan sarrafia Mehr

🌹🌹🌹BLURBπŸ₯€πŸ₯€πŸ₯€
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Poster Setelah Kudimiliki
BAB 16
Bab 15

BAB 4

12.9K 39 0
Von ZazaQry


SARRAFIA memaku pandangannya kepada ranting pokok ru yang meliuk-lentok dipukul angin pantai. Ketika itu juga cahaya matahari yang menembusi melalui daun-daun kecil bercampur dengan angin itulah yang membuahkan bintang siang harinya. Kerlipan cahaya itu memang serupa bintang. Bukan setakat pokok ru sahaja, malah pokok lain pun kalau duduk di bawahnya, bintang itulah yang akan kita nampak. Sarrafia tenang walaupun kadang-kadang cahaya matahari itu membuatkan dia terpaksa mengecilkan matanya. Tetapi, itu menjadi satu kepuasan kepada dirinya.

"Hah! Sibuk buat apa? Hairan saya dengan awak ni. Asal tengah hari atau petang aje, ada kat sini,"tegur Noh. Dia berada selang dua pokok ru. Begitulah Noh jika hanya mereka berdua.

"Sibuklah. Awak dari mana ni?" tanya Sarrafia, malas menjawab soalan Noh. Sarrafia pandang Noh yang memakai jubah putih itu.

"Dah lama saya balik dari masjid. Cari awak kat dalam pusat tak ada. Terlupa kalau tengah hari dan cuacanya elok, awak ada kat sini."Noh senyum.

Sarrafia membalas senyuman Noh. Senang hatinya dengan hanya melihat senyuman Noh. Walau sebaik manapun Noh, dia tidak layak untuk Noh.

"Awak tak lapar ke? Saya lapar ni. Jomlah kita makan,"ajak Noh.

"Eh! Awak tunggu saya ke? Jangan, Noh. Nanti kebulur kalau awak tunggu saya,"kata Sarrafia. Dia mahu Noh faham apa yang ada di sebalik kata-katanya itu. Dia tidak mahu Noh menantinya kerana sampai bila-bila pun dia tidak akan membalas cinta Noh.

"Kebulur pun tak apa, Sarra. Jomlah,"ajaknya, pura-pura tidak faham maksud kata-kata Sarrafia itu.

Noh berpaling dan mula melangkah. Sarrafia berpaling dan memandang belakang Noh. Beruntunglah siapa yang menjadi pilihannya nanti. Dia membuntuti Noh dari jauh.

"Ha...Budak berdua ni baru balik. Nak makanlah tu," tegur Hirda. Dia tersengih.

"Dah sampai waktu makan, kami nak makanlah. Kak Da ni macam tak faham pula," kata Sarrafia terus menghilang ke dalam bilik makan.

Noh jongket bahu seraya mengukirkan senyuman untuk Hirda. Dia membuntuti Sarrafia.

Dia bersyukur kerana setelah dibuang mamanya, dia masih lagi ada tempat untuk bergantung. Rindu kepada mamanya membuatkan dia berhenti menyuap nasi. Dia menguis-uis perlahan nasi di dalam pinggannya.

"Tak baik main kuis nasi macam ayam, Sarra,"tegur Noh.

Sarrafia mendongak. Dia sengih, lantas kembali menyuap nasi ke dalam mulutnya. Kerinduan kepada mamanya itu terus hilang begitu sahaja.

HIRDA memerhatikan mereka berdua di sebalik dinding yang memisahkan dewan makan dan juga tempat berehat penghuni-penghuni di sini.

Noh memang sudah terang-terangan sukakan Sarrafia, tetapi dia tahu Sarrafia tidak begitu. Itu Sarrafia yang dia kenal sejak dahulu yang tidak pernah dekat dengan mana-mana lelaki. Hanya tahu bergembira sahaja dulu. Puas menegur tentang tabiat Sarrafia yang suka mengunjungi kelab malam, tetapi Sarrafia tidak mendengar nasihatnya. Dia sayangkan Sarrafia bagaikan adik sendiri, tetapi apabila Sarrafia kata dia tahu menjaga dirinya sendiri. Dia biarkan. Hinggalah pada suatu hari selepas dia sudah habis belajar, Sarrafia mahu datang melawat.

Hirda juga sudah puas mengorek kenapa Sarrafia tiba-tiba tidak mahu menyudahkan pengajiannya. Gadis itu juga tidak pernah pulang ke rumah mamanya selama dia di sini. Puas sudah dia memujuk Sarrafia menyambung pelajarannya semula, namun gagal. Sarrafia tetap dengan keputusannya tidak mahu menyambung pengajiannya.

Alasannya, dia tidak mahu lagi menyenangkan dirinya. Cukuplah apa yang ada sekarang. Pelik betul dia dengan perangai Sarrafia. Yang dia tahu, sejak dulu memang Sarrafia sukakan apa sahaja yang berkaitan dengan jenama dan benda mahal-mahal, tapi sekarang dia betul-betul bersederhana dalam semua hal. Dari hanya bertudung yang menampakkan dadanya, kini dia bertudung labuh, berstoking dan boleh dikatakan dia hanya membolehkan orang melihat kulit muka dan tapak tangannya sahaja.

"Da tengok apa sampai terdiam macam ni?" tegur Bonda Ummi.

Hirda tengadah. Dia memandang Bonda Ummi sambil senyum.

"Saja tengok dia orang berdua tu makan,"katanya lantas berpaling ke arah sofa.

"Da suka ya kalau mereka bersama?" tanya Bonda Ummi lagi. Bonda Ummi perasan Sarrafia dan Noh nampak rapat dan mereka berdua serasi bersama.

"Entahlah. Bonda tengok mereka berdua rapat kan. Da suka kalau mereka berdua betul-betul jadi," ujar Hirda.

"Bonda tak kisah kalau mereka nak berkahwin. Tapi mahukah Sarra? Bonda tengok dia tidak menganggap Noh lebih daripada seorang kawan," balas Bonda Ummi.

Ketika itu juga Sarrafia terjengul di dalam pejabat. Kedua-dua mereka terus diam.Tidak mahu berbicara lagi tentang Sarrafia. Bonda Ummi pula terus melangkah masuk ke dalam pejabatnya.

Sarrafia melabuhkan punggung di sisi Hirda. Dia menepuk perlahan paha Hirda.

"Makan berdua nampak?" usik Hirda.

"Alah...Kak Da ni, macamlah kami tak pernah makan berdua. Selalu aje. Jangan nak cakap apa-apa."Sarrafia menjeling dengan amarannya itu.

Hirda mencebik sambil tergelak. Hirda bangun dari sofa yang didudukinya untuk ke mejanya. Sarrafia membuntutinya.

"Kak Da suka kalau kau orang berdua hidup bersama," kata Hirda sambil gelak.

"Malaslah nak layan Kak Da. Kalau Sarra masih menjawab soalan Kak Da sampai bila-bila pun Kak Da masih nak tahu. Kenapa Sarra datang cari Kak Da, kenapa Sarra tak balik jumpa mama. Tu semua soalan Kak Da. Kak Da tak jemu ke?" tanya Sarrafia sambil menjuihkan bibirnya.

"Yalah sebab Sarra tiba-tiba datang cari Kak Da. Kak Da hairan. Sarra masih lagi tak nak cakap?" Hirda bertanya lagi. Alang-alang mereka sudah berbicara tentang hal ini, apalah salahnya dia bertanya lagi.

"Sarra tak bersedia lagi, Kak Da dan kalau boleh, Sarra memang tak nak ingat pun. Dan juga kalau boleh Sarra tak mahu cakap pun,"balasnya perlahan.

Dia malu untuk bercerita dengan Hirda mengapa dia ke sini dan tidak pernah pulang ke rumah keluarganya. Jika dia bercerita kenapa dia tidak pernah pulang, dia perlu mengungkit kisah silamnya yang menjijikkan itu. Dia sentiasa berdoa untuk melupakan segalanya, namun kenangan itu tetap tidak pergi. Malah, masih segar dalam hati dan mindanya.

"Asal Kak Da tanya, mesti melamun. Apa yang mengganggu Sarra?" tanya Hirda.

"Tengok, pandai nak belit Sarra. Macam anakonda. Uwekk..." Sarrafia mencebik.

Hirda mengutil kulit lengan Sarrafia. Sarrafia mengusap-usapnya laju. Sakit dek kutilan itu.

"Ha...Ni anakonda nak gigit pulak,"kata Hirda. Dia mengangakan mulutnya ke arah lengan Sarrafia.

Sarrafia segera melompat bangun. Tergelak-gelak mereka berdua. Bonda Ummi hanya memandang sahaja dari dalam biliknya. Hirda anak angkatnya manakala Sarrafia adik angkat Hirda. Hubungan mereka berdua memang rapat. Dengan kedua-dua mereka, dia menumpang kasih biarpun mereka tidak dijalinkan dengan hubungan darah.

"Seronok nampak,"tegur satu suara.

Mereka berdua segera berhenti gelak. Dua pasang mata itu terpaku memandang lelaki tegap yang berdiri di depan mereka.

"Ha...Mr. H. Awak punya couple ada kat sini,"usik Sarrafia.

Haqif senyummanis memandang Hirda. Gadis bertudung labuh itu memang menarik minatnya sejak kali pertama dia memandangnya beberapa tahun lalu.

"Sarra ni ada-ada sahaja."Dikutilnya lengan Sarrafia sekali lagi.

"Mr.H kena hati-hati. Kalau buat silap, dia kutil Mr. H. Sakit tau tak,"kata Sarrafia sambil mengusap lengannya.

"Kalau dengan saya, mana dia berani kutil, Sarra. Tak halal. Kalau halal pun mana berani juga,"balas Haqif.

"Kalau halal, berani eh!" Tiba-tiba meluncur laju kata itu dari mulut Hirda.

Haqif dan Sarrafia melopong memandang Hirda. Hirda terdiam. Mulutnya laju pula kali ini. Jika tidak, dia sentiasa jual mahal dengan Haqif. Bukannya Ayah Min tak pernah cakap mahu menjodohkannya dengan Haqif. Dah selalu sejak dia belum lagi mengenali Haqif. Rasanya Haqif sendiri sudah tahu pasal itu. Sebab itulah dia berani semacam. Ada greenlight daripada Ayah Min. Semua orang tahu dia memang jual mahal dengan mana-mana lelaki.

"Kalau berani, saya tadahkan ajelah ya, Da?"usik Haqif lagi. Dia suka dengan cara begini.

Hirda diam. Amboi! Dah berani pula mainkan aku. Mulut ni pun laju sangat. Picit kang!

"Diam aje tu, Mr. H memang boleh tadahkanlah. Ketul-ketul kat badan Mr. H tu bukan luak pun kalau Kak Da kutil,"seloroh Sarrafia. Dia menjelir lidah ke arah Hirda.

Haqif ketawa kuat demi mendengarkan kata-kata Sarrafia. Sarrafia memang adik yang baik.

"Kalau adik betul dah lama saya peluk ni, Sarra."

"Uwekk..."

Sarrafia berlalu, membiarkan mereka berdua melayani diri masing-masing. Moga-moga menjadilah. Haqif pandang Hirda yang nampak malu-malu. Jika boleh, Haqif mahu melayari hidup bersama dengan Hirda.

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

2.4M 103K 79
#1 ENCIK'S SERIES π“π‡π€ππˆπ… 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐑 𝐗 πŠπ€π”π’π€π‘ π”πŒπ€πˆπ˜π€π‡ "Assalamualaikum, cinta." Thaqif Jabar - seorang duda yang kacak, bekerjaya...
18.1K 939 32
Dendam menjadikan hidup Naura Insyirah huru-hara. Apabila nyawanya menjadi taruhan, dirinya terpaksa menjadi tawanan. Bagi Fakhrul Raihan pula, gadis...
75.5K 3.5K 29
πŸ₯€π’΅π“Žπ’Άπ“ƒ ℛ𝒢𝒻𝒢ℯ𝓁 x π’œπ“π“Žπ’Ά π’¬π’Άπ’Ύπ“ˆπ’Άπ“‡π’ΆπŸ₯€ _ℛℯ𝓁𝒢 π’¦π“Š π’Ÿβ„―π“‡π’Ύπ“‰π’Ά π’Ÿβ„―π“‚π’Ύ ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒢𝓉 β„³π“Š β„¬π’Άπ’½π’Άβ„Šπ’Ύπ’Ά_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
2M 87.8K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...