Projek Bantah Kahwin

Por Mina94

802K 30.4K 1.3K

10 tahun lalu, waktu mama Umi aku tanya pasal kahwin. "Kahwin? Nak~," Sekarang, "Kahwin? Mak dah makan ubat k... Más

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62 (Terakhir)
Extra

Bab 58

10.7K 414 21
Por Mina94

Sambil daguku ditongkat, aku hanya memandang bosan ke arah kawanku, si Malisa Syaakaira yang hendak menghubungi cikgu Ariel dan Daniel.

Ya, aku geram sangat lah kat suami aku tu. Ada dia marah kat aku gara-gara aku panggil dia abang. Habis, aku nak panggil dia apa? Cikgu lagi?

Asyik cikgu je, macam tak ada kemajuan.

Aku mengeluh lagi, mendapat jelingan dari Lisa yang sudah sedia meletakkan telefon pintar ke telinganya.

“Waalaikumsalam,” jawap Lisa, bercakap dengan si pemanggil. “Dah 30 minit tunggu, korang buat apa?,”

Aku hanya mampu memandang Lisa yang bertengkar mulut dengan pemanggilnya. Gah, budak ni, tengok keadaan dulu lah.

“Ok, kalau korang belum sampai sini dalam masa 5 minit, aku dan Mira akan lari tinggalkan tempat ni,” ugut Lisa lalu laju-laju memutuskan panggilan telefon dari telefon pintarnya.

“Apa diaorang buat lama sangat tu?,” soalku, hairan juga. Kalau beratur panjang sangat nak beli tiket pun, selalunya tak lah lama sangat macam ni.

“Abang Ariel, jumpa kawan lama kat kaunter membeli tiket, Daniel nak pergi ke mari dihalangnya,” beritahu Lisa, menyimpan laju telefonnya ke dalam tas tangannya.

“Kawan lama? Lelaki ke perempuan?,” soalku laju.

“Mana lah aku tahu, tak kan aku nak tanya pulak?,” bentak Lisa, membuatkan mulutku terkumat-kamit.

“Kau rasa perempuan tak?,” tanyaku lagi.

“Mira, kalau kau biarkan perasaan cemburu kau tu menguasai kau alamat compang camping lah rumahtangga kau,” kata Lisa yang aku rasa berbentukkan nasihat.

Oh, aku kena tahan rasa cemburu tu ke? Supaya rumahtangga aku sejahtera? Walaupun hati aku sakit?

“Kau faham tak, Mira?,”

“Faham,” kataku lemah. Kemudian tidak lama itu, cikgu Ariel dan Daniel sudah muncul di depan meja kami. Aku cuba sedaya upaya untuk tidak menatap mata suamiku.

“Sorry, jumpa kawan lama tadi,” beritahu cikgu Ariel sambil menggelokkan posisi kaca matanya.

“Itu yang cerita sampai tak ingat masa tu,” sambung Daniel, tangannya sibuk menyapu-yapu habuk yang tiada di bajunya. Atau aku yang tak nampak?

“Urgh, dah, tiket dah beli, kan?,” soal Lisa, mengabaikan ucapan maaf cikgu Ariel ku. Budak ni!

“Dah, tapi masalahnya, tak ada tempat kosong untuk kita semua, kita kena berpecah kedua pasangan,” beritahu Daniel yang sudah tersenyum panjang. Oh, itu bukan masalah kan, Daniel?

“Oh, kalau macam tu, biar aku dan Lisa duduk berdua. Dan Cikgu Ariel dan Daniel duduk berdua,” beritahuku spontan sambil merangkul tangan Lisa.

Aku hanya memyembunyikan tawaku, apabila melihat aksi terkejut melampau mereka. Tapi, aku maintain kan je poker face ku.

“Tak boleh ke? Aku dah lama tak menonton wayang berdua dengan sahabat aku ni,” bebelku sambil merangkul erat tangan Lisa.

Ianya perasaanku atau tadi aku nampak Cikgu Ariel bermuka masam? Ceh, mana lah dia nak bermuka masam. Buat apa?

“Boleh agaknya,” jawap Daniel sambil tersenyum hambar. Aduh, sorry, Daniel. Kerna aku dan cikgu Ariel, korang juga jadi mangsa.

Pawagam satu,

Masuk saja  ke pawagam satu, keadaan yang samar-samar memaksaku untuk meraba-raba kerusi yang terdapat di dalam pawagam. Tiba-tiba lenganku ditarik laju oleh Lisa. Aduh, kalau geram sangat pun tak payah lah nak lepaskan geram tu kat aku.

Lisa pun menunjuk arah ke tempat duduk kami. Baru saja aku nak berterima kasih dengan dia..

“Eh!! Apa yang cikgu buat kat sini?,” bentakku kerana terkejut. Kenapa tiba-tiba Lisa berubah jadi cikgu Ariel pulak? Eh! Bukannya tadi Lisa yang menarik aku? Jadi, selama ni cikgu Ariel lah yang memimpin aku ke mari?

“Mira, quiet please. Wayang dah nak mula,” beritahu cikgu Ariel berlagak macam tiada apa yang berlaku. Aku memeluk tubuh sambil dengan kuatnya menyandarkan diri ke kerusi wayang.

“So unfair,” bebelku. Perhatianku cuba ku tumpukan untuk menonton wayang yang baru nak mula.

Tapi,

Tak boleh!!! Bayangkan lah lelaki terkacak milik suamiku lebih menarik dari hero cerita dari negeri barat ni. Ya Allah, wahai kacamata pergilah kau dari wajah suamiku. Izinkan aku pulak yang berada di tempatmu.

Aku berpura-pura memandang ke tempat wayang ketika cikgu Ariel perasaan aku sedang memandangnya. Ceh!

“Ada masalah?,” soal cikgu Ariel, berlagak cool. Meh, dia memang cool.

“Tak, tak ada apa,” beritahuku. Nak menggeleng tak boleh, sebab dia memang tak nampak punya.

Bila aku dapat rasa dia sudah mengalihkan pandangannya ke skrin besar di depan. Sekali lagi, aku melirik memandang cikgu kesayanganku ini.

Terbit juga rasa belas kerana awal lagi tadi, aku yang beria-ria mengajak dia pergi ke Mall, tengok wayang dengan aku. Dan tanpa rungutan walau sedikit pun, dia tetap ingin menemaniku.

Adakah..aku ni hanya mampu menyusahkan hidupnya?

Aku menundukkan kepalaku, tiba-tiba selera nak tengok wayang, hilang entah kemana. Kan. Aku hanya mampu menyusahkan cikgu Ariel. Kan lebih baik aku biarkan dia berehat kat rumah hari ni.

Cikgu Ariel Mikail..

Abang Ariel Mikail..

...

Kenapa rasanya macam pelik je menyebut nama tu?

Abang Ariel Mikail..

!!

Oh, aduh, kenapa panggilan ‘abang’ ni buat aku dan Cikgu Ariel macam abang dan adik. Mungkin.. Mungkin.. Ini lah rasa cikgu Ariel kot?

Atau , dia sebenarnya geli?

Aku sekali lagi melirik memandang cikgu Ariel yang maaih menumpukan perhatiannya pada cerita di depan kami.

Aku cuba sekali, Bismillah. Fuh.. Fuh.. Fuh..

“A-,”

Boom!!!

Oh, kau! Mak oi, sound effect kuat sangat lah pulak cerita ni. Habis luluh jantung aku dibuatnya. Kurang ajar. Aku saman kau sound effect!!

Aku mengeluh, nampaknya rancangan aku dah musnah. Ini kali terakhir aku akan menonton movie ber-genre kan film aksi. Ini semua salah si Lisa lah ni, nak sangat tengok cerita entah apa-apa lah punya tajuk. Apa? Under the Umberella?

Hihihi, macam lagu Rihana ada jugak.

Akhirnya, aku hanya membuang masa mengira berapa urat bulu kirai yang ada kat bahagian muka cikgu Ariel di sepanjang wayang dipertontonkan.

Tapi gagal sebab aku tersilap kira apabila cikgu Ariel menoleh ke kirinya untuk mengambil minumannya. Sia-sia usaha aku.

Selesai,

“So, over 10 macam mana rate cerita tu?,” soal Lisa kepadaku yang tanpa aku sedar dia sudah seiringan dengan aku dan Cikgu Ariel.

“0.5,” beritahuku selamba.

“Huh? Aku rasa ianya layak diberi 7,” komen Lisa, dipersetujui dengan Daniel dan Cikgu Ariel. “Despite the sound effect yang melampau besar volume dia tu lah,”

“That’s the reason kenapa aku bagi low sangat, kau tahu tak? Rancangan aku ga-,” aku menutup mulutku bila aku tersedar aku dah terlebih cakap.

“Rancangan?,” soal Daniel.

“Well, hahaha, aku sebenarnyaaaa... Nak.. Hmm.. Arr.. Ah! Aku nak tidur tadi, yup, aku nak tidur,” beritahuku dengan yakin.

“Tidur?,” ulang Lisa, muka dia tu. Macam tak yakin je dengan jawapan aku. Aku mengganguk laju, “Kan tadi kau yang beria nak ajak kami tengok wayang, sekarang kau pulak yang nak tidur?,”

“Daa, tadi tu tadi, ini tu ini,” kataku dengan senang memberi jawapan.

“Mira, kamu sihat ke?,” soal cikgu Ariel, macam perihatin. Macam!

“Yup, sihat wal’afiat!,”

“That’s good sebab memang kamu hari ni lain macam je,” bebel cikgu Ariel. Lain macam? Ooooooh, dia perasan lah?

“Bang, saya minta izin dulu nak jalan dengan Lisa, so bye,” pamit Daniel sambil menarik laju tangan Lisa. Si Lisa tu pulak ketara dia terkejut habis. Bagus lah. Tinggalkan kami berdua, ya?

Diam~

“Er, cikgu nak pergi kemana?,” soalku agak kekok.

“Kamu nak kemana?,” soal cikgu Ariel kembali.

Kita tanya dia, dia tanya kita pulak. Kalau aku, aku akan bawa kau ke tempat yang memang ketara kau belum pergi. Habis kau hari ni.

“Cakap lah, tak payah malu,”

“Saya tak malu,”

Aku mencebik, yelah tak malu. “So?,”

“Kamu ada nak pergi kemana-mana? Kalau tak kita balik je-,”

“Let’s go to UNI Arcade! Kita nyanyi berduet,” kataku lalu laju mengorak langkah, sama ada cikgu Ariel masih kat belakang aku atau tertinggal aku tak pasti. Yang pasti aku nak menyanyi duet bersama cikgu Ariel sekarang.

Di Karaoke box,

...

“Mira,”

“No, cikgu kena nyanyi juga, come on, sekali ni je,” pujukku tanganku sudah laju menekan-nekan punat butang yang ada di dalam karaoke box ni.

“Mira, saya tak akan menyanyi di tempat macam ni,”

“Please, cikgu,”

“No,”

“Saya akan urut cikgu malam ni,”

“No, thanks,”

“Saya akan tidur lain bilik malam ni,”

Diam.

What? Dia betul-betul nak aku tidur kat lain bilik ke? Oh, cikgu. Tak boleh jadi ni. Melampau betul.

“Still no,”

Fuh.

“Habis? Apa yang saya perlu buat untuk cikgu sudi menyanyi dengan saya yang setengah merayu sekarang ni?,” kataku sengaja buat-buat suara sedih. Tak malu betul kau ni, Mira.

Tiba-tiba je muka laki aku ni merah semacam je, kenapa? Hahaha, aku baru je terfikir benda paling mengarut dalam otak aku ni. Haha! Gatal aku ni!

“Mira,”

“Yes? Cikgu dah setuju nak nyanyi dengan saya?,” kataku gembira.

Cikgu Ariel mengangguk, “But in one condition,”

Aku mengeluh, dah agak dah. Dah agak. Mesti ada syarat punya tu. Mana ada benda baik yang mudah berlaku macam ni?

“Apa?,” tanyaku, sambil lewa memeriksa kuku jariku.

“Tolong keep on panggil saya ‘cikgu’ buat masa ni,”

HAH??!

Seguir leyendo

También te gustarán

84.5K 4.5K 21
Dinginnya MUHAMMAD DAFFA kepada AININ NADA bermula bila si NADA membaca surat cinta di zaman monyetnya tanpa izin. Sudah lah baca surat cinta orang...
167K 9.3K 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...
197K 7.3K 37
Sayang memang ada di dalam hati tetapi cinta kadang kala pada orang tertentu sahaja.Bagi Jannah dia hanya perlu fokus pada pelajaran namun hatinya te...
1.4M 35.6K 35
Darwinsyah Filza & Tengku Iqram Zikri. Terpaksa bernikah atas untuk menutup malu adik kembarnya, Tengku Iqram Fikri yang lari semasa hari pernikahann...