White Guardians 2

Oleh SyuhadaNr

119K 11.9K 644

Manis bertukar pahit. Mimpi indah bertukar mimpi ngeri. Bahagia bertukar derita. Penderitaan tanpa bahagi... Lebih Banyak

PROLOG
1. PERUBAHAN
2. RUMAH BARU
3. PENANTIAN YANG SIA-SIA
4. WANTED!
5. EVIL BANISH
6. FIESTA KEBOM!
7. LYCRIA
8. CARI
9. HARTA KARUN
10. BERUANG PUTIH
11. LARI
12. STRANGER
NOTE
13. CARLA VS SAMUEL
14. AMARAN BUAT CARLA
15. CERMIN?
16. DUNIA BAKAL HANCUR.
17. Dark Soul
NOTE
18.BLOODY NIGHT
19. TIME PARADOX
20. THE SEEKER
21. ILUSI
23. TIME ARC!
24. HOME
25. GOBLIN
26.GREEN FOREST
27. FAKE!
28. PERTEMUAN!
29. CARLA
30. VIEZ ATAU RYAN?
31. MERMAID
32. TERLUKA!
33. KUMPULAN
34. LAUTAN BERDARAH!
35. THE KRAKEN
36.SCYTHE
Note
37. ICE
38. GOFIN?
39. MELDA
40. BUTTERFLY
41. FIRE!
42. MENYAKITKAN
43. TUNTUT BELA
44. ASAP MERAH JAMBU
45. SILVANNA
46. TARGET!
47. IDENTITI
48. MENCARI JAWAPAN
49. BAYANG SENDIRI
50. SI PUTERI MALANG!
51. SI PUTERI MALANG 2!
52. ANXIOUS
53. THE LAST LIGHT
54. TERHUBUNG!
55. SUMPAH!
56. TAKLUK EICLAND!
57. SWEET MOMENTS ?
58. PERJALANAN
59. Di sebalik topeng
60. HAJAT!
61. PINTU MELDVIS 2
62. HIDE N SEEK!
63. LOST
64. LIVE OR DIE!
65. RAMPAGE
66. INTO THE DARKNESS
67. THE DARK PAINFUL ROAD FOR US
68. TIME CHANGES
69. I'M SO SORRY
70. MESS UP!
71: THE END: CURSED EYES

22. THE GREAT ESCAPE

1.5K 175 4
Oleh SyuhadaNr

Pintu Maldvis yang terbuka luas lelaki berkaca mata memandang tanpa berkelip mata. Isi dalam kelihatan pekat hitam. Kabus-kabus putih tidak henti keluar dari pintu tersebut, menutupi permukaan lantai. Tak ada satu pun kelibat makhluk yang keluar pada hari ini. Makhluk-makhluk ini keluar tidak menentu. Ada sepanjang hari ia akan keluar dan ada satu hari langsung tak ada yang melalui pintu ini.

"Macam mana?" soalnya sebaik sahaja kelibat seseorang muncul di sisi. Kaca mata yang melurut diperbetulkan sedikit.

"Baru usik sikit dah huru-hara." balas perempuan berbaju merah gelap. Kerudung menutupi muka ditarik lagi ke bawah, melindungi wajah. Dia tersenyum sinis.

"Kenapa kau tak bunuh saja salah sorang dari mereka?" suara Zeus bergema di tepi pintu Maldvis. Selamba sahaja Zeus menyadarkan badan di bingkai pintu. Suaranya kedengaran agak serius.

"Tak seronoklah kalau aku bunuh secepat ini." balas perempuan itu. Lelaki berkaca mata berdiam diri sambil memeluk tubuh.

Zeus mendecit. Dia meraup muka dan menyoal "Kau pun ... Kenapa tak bunuh saja Alice walaupun kau mampu?"

"Biarlah ... aku mahu mengkaji sekuat mana kuasa cahaya dia." kata lelaki itu tenang.

"Jangan ambil mudah dengan mereka. Kekuatan mereka tidak boleh dijangka." pesan Zeus sebelum beredar dari situ.

Suasana menjadi sunyi buat seketika. Mereka berdua tidak bersuara, masing-masing diam melayan perasaan.

CARLA mengintai dari tingkap bilik Irene. Dari atas jelas dapat dilihat tiga orang berkot hitam, terpacak di hadapan rumah. Mereka kelihatan memerhati sahaja rumah ini. Tak berganjak dari tempat mereka berdiri. Carla memberi pandangan curiga.

"Itu mereka?" Carla menyoal sebaik sahaja memusingkan badan. Irene yang tidur nyenyak dipandang sekilas. Samuel bersandar pada dinding sebelah pintu dipandang.

"Damn ... mereka dah jumpa!"

Carla berjalan mendekati. "Apa jadi kalau mereka dapat kau?"

"Dah tentulah aku dipenjara, bunuh atau sebaliknya. Aku tak tahulah!"

Carla menarik hujung baju Samuel dan dia mendongak. "Kalau begitu lebih baik kau serah diri. Senang! Tak payah nak libatkan orang yang tidak bersalah!"

Samuel tersenyum kelat. "Jika aku serah diri, kau juga akan turut diheret. Kau ada lesen untuk tinggal di dunia ini tapi kau tak ada lesen untuk menggunakan kuasa kau bukan? Tambah lagi Irene."

Terdiam Carla. Baju Samuel digenggam erat sambil mengemam bibir. Betul juga apa yang dikatakan oleh Samuel. Bagi sesiapa dari dunia lain dibenarkan tinggal di sini tetapi perlu membuat lesen. Dia hanya buat lesen penempatan sahaja.

"Kewujudan kuasa aku di sini mungkin bahaya atau lebih tepat membahayakan diri aku."

"Ya, memang betul. Aku pun lebih kurang sama tapi disebabkan mak ayah aku pernah berkerja sebagai ahli mereka, ibu bapa aku dapatkan lesen untuk aku. Jika mereka dapat kau kemungkinan besar kau akan menjadi bahan kajian mereka. Teleknesis siapa je yang tak teruja? Aku pun terkejut bila dapat tahu kau memiliki."

"Macam mana dengan Irene?" Carla melepaskan genggaman baju Samuel. Dia mengorak langkah ke arah tingkap semula.

"Aku tak pasti ...."

Tiba-tiba pintu bilik terbuka luas. Samuel tersentak lantas menegakan badan.  Ayira muncul bersama wajah cemas! Dia berlari ke arah Irene dan kemudian berlari ke tingkap. Menjengah luar. Baru saja Carla mahu menyoal, Aiyra terlebih dahulu telah bersuara.

"Kita tak selamat. Kita tak selamat! Mereka datang lagi! Mereka datang lagi! Irene dalam bahaya!" peristiwa lalu terimbas kembali. Aiyra bertambah panik apabila melihat luar tingkap. Disangka mereka mahu ambil Irene seperti yang berlaku beberapa tahun yang lalu.

"Tak Ibu! Mereka mahukan Samuel!" Carla menunding jari pada Samuel. 

"Lagi dulu ... lagi dulu lagi mereka mahukan Irene. Kita kena pergi dari sini!" bilangan Seekers di luar semakin bertambah, lagilah tidak keruan dibuatnya!

"Kita nak pergi mana?" soal Carla bingung. Aiyra kelam kabut mengemas barang Irene. Dicapai barang-barang penting dan disumbat masuk dalam beg.

"Tak tahu. Janji keluar dari rumah ini! Cepat Carla kemaskan apa yang patut!" arahnya sambil berlari ke arah almari. Rantai kristal, dan duit milik Irene diambil. Samuel diam memerhati Carla mengemas barang-barangnya. Dia beralih pandangan, Irene masih lagi tergelam dalam tidur.

"Mak cik, biar saya dukung Irene." tawar Samuel.

Carla, Aiyra, dan Samuel serta Irene keluar dari pintu belakang. Mereka bertindak melarikan diri apabila pintu rumah diketuk oleh Seekers. Tidak cukup dengan itu mereka juga diugut jika tidak mahu keluar. Mujur Seekers itu bodoh tidak mengawasi pintu belakang. Jadi mereka lari jauh ke dalam hutan yang berhampiran dengan rumah mereka.

Samuel memperbetulkan kedudukan Irene di belakang. Tangan diletakan pada permukaan batang kayu. Samuel tercungap-cungap. Aiyra duduk di bawah pokok manakala Carla duduk meninggung. Carla melepaskan beg yang dipikul. Bahunya diketuk-ketuk perlahan bagi menghilangkan rasa lenguh.

"Mereka tak kejar lagi. Kita rehat di sini dulu. Hari pun sudah gelap." ujar Samuel.

Mendengar bicara Samuel terus Carla menghempaskan punggung ke tanah. Betapa penatnya dia berlari sambil membawa beg berat. Lega betul dapat berehat.

Api mula menjilat kayu sebaik sahaja berjaya dihidupkan. Irene masih lagi tidur, beralaskan kain dan di sisinya pula Aiyra sedang duduk tersimpuh. Dia termenung jauh. Matanya tidak mahu lelap kerana risaukan perkara ini. Samuel dan Carla duduk depan unggun api.

"Kita nak pergi mana, Samuel?" ujar Carla perlahan sambil menconteng tanah dengan ranting kayu. Macam-macam bentuk dia lukis dan lukisannya tidak ubah seperti budak kecil yang baru sahaja mendapat pensil! Samuel yang melihat pun mahu tergelak tapi dia tahan.

"Ehem! Kau ada tempat lain nak dituju ke?"

"Entahlah ... Kau rasa mereka dapat kejar kita tak?" dia menekan ranting ke tanah sehingga patah kemudian dia campak masuk dalam api.

Samuel menekup mata kanan. Dia menghela nafas berat. "Tiada yang mustahil bagi mereka. Kita tak boleh terus di sini, mereka tahu selok-belok dunia ini. Lambat-laun mereka pasti jumpa kita."

Rambut putih diramas-ramas kasar. Serabut! Carla bingung ketika ini. Tidak tahu nak buat apa selain daripada lari. Cari tempat selamat pun dia buntu!  Fikirannya memang kusut saat ini!

"Carla ...." Aiyra memanggil lantas Carla menoleh. Ibu Irene berjalan menghampiri. Bahu Carla dipegang. "Kita tak ada pilihan lain." sambungnya lagi.

"Apa ... apa maksudnya?" tanya Carla keliru. Berkerut dahi menampakan garisan kedut.

"Kita terpaksa balik ke sana." kata-kata Aiyra membuatkan Carla terdiam. Antara setuju dan tidak, dia tidak memberi kata putus pun. Begitu sukar untuk dia buat keputusan. Dua-dua tempat tak selamat.

"Bagi saya masa untuk berfikir." Carla berdiri tegak. Sempat menghadiahkan senyuman kepada Aiyra sebelum berjalan melepasi Samuel. Dia hilang ditelan kegelapan hutan.

IRENE buka mata dengan luas. Biji mata bagai nak tersembul tatkala pokok-pokok menjadi tatapan mata. Pantas dia duduk menegak, kali ini unggun api menjadi perhatian dan beralih pada ibunya sedang tidur di sisi. Dia bingung seketika melihat situasi ini. Manakan tidak sebelum ini dia berbaring di atas tilam empuk dan dalam bilik yang selesa bila bangun sahaja di dalam hutan! Sudah tentu dia terkejut besar!

Kelihatan Samuel sedang duduk memeluk lutut dan menyembam muka. Tak perasan Irene sudah terjaga. "Samuel?" panggil Irene.

Lelaki itu mengangkat muka. Matanya basah dengan air mata. Cepat-cepat dia mengesat. "Oh, kau dah bangun?" soal Samuel bersuara serak.

"Kau menangis?" Irene menyoal sebaik sahaja duduk di sebelah. Jarak mereka berdua kira-kira tiga langkah.

"Em ... Tak perlu tahulah sebab apa."

Irene tergaru-garu pipi. Yalah, tidak nak tanya lebih-lebih mungkin Samuel ada masalah besar dan tidak bersedia mahu bercerita. Satu je soalan sekarang ini, kenapa tiba-tiba ada dekat hutan?

"Kita dalam bahaya, ada orang sedang mengejar kita." Samuel berkata seolah-olah tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran Irene tika ini.

"Apa maksud kau? Kenapa kau tiba-tiba berada di sini dan mana Carla? Dari tadi aku tak nampak dia." berdas-das tembakan soalan yang keluar dari bibir Irene. Jenuh Samuel mahu jawab semua!

"Susahlah aku nak terangkan."

"Ha ... pendekan."

"Kalau pendekan pun masih panjang."

"Kalau macam itu ringkaskan cerita kau." Irene tidak mahu mengalah. Dia tak peduli  nak tahu juga perkara yang sebenar!

"Aku tak tahu Carla pergi mana, tadi dia masuk hutan tak balik-balik lagi." Samuel memaparkan riak risau.

Irene mengangguk perlahan. Tak risau pun kerana tahu Carla boleh jaga diri. "Lagi?" mata Irene membulat tatkala menoleh. Mereka bertentang mata.

Samuel meneguk air liur. "Lagi? Apa?" tanyanya seperti buat-buat tak faham.

Belum sempat Irene membuka mulut, satu letupan bergema mengegarkan tanah. Ia kedengaran begitu hampir! Mereka berdua berbalas pandangan. Aiyra yang sedang tidur turut terjaga. Pada waktu yang sama Carla muncul secara tiba-tiba!

Termengah-mengah lalu berkata "Cepat mereka dah dekat! Cepat kita pergi!"

Kedengaran berdas-das tambakan senjata api dilepaskan. Butir peluru membelahi udara di pelbagai penjuru! Bom tangan dilempar ke tempat Irene dan Samuel berada.

"Argh! Ambil ni!" Samuel menyepak sebelum bom itu meletup di udara. Irene berlari menuju ke arah Ibunya sambil menekup telinga.

Bam!

Tidak semena-mena sedas tembakan terkena pada bahu Irene. Ia menembusi kulit sekaligus membenam ke dalam daging. Irene jatuh terduduk. Aiyra berlari mendapatkan Irene.

Carla mendecit lalu menghadang tangan. Matanya yang sudah sedia merah semakin bertambah merah. Apabila Carla menepuk tangan, serangan berpeluru terhenti.

"Samuel bawa mereka ke tempat selamat!" pekik Carla. Sejurus itu , serangan yang terhenti tadi mula berpatah balik! Carla memantulkan balik ke semua serangan!

Suasana hutan sungguh bingit dek dihujani peluru! Tembakan tadi semuanya terpantul balik! Bom meledak ke sana sini sampai bergegar tanah! Tempat ini tidak ubah seperti sedang berperang! Begitu dahsyat Seekers membuat serangan!















Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

48.3K 5.5K 55
Selama 500 tahun peperangan antara Puak Royal Wall dan Outlanders berlangsung. Satu peperangan ke satu peperangan telah terjadi dan ramai menjadi kor...
93.4K 484 8
Aktiviti Kemasyarakatan Dikampung Sangat Harmoni Dengan Kerjasama Penduduk Setempat Dalam Berbagai Perkara Yang Dilakukan Bersama-Sama Diatas Semanga...
301K 24.5K 121
Pewaris Dragna kembali ke dunia mereka dan tanpa diduga, pemburuan berulang lagi. Musuh-musuh mula memburu pewaris keturunan Dragna demi mendapatkan...
120K 8K 36
"X... Ayah mati bukan sebab aku... Eli mati bukan sebab aku... Ianya kerana takdir... Dan sekarang takdir aku adalah untuk tamatkan riwayat kau!!!"-S...