BAB 1

15K 46 0

SARRAFIA pandang ke arah laut lepas. Walaupun berada di dalam feri, pemandangan yang terhad itu tetap indah. Indahnya ciptaan Allah. Sesekali feri itu dilambung tinggi. Mungkin disebabkan sekarang musim hujan, jadi ombak agak kuat sedikit daripada biasa.

Takut, tetapi apabila melihat penumpang lain tumpang seronok dengan lonjakan itu, dia jadi tenang.

Pertama kali dia akan menjejakkan kaki ke pulau termasyhur ini. Syurga percutian bagi sesetengah orang. Apabila tidak tahu ke mana arah tujuannya dan dia hampir-hampir berputus asa, panggilan telefon daripada Hirda benar-benar menyelamatkannya.

Hirda menjerit gembira kerana akhirnya dia dapat bercakap dengan Sarrafia. Sarrafiamemang mengelak untuk menjawab telefon daripada Hirda.Setiap kali bercakap dengan Hirda, dia rasa bersalah.

Sekarang, lagilah dia rasa bersalah. Apabila dibuang oleh mamanya sendiri, barulah dia terhegeh-hegeh. Biarpun Hirda tidak tahu perkara sebenar.

Jeritan si kecil yang berada di kusyen sebelah sana mengejutkan Sarrafia yangmasih mahu melamun lagi. Sarrafia pandang pasangan muda ituyang sedang berusaha memujuk si kecil yang mengamuk. Tidak tahu sama ada mahu makan atau hanya membuat perangai. Apabila si bapa memberikan gula-gula, dia terus senyap serta-merta.

Sarrafia senyum. Patutlah, dia mahukan gula-gula. Hai,budak-budak. Begitukah dia dahulu? Mamanya terpaksa melayan kerenahnya dan sekarang dia melukakan hati mamanya dengan luka paling dalam.

Sarrafia hanya mengikut rentak langkah manusia yang bergerak ke platform setelah feri mendarat di Jeti Pulau Langkawi. Matanya diliarkan ke sekeliling. Tadi kagum dengan keindahan pulau kecil sepanjang perjalanannya dari Jeti Kuala Perlis, sekarang kagum dengan keindahan daratannya pula.

Sarrafia mengheret kakinya meninggalkan tepi jeti, menuju ke daratan pula. Sekelilingnya, orang riuh-rendah dengan percakapan masing-masing. Dan rata-ratanya adalah pelancong dari luar negara.

Dia bersandar di dinding kafe sementara menanti Hirda datang. Hirda cakap dia lambat sedikit kerana ada urusan di hospital. Apalah kerja Hirda sebenarnya. Katanya, dia menolong ibu angkatnya di pusat jagaan. Pusat jagaan orang-orang tua barangkali. Kakinya menguis-uis sedikit butir-butir pasir yang melekat di hujung kasutnya.

Bahunya yang ditepuk membuatkan Sarrafia mendongakkan wajahnya. Hirda tersengih di depannya.

"Kak Da!" jerit Sarrafia.

Dia tidak tahu kenapa serentak itu dia terus menangis. Mungkin kerana sudah lama tidak berjumpa atau dia sedih mengenangkan nasib hidupnya? Dia memeluk Hirda erat.

"Amboi! Lama tak jumpa terus sedih ya?" tegur Hirda. Dia senyum.

"Hala,Kak Da. Rindu Kak Da. Kak Da sihat ke?" tanya Sarrafia.

"Tengoklah ni, Kak Da berisi sikit. Sibuk dengan kerja, tapi terlebih sihat,"kata Hirdadisertai ketawa di hujung katanya.

"Hai, macam mimpi Sarra ke sini. Dah lama kan Kak Da ajak Sarradatang sini. Ada sahaja alasannya. Dah final, kan?"

Sarrafia sekadar mengangguk. Dia tidak akan memberitahu bahawa selepas ini dia tidak akan kembalilagi ke universiti. Kecewanya mama terhadap tindakannyamembuatkan dia tidak betah lagi untuk meneruskan pengajiannya. Biarlah dia dianggap bodoh kerana berhenti belajar, asalkan dia senang hati berbuat demikian. Dia sudah tidak mahu bahagia lagi.

Hirda memasukkan beg ke dalam Hyundai Starex itu. Jika dahulu,mesti Sarrafia sudah merungut dengan van ini. Tiada class baginya.

Sepanjang perjalanan, ada sahaja perbualan mereka. Ketika itu mereka berdua sudah memasuki kawasan kampung yang tidak jauh dari pantai. Pohon ru yang meliuk lentok ditiup angin laut menggamit ketenangan hatinya. Ya, dia tidak salah memilih untuk datang ke Tanah Mahsuri ini.

SETELAH KUDIMILIKIWhere stories live. Discover now