"Jadi Wife Aku. ( Revisi )

By Lildaeiry

376K 9.6K 546

" Tolong aku Syuhada, kau satu-satunya yang boleh tolong aku... " Cinta lama yang dikubur dalam-dalam kemba... More

01 | 🌸-Pertemuan Semula
02 | 🌸-Kahwin Segera?
03 | 🌸-Suami Ekspress!
04 | 🌸-Hadiah?
05 | 🌸-Perempuan
06 | 🌸-Suamimu.
07 | 🌸- Im jealous
08 | 🌸-Honeymoon
09 | 🌸-Pantai
10 | 🌸-Pengakuan cinta
11 | 🌸-Cinta pertama?
12 | 🌸-Suami isteri ( 18+)
13 | 🌸- Haikal junior!
14| 🌸-Cemburu
15 | 🌸-Retak
16 |🌸- Pemilik hati
17 |🌸- Ainni dan Ainnur
18 | 🌸-Adam Zikri
19 | 🌸-Anak abang?
20 |🌸-Buanglah aku
21 | 🌸-Aku hancur
22 | 🌸- Berubah.
23 | 🌸- Dongeng yang hancur
24 | 🌸- Faleq Naufae
25 | 🌸-Arissa Afiya.
26 | 🌸-Syuhada? Arissa?
27 | 🌸-TrulySyCloset Company
28 | 🌸- Brand Ambassor
29 | 🌸- Kenyataan (15+)
30 | 🌸-Disaster
31| Pergi
032 | Harris
033 | Mimpi
034 | Kawan's Gathering
035 | Risiko
36 | Childhood memories (1)
037 | Childhood memories part 2
039 | Purdah
040 | How ending?
END
SAYONARA
BUKAKLA SAT
bismillah
Bukan Update.

038 | Selamatkan anak kita

6K 155 5
By Lildaeiry

" sayang, abang mohon, tolong bertahan..Please. "

dalam keadaan kelam kabut dia hanya mampu lihat Syuhada yang mengangguk lemah. Nurse sudah mula memakaikan alat bantuan pernafasan padanya yang termengah, sedari tadi.

" ab-abang, hsskk.. "
lemah suaranya memanggil aku.

" ya sayang. Abang disini.. "
aku usap kepalanya. Tangannya yang mula berpeluh aku genggam erat. Berkali kali tangan sejuk itu dibawa ke bibir. Telinga aku dekatkan ke arahnya. Tahu yang dia sedang sukar untuk bernafas.

" to-tolong selamatk-an-an-anak ki-kita.. "

" Syu pun akan selamat. Tolong bertahan.. " bibir diketap, menahan tangis.

Syuhada hanya mampu mengangguk lemah lalu mula menutup mata. Dia mula bergerak memasuki zon kuning. Zon Kecemasan dengan bantuan jururawat. Dan aku sang suami hanya mampu menghantar pemergian Syuhada tanpa melakukan apa apa.
Sepatutnya sedari awal aku patut menegah keputusan Syuhada untuk membiarkan kandungannya membesar.

Aku raup wajah berkali kali. Mujur ada dinding yang menyokong badanku yang terasa lemah. Seolah hilang separuh jiwanya melihat keadaan Syuhada. Semuanya salah aku. Salah Haikal. Haikal bodoh.

" Bro .. " terasa bahuku disentuh pelan oleh seseorang membuat aku mengangkat wajahku.

" sabar Kal, semuanya akan okey ya? Insyallah Syu akan selamat. "

Pantas dia merangkul erat tubuh sahabatnya Khalis Irfan. Bertambah laju tangis yang ditahan sedari tadi.

" kenapa Syu yang perlu hadap semuanya sendiri Fan? Aku ini suami jenis apa? dan aku tak mampu berbuat apa apa. Aku memang bodoh Fan! Baik aku saja yang mati! "

Tangisan menjadi pekikan dan aku kembali menangis semula.

" bertenang Kal, ingat Allah. Isteri kau sedang bertarung nyawa didalam. Kau tidak boleh begini. Tolonglah jangan begini Kal "

Tubuh sahabatnya yang lemah itu ditepuk berkali kali. Dia juga turut merasa pahitnya dugaan yang dihadapi suami isteri ini. Dia menjadi saksi semua kesengsaraan dua hati ini.

"Allahu, terlalu besar dugaan Mu buat hamba mu ini .. "

Dia terduduk lemah dikerusi. Khalis hanya mampu menenangkan Haikal yang kian merapuh. Sesekali belakang Haikal diusap pelan. Haikal memang benar benar celaru. Lelaki ini hampir separuh gila gayanya.

" Haikal ... "

Haikal mengangkat muka, dipandang satu persatu wajah ahli keluarganya yang tiba.
Wajah panik Puan Aida dan Puan Faridah dipandang silih berganti kemudian teralih ke arah anak anaknya. Adam, Farash dan Farish yang mula memerah mata. Mungkin faham dengan situasi getir ini.

Lututnya perlahan menyentuh permukaan sejuk lantai hospital betul betul dihadapan Puan Aida dan Puan Faridah. Mukanya menekur dan tangannya dibawa kebawah.

" ma,maaf,maafkan Haikal mummy, hiks mama. Im not a good hiks husband for her. I am the loser one!"

Tangannya menumbuk dadanya sendiri. Benar benar dia rasa bersalah.

" Ya Allah, Haikal, mengucap nak! mengucap. Ini bukan kesalahan kamu. Ini ketentuan Allah.."

Encik Idris terus menarik Haikal untuk berdiri. Tubuh lemah Haikal dipeluk erat oleh kedua ibu dan mertuanya yang dibanjiri air mata.

" kami tak pernah salahkan kamu Kal, semua ini kuasa Allah Swt, kita tak mampu menghindarinya. Kuatlah untuk Syu, ini dugaan untuk hamba istimewa seperti kamu berdua.."

kata kata Puan Faridah, mamanya membuat dia tersenyum tawar. Hati mana yang tidak gila ketika isteri yang disayangi sedang bertarung nyawa demi melahirkan zuriat buatnya. Dia risau, hatinya terdetik yang ada hal buruk yang akan berlaku biarpun hampir sejuta kali dia memikirkan hal positif.

"keluarga Puan Syuhada Haifa? "
kehadiran seorang jururawat terus menghentikan suasana hening kami.

" ya, saya suaminya.. Macam mana keadaan isteri saya? "

" ini .. surat ini milik Puan Syuhada. Kami menemukannya didalam genggaman tangan kirinya.. "

huluran gulungan surat dari tangannya aku ambil . Ini, ini surat Syuhada Haifa yang dulu kan? dan surat aku sekali? Surat sama yang kami tanam bersama dulu.

" maaf, tapi saya tak mampu nak bagi penjelasan lanjut mengenai keadaan Puan Haifa buat masa sekarang. Pembedahan dijalankan.. Nanti kami akan memberitahu perkembangan lanjut... Saya minta diri dulu."

Dan setelah jururawat itu menghilang, Haikal kembali diburu rasa bersalah.

kenapa dugaan mu terlalu besar besar Ya Allah?

" Kal ... jom pergi solat kejap?
kita cari makanan buat kamu ya nak? "

tepukan dibahu Haikal dari Puan Aida membuat dia menyedari realiti kini.

" tak nak. Haikal nak tunggu Syuhada sedar "

" tapi Kal pun kena jaga kesihatan sayang. Jom ya, kita pergi .. " Puan Aida masih memujuk lembut.

" tak nak! mummy tak faham ke isteri Kal tengah bertarung dengan ajal! apa patut Kal makan dalam situasi ini? Tak mungkin ma!"

semua yang berada disitu terdiam saat suara lantang Haikal menjerkah Puan Aida sendiri. Rambutnya diraup ke belakang berkali kali melepas tekanan. Semuanya terlalu menyerabutkan otak kini. Semuanya terasa membebankan. Yang dia tahu, dia cuma mahu Syuhada selamat.

" sudahlah Aida, mari kita pergi.
Kal, mama titip Syuhada sebentar dengan kamu. Sekejap lagi kami datang balik ya? "

akhirnya Haikal akur dengan permintaan Puan Faridah. Dia mengangguk pelan lalu menekur memandang lantai saat ahli keluarganya menghilang ke arah tujuan mereka. Meninggalkan dia dan Khalis Irfan berdua disitu.

" aku nak call Afiq dengan Almeera jap .. "

telefon didalam kocek diambil, kaki Khalis mula menuju ke kawasan terlindung. Sebenarnya dia ingin Haikal melepaskan kemarahan dan kesedihan yang terpaksa diterima oleh lelaki itu.




sudah hampir 4 jam sejak Syuhada dimasukkan ke dalam bilik pembedahan. Haikal masih mundar mandir dihadapan bilik yang menempatkan Syuhada. Dia resah gelisah. Ahli keluarganya yang lain hanya mampu memandang sayu. Disuruh duduk tidak dihiraukan. Haih kesian.

" along, nak air tak? "
Hanis menghulurkan sebotol air mineral dihadapan Haikal . Sungguh abangnya kelihatan seperti orang gila tika ini.

" hm thanks.. " nak tak nak dia mengambil jua huluran itu memandangkan tekaknya terasa haus.

Seteguk, dua teguk air itu ditelan. Air yang tinggal separuh itu ditutup lalu dihulur kembali pada Hanis. Satu persatu ahli keluarganya yang duduk dikerusi yang tersedia dipandang lalu didekati.

" Kal mintak maaf menyusahkan semua ahli keluarga. Tapi rasanya Kal mampu handle disini. Terasa menyusahkan pula semua berada disini demi Syuhada .. " air matanya mula bergenang. Dia letih menangis, fikirannya kusut.

cepat Encik Idris menepuk bahu menantu kesayangannya.

" Baiklah.. Mama dengan papa perlu mintak diri juga. Kami perlu bawa pulang mereka semua.."

telunjuknya ditunjukkan ke arah Farish,Farash yang tertidur. Adam pula sedang termenung..

" mummy tak sanggup nak tinggalkan kamu tapi kalau itu kata kamu mummy tak boleh nak halang. Jaga diri Kal. Ingat Allah tawakal .. Mummy sayang kamu.."tubuh anak lelaki sulungnya dipeluk erat. Haikal mengangguk pelan. Mujur Puan Aida memahami.

Puan Aida bingkas bangun dari duduk. Digalas beg tangannya diikuti oleh Puan Faridah. Farash dan Farish yang terpisat pisat didukung oleh papa dan daddynya.

" Hanis? kamu tak nak balik? "

Hanis mengeleng laju. Mukanya mula mencebik.Wajahnya mengendur bila Haikal menatapnya lama. Lambat lambat Haikal mendekati Hanis. Tangan si adik diusap lembut.

" Dik .. abang hargai kehadiran kamu disini . Fikirkan diri kamu juga, kandungan kamu.. Balik yaa? okey?.. "

digosok kepala Hanis lembut. Muka hanis yang ingin menangis mengangguk laju.

" kami minta diri jugalah bang. InsyaAllah abang kuat.. Kalu ada apa apa bagitahu.. Roger saja"

Haikal mengangguk lagi. Tubuh Hanis dibantu Arfan bangun pelan. Matanya menghantar pemergian ahli keluarganya menghilang dari pandangan mata. Kerusi tadi dia labuhkan punggung kembali, mengeluh. Mengeluh berat.

kenapa Syuhada yang mesti terima segala sakit ini?

" Kal .... " kaki manusia dihadapannya buat dia mendongak. Pantas, wajah Khalis, Almeera, Afiq dan Ainnur tersenyum.

" eh korang tak-------"

" kami takkan balik selagi tak ada perkembangan tentang Syuhada. Never! " tegas Almeera berkata sambil bersilang tangan.Walau apapun, Syuhada itu kawannya.

" Dam pun tak nak balik. Dam nak teman mama.."
suara garau remaja itu membuat kami semua menoleh ke arah Adam.

" tapi aku tak nak menyusahkan korang . Aku boleh handle----- "

" jadi kawan tak boleh menyusahkan ke? Handle apa kalau sampai camni . Dah Haikal Amirul, ego letak tepi dalam kes. Please.. "

Haikal mengeluh berat mendengar pujukan Almeera. Sebolehnya dia tak mahu menyusahkan sesiapa lagi. Namun kalau mereka sudah berkeras, memang tiada gunanya lagi membantah. Jadinya dia akur. Hanya anggukan sebagai jawapan.

" Uncle Kal.. Nah" kali ini Lisa pula menerpa ke arahku . Ditangannya ada bekas berwarna merah disua pada aku. Walaupun aku bingung, bekas merah itu bertukar tangan jua. Menerbitkan senyuman manis Khalisa. Anak ini memang persis Yuhanis. Bekas itu aku buka, serta merta bau nasi goreng menusuk rongga hidung. Oh nampak sedap.

" Lisa tau uncle tak makan lagi . Makan tau, uncle kena jaga kesihatan juga ya ! "

aku mengangguk. Sebak sebenarnya . Terharu dengan sikap kawan kawan dia dan Syu. Nampaknya mereka benar tidak salah dalam memilih kawan. Terima kasih semua.. kau semua kawan dunia akhirat aku..

" terima kasih semua, thank you alot... "

" dah Kal, pergilah makan kat kafe.. Syuhada biar kitaorang jaga okay? ada apa apa aku bagitahu kau.. Dah pergi.."

" tapi----"

" tak pa. Pergi je . Percayalah dengan kami nih .. "

aku hela nafas berat sebelum mengangguk
. Syu , abang pergi kejap ya ? kejap aja .

aku bangun lalu berjalan ke arah Kafe hospital . Sebentar tak apa kan ?

sebaik saja kelibat Haikal hilang , Khalis menarik nafas berat. Dia faham peritnya Haikal . Melihat keadaan Haikal sekarang seolah melihat cermin ketika dia menghadapi saat getir kematian Yuhanis saat melahirkan Khalisa . semuanya sama.

Haikal akan menerima nasib macam saya ke yang ? cukuplah hanya biy yang rasa peritnya kehilangan awak , ayang ..

pandangannya terhala ke pada Khalisa yang sedang menenangkan Adam .

" sabar ya Dam ? awak kuat kan ? " kata semangat diberikan .

" iya . Mama terlalu baik .Even dia bukan mama kandung saya , saya tak sanggup kehilangan ibu buat kali kedua ...."

*****

Bekas tadi aku tutup rapat sebaik saja nasi goreng buatan Lisa selamat menjamah perutku . Alhamdulilah kenyang . Aku teguk air mineral yang dibeli dikaunter Kafe hospital tadi . Mataku memandang sekeliling ruang Kafe yang sedikit riuh dengan manusia yang sibuk dengan hal masing masing .

Abang rindu awak sayang . Bangunlah .

Mataku tertancap pada surat yang terletak elok ditepi bekas merah dari tadi aku tatap penuh hiba . Perlahan ikatan reben pink tertulis nama Syuhaifa aku buka . Gulungan tadi pelan pelan mula mendedahkan isinya .

" Nur Syuhada Haifa .
Assalamualaikum abang Harris , Haikal !

sekejap saja kan masa berlalu ? Ifa nak ucapkan terimakasih sebab selalu ceriakan Ifa sepanjang mata Ifa terbuka .
Abang Harris Ariff , terima kasih sebab selalu bagi Ifa kata kata semangat ! Harris bermaksud pelindung seperti mana abng lindungi Ifa tiap masa , menghiburkan hati dengan lawak lawak tak masuk akal tapi Ifa hargai . You are my most important person , like a very loving brother to me . Ifa harap abang akan bahagia dengan gadis crush abang tu . Lama Ifa pikir tapi still tak tau haih .
Abang Haikal Amirul , Ifa tak pernah berhenti menyukai abng dari pertama kali kita mula bermusuhan walau berkaitan hal remeh . Haikal Amirul itu orangnya memang susah untuk diteka . Lihat saja kasar tapi lembut hatinya . Mungkin abang memang bencikan Ifa , budak hingusan yang sering menyusahkan abang , tapi Ifa tak pernah sekalipun membenci . Malah , rasa sayang itu tak pernah hilang . Em Ifa nak mengaku ni hahahha , Ifa memang sayngkan abang dari kecik mungkin , jatuh cinta dari cara abang menunjukkan rasa risau . Ifa masih ingat , abang menangis sebab tak jumpa Ifa masa kita main hide and seek kan ? Tika kaki Ifa kena kaca , kaw kaw abang mrah Ifa , tapi ifa tak kesahpun
. Yang Ifa tau , Ifa sayang abang .
Kadang Ifa selalu tertanya , kenapa Ifa perlu punya perasaan pada insan yang tak pernah menganggap Ifa ada ! Ifa dengki tiap kali perempuan sekelas abang boleh bergelak tawa bersama , tapi dengan Ifa , abng selalu marah marah kenapa ? Ifa ada buat salah pada abang ke ? Ifa tak harap perasaan ini dibalas . Ifa cuma nak abang jadi diri abang ketika dengan Ifa boleh tak ? sebab perbuatan kasar abang tu lebih buat Ifa terasa tak berguna .
abang , Ifa tak pernah harap abang akan jadi milik Ifa , cuma andai surat ini dibuka nanti , Ifa harap kita mampu jadi seperti sepupu lain . Boleh kan ?
Ifa selalu doakan abang ,moga abang jodoh Ifa . Kalau tidak , Ifa redha . Asalkan perempuan itu tidak bebal macam Ifa sudahlah hm .
" abang ! Syuhada Haifa sayng abang dari 5 tahun lagi tau ? Dan sampai surat ini dibuka , Ifa tetap sayangkan abang . Terimakasih banyak jadi hero Ifa . Sayang abang ! muah .

kertas tadi aku bawa ke dada . Sebak memang sebak yang amat . Gadis ini terlalu banyak dugaannya . Dan aku langsung tak mampu melindunginya . Aku pejam mata rapat , mengimbau kenangan

maaf Harris . Aku tak mampu jaga Ifa ..

Tika ini aku rasakan yang aku ini lelaki paling bodoh . Tidak aku duga perlakuan aku terhadapnya membuat Syuhada rasa terkilan . Aku menyesal . Menyesal tak mampu mempertahankan permata berharga seperti arwah Harris sebelum ini. Satu persatu kenangan menerjah mindaku .

" baiklah Ifa , true or dare ? " Harris menyoal

" true "

" okay hm jap nak fikir .. Ah----- "

" ada on crush kat sapa sapa ? name ? " ringan mulut aku menyoal . Harris tayang muka tak percaya dan Syu mengigit bibir .

" adaaaaaaa ... " kini kedua kami memandang tepat Syuhada . Menanti jawapan , ahsial berdebar kenapa

" he is someone who i can depend on i think.Ifa tak tau dia aware tak yang Ifa crush dia seem not very interesting on me . But dia selalu datang tolong Ifa even sedingin mana pun dia . Nama ? ops sorry rahsia . "

Harris mengeluh laju lalu mula memusingkan botol yang pelan pelan menunjuk arah aku . Harris sudah tersengih jahat .

" True or dare ? " eh excited pulak budak comel ni .

true ke dare ? kalau Riss tanya soalan gempak dia mati aku. Dare eh ? aish apa jela .

" dare "

" whoa interesting . Hm nak sruh buat apa eh ? hm .. Haaa , memandangkan Ifa sorang je perempuan kat sini ... "

tidak Harris . Jangan. Muhd Harris Ariff i warning you ...

" aku dare kau cakap aku sayang kau then kiss Syuhadaa Ifaaa ! simple kan ? "

aku pandang Ifa yang nampaknya pasrah ? perlahanku aku duduk betul betul dihadapannya , berdehem dua tiga kali bapak ah neveds doe . Matanya berlari memandang sekeliling .

" Ifaaa .... " tangannya aku capai pelan . Kini matanya betul betul memandang aku . Oh tangannya sejuk .

" Kal sayang Ifa .. sangat sangat .. " Badannya aku tarik mendekati tubuhku . Perlahan aku mendekati mukanya . Cium mana ni weh ? mulut ? eh bodo nampak agt gatal . Pipi ? takmau ah nanti kawen bru syok huehue . Tak tunggu lama aku tempel bibir aku didahinya dan pejam mata erat . Tapi dalam aku sedar tak sedar , suaranya hampir berbisik

" ifa lagi sayang abang . serius "

entah mengapa mengingati setiap peristiwa membuat aku jadi sebak . Aku rindukan Harris jugak . Aku rindu kenangan dulu .

" abang , kawen dua nak ? " pertanyaan Syuhada yang datang dari mana buat aku tersedak . Wajah tersengih dia masih melekat dihadapan aku . Creepy pulak dah dengan crush sendiri .

" ka-kawen ? maksud Ifa ? "

" abang Harris cakap , kawen boleh menyatukan dua jiwa . boleh bahagia sama sama tiap tiap hari . Nak tak ? " tangannya menunjuk ke atas pelamin yang berada berdekatan dengan meja kami duduki .

" sebab-----"

" sebab Ifa nak bahagia dengan Abang la . Boleh sama sama bahagia bila kawen . Takpayah maen kawen kawen . Kita kawen real punya kan hahaha . "

aku ketawa kecil mengingati peristiwa lalu . Betul Ifa , abang Kal bahagia dengan Ifa . Sangat .

" Kal ! dari tadi aku panggil kau ! "

kehadiran Khalis yang tercungap cungap dihadapan ku berjaya menimbulkan kegelisahan dihati aku .

" Fan kenapa ni ? "

jangan cakap Syuu

" Syu ! pergi cepat ! "

Terus aku pecut meninggalkan Khalis dibelakang. Sekarang Syuhada . Hanya nama itu dia risaukan sekarang ini .

Tiba dihadapan wad Syu , wajah wajah manusia disitu terlihat sugul . Adam sudah memerah matanya . Tak menunggu masa lama untuk aku menerjah masuk pintu wad tersebut .

" Syu ... Doc , isteri , isteri saya , macam mana dengan dia ? "
Doktor lelaki itu menarik nafas dalam sebelum menggeleng pelan .

" maafkan saya encik Haikal . Pihak kami tak berjaya menyelamatkan ketiga nyawa . Saya benar mintak maaf .. "

kali ini Tuhan saja yang tahu betapa otak aku tak mampu mencerna setiap patah yang keluar dari mulut doktor . Maafkan abang Syu , maafkan abang ..

" eh encik Kal ? encik ? encik ? "

" kalau saya mati ni agak agak dapat jumpa Syu kembai tak ? "

Syu , aku mintak maaf . Aku tak mampu nak lindungi bidadari semulia kamu . Sepatutnya , kalu aku tahu ini pengakhiran, pasti aku hargai setiap detik bersamamu . Aku minta maaf . Benar benar minta maaf.

semua kekalutan suara perlahan lahan lenyap .

Continue Reading

You'll Also Like

577K 19.8K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
8.2K 573 80
Sekadar berkongsi. Berminat? Silalah beli. https://play.google.com/store/books/details/AINUL_HAZRAH_KOPI_LADYKU?id=6GOLCwAAQBAJ Arisa kata, dia Puter...
698K 17.1K 63
Qaisara Asyillie baru berusia 18 tahun namun dia telah dijodohkan dengan Tengku Harraz Niezal Tengku Harraz Niezal yang disangka meninggal dunia dal...
133K 4.9K 46
𝓣𝓱𝓲𝓻𝓭 [ Cᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ ] 𝓑𝓮𝓪𝓾𝓽𝓲𝓯𝓾𝓵 𝓬𝓸𝓿𝓮𝓻 𝓫𝔂 @Aizack_Mesle Sambungan Bertakhta Di Hati [ Kau Kekasih Halalku ] BDH2 ini mengisahkan ke...