Projek Bantah Kahwin

Por Mina94

802K 30.4K 1.3K

10 tahun lalu, waktu mama Umi aku tanya pasal kahwin. "Kahwin? Nak~," Sekarang, "Kahwin? Mak dah makan ubat k... Más

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62 (Terakhir)
Extra

Bab 37

11.3K 441 16
Por Mina94

Beranda,

Aku dalam tak sedar sudah merenung Daniel dengan lamanya. Daniel menoleh lalu menangkap aku yang sudah memandangnya. Kemudian, dia tertawa kecil.

"Like my face that much?," soal Daniel bergurau.

Daripada menjawap soalannya, aku hanya bertanya, "Happy?,"

Daniel memandangku tanda dia meminta perjelasan lebih jelas, namun walau tanpa ku bersuara akhirnya dia faham dengan jelinganku.

"Dengan Aminah?," duga Daniel mengecutkan perutku. Habis meremang segala bulu tengkukku bila Daniel menyebut nama Aminah ni. "Tak tahu,"

Hmm, sekurang-kurangnya kau jujur. Aku tahu aku jahat tapi hal ini membuatkan aku tersenyum. Daniel ragu-ragu yang dia gembira atau tak. Lisa jahat! Jahat!

Daniel mengeluh, "Kenapa ya Lisa, kita tak sesuai untuk satu sama lain?,"

Eh, tiba-tiba dia bertanya aku soalan macam ni. Aku mana lah tahu nak jawap macam mana? Akhirnya, aku hanya menjawap,

"Tak tahu, Niel," kataku. "Sesuai is such a deep word,"

"Tapi bukan kah tak sesuai itu yang mengisi ruang-ruang antara satu dengan lain?," kata Daniel berbunga-bunga selepas tergelak. Aku tak faham.

"Meaning?,"

"Kita tak sesuai, tak bermakna kita tak boleh bersama,"

"Oh," baru aku faham. Tak, sebenarnya aku masih tak faham. Langsung. Eh, tunggu, "Maknanya.. Kau nak kita bersama,"

"If possible," kata Daniel lalu tersenyum memandangku.

"Ok, jom bersama. Apa susah," setujuku lalu terangguk-angguk.

"Hah?,"

"Kan kau yang nak kita bersama, ok lah, kita main bersama-sama macam dulu-dulu, panjat pokok, petik bunga kat halaman orang. Oh, apa kata kita pergi-,"

"Sudah lah, Lisa," kata Daniel lalu menutup tawanya. "Man, you're really dense," katanya lebih kepada diri sendiri.

Hah?

Dense? Berat? Hah?

"Apa malsud kau dengan dense?," tanyaku dengan nada yang marah. Sebenarnya, aku tak marah. Hanya, keliru.

Baru sahaja Daniel membuka mulut,

"Abang, Lisa, papa suruh masuk," kata Zaien, sekadar menyampaikan pesanan papa Mikail. Tangannya masih bermain dengan tabletnya.

"Jom," ucap Daniel lalu membelai kepala Zaien lalu dibawanya masuk bersama. Kalau dibiarkan Zaien macam tu, sampai bila-bila pun dia tak akan masuk ke dalam. Mana taknya, mata tu sibuk 'bermain'.

Tunggu.

Dense? Hoi, kau nak ucap aku ni gemuk lah? Amboi! Sedapnya mulut. Tak apa, hari ni aku maafkan. Since kita baru je berbaik. Lagi.

"Bagi sini!," kataku lalu merampas tablet Zaien.

"Oh, Lisa. Bagi balik!," jerit Zaien. Tangannya tergapai-gapai ingin mengambil tabletnya di tanganku. Hoho. Permainan apa yang dimainnya ya?

Baby Dressing?

"Lisa," panggil Zaien. Aku tergelak besar. Wah, budak ni main permainan macam ni. Haih, tak sangka betul. "Kalau nak, Zaien boleh cipta baby baru dengan nama Zasa,"

"Eee, Zasa apa ke buruknya nama?," komenku membuatkan Zaien yang sudah duduk di sofa mencebik.

"Zasa.. Zaien.. Lisa, Zasa," terang Zaien dengan jari telunjuknya dimain-mainkan. Za..sa? Bertuah punya budak! Suka hati je gabungkan namaku dengan nama dia. Aish.

"Tak nak!," kataku, mengejutkan Zaien yang sedang tersengih-sengih dari tadi.

"Aduh, aduh, Zaien jom balik, kitaorang dah tunggu kat depan pintu, dia boleh pulak duduk kat sofa," tegur papa Mikail yang sudah tercegat berdiri depan pintu bersama Daniel dan mama Mila.

"Oh, ya! Lupa, ini semua salah Lisa kerana dah membuatkan Zaien terlalai," tuduh Zaien.sebelum berdiri dari duduknya.

Budak ni!

Esuk, pagi,

"Saya harap Lisa dapat hadir ke kantin sekolah waktu rehat nanti," ucap Senior Muiz menyampaikan hasratnya lalu pergi begitu saja dengan bermuka merah.

"Apa tu?," tanya Mira, aku tak tahu soalan tu ditujukan untuk apa.

"Senior Muiz ajak aku pergi kantin nanti,"

"Ada apa?," soal Mira masih memandang senior Muiz yang berlalu pergi.

"Tak tahu, serius semacam je tadi tu,"

"Hmm, kau pergi je lah, kan ini tahun terakhir dia bersekolah kat sini," naaihati Mira padaku. Apa kena-mengena aku nak pergi dengan tahun dia terakhir kat sini?

"Tak tahu lah," kataku lalu berlalu pergi menuju ke kelas matematikku.

"Kau tak rasa ada something ke tu?,

"Something macam mana maksud kau?," tanyaku teramatlah benggang.

"He plans something untuk kau,"

"No, mungkin dia nak bincang tentang projek tenaga tahun lepas," dugaku mula mengangkat kaki untuk pergi ke kelas.

"Muka dia tak macam nak bincang projek pun," beritahu Mira.

"Haih, Mira. Sudah-sudah lah membaca muka orang ni," kataku, selepas tergelak kecil.

"Huh, novela novela,"

"Novela?,"

"Macam novel," kata Mira. Dengan muka dia yang tersengih kerana sudah mencipta perkataan dengan baiknya. Hmph. "Oh, ya Zul macam mana?,"

"Tak tahu dan tak nak tahu," kataku lalu memeluk tubuh. Hmm, sejak kejadian makan malanpm tu, memang dia tak ada datang-datang lagi.

"Zul is a good guy, tapi sikap dia yang terpeluk-peluk kau tu je agak.. Hmm merimaskan," puji Mira.

"Good guy? In what way? Kan kau baru jumpa dia sekali je," tanyaku lalu mengerutkan dahiku. Oh, "Dari muka?,"

"Hoho!,"

Aku mengeluh, mana saja lah kau Mira...Mira. Kami meneruskan perjalanan ke kelas.

"Hey, Mira kau rasa aku ada peluang ke tak? Untuk rebut hati...," aku menoleh sekelilingku mendapati Mira tiada.

Eh

Mana dia pergi?

Aku mengeluh bila aku memandang Mira berada di sisi Cikgu Ariel. Eeh! Sampai hati dia tinggalkan aku. Tambahan pulak dia buat aku cakap seorang diri. Bertuah punya budak.

Aku tersenyum seorang diri bila melihat sepertinya Mira bahagia berbicara dengan Cikgu Ariel. Cikgu Ariel walaupun tak nampak dipandang, rasanya Cikgu Ariel dah mula suka dengan Mira. Agaknya lah.

"Mesti ke senyum tu ditonjol waktu tengok abang Ariel?," tanya seseorang di sisiku. Hmph, siapa lagi kalau bukan Daniel Mikail.

"Laa, muka aku, hak aku," balasku sambil mendongak melihat ke arah Daniel dalam jarak yang dekat. Daniel tergelak kecil menampakkan lesung pipitnya. Oh, kacak!

"Lamanya tak cakap macam ni, rindu," kata Daniel masih memandang cikgu Ariel dan Mira yang sedang memandang papan kenyataan.

"Niel, kita baru 2 hari tak cakap," kataku mengingatinya. "Well, tak cakap kat sekolah, since kelmarin kita cakap juga,"

"Ya, tapi rasa dah macam 2 bulan," kata Daniel, memandangku. Aku tersenyum.

"Ok, aku admit aku juga rindu kita cakap macam ni," kataku jujur, membuatkan mata Daniel Mikail bersinar sebelum dia memejamkannya kerana ingin tertawa. "Apa?,"

"This is so not you," kata Daniel selepas mendiamkan tawanya.

"Not me?," ulangku tapi dalam bentuk kata ajuk yang berbeza. "Meaning?,"

"Nothing,"

Eh, aku tak faham lah dengan dia ni. Asal aku tanya apa, mesti dia cakap tak ada apa lah, itu lah. Haih, susah.

Tapi, kenapa lah aku baru sedar, rasa degup jantung yang kencang ni tak meyusahkan mana pun, sebaliknya menggembirakan. I love this feeling.

"Ok lah, kelas dah mula so I see you masa rehat nanti," kata Daniel.

"Aku kat kantin waktu rehat nanti,"

"Kantin? Sejak bila?,"

"Sejak ada orang nak jumpa aku kat sana nanti,"

"Alright, see you there," kata Daniel sambil melambaiku lalu pergi.

Sebaik saja aku berpaling untuk menghadap ke depan, muka Mira yang sangat hampir padaku mengejutkan aku.

"Kau ni, apa hal?," marahku."Hampir-hampir aku nak hempas kau dengan buku ni, aku fikir lah lalat besar mana yang nak hinggap tadi,"

"Kau dan Daniel senyum-senyum tu kan, buat aku geram aje,"

"Hah? Kenapa pulak?," soalku sebelum mengangkat kaki untuk berangkat ke kelas.

"Ada cinta,"

Akhirnya sampai juga buku ku ni ke bahu si Amira Dhuha ni. Kami sama-sama tertawa selepas sampai ke kelas.

Banyak lah kau punya cinta, Mira. Ini hanya suka. Suka!

Seguir leyendo

También te gustarán

642K 24.5K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
197K 7.3K 37
Sayang memang ada di dalam hati tetapi cinta kadang kala pada orang tertentu sahaja.Bagi Jannah dia hanya perlu fokus pada pelajaran namun hatinya te...
1.4M 32.5K 71
Cerita ini mengisahkan seorang perempuan yang bernama Puteri Alisya binti Megat Idrus. Dia seorang yang comel,cantik,ceria,peramah dan pandai. ...
50.9K 1.7K 9
ROMANCE FICTION SERIES ONE "Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pu...