Projek Bantah Kahwin

By Mina94

802K 30.4K 1.3K

10 tahun lalu, waktu mama Umi aku tanya pasal kahwin. "Kahwin? Nak~," Sekarang, "Kahwin? Mak dah makan ubat k... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62 (Terakhir)
Extra

Bab 35

11.8K 446 34
By Mina94

“Daniel Mikail bersekolah di sini kan?,” tanya orang yang sudah memintas percakapanku tadi. Berpakaian serba serbi merah jambu. Rambut panjang-panjang. Aish, budak ni, biar betul.

“Kamu ni, teman wanita Daniel ke?,” soal Mira dengan kedua tangannya digenggam separas bahunya. Esh, Mira ni mustahil lah..

“Ya,” jawabnya dengan senyuman lebar.

Hah?

“Wah, comelnya kamu, memang pandai Daniel mencari pasangan ya?,” puji Mira dua dalam satu. Memang tak diragui yang budak ni comel melampau. Silap-silap, aku sangka dia ni patung ke apa.

“Tak ada lah,”

Mira tergelak melihat budak ni berkelakuan seperti tengah malu. Adui, melampau pulak lakonannya. Dan, jangan salah sangka, aku tak cemburu.

“Daniel mungkin berada dalam kelas sekarang, jalan terus lalu belok kiri kemudian cari bilik yang bertanda A706 ok?,” beritahu Mira akan bilik Matematik kami.

“Ok and thank you, armmm,”

“Saya Mira, dan ini Lisa kami kawan Daniel juga,”

Ianya perasaanku atau budak ni baru saja tersengih kat aku. Ceh! Aku tahu lah gigi kau tu cantik, tapi aku pun ada gigi juga 32 batang. Kan? Betul ke?

“Oh, kalau macam tu, saya pergi dulu, sekali lagi terima kasih,” katanya lalu berlari-lari anak ke arah tuju yang Mira beritahu.

“Wah, Daniel... Cantik betul perempuan yang dipilihnya,”

Aku mengerutkan dahiku, dari percakapan bufak ni kan, “Hoi, Mira. Kau tak perasan ke?,”

“Apa? Ooh, Lisa. Kau cemburu ke?,” Mira tergelak. Aduhai, si Mira ni. “Tu lah, kan aku dah kata, dulu bukan main menafikan, ada penyakit lah, apa lah, sekara-,”

“Oi, bukan lah, kan, budak tu lelaki,”

“Apa??,” teriak Mira sehingga kedengaran dengungannya 88 kali. Aku hanya mengalihkan kepalaku jauh sikit darinya. Sakit telingaku dibuatnya lah.

Kelas,

“Hmmmmmmm,” kata Mira mengeluarkan bunyi. Serupa bunyi lalat mengaji ada juga rasanya.

Aku mengeluh melihat Mira yang memang ketara sedang memerhatikan Daniel yang sedang bercakap dengan teman wanita oh bukan, teman lelakinya.

Aduh, aku tak sangka memang benar sangkaanku selama ini. Daniel Mikail sebenarnya di ‘dunia sebelah’. Ya Allah, macam mana aku nak insafkan dia ni? Islam melarang sesangat tentang krisis ni.

“Aku tak tahan, Lisa, aku kena tanya dia,” rungut Mira. “Betul ke pere- ah bukan lelaki tu teman ‘wanita’ dia? Mungkin kawan je kot,”

“Aish, aku dengar lah Daniel selalu cakap kata manis-manis dengan teman ‘wanita’ dia tu,” beritahuku. “Tapi kau kena faham Mira, kalau kita tanya Daniel sekarang, mesti dia panik atau mungkin malu, kita kena perlahan-lahan,”

“Apa niat Daniel menyuruh perem- aish, salah lagi, lelaki tu berpakaian macam perempuan?,” soal Mira sepertinya geram melihat Daniel yang tertawa dengan teman ‘wanita’ dia.

“Dia tak nak orang tahu dia...hmm itu kot,” kataku dengan nada suara yang kecil. Kau didengar oleh mereka. Meh, buat malu je. Tahu lah mereka, yang kami ni tak ada kerja lain selain mengintip diorang.

“Tapi semua ini salah dari segi Islam dan moral,”

“Kau ingat aku tak tahu?,” marahku. “Serius, aku jatuh pada masa yang salah,” kataku lebih kepada diri sendiri.

Mira mengerutkan dahinya, “Jatuh?,”

“Argh, kenapa lah aku jatuh suka pada lelaki macam dia ni?,”

Mira terkebil-kebil, ah. Aku menepuk dahiku selepas menutup mulutku. Terlepas cakap pulak aku, mesti lepas ni dia akan soal aku macam-macam nanti.

“Kau? Daniel?,” soal Mira dengan muka selambanya. Oh, boleh tahan reaksi dia.

Aku mengangguk, ya Allah. Dia dah menarik nafas tu. Tolong lah jangan biarkan kawanku seorang ni terlebih aksi kat sini.

“Sejak bila Lisa?!!,” jerit Mira, mendapat perhatian pelajar lain yang pada mulanya memerhatikan Daniel dan lelaki tu tadi. Aku mengeluh.

“Kelmarin,” jawapku jujur.

“Macam mana?,” Mira sudah terlompat-lompat di depanku.

“Dah, jangan soal aku macam-macam sekarang ni,” perintahku bila Daniel dan lelaki tadi menuju ke arah kami. “Keep it secret first,”

“Hai,” tegur teman ‘wanita’ Daniel, memandang aku dengan tepatnya. “Ini lah Lisa yang selalu disebut-sebut Daniel ya?,”

Yup, memang lelaki. Suara dia pun lelaki. Kalau aku tak ternampak janggut dia yang sehelai dua tu, pasti aku akan menyangka dia ni perempuan, mana taknya. Comel sangat.

“Ha-ah, dia juga bakal ist-,” pantas ku menutup mulut murai si Amira Dhuha ni. Lelaki tadi tersenyum bagai sudah menduga perangaiku. “Phugh, Lisa, kenapa kau ni?,”

“Diam,” beritahuku.

“Maaf ya, saya tak sempat perkenalkan diri tadi, saya Aminah,” katanya selepas tergelak kecil. Aminah lah sangat. Argh, betul ke ni dia-

“Daniel, betul ke dia teman hmm wanita kamu?,” soal Mira lancar. Aku menantikan jawapan Daniel bagai menantikan pengumuman bulan Ramadhan.

Daniel memandang aku, “Ya,”

Hatiku yang retak tadi, sudah hancur sekarang. Aku cuba tersenyum tapi tak bisa. Mengapa? Mengapa? Aku sepatutnya gembira, maknanya peluang untuk aku kahwin pada usia muda tipis.

“Kenapa tegang ni? Jangan beritahu saya, Lisa ni dah jatuh hati kat Daniel saya ni,” soal Aminah dengan matanya memang merenung aku.

“Tak, saya tak mungkin akan jatuh hati kat teman lelaki awak,” kataku sedikit berketar tetapi ku lontarkan dengan nada yang sengaja diyakinkan. Aku kini memandang Aminah yang sudah tersenyum. “Sebab memang kami tak sesuai untuk satu sama lain dari du-,”

“Lisa,” panggil Mira seperti menyuruh aku untuk berhenti bercakap, berhenti berbohong sekarang. Aku lihat Mira menggelengkan kepalanya.

“Betul, memang kita tak sesuai kan Lisa?,” sayu ungkapan Daniel lontarankan. Menyesal pulak aku beritahu. Hmm, menyesal aku berbohong.

“Assalamualaikum, class,” tegur Cikgu Ariel. Menyejukkan keadaan yang kian hangat. Salam disambut. Aku segera berlalu ke tempat dudukku. Begitu juga dengan Daniel dan Mira “Apa yang kamu buat kat sini, Min?,”

Soal Cikgu Ariel membuatkan Aminah tersenyum mekar. Mira sudah merenung Aminah. Aduh, cemburu lah ni. Jangan nak berperang kat sini sudah. Tambahan dia tu lelaki. Huh, tak mustahil kalau dia dah dapat pikat Daniel.

“Nice to meet you again, Ariel,” ucap Aminah dengan lantangnya. Mengejutkan semua pelajar. Siapa lah ‘perempuan’ ni nak tunjuk lagak kat cikgu yang kami geruni.

“Please get out, I need to start the lesson,” arah Cikgu Ariel menyediakan kertas untuk diedarkan kepada kami.

“Ehh, dinginnya, saya datang jauh-jauh dari Belait tau,” beritahu Aminah sebelum tergelak suka. Cikgu Ariel hanya memandang Aminah dengan pandangan yang menunjukkan dia merasa sangat menjengkelkan budak ni.

“Min, jom pergi,” beritahu Daniel. Aminah mengeluh.

“Ok, ok, tak perlu lah tegang sangat,” bebel Aminah sebelum melangkah keluar bersama Daniel. Budak tu, pada pertemuan pertama kami memang aku dah membenci dia sangat-sangat.

Heh, cemburu? Mungkin. Entah, aku tak tahu! Aku mana lah faham bab-bab cinta menyinta ni.

Rehat,

Aku tak kisah lagi. Biarlah Daniel akhirnya bersama Aminah. Patut lah dia begitu payah nak beritahu tentang alasan dia tak nak kami kahwin. Sebab pasangannya lelaki.

Aduh, Daniel. Kau terlalu sempurna, sayangnya.. Aku mengeluh lagi.

“Lisa, there you are,” kata Mira, kedua tangannya membawa minuman berwarna jingga. “Kau ada banyak cerita nak diberitahu kat aku sekarang,”

Aku mengeluh, “Ok, apa yang kau nak tahu?,”

“Semua,” kata Mira lalu menyerahkan salah satu minuman untukku.

“Aku dapat tahu, aku bukannya menghidap penyakit apa-apa pun,” beritahuku lalu menyambut minuman yang diberi dengan ucapan terima kasih.

“Kan aku dah beritahu,”

Aku tergelak, “Yelah,”

“Habis, macam mana kau tahu kau dah jatuh suka?,” soal Mira lalu mendekatkan diri kami.

“Melalui lagu,”

“Hah? Semudah tu?,”

“Mudah? Kau tahu aku macam nak gila bila dengar lagu tu! Mengenggam rambut dan kata tak mungkin.. Tak mungkin kat dalam bilik tu sorang-sorang,” kataku cuba menahan rasa malu yang bagai nak meletup je. “Kalau orang tengok sah, aku kena hantar ke hospital sakit jiwa,”

Mira tergelak kecil, “Padan muka kau,”

“Ada juga lepas tu mama Umi tanya, kenapa, tapi aku cakap lah aku berlakon jadi orang gila, lepas tu, dia ajar aku macam mana nak berlakon dengan bagusnya,” ceritaku merungkai cerita dua hari yang lalu.

“Jadi, bila kau nak beritahu or in other word, confess kat adik ipar aku tu?,”

Aku tergelak, tapi, “Tapi, no, aku tahu perasaan yang aku baru rasa ni akan menyukarkan lagi keadaan. Dan aku juga faham, Daniel sudah mempunyai kekasih hati. Tambahan lelaki,”

Mira terdiam seketika, “Mana tahu, mereka hanya nak buatkan kau cemburu?,”

Aku menggeleng, “Aku tak rasa macam tu,”

Cemburu macam mana nya?

“Lisa, please fight for your love! Jangan biarkan jantan tu menganggu hubungan kau, atau kau nak aku beritahu cikgu Ariel sekarang ni?,”

“No,” kataku laju. “Aku rasa pilihan yang terbaik sekarang adalah stick to the plan, believe me, aku tak nak kahwin muda,”

“Lisa, aku rasa Daniel ada this something untuk kau juga,” kata Mira lalu menyimpan ketepi minuman yang sudah kosong. “Beside, kahwin awal is not that bad,”

Aku tersenyum, “Itu sebab kau dengan orang kau nak kahwin,”

“Eleh, kau tak ke?,”

Aku tertawa begitu juga dengan Mira. Daniel? Orang yang aku nak kahwin? Aku kena fikir betul-betul. Dan betul ke apa yang ku rasa ini suka? Mana lah tahu aku terkeliru.

“Daniel sangat sempurna, aku tak rasa aku layak untuk dia,” kataku lalu bermain-main dengan kakiku. “Beside, dia dah ada orang yang dia suka,”

“Esh, geli lah! Hoi, jantan tu jantan, jantan mesti dengan betina, bukan sejenis,” kata Mira dengan eksperasi loyanya. “Lisa, serius ni, fight for your love, jangan risau si pondan tu aku akan heret dia ke masjid supaya bertaubat nanti,”

Aku tertawa besar, “Pondan lah sangat,”

“Yang aku benci juga, dia tu comel melampau,” kata Mira memuji musuhnya. Musuh? Hmm.

“Setuju,” kataku. “Tapi kenapa ya, abang Ariel macam tak suka dia?,”

“Sebab laki aku tu tahu yang aku juga tak suka si Aminah tu,”

Aku tergelak melihat Mira menunjukkan muka dia tengah meluat. Habis sengit segala susunan muka.

Tapi sungguh, kalau dah Daniel suka Aminah, aku nak buat macam mana? Aku sendiri tak nak kahwin awal, tak kan nak kongkong Daniel macam tu. Ugh, kenapa lah aku cakap macam Daniel nak kahwin dengan Aminah ni?

Arghhh!

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 44K 133
Medyna Fatehah yang berusia 22 tahun merupakan seorang gadis kampung nerd bakal dijodohkan dengan sepupu nya sendiri iaitu Andiq Fateh , 24 tahun...
199K 4.7K 22
Menceritakan Cinta yang disatukan oleh keluarga. ShaReza Adrian terpaksa setuju dengan perkahwinan ini untuk mendapatkan haknya dalam syarikat papany...
1.4M 32.5K 71
Cerita ini mengisahkan seorang perempuan yang bernama Puteri Alisya binti Megat Idrus. Dia seorang yang comel,cantik,ceria,peramah dan pandai. ...
2.2M 69.2K 75
"wei, kalau aku nak kawin dengan kau boleh tak?" - Afi "Gila apa? Aku baru habis exam" - Aiqa "Kita kawin mudalah. Kan nampak sweet" - Afi "Hmm, akan...