Projek Bantah Kahwin

By Mina94

802K 30.4K 1.3K

10 tahun lalu, waktu mama Umi aku tanya pasal kahwin. "Kahwin? Nak~," Sekarang, "Kahwin? Mak dah makan ubat k... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62 (Terakhir)
Extra

Bab 48

10.7K 384 21
By Mina94

Hospital,

Aku yang masih beku, hanya mampu memandang lampu merah yang menyala di depan bilik pembedahan. Semuanya berlaku terlalu pantas.

Tanpa ku sedari, air mataku mengalir laju. Daniel..

Daniel...

Daniel..

Namanya ku sebut-sebut berulang kali, ya Allah. Aku rasa bersalah ya Allah. Kalau lah aku tak cuai, kalau lah aku tak marah, kalau lah aku tak lari.. Daniel mesti-

“Lisa! Lisa!,” panggil mama Mila yang tercungap-cungap.mendapatiku. “Daniel.. Daniel mana?,”

Aku hanya mampu menunjuk ke arah bilik pembedahan. Kata-kataku tersangkut di kerongkong.

“Ya Allah, apa dah jadi sebenarnya ni?,” kata mama Mila seakan meratapi semua ini. Papa Mikail segera menyambut mama Mila yang semakin merebah.

“Lisa,” panggil Mira lalu segera memelukku. “What happen?,”

Aku tak mampu berkata-kata sekali lagi, akhirnya tangisan dan esakkanku yang menjadi jawapan mereka.

Dua minggu kemudian,

Sejambang bunga ros hijau berada di pelukanku. Niatku hanya satu, aku ingin menyampaikan bunga ini kepada kekasih hatiku. Daniel Mikail.

“Daniel,” kataku bila sahaja pintu wad persendirian ku buka dengan lebarnya. Menampakkan pesakit yang terlantar dan bergantung pada bantuan pernafasan. Ya, dia lah Daniel. “Now, bangun! Aku bawa bunga, jangan tanya aku kenapa aku bawa,”

Sekali lagi, hanya mesin nadi jantung yang menjawap teguranku.

“Sampai bila nak tidur ni, dah dua minggu, Niel!,” kataku. Nada suaraku semakin serak. Aku cuba untuk tak menangis. “Kalau kau tak bangun, aku akan cari orang lain, mungkin Zul, mungkin Senior Muiz, mungkin pembersih bangunan sekolah,”

Aku mengeluh, dah dua minggu dia masih berada dalam keadaan koma tapi aku tak akan mudah berputus asa. Aku yakin, suatu hari nanti dia akan kembali juga pada kami.

“Malisa?,” tegur Haquan di ambang pintu. “Daniel masih tak sedar ke?,”

“Ya,” jawabku sambil meletakkan bunga-bungaan yang ku beli tadi di jar berisi air sebagai hiasan Daniel. Aku terdengar keluhan Haquan di hujung katil. Dia nampak normal hari ni. Kan bagus, kalau dia macam ni. Cuma rambutnya masih panjang.

“Hmm, ini dah kali ke dua,”

“Apanya?,”

“Dia selamatkan kau,”

“What?,”

“Tak ingat? Kan dulu sebelum keluarganya pindah ke Belait, Daniel ditimpa kemalangan juga. Waktu menyelamatkan kau,” beritahu Haquan mengerutkan dahinya.

“Sebelum ke Belait? But he was six and younger!,” kataku semakin rasa bersalah.

Haquan tersenyum, “Cinta tak mengenal umur Lisa, I remember waktu mula-mula kami berkenalan, he talks a lot pasal kau, Lisa ni, Lisa tu, dari sekolah tadika sampai sekolah menengah!,”

Begitu suka ke Daniel kat aku?

“And I remember waktu dia main silat kat sekolah menengah dulu, dia cedera parah. Bahu dia dislocate tapi tak lah sampai terkeluar macam tu,” gurau Haquan, hanya membuatkan aku tersenyum hambar. “I think itu impak dari kemalangan pertama dia,”

Mataku menitis juga, setelah sekian lamaku tahan.

“Malisa, aku cerita ni bukan nak buat kau sedih. Aku cuma nak bukakan mata kau untuk melihat yang selama ini Daniel memang cinta mati kat kau,” beritahu Haquan betul-betul berdiri depanku. “Dia rela gadaikan nyawa dia sendiri demi melindungi kau,”

Aku mengesat air mataku, “Tapi, aku bodoh sangat! Aku jerit kat dia, aku marah kat dia masa kat pantai tu!,”

“Lisa-,”

“Aku jerit tiga perkataan yang...sangat-sangat menyakitkan hati dia. Tapi dia masih juga rela menyelamatkan aku. I’m so stupid,”

“Dia tahu tu, yang kau hanya marah masa tu so don’t worry,” pujuk Haquan. “Daniel tak akan semudah itu putus asa kat kau,”

“Tapi kesian dia,”

Haquan diam, mungkin sedia mendengar luahanku.

“Damn, I love him so much,”

“Kita doakan je Daniel akan bangun dari rehatnya,” kata Haquan menepuk lembut bahuku. Membuatkan aku sedikit ringan dengan sokongannya.

“Aamiin,” kataku. “Sorry, kau datang sini nak lawat Daniel tapi dengar aku blabbing pulak,”

“Naa, it’s ok. Cuma aku harap budak ni dapat dengar lah kata-kata kau,” beritahu Haquan, memandang sayu wajah kawannya yang terlantar di atas katil tak bermaya.

Aku tersenyum, rambut panjang Haquan menjadi tatapanku bila dia menyasarkan rambutnya ke belakang dengan gaya perempuan, “Itu rambut betul ke?,”

Haquan memandangku lalu memandang rambutnya, di ambil rambutnya yang berada di bahunya, “Ini?,”

Aku mengangguk, cantiknya rambut kalah rambutku dibuatnya.

“Ya, ini rambut betul,”

“Tapi it’s too long, for a guy,”

“I like my hair this way, so feminine,”

Aku tergelak kecil, “You are still weird,”

Haquan menjulingkan matanya, “You should see Daniel’s collection then, dia lebih pelik tau,”

“Collection? Collection of what?,” soalku ingin tahu. Kalau dah si pelik ni pelik yang teramat, apa lagi Daniel? Dia kata Daniel lebih pelik. Man, curious nya.

“Not telling,” kata Haquan tergelak puas.

Aku dah agak dah. Tanganku akhirnya selesai membancuh teh. Cawan bercorak indah ni ku bawa ke hadapan Haquan. Haquan menyambut dan mengucapkan terima kasih.

Setelah meminum beberapa hirupan, Haquan dengan berhati-hati meletakan cawan tadi ke arah sinki lalu dibasuhnya. Aduh, kenapa pulak dia yang basuh.

“So, I have to go now. Ada date with someone later,” umum Haquan, meletakkan cawan tadi ke tepi setelah bersih dibasuhnya. “Someone special,”

“Please tell me, ianya bukan Mira,”

“Ianya bukan Mira,” kata Haquan, seperti yang ku minta. “Jangan risau Lisa, aku akan tinggalkan mereka. Beside, abang Ariel pun dah mula cinta kat isteri dia kan?,”

“True,”

Haquan tersenyum, “Ok, See ya later,”

Dengan itu, Haquan meninggalkan aku bersendirian dengan Daniel dalam bilik wad ini. Aku mendudukkan diri di salah satu kerusi yang paling dekat dengan Daniel.

Walau seribu kali ku menatap wajah Daniel, tak pernah sekali pun aku jemu. Eh, cliche kan? Tapi itu lah yang aku rasa. Aku harap dia akan sedar tak lama lagi.

Esuk,

Ianya sudah menjadi aktiviti harianku. Lepas saja sekolah, aku akan bergegas ke hospital, menjaga kekasih aku. Fuh, kekasih ya? Such a warm feeling yang aku rasa.

Mama Mila tersenyum memandang aku yang baru tiba di wad masih berpakain seragam sekolah.

“Kan mama dah cakap, Lisa tak perlu lah bergegas ke mari. Take your time,” nasihat mama Mila lagi dan lagi.

“Lisa nak jumpa Daniel cepat-cepat,” beritahuku kemudian mukaku terasa panas. Aduhai, terlepas cakap lah pulak, buat malu je.

Mama Mila tersenyum, “Daniel tak kemana, Lisa,”

Aku juga tersenyum, “Masih belum sedar ke?,”

Mama Mila bangkit dari duduknya, “Belum. Paling lama pun berbulan, macam dulu. Tapi itu sebab dia kecil lagi, badan tak kuat sangat. Tapi ini rasanya dia patut bangun dah,”

“Ma, Lisa minta maaf, Lisa-,”

“Jangan Lisa. Ini pun salah mama juga rasanya, bersetuju dengan idea gila si Daniel ni,” kata mama Mila, memintas kata-kataku. Dia perlahan menuju ke arah Daniel. “Mama masih ingat lagi waktu dia suarakan dia nak kahwin dengan Lisa,”

Eh?

“Dia nak kahwin dengan Lisa?,”

Mama Mila mengangguk, “Sebelum datang ke Brunei ketika menyuarakan pendapat mama tentang perkahwinan kamu ni, Daniel tahu Lisa akan memandangnya sebagai abang. Dan tak mungkin dia akan berjaya mengambil hati Lisa, apa tah lagi dipaksa kahwin dengan orang yang dah asing,”

Suasana sunyi seketika, hanya terdengar mesin nadi jantung yang membisingkan keadaan.

“Sebab tu, Daniel buat rancangan untuk tambat hati Lisa, dia sengaja beritahu kami yang Lisa akan buat hal yang membangkitkan rasa tak suka pada kamu, waktu perjumpaan kami, waktu  majlis nikah Ariel, waktu majlis persandingan Ariel. Kami tahu itu,”

Aku menundukkan kepala, “Lisa tak tahu.. Yang Daniel begitu ambil berat kat Lisa,”

“Daniel selalu pandai menyembunyikan perasaan, tapi ada juga dia terlepas menyatakan perasaan dia tapi dari yang mama nampak, Lisa hanya menganggapnya sebagai gurauan, betul?,”

Aku mengangguk laju.

“Tapi, semua itu bukan gurauan, itu lah perasaan anak mama,” kata mama Mila. Aku menunduk lagi. Lagi. Dan lagi, aku menangis. Betapa bodohnya aku! Bodoh!

“Lisa, jangan sedih macam ni, nanti Daniel lagi sedih,” kata mama Mila memelukku dengan eratnya. Aku mengangguk sambil mengesat air mataku.

Setelah lama begitu, aku membuat keputusan untuk mendudukkan diri di sisi Daniel. Ya Allah, sembuhkan lah Daniel. Aku sayang dia! Aku sangat sayang kat dia!

“Lisa, tabah ok?,” sokong mama Mila, tersenyum tabah memandangku. Malunya aku, sepatutnya aku yang memujuk mama Mila bukan sebaliknya.

Aku mengangguk, setelah itu mama Mila melihat ke arah jam tangannya. Riak wajah mama Mila berubah seketika.

“Mama kena pergi dulu ya? Ada mesyuarat kawan bersatu kat rumah,” beritahu mama Mila mendapat anggukanku.

Sekali lagi, keadaan meninggalkan kami berdua. Baru sahaja aku ingin mendudukkan diri.

Pintu dibuka kembali,

“Kenapa ma? Tertinggal ba-,”

Mataku membeliak. Kenapa dia ada kat sini?

“Zul!,”

Continue Reading

You'll Also Like

50.9K 1.7K 9
ROMANCE FICTION SERIES ONE "Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pu...
1.4M 53K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
1.5M 49K 53
Cinta yang berputik selepas berkahwin lebih suci.Perkahwinan atas dasar pilihan keluarga menyebabkan amukan dari kedua-duanya.Tetapi,kerana satu insi...
1.4M 32.5K 71
Cerita ini mengisahkan seorang perempuan yang bernama Puteri Alisya binti Megat Idrus. Dia seorang yang comel,cantik,ceria,peramah dan pandai. ...