Bab 10

7.6K 22 0

 SARRAFIA memandang ke arah sekitar ruang menunggu di jeti itu yang nampak luas kerana telah diubah suai. Tiba-tiba matanya tertancap pada seseorang yang telah lama tidak ditemuinya. Lelaki itu kelihatan bersama-sama dengan beberapa orang temannya. Apabila dia terasa lelaki itu mahu memandangnya, dia segera berpaling.

"Hai, Sarra...Diam aje sejak tadi kenapa?" tanya Bonda Ummi.

"Tak ada apa-apalah, Bonda Ummi. Sedih sebab penghuni yang baik dengan Sarra dah keluar. Sunyilah Sarra lepas ini,"kata Sarrafia senyum nipis.

"Masih ramai lagi kat sana. Tapi, itulah dalam semua penghuni, dialah yang paling mudah sekali. Pendiam dan dialah yang paling tidak banyak kerenah," kata Bonda Ummi.

"Hah! Bonda Ummi pun dah rindukan dia juga kan," balas Sarrafia. Lupa seketika siapa yang dia nampak tadi.

"Hmm..." Bonda Ummi hanya menggumam sahaja.

Sarrafia turun dari kereta. Dia segera melangkah masuk ke dalam pejabat. Kakinya terhenti apabila ternampak Adriz duduk di kusyen ruang menunggu itu. Mahu berpatah balik tidak mungkin apabila Bonda Ummi sudah menepuk bahunya. Nanti Bonda Ummi perasan pula. Akhirnya dia melangkah masuk ke dalam pejabat.

"Iz dari mana ni?" tanya Bonda Ummi kembali. Hairan apabila melihat Adriz berada di situ.

"Dari hotel, bonda. Saja balik awal hari ini. Mahu duduk kat rumah bosan pula sebab seorang diri," ujarnya.

"Itulah, kenapa tak kahwin aje. Kalau ada isteri atau anak tentulah tak bosan," ujar Bonda Ummi.

"Tak ada calon, Bonda Ummi," balas Adriz sambil matanya itu dikerlingkan ke arah Sarrafia. Sarrafia sedang sibuk di mejanya.

Ah! Apa salahnya kalau aku kerling sikit. Bukan luak pun. Sarrafia mengerling dengan ekor matanya ke arah mereka dan kebetulan, ketika itu juga Adriz memandangnya. Sarrafia segera melarikan pandangannya. Masa itu pula dia pun nak pandang orang, dengus Sarrafia. Lebih baik buat kerja daripada duk pandang orang. Dalam percubaan tekunnya untuk menyudahkan kerja, meja tempat duduknya diketuk. Allah, kenapalah datang ke sini pula? Sarrafia tidak memandang. Takut!

"Sarra...Amboi, sombong dengan Mr. H, ya..."

Demi terdengarkan Mr. H, dia terus mendongak, tersengih kepada lelaki kacak di depannya itu. Sarrafia terus tersenyum.

"Ya Allah, bila sampai? Lamanya tak datang sini. Ada orang rindu..." Terus bibir Sarrafia mengucapkan kata-kata itu.

Perkataan rindu itu Sarrafia tekankan sedikit. Biar Hirda yang baru melangkah masuk itu terdengar. Walau macam mana pun, mereka berdua ini akan dikenenkan sehingga menjadi.

Hirda menjegilkan matanya. Haqif segera menoleh. Wajah yang diingati setiap saat itu diamatinya lama. Payah betul mahu mendapatkan gadis ini. Yang pasti, dia akan tetap menjadikan Hirda teman hidupnya.

"Dah lama sampai, Encik Haqif?" tanya Hirda berbasa-basi. Dia melangkah ke tempat duduknya.

"Baru aje. Terus ke sini. Awak dari mana, Hirda?" tanya Haqif apabila melihat peluh merenik di dahi Hirda.

Hirda hanya menjongketkan bahunya. Memang susah betul dengan Hirda. Rasa macam senang sahaja nak dapatkan gadis itu. Tapi, memandangkan dirinya yang hanya kadang-kadang sahaja boleh datang ke sini menambahkan lagi halangannya. Haqif mengeluh perlahan.

"Kak Da ni, tak baik tau.Mr. H tanya, tapi tak jawab,"tegur Sarrafia.

Haqif senyum dengan penyokong kuatnya ini. Tidak pernah mengatakan tidak. Semuanya betul untuk Haqif.

"Dah jawab. Dia pun nampak," kata Hirda sambil menjungkitkan bahunya sekali lagi.

Haqif gelak. Sarrafia turut gelak.

Adriz yang baru keluar dari bilik Bonda Ummi menghampiri mereka yang sedang sedap bergelak ketawa itu. Terkejut dia melihat Haqif juga ada di situ.

"Qif, bila sampai?" tanya Adriz.

"Baru juga, tapi sempatlah bersembang dengan MissAdorable ni,"kata Haqif sambil mengukirkan senyuman untuk Sarrafia dan berpaling semula kepada Hirda.

Hirda hanya menjuihkan mulutnya. Dapat kat aku, tahulah aku nak buat apa, desis hati Haqif. Dia senyum nakal.

Sarrafia pula apabila Adriz ada di situ terus saja hatinya mati mahu berbual lagi. Bukan benci, tapi dia segan mahu berhadapan dengan Adriz. Kisah mereka dahulu yang membuatkan dia tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan lelaki itu. Jika terlebih kata nanti, apa pula kata lelaki itu.

"Malam ni saya belanja makan ikan bakar. Lama tak makan ikan bakar. Kat sini rasa lain. Boleh, Hirda?" tanya Haqif. Mahu berjanji temu berdua dengan Hirda tidak mungkin. Cara yang lebih mudah, ajak semua orang makan.

"Boleh sangat,"kata Hirda.

Dia memang sudah lama teringin mahu makan ikan bakar, tapi tidak berkesempatan. Orang mahu belanja, apa salahnya dia makan juga. Bukannya dia dengan Haqif sahaja sebab itulah cepat sahaja dia menyatakan persetujuannya.

"Sarra tak cakap nak pergi pun,"kata Haqif.

"Pergilah...Orang nak bagi makan free, tentulah saya nak,Mr. H," balas Sarrafia sambil tergelak kecil.

"Sarra kalau bab makan memang nombor satu. Yang lain tolak tepi," sambung Sarrafia lagi.

"Tapi, yang seronoknya badan tak pernah besar," tambah Hirda.

"Jangan cemburu ya, Kak Da. Sarra gemuk ke kurus ke, Sarra tak hairan sebab tak ada orang nak kata salah badan macam ni." Sarrafia tergelak lagi.

"Ada. Siapa kata tak ada. Tu..." Hirda memuncungkan mulutnya ke arah Noh yang sedang berjalan masuk ke dalam pejabat.

Haqif memandang ke arah luar. Adriz juga berpusing. Sejak tadi dia hanya memasang telinga sahaja mendengar mereka bertiga berbual-bual. Tidak tahu mahu menyampuk macam mana. Tidak hairanlah mereka boleh berbual-bual begitu kerana sudah lama saling mengenali.

SETELAH KUDIMILIKIWhere stories live. Discover now