HELLO ANGEL ©️

De jkshlvffy

12.3K 1.4K 37

Mencari yang ikhlas bukan senang. Bila ada yang sanggup menghargai, maka jangan dilepaskan. Tuhan sentiasa ad... Mai multe

00
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
33
34
35
36
37
38
39
40

32

216 33 0
De jkshlvffy

~ ʜᴇʟʟᴏ ᴀɴɢᴇʟ ~







Hari natal tinggal beberapa hari saja lagi. Semua seisi keluarga mula sibuk dengan kegiatan untuk menghias rumah besar mereka itu. Keluarga Kris? Keluarga Hye Seol dengan senang hatinya menerima mereka sebagai sebahagian daripada keluarga mereka.

Rumah mereka bersebelahan saja. Katanya agar tidak ada lagi kes terpisah jauh seperti dulu. Effect gembiranya berjiran, semua anak alien itu selalu mengadakan parti. Mujurlah mereka tiada jiran lain. Kalau tak, memang sah mereka akan dilaporkan kepada pihak polis kerana mengganggu keamanan pada malam hari dengan suara bising mereka.

Parents Hye Seol dan Luhan? Mereka selalu outstation. Itu yang memudahkan skuad alien tersebut buat kecoh tanpa henti.

Rumah yang dulunya sunyi sepi kini kecoh dengan suara mereka bertiga belas. Gurau senda yang tak pernah lepas dari mereka. Begitu juga dengan tawa yang mengundang bahagia dan ketenangan.

Tuan Park dan Puan Park hanya tersenyum senang melihat gelagat semua anak muda itu dari tingkat 2 rumah mereka. Melihat mereka bergurau senda sambil menghias pokok krismas dan seluruh isi rumah itu.

"Yeobo, terasa seperti mereka semua anak kandung kita." Gumam Puan Park sambil berpaut pada lengan suaminya.

Tuan Park pula hanya tersenyum menanggapi ucapan isterinya.

"YAK! PULANGKAN LAMPU ITU!" Jerit Xiumin geram.

Bantal sofa yang berdekatan menjadi senjatanya untuk membaling si Chan Yeol yang sedang berlarian membawa lampu warna warni yang seharusnya dililitkan pada pokok krismas yang hampir siap itu.

"Hyung, sekejap saja." Sokong Chen sambil mengenyitkan mata kirinya ke arah Xiumin.

Dua lelaki dewasa tersebut berlarian lagi membawa lampu yang berjurai itu. Entah apa yang ingin mereka lakukan. Si abang hanya pasrah.

Sementara semua orang sedang sibuk di ruang tamu, dua ekor manusia ini sempat juga nak dating belakang rumah. Konon hias halaman belakang.

"Yak! Itu saya punyalah!" Pekik Hye Seol geram apabila Sehun merebut manik yang baru saja dia masukkan ke dalam benang dengan susah payah.

Lelaki itu pula ketawa lepas apabila gadis itu tak dapat menandingi tinggi badannya. Tapi, bukan Hye Seol kalau mudah putus asa. Gadis itu naik ke salah satu kerusi di mana Sehun berdiri. Tapi...

BRUK !

"Auw.." Ringis gadis itu perlahan.

"Oppa! Awak tak apa-apa ke?" Soal Hye Seol cemas apabila dia menyedari yang dirinya telah menindih tubuh tegap Sehun.

Lelaki itu pula hanya tersenyum perlahan.

"Itu perkara kecil saja, sayang. Lupa ke your future husband ni lebih kebal dari yang sayang fikirkan?" Ujar Sehun percaya diri.

Gadis itu muncung sedepa mendengar ucapan lelaki itu.

"You know, sometime I wish I have a super power like all of you. I want to change all the world become a magic world! Thats gonna be so amazing!" Ujar Hye Seol mula dengan angan-angan tahi ayamnya.

Sehun terkekeh mendengar permintaan gadisnya itu. Tak sangka, umur dah tua tapi otak masih budak-budak.

Tangan lelaki itu membelai rambut gadis itu dengan penuh sayang. Kebahagiaan yang mereka rasa membuat semua orang terleka dan lupa akan sesuatu perkara. Mereka lupa satu fakta.

Park Hye Seol akan hilang pada malam terakhir musim sejuk.

Tapi, akankah hal itu terjadi atau sebaliknya? Entahlah. Itu rahsia besar Tuhan.

"Andai Tuhan sudi anugerahkan sebuah kuasa tanpa batasan kepada saya, tak perlu dipaksa, saya sendiri yang akan ubah nasib awak tanpa perlu mengorbankan orang lain." Ujar Sehun sambil menatap langit yang penuh dengan bintang-bintang.

Hye Seol memandang wajah lelaki itu. Dia menyandarkan kepalanya di dada tegap Sehun.

"So, mari kita berdoa? Berdoa agar saya kekal di sini sampai bila-bila. Tuhan suka bila kita berdoa dan meminta kepada-Nya. Itu tandanya kita masih dan sentiasa memerlukan kasih sayang dan kehadiran-Nya." Ujar Hye Seol ikut serta melihat bintang-bintang di langit.

Ya, walaupun tak pasti dengan apa yang akan berlaku nanti, Hye Seol tetap berdoa kepada Tuhan agar dia tetap berada di samping keluarganya dan orang yang mencintai dan menyayangi dirinya. Hampir setiap hari gadis itu mendoakan perkara yang sama tanpa jemu. Kerana dia percaya, doanya pasti akan didengari oleh Tuhan dan dia percaya Tuhan menyayanginya dan akan mengabulkan semua doanya selama ini. Tak salahkan kita berharap kepada yang sepatutnya? Hye Seol hanya berpegang pada satu kata.

Jangan pernah berhenti berdoa dan berharap. Percayalah, peluang itu pasti akan datang kepada kita.

Sehun meneliti wajah gadisnya dengan saksama. Keinginan untuk terus hidup memancar di anak mata Hye Seol dan itu membuat lelaki itu semakin dilanda serba salah dan sebak.

Ketika inilah kuasanya mula tidak memihak kepadanya. Dia tak ingin Hye Seol pergi. Tapi, jika dia ingin mengubah nasib gadis itu, hanya abangnya yang sesuai dan dia sangat yakin. Hye Seol tak akan pernah sudi memaafkan dirinya jika benar dia mengubah nasib mereka berdua.



~ ¤ ~



Cuaca sangat sejuk sehingga menusuk ke dalam tulang. Salji yang bertaburan di jalanan kelihatan begitu indah sekali.

Hye Seol tersenyum ceria seperti biasa. Seolah-olah tiada apa yang akan berlaku kepada dirinya kelak. Bibir merah muda miliknya bersenandung kecil lagu 'Bout You yang dibawa oleh Eun Hyuk dan Dong Hae dari Super Junior.

"TOLONG ! ADA PERAGUT ! TOLONG !"

Gadis itu tersentak apabila dia mendengar jeritan seorang wanita yang berusia lingkungan 30-an di tepi bustop.

Hye Seol terkaku apabila seorang lelaki yang memakai topeng berlari ke arahnya. Dan tentu saja dia panik. Baru saja gadis itu ingin menjerit, tetapi dia terlambat sesaat ketika ada sebuah benda tajam menusuk perutnya dengan dalam. Tak hanya itu, lelaki itu turut mendorong tubuh gadis itu ke arah jalan raya yang super sibuk itu.

"CIK !"

PIT PIT !

BRAK !

Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata. Tubuh Hye Seol melayang di udara sebelum dia terhentak di atas jalan bertar itu dengan keras akibat dilanggar oleh sebuah kereta.

Darah keluar dari mulut dan hidungnya. Dengan detak jantung yang semakin perlahan, gadis itu cuba mencerna apa yang baru saja terjadi. Sakit mula menjalar di seluruh tubuh kecilnya.

'Ya..ya Tuhan.. A..a..aku.. A..a..dakah hi..hi..dup ku sudah p..un ber..ber..akhir? Ta..tapi..'

Suasana yang awalnya bising menjadi hening. Hye Seol tidak mendengar apa-apa lagi. Dia juga tidak melihat apa-apa lagi kecuali kegelapan yang mula menyelubungi hidupnya.

'Aku dah mati ke?'



ICU Hospital Seoul

Seluruh ruangan itu menjadi bising apabila munculnya Minah di situ. Tangisan gadis itu pecah memenuhi ruangan. Puan Park mendekati sahabat baik putrinya.

"Shh.. Seol pasti akan baik-baik saja. Dia kuat." Pujuk Puan Park yang cuba menahan tangisnya.

Dia harus kelihatan kuat.

"Kadang, mereka akan pergi dengan cara yang berbeza dan tak seperti yang kita fikirkan. Tuhan boleh mengambil nyawa umat-Nya dengan pelbagai cara." - Kris -








[][][]

TO BE CONTINUED ...

#VOTE #KOMEN #THANKYOU
#사랑하자

Hilang? Ingatlah, Tuhan ada banyak cara untuk mencabut nyawa kita. Jangan lupa VOTE ya. Annyeong.

감사합니다 엑소 사랑하자

Continuă lectura

O să-ți placă și

4.2K 545 68
Bukan Hero Romantik mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Emma atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem yang mempunyai sifat seperti wanita. Rambutn...
1.7M 13.6K 11
<2nd Novel> Highest Ranking- #1inAction(23/2/2021) [Completed] Known as Healing Love. "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, yo...
10K 788 49
𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...