PROLOG

8K 40 0


ADRIZ duduk berteleku dikerusi luar rumah. Sejak tadi dia begitu. Telefon di sisi dibelek-belek. Sebuah telefon lama yang masih berfungsi. Cuma ada satu nombor telefon. Nombor yang dia sendiri tak tahu milik siapa. Sudah acapkali didailnya. Berbunyi, tapi tiada jawapan. Kepalanya pun sakit kalau fikir lama-lama. Sudahnya dia hanya cuba nasib dengan menelefonnya. Hairan kerana nombor itu masih digunakan, tapi tidak berjawab. Pelik betul. Mana tahu nombor itu adalah daripada kisah silamnya.

Kisah silam yang langsung dia tidak ingat. Walaupun, dia bertanyakan kepada ahli keluarga yang lain, semuanya tak tahu. Kalau difikirkan memang dia tak mahu ingat lagi kisah silam yang mungkin menyakitkan. Tapi, itulah walaupun dia tak mahu, kadang-kadang muncul juga rasa ingin tahu itu. Sudahnya dia susah hati kerana tidak pernah ingat.

"Kau lamun apa, Iz?" tanya Haqif yang muncul dari belakang. Adriz terngadah. Sudah lama dia melamun di situ. Telefon yang ada di sisinya di letakkan di atas riba. Haqif duduk di sisi Adriz.

"Saja ambil angin petang. Kau tak keluar joging petang ni?" tanya Adriz. Dia tahu Haqif lelaki yang kuat bersenam.

"Petang ni aku malas. Nak juga bermalas-malsan macam kau. Kau tak joging pun tapi, badan kau okey juga," Haqif sengih.

"Kau jangan nak menipulah. Aku malas joging saja, tapi gim tu tetap pergi. Mustahillah kalau duduk saja badan nak okey macam ni." Adriz menjuih sambil ketawa kecil.

"Hmm, bilalah kita nak bawa balik isteri untuk ayah kan?" Tiba-tiba keluhan keluar dari bibir Haqif. Ternaik kening Adriz.

"Kau nak kahwin?" tanya Adriz.

"Kau tak nak?" tebak Haqif.

Adriz gelengkan kepalanya. Entahlah, dia tak pernah fikir pasal kahwin. Kahwin dengan siapa?

"Aku nak kena cari perempuanlah. Kalau tak nanti tak berguna aku sebagai lelaki." Haqif menyengih. Adriz ketawa kecil.

SAMAR-samar saja seorang perempuan muncul dalam bayangan. Bergelak ketawa bagaikan tiada masalah langsung. Adriz meraup wajahnya. Sakitnya di dada begitu terasa apabila dia tidak ingat siapakah perempuan tersebut. Bukan sekali dua bayangan itu muncul, tapi sudah berkali-kali. Kerana berkali-kali itulah dia tidak dapat melelapkan matanya. Nak mencari punca siapakah perempuan itu, dia tidak tahu dari mana dia patut bermula.

Mahu bertanya kepada ayah dan Haqif, dia yakin mereka sendiri tidak tahu. Jika tahu rasanya sudah lama mereka bercerita kepadanya. Adriz memegang kepalanya sambil memejamkan matanya. Kalaulah dia tahu siapakah yang selalu bermain di mindanya itu, dia yakin dia dapat membuatkan hatinya kembali tenang.

ADRIZ mundar-mandir apabila ingatannya tentang perempuan itu semakin menyesakkan dadanya. Tak tahu kenapa dan apa yang membuatkan dia begitu mengingati. Adriz meraup wajahnya. Semakin lama semakin ketara wajah itu di matanya. Tapi, di mana dia mahu mencari perempuan itu.

Lantas dia melabuhkan duduk di birai katil. Memejamkan matanya buat kesekian kali. Adriz menutup telinganya apabila kedengaran gelak ketawa kecil daripada perempuan tersebut.

Siapa awak? Kenapamuncul dalam minda aku? Adriz tak senang duduk. Tapi, dia tak tahu di mana mahumencarinya. Sungguh dia amat terdesak untu

SETELAH KUDIMILIKIWhere stories live. Discover now