Projek Bantah Kahwin

Par Mina94

802K 30.4K 1.3K

10 tahun lalu, waktu mama Umi aku tanya pasal kahwin. "Kahwin? Nak~," Sekarang, "Kahwin? Mak dah makan ubat k... Plus

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62 (Terakhir)
Extra

Bab 44

10.9K 469 35
Par Mina94

Haquan memandangku, “Mira,”

“Mira mana? Aku kenal satu Mira je, dan dia amat annoying,” beritahuku sekali gus mengumpat kawan baikku ya, si Amira Dhuha tu.

“Amira Dhuha,”

“APA??!!,” jeritku, mendapat perhatian dari pelajar yang masih ada di kantin. Haquan hanya menepuk dahinya, seperti sudah menjangka reaksiku. “Tapi dia dah ada laki! Laki dia abang kawan baik kau tu!,”

“Aku tahu, tapi setelah mendengar cerita Daniel, aku rasa aku ada peluang,” kata Haquan masih malu-malu.

Kali ni aku pulak yang menepuk dahiku, “Daniel tahu?,”

Haquan menggeleng laju, “Tak. Kan dah beritahu. Dan aku tak bercadang nak beritahu dia. So, Malisa,”

Haquan cepat-cepat menggengam tanganku. Aish! Budak ni. Aku menarik tanganku dari genggamnya. Haram! Haram!

“Hanya kau je harapanku,” rayu Haquan. “Ini pertama kali aku jatuh cinta tau,”

“Habis tu? Mira tu dah ada suami. Berdosa tau!,” beritahuku, aku sedikit terundurku dibuatnya bila tanganku berjaya dikeluarkan dari genggamannya.

“Abang Ariel tak suka pun kan? Dengan perkahwinan mereka,” kata Haquan. “Mungkin. Mungkin bila Mira dengan aku, dia akan lebih bahagia,”

“Tapi tetap juga berdosa lah, Quan. Aku rasa lebih baik kau cari orang lain je lah,” nasihatku memandang Haquan yang semakin bersedih. “Lagipun, aku tak tahu macam mana nak bantu kau,”

“Kau beritahu je aku semua hal tentang Mira, makanan kesukaan dia, makanan paling dia benci, warna, baju, kedai, buku, muzik. Macam mana waktu dia marah? Sedih, gembira, mal-,”

“Stop!,” kataku. “Kau sedar tak, itu akan membuatkan kau macam penghendap,”

“Nope, ini lah cara aku nak perjuangkan cintaku,” beritahu Haquan lalu tersenyum mekar. Optimistiknya budak ni. “So Lisa, kau bantu aku ya?,”

“Haquan, aku tak rasa aku dapat bantu kau dalam melaksanakan cinta terlarang kau ni,” kataku berterus terang, lebih baik dia sakit sekarang dari dia lebih sakit kemudian. “Bukan aku tak nak tapi sebab aku tak dapat,”

“Baiklah, aku tak paksa,” Haquan mula menundukkan kepalanya, “By the way Malisa, Daniel’s right. Kau memang senang dibawa berbual. Jangan seksa Daniel sangat,”

Seksa Daniel?

Dengan itu, Haquan bangkit berdiri lalu melangkah pergi dan lenyap di antara kesesakan pelajar lain. Aku mengeluh, aduh. Kesian juga budak tu.

Aku faham sangat macam mana rasanya mencintai seseorang buat pertama kali macam dia. Kerna aku juga saat ini mencintai seseorang buat pertama kali saat ini. Cinta? Ya, mungkin.

Aku menoleh pada jam sekolah yang menunjukkan waktu pembelajaran sudah bermula 8 minit yang lalu. Mampus!

Rehat,

Mendengar ketawa Mira, membuatkan hariku bertambah buruk. Sudah lah tadinya aku diceramahi oleh cikgu Fizikku. Didenda pulak tu. Sekarang, kawan kesayangan ku ni pulak yang menyesakkan fikiranku.

“Selama ni, kau tak pernah-pernah pun lewat masuk kelas yang pertama kau,” kata Mira lalu kembali tergelak. “Kenapa? Ada orang baru? Wah! Novela, novela!,”

“Kepala otak kau, Mira,”

Orang baru lah sangat! Ini semua kau lah punya pasal. Ceh! Aku ni tertanya-tanya juga, apa lah yang si Haquan tu nampak kat budak ni. Tengok tu, ketawa sampai tak ingat dunia. Habis mejaku dihempas-hempasnya. Aish.

“So, siapa dia? Aminnuddin Zaqwan kan?,” duga Mira.

“Aminnuddin Haquan lah!,” betulku.

Kalau lah si Haquan dengar, mahu menagis budak tu. Mesti dia sedih. Tch.. Tch.. Tch.. Siapa suruh kau suka perempuan spesis macam ni?

“Hoi, Mira,” kataku, sekali gus ingin menyedarkan si Mira ni dari terus tak sedarkan diri dengan novela dia tu.

“Apa?,” marah Mira bila aku dah mengacau dia.

“Kau bahagia tak hidup sebagai suami isteri dengan cikgu Ariel?,” kataku. Mira dalam posisi berfikir.

“Define bahagia,” suruh Mira, sambil tergelak kuat. Wah, budak ni bukan main lagi dia.

“Jawab je lah,”

“Ya, sangat!,” jerit Mira lalu berlari sekeliling kelas. Ya Allah budak ni, apa saja lah yang dimakannya? Macam tak siuman langsung.

“Oh,” kata seseorang di ambang pintu kelas. Aku menoleh, Mira pun berhenti berlari lalu memandang ke arah pintu. “How interesting,”

Shoot! Shila! Agaknya dia dengar tak perbualan kami tadi? Mira memandang Shila yang perlahan-lahan berjalan ke arah mejanya lalu mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal.

“Tunggu, Shila!,” jeritku, memberhentikan langkah Shila. “Apa yang kau dengar tadi?,”

“Dengar apa?,” soal Shila pura-pura tak faham. “Ada apa-apa yang aku perlu dengar ke?,”

“Tak, tak ada apa,”

Shila tersengih memandang kami lalu meninggalkan kami berdua di dalam kelas.

“Kau rasa dia dengar ke?,” soal Mira masih memandang pintu kelas.

“Ya,”

Esuk,

Aku berjalan ke sekolah dengan memandang sekelilingku dengan lajunya. Kiri. Kanan. Kiri. Kanan.

Fuh, nampaknya, betul lah, Shila tak terdengar apa-apa tentang perbualan kami kelmarin. Aish, sia-sia je aku susah hati semalaman.

“Lica!,” jerit Mira dari depan pintu masuk sekolah. Lica? “Gotcha!,” katanya bila dapat memelukku.

“Get off, Mira,” kataku. “Kau makan sardine ke tadi?,”

“Oh, kuat ke bau sardine tu?,” soal Mira sambil menghidu-hidu bau badannya. Aku hanya mampu mengeluh melihat kelakuan si Mira ni. “Hehehe, aku cuba masak sarapan tadi,”

“And?,”

Mira mengeluh, “It burnt,”

Aku berpeluk tubuh, “Kalau ia tak terbakar, aku tak percaya itu kau,”

Mira tergelak, aku juga tergelak sama. Well, sekurang-kurangnya dia sedarkan diri kan? Nasib baik dia tak ajak aku makan bersama. Betul ni, aku bersyukur sangat.

“So, betul ke Daniel kissed you?,”

Mukaku tiba-tiba membahang, “What on earth Mira, kau tanya so sudden ni? Of course not,”

“Uuu.. You’re blushing, here’s a tip from a wife to wife wannabe, jangan tunggu lama-lama. Kahwin cepat,” kata Mira lalu tersengih panjang.

“Eee, apa yang kau merepek ni?,” kataku lalu menarik-narik tudung si Amira Dhuha ni. Aku hanya mengabaikan teriakannya yang menyuruh ku berhenti tapi aku tetap juga menarik-narik.

“Lisa,” panggil Daniel yang tiba-tiba muncul di depan kami. “There you are,”

“Yes?,” kataku. “Kenapa kau cari aku?,”

“I love you!,” teriak Daniel, mendapat perhatian dari pelajar lain. Mahu menangis juga aku dibuatnya. Hampir tiap-tiap aku menjadi bahan topik pelajar lain sekarang ni.

“Daniel, tak perlu lah teriak segala,” aku memandang sekeliling yang sudah mula mengerumi kami. Ah, letihnya aku!!

“Tell me,” arah Daniel. “Your true feeling about me,”

“Hah?,”

Kau dah gila, Daniel. Kau sedar tak yang separuh populasi sekolah mengerumi kita sekarang ni!

Baru saja aku nak memarahi Daniel tapi muka serius-yang-macam-nak-membunuh-orang memberhentikan niatku. Mati juga aku kat sini nanti. Jadi sejarah lah namaku.

Aku mengeluh, aku tiada pilihan lain, “I love you too,”

Tiba-tiba aku rasa menyesal pulak cakap macam tu. Jantungku berdegup kencang. Sangat kencang. Tapi, aku tak benci perasaan ini. Malahan aku suka.

Ku lihat Daniel tersenyum sebelum mula melutut. Aish, deja vu lah pulak. Mengapa lah pada saat orang ramai macam ni kau nak melutut depan aku wahai Daniel Mikail?

Tunggu, apa yang berlaku ni? Mira di sisiku sudah mula menampar-nampar lenganku. Yang dia terlebih suka ni kenapa??

“Daniel, apa yang-,”

“Sudikah kau menjadi isteri dunia dan akhiratku, Malisa Syaakaira?,”

!!!!

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

168K 9.4K 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...
888K 17.9K 31
Siti aisyah yang kini bergelar isteri kepada seorang lelaki yang sangat workaholic dan jarang menemaninya di rumah kadang2 terasa juga hati seorang...
1.5M 47K 88
#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi...
83.1K 9.1K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...