BAB 3

10K 25 0


SARRAFIA menunduk ketika berjalan. Dia ingin ke pokok ru di tepi pantai. Tapi, sekarang sudah pukul 2.00 petang. Dia sudah tidak dapat melihat bintang di siang harinya lagi. Terlepas lagi hari ini. Sudahlah cuaca elok tadi. Sarrafia cepat sahaja membrek kakinya apabila ternampak kasut berkilat lelaki di depannya. Perlahan-lahan dia mendongak. Wah! Tingginya. Matanya berkelip-kelip memandang lelaki itu. Lelaki itu? Lelaki yang ikhlas menolongnya itu. Dia tidak pernah melupakan seraut wajah lelaki kacak ini. Lelaki yang pernah menolongnya selepas dia diragut ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Hatinya sakit tatkala keluar dari kawasan kondo tersebut. Lelaki yang amat dicintainya itu tiba-tiba tidak mahu lagi berjumpa dengannya. Sakit hatinya apabila mendengar lelaki itu menghinanya. Dia memang perempuan hina. Hatinya sedih kerana telah dihina dan dicaci-maki olehnya. Sarrafia berjalan dengan penuh kesedihan, menuju ke perhentian bas yang berada tidak jauh dari situ. Beg disandang di bahu. Sarrafia berlari-lari anak apabila dia ternampak bas yang telah hampir ke tempat dia berjalan itu. Dalam termengah-mengah itu, tiba-tiba sahaja tubuhnya terdorong ke depan. Subhanallah! dia diragut. Dia hampir tersembam ke jalan besar itu. Mujur dia cepat mengimbangi dirinya. Sarrafia hanya dapat melihat belakang dua orang lelaki yang berada di atas motor itu sahaja, yang mana seorang itu memegang begnya. Hon kereta yang berbunyi membuatkan dia mendongak. Bimbang orang jahat datang. Sarrafia segera menyeka airmatanya. Mahu tunjuk kuat di depan orang yang membunyikan hon. Cermin tingkap dibuka dan terjengul wajah seorang lelaki yang samar-samar sahaja pada penglihatannya. Petikan jari di mukanya mengejutkan Sarrafia yang sedang teringatkan waktu dulu. Lantas dia ukirkan senyuman manis untuk lelaki tersebut.

"Awak yang pernah tolong saya dulu," kata Sarrafia, terus meluruskan telunjuknya ke arah lelaki tegap itu. Lelaki itu pula yang naik hairan. Bila masa dia pernah menolong perempuan ini? Mindanya tidak dapat berfikir.

"Pelanduk dua serupa kut, dik,"katanya sambil tersenyum.

"Tak, betullah awak.Saya ingat lagi awak kerja kat Hotel Azya." Bersungguh-sungguh Sarrafia bercerita, mahu lelaki itu mengingatinya.

Yang tu memang betul. Tapi, macam mana pula dia tidak ingat? Puas mindanya berfikir, mencari sebab perempuan ini mengenalinya.

"Sarra...Apa yang Sarra buat kat sini?"tegur satu suara.

Sarrafia dan lelaki itu menoleh ke arah suara itu. Sarrafia tersengih. Dia segera berlalu ke arah Hirda. Lelaki itu sudah melupakan ehsan yang dibuatnya tidak lama dulu. Tidak perlulah Sarrafia mendesak lagi. Biarlah.

"Hei! Saya dah ingat dah. The woman who looks weird with the towel on her head!" Lelaki itu hampir terjerit. Bila terpandangkan Hirda, dia cepat mencerahkan otaknya. Gadis yang dicarinya selama ini. Kenapa berada di sini? Kenapa dia tidak pernah nampak? Ah! Pelbagai soalan menerpa dalam mindanya.

"Ha...Betulah tu. Oh! Nampak Kak Da terus ingat, ya. Ha...Entah-entah, sejak hari itu cari Kak Da,"tegur Sarrafia. Dia mengusik sebenarnya.

Haqif segera teringatkan peristiwa itu. Dia pernah menghantar gadis ini pulang ke rumah sewa dan di situlah dia bertemu dengan gadis yang seorang lagi. Yang membuatkan hatinya tidak tenang langsung. Ingatkan tidak akan dapat ketemu lagi dengan gadis yang membuatkan hatinya berdetak irama cinta. Sungguh indah takdir Allah bagi kepadanya.

"Ha...Dah kenal dengan anak Ayah Min? Haqif, nilah pembantu pusat ni," tegur Ayah Min pula.

"Baru aje kenal, ayah,"kata Haqif lembut. Dia menyorot pandang ke arah Hirda yang bertudung labuh. Hm... jumpa juga. Patutlah setelah bertahun-tahun ayah memujuknya datang ke Rumah Azirah, dia bersetuju hari ini. Bukan tidak sudi, tetapi dia memang malas meninggalkan hotel jika datang ke Langkawi. Hidup Haqif hanya di tempat kerja sahaja. Jika tahu dia akan berjumpa dengan perempuan yang mengganggu tidurnya sejak pertemuan kali pertama itu, sudah lama dia ke sini. Bukannya dia tidak mencari perempuan itu, tetapi setiap kali dia ke rumah tersebut, rumah itu kosong bagaikan tidak berpenghuni.

"Eloklah tu, Hirda dan Haqif. Capital letters H,"kata Sarrafia sambil tergelak. Haqif pula sengih hingga ke telinga apabila terdengarkan kata Sarrafia.

Hirda mencubit perlahan lengan Sarrafia. Eii...Geram betul dengan mulut Sarrafia sekarang. Waktu dulu ketika dia datang ke sini, bermuram durja sahaja gadis itu. Tapi, sekarang terlebih ceria.

Sarrafia menjeling ke arah Hirda. Oh! Kalau dia kenenkan aku tak apa. Aku kenenkan dia, tahu pula marah, desis hati Sarrafia.

"Jangan memandai, Sarra." Hirda memberi amaran. Dia menudingkan jarinya ke arah Sarrafia apabila nampak Sarrafia mahu berkata-kata lagi.

"Apa!?" jerit Sarrafia sambil menjuihkan bibirnya. Dia senyum mengusik.

Hirda menjegilkan matanya ke arah Sarrafia tanda dia memang bersungguh dengan amarannya.

"Kak Da ni, tu pun nak ambil hati. Sarra suka-suka ajelah," kata Sarrafia.

"Suka-suka? Masalahnya, Kak Da memang tak suka," kata Hirda lagi.

"Kak Da semua tak suka. Apa yang Kak Da suka?"

"Kak Da suka Sarra, Bonda Ummi dan Noh.Ha, serta Ayah Min," kata Hirda sambil senyum ke arah Encik Rahimin.

Encik Rahimin senyum sahaja melihat telatah Hirda dan Sarrafia. Ada-ada sahaja mereka berdua. Encik Rahimin melangkah masuk ke dalam bilik rakan baiknya, iaitu Bonda Ummi. Dia tersenyum setelah membuka pintu.

"Hmm...Baru sampai, Min? Sibuk sangat ke kat KL sana?"tegur Bonda Ummi.

"Taklah juga. Dah ada anak yang uruskan. Balik bulan lepas tiba-tiba tak sihat. Tu sebab lama tak datang,"katanya lantas duduk di kerusi berhadapan dengan Bonda Ummi.

"Teruk ke?" tanya Bonda Ummi terkejut.

"Taklah juga. Demam tak nak kebah aje. Sekarang dah okey dah,"katanya lagi.

"Tu pun namanya tak sihat juga."Dia senyum.

Encik Rahimin ketawa kecil dengan ulasan sahabat baiknya itu. Bonda Ummi meletakkan fail di depannya. Bercerita tentang hal yang berkaitan dengan pusat itu

SETELAH KUDIMILIKIWhere stories live. Discover now