BAB 16

7.3K 25 12

ADRIZ sengih sahaja apabila melihat Sarrafia ada di pejabatnya pagi itu. Tidak sangka Sarrafia akan menyahut cabarannya itu. Adriz melangkah ke dalam biliknya. Sarrafia tunduk sahaja.

"Awak takut nak masuk ke?" tanya Adriz sambil sengih nakal.

Sarrafia mendengus. Lantas dia bangkit dan berjalan masuk ke dalam bilik Adriz. Pelik betul. Kerja kerani tetapi kena jumpa dengan bos besar. Apa kes?

"Saya peliklah. Kenapa saya patut jumpa Encik Adriz. Saya bukannya pegawai eksekutif pun sampaikan boleh jumpa dengan bos besar," kata Sarrafia. Dia merungut sebenarnya.

"Ada saya cakap awak tak kena jumpa saya ke?" tanya Adriz sinis. Dia membelek-belek dokumen di depannya walaupun tiada yang penting di dalam dokumen tersebut.

"Cepatlah cerita pasal kerja saya," desak Sarrafia.

"Tak boleh bertenang langsung awak ni. Kerja awak tu tak lari. Takut orang aje yang lari," kata Adriz masih lagi bermain tarik tali dengan Sarrafia. Adriz melirik senyum ke arah Sarrafia yang masam saja wajahnya itu.

Adriz memang akui dia buat kerja gila apabila menawarkan perkerjaan kepada Sarrafia. Baru kenal tak sampai dua bulan dia sudah tidak betah jika Sarrafia jauh daripadanya. Nak cari apa maksud kenapa dia tidak betah tanpa melihat Sarrafia, dia masih lagi blur. Yang pasti, dia mahu Sarrafia ada di depan matanya.

"Awak nampak tak meja kosong kat luar pejabat tu," tunjuk Adriz. Sarrafia pantas memandang.

"Itu tempat kerja awak. Jadi PA saya," kata Adriz.

Rahang Sarrafia terasa mahu jatuh apabila dia terpandangkan tempat itu. Makin dekat! Ini memang di luar fikirannya. Ini bukan makin dekat tetapi terlajak dekat.

"PA? Rasanya ramai lagi yang berkelayakan daripada saya. Kalau nak bagi saya jadi cleaner pun tak apa," kata Sarrafia. Dia sudah mula rasa menyesal menyahut cabaran ini. Mahu jauhkan diri daripada Adriz, tetapi ini sudah terlalu dekat.

"Saya tak naklah. Saya tak mahu kerja," kata Sarrafia. Sarrafia sudah berkira-kira mahu pergi. Jika dia terus berada di sini, macam mana dia nak padamkan cinta yang pernah ada untuk Adriz. Nanti kalau dia jadi gelenyar macam dulu siapa yang mahu tolong jawab. Eh, Sarra... apa maksud awak nak jadi gelenyar semula? Sarrafia mengelengkan kepalanya.

"Saya tak mahu jadi macam dulu..." Sarrafia menutup mulut. Mulutnya itu dipicit perlahan. Bodohlah kau Sarra! desis hatinya.

"Macam dulu? Apa maksud awak?" tanya Adriz merenung Sarrafia. Adriz tidak faham maksud Sarrafia.

"Saya... saya... ha... pernah kerja jadi PA dulu. Tapi bos saya tu gatal. Kira nak raba saja," Sarrafia mereka-reka cerita. Biarlah dapat dosa percuma pun.

"Awak nak saya raba awak juga ke?" tanya Adriz sambil senyum nakal.

Adriz,boleh tak awak jangan jadi macam ni. Hati Sarrafia menggerutu. Kenapa Adriz tak jadi macam dulu. Buat tak tahu dan hanya bagi arahan. Dan yang paling bagus sekali tak bercakap banyak.

"Awak jangan risau saya tak akan raba awak. Haram. Kalau nak raba pun kita tunggu halal dulu," kata Adriz dalam nada usikan. Adriz gelak kuat apabila tersedar dengan kata-kata akhirnya itu.

Gigi Sarrafia sudah bertembung. Sakit hati.

"Sarra, saya seriau dengar bunyi gigi awak berlaga tu. Boleh tercabut kalau bunyinya kuat macam tu," Adriz masih sedap mengusik. Tapi, apabila melihat Sarrafia masih lagi tidak terusik dengan usikannya itu, Adriz diam.

"Ini Tab. Semua jadual saya ada dalam tu. Kerja bermula sekarang. Jadi awak boleh keluar sekarang," arah Adriz.

Sarrafia pandang tab yang berwarna emas itu. Adriz mengarahkan matanya ke arah tab tersebut. Adriz sudah menjadi Adriz yang lama. Nampak gayanya dia memang akan terus berada di sini. Sarrafia terus sahaja ambil tab itu dan dia keluar.

SEORANG wanita datang ke sisinya. Sarrafia tidak tahu mahu bertanya kepada siapa memandangkan tempatnya itu jauh daripada tempat kerja orang lain. Namun, syukurlah wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Kak Siti itu memberitahu semua hal yang dia mahu tahu.

"Encik Adriz tu, kalau pasal kerja dia tegas sikit. Kalau luar dari kerja dia memang suka melawak," beritahu Kak Siti.

Sarrafia hanya mendengar sahaja. Masalahnya dia sudah kenal lama lelaki itu. Adriz sudah tak macam dulu. Dan Sarrafia tidak mahu berfikir adakah Adriz sudah lupakan dia atau tidak. Bila Adriz jadi begitu, dia pula tak senang duduk. Jadinya, terpaksalah dia melayan saja tingkah Adriz. Janji hubungan mereka tidak ketat seperti dahulu.

Hari pertama yang agak tenang bagi Sarrafia. Adriz pun sudah lama hilang dari pejabatnya. Tidak tahu dia di mana. Puas sudah Sarrafia membelek Tab di depannya. Mana tahu dia tahu Adriz ke mana. Tetapi, waktu Adriz keluar itu tiada di dalamnya.

"Sarra, jomlah kita makan. Dah tengah hari ni," ajak Kak Siti.

Sarrafia yang sedang asyik membelek tab itu mendongak. Kak Siti senyum di depannya.

"Saya tengah belajar ni, Kak Siti," kata Sarrafia.

"Tinggalkan dulu. Mari kita pergi makan dahulu," kata Kak Siti masih lagi berdiri di depan Sarrafia. Sarrafia bangun dan dia terus beriringan dengan Kak Siti. Hari pertama ini dia memang memerlukan bimbingan.

"Kita boleh aje nak makan dalam kafe tu. Tapi ramai yang suka makan kat luar. Biasalah kalau makan dalam kafe tu mahal. Kebanyakkan pelanggan hotel atau orang luar yang datang makan kat kafe tu," cerita Kak Siti.

"Tapi, makanan kat sini sedap juga kan," kata Sarrafia sambil menikmati mee tarik.

"Ada juga tempat yang lagi sedap. Nanti kita pergi," kata Kak Siti.

"Dah lama Kak Siti kerja sini?" tanya Sarrafia.

"Sejak awal Encik Rahimin buka hotel ni. Dulu Encik Rahimin dan Encik Haqif tak ambil PA. Sebab mereka berulang-alik ke sini. Encik Adriz memang perlukan PA. Dulu ingatkan dia nak ambil Annura jadi PA dia. Rupa-rupanya orang luar terus. Sarrafia terhenti suapannya. Siapa pula Annura?

"Annura tu siapa? Kekasih dia ke?" tanya Sarrafia. Liur yang ditelan terasa kesat. Jangan buat hati aku sakit sudahlah. Selalunya kalau ada kekasih yang kerja di tempat yang sama, orang yang akan kena adalah setiausaha atau PA.

"Taklah. Annura tu, eksekutif kat sini. Dialah yang paling banyak menolong bos-bos yang terdahulu," balas Kak Siti.

Sarrafia anggukkan kepalanya. Sarrafia menghembus nafas lega. Tapi tidak tahu apakah makna nafas leganya itu. Adakah kerana Annura bukan kekasih Adriz? Ataupun hatinya tidak akan disakiti? Jawab Sarrafia. Jangan tak jawab soalan itu.

SETELAH KUDIMILIKIWhere stories live. Discover now