Projek Bantah Kahwin

By Mina94

802K 30.4K 1.3K

10 tahun lalu, waktu mama Umi aku tanya pasal kahwin. "Kahwin? Nak~," Sekarang, "Kahwin? Mak dah makan ubat k... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62 (Terakhir)
Extra

Bab 29

11.8K 438 27
By Mina94

Rumah,

“Oh, hati kamu tak ada masalah langsung, dengan kondisi kamu macam ni, kamu boleh hidup seratus tahun lagi,” beritahu doktor di Hospital RIPAS tadi yang masih membuatkan aku tertanya-tanya.

Habis, apa yang dah jadi dengan aku?

Jangan-jangan betul lah kata si Mira, aku dah jatuh cinta?

Aku tergelak seorang diri, “Tak adalah,” Kalau aku jatuh cinta mesti aku dah tahu. Ingat aku ni jahil sangat ke?

Cinta tu kan senang diduga. Walaupun aku tak pernah bercinta, mesti lah aku tahu macam mana rasanya bila dah jatuh cinta. Kan?

Jalan dalam gerak perlahan.

Bunga-bunga ilusi bertaburan.

Kan?

Tapi kenapa?

Kenapa aku mengalami hal seperti jantung apa segala ni?

Tak kan itu penyakit misteri?

Fikir~

Oh well. Apa-apa pun, lebih baik aku tidur. Esuk nak pergi sekolah. Nanti waktu GP, aku akan tertidur lagi. Selamat malam, dunia.

Esuk,

“Lisa, mari sini kejap,” panggil mama Umi. “Nanti balik awal ya? Papa kamu jemput kita makan dengan rakan sekerja dia,”

“Hah? Kenapa pulak kita? Bini dia mana?,” rungutku. Ribut mana yang dah menimpa rumahnya sampai Si Luqman Zakaria tu ingatkan kami kat sini ni?

“Luna pergi ke Singapore ada bisnes katanya, lagipun dia nak minta maaf dengan kita, Lisa. Jadi kita pergi ya?,”

Oh, patut lah. Ribut taufan sudah pergi rupanya.

“Tak nak,”

“Lisa, please demi mama?,”

“Argh, tapi Lisa tak suka lah nak menghadap muka orang tua tu,” rungutku tanpa sengaja menghilangkan senyuman mama.

Aku lebih rela duduk makan dengan kucing dari duduk makan dengan orang tua tu. Berkongsi makan dengan kucing pun tak apa lah. Ya Allah! Memang aku tak suka lah!

“Tolong lah sayang, tak kan nak tinggalkan mama keseorangan,” rayu mama Umi. Ini yang aku kalah ni. Tapi, betul lah takkan aku nak tinggalkan mama dengan orang tua tu, kan?

“Yelah, tapi kita awal balik,”

Mama Umi tersenyum, “Baiklah,”

Sekolah,

Kepalaku rasa berat semacam je hari ni, bila memikirkan aku akan makan malam dengan sampa-. Jangan menyumpah Lisa. Jangan.

Tapi, aku patut bawa beg besar nanti supaya aku dapat simpan pisau aku tanpa dikesan. Hmm, untuk peringatan. Lebih baik berjaga-jaga.

Kalau apa-apa hal aku akan sembelih dia terus. Sekarang, dimana aku simpan beg bes-,

“Lisa,” jerit Mira dari hujung lorong. Urgh! Budak ni. Dah sihat lah pulak. “Apa khabar?,”

“Baik,”

“Ada apa-apa yang aku miss?,” soal Mira nampak sungguh gembira.

“Ya,”

“Apa? Apa?,”

“Otak kau tertinggal kat rumah,” ucapku dengan nada yang sengaja disedihkan.

Mira benggang seribu. Aku hanya tergelak puas bila melihat dia tergaru-garu kepala di sebalik tudungnya.

“Lisa, beritahu lah cep-. Oh,” Mira tiba-tiba diam. Aku menoleh ke arah pandangan yang mengarah mata Mira. Menoleh ke arah benda yang dapat mendiamkan anak seorang ini.

Eehhhh!

Apa yang si Daniel pakai tu? Itu wardrobe ke? Atau baju silat? Ha, takkan si Daniel nak pakai wardrobe kat sekolah. Jangan-jangan ini ada kaitan dengan budak besi ni kot? Budak tuuuuu...

“Bukan dia pakai baju uniform ke tadi?,” soal Mira hairan. “Swear, kan dia datang sekereta dengan aku,”

Aku mengeluh, “Dia bersalin lah tu,”

Aku menggelengkan kepalaku bila melihat reaksi Mira yanh terlebih hairan ni. Tolong lah! Sejak bila dia jadi kawan aku ni?

“Gyaah, kacaknya Daniel,” puji perempuan tak tahu malu. Ingat ini cerita drama ke apa? Nak jadi fanatik sangat.

“Wah, bergayanya,” kini lelaki pulak memuji. Wah, ini agak luar biasa, maksud saya lelaki memuji lelaki, hmm,  “Tapi apa angin si Daniel pakai baju silat?,”

“Tak tahu,”

Aku tersenyum, entah kenapa pada saat macam ni, aku teringin sangat orang lain tahu dia dan aku akan disatukan.

Eh!

Tak!

Kami dah setuju pun tak akan berkahwin. Tolong lah! Aku masih muda dan aku percaya dia pun tak nak kahwin pada usia macam ni apa tah lagi dengan budak cenggeng macam aku.

Daniel tersenyum bila ternampak aku, langkahnya laju mendapatkan aku. Adakah ini normal bila dia sangat kacak sekarang ni?

Ya. Normal. Pada Daniel.

“Nice clothes ” pujiku tanpa sedar. Secara mentalnya aku menghempaskan kepalaku.

Daniel tersenyum, “Nice smell,”

“Apa?,” jeritku.

“Nothing,” balas Daniel bagai orang tak bersalah. Aku juga tersenyum.

“Do you really need to fight for your so-called dignity?,” soalku, menyembunyikan nada risau. Aku menoleh ke arah Mira untuk membuang rasa. Rasa apa? Aku tak tahu.

“Yeah, man’s pride is important,” beritahu Daniel.

“Daa, kalau perempuan? Tak penting lah?,” sampuk Mira setelah aku rasa dia bosan berdiam diri. “Serious ni, what did I miss?,”

“Eh, itu siapa?,” tunjuk lelaki tu ke arah kelibat yang baru menampakkan diri. Amboi, slow motionnya. Sah, aku kena lihat sekeliling, mana lah tahu ada kamera yang tengah merakam ‘drama’ ini.

Satu perkara yang aku tak suka tentang sikap pelajar di sekolah kami ini, mereka sangat lah penyibuk! Macam tak pernah tengok orang kacak saja.

Apa?

Ya, aku mengaku yang Daniel kacak. Sangat kacak, sebenarnya. Dan ya, Zul pun kacak. Walaupun perangai dia tak sekacak mana pun.

“Orang asing?,” teka yang lain.

“Pandai cakap melayu tak?,”

Sah! Itu Zul Anwar! Memang aku dah agak ini ada kaitan dengan Besi tu. Nanti kau, aku tampar kau 88 kali. Hmph! Mesti senget muka kau tu oleh ku nanti.

“Hai,” tegur Zul ke arah gadis-gadis yang melihatnya. Perempuan tadi buat gaya nak pengsan. Terlebih lakon lah tu. Tolonglah.

Nampak sahaja Zul, aku di hujung lorong,

“Oh, hai Lisa!!,” Zul sudah berlari mendapatkan aku dengan kedua tangan didepakannya. Shoot! Bahaya ni!

“Awak dengan saya, sekarang,” ucap Daniel dengan menggenggam kolar belakang baju Zul lalu diheretnya ke arah yang aku rasa ke gim sekolah.

Zul meronta-ronta, minta dilepaskan. Tapi tetap juga diheret oleh Daniel. Aku terangguk-angguk tanda puas hati. Padan muka dia.

“Siapa tu, Lisa?,” soal Mira memandang aku. Begitu juga pelajar lain yang nampak berminat untuk mengenali si mata biru, Zul.

Aku mengeluh, “Zul,”

“Zul? Lelaki yang pak cik Luqman suruh kahwin tu?,”

Sekali aku mengeluh, “Ya,”

“Wah, cara mereka berpakaian nampaknya mereka seperti nak berlawan jom kita pergi,” ajak Mira. “Kita ditch kelas kita,”

“Eh, nak buat apa? Aku tak ada kena-mengena dengan mereka-,” baru sahaja ku ingin melangkah masuk ke kelas. Mira dengan kejamnya sudah mengheret aku.

Aku memegang dinding sekolah untuk menahankan aku dari terus-terusan diheret raksasa yang mengaku kawanku.

“Cep...pat!,” kata Mira dengan susah payah.

“Tak nak,”

Apabila tanganku sudah mula terasa kebas akhirnya aku mengalah. Terseksanya. Boleh tahan kuat juga budak ni. Tanpa perihatin langsung, Mira mengheretku ke Gim.

Tak guna.

Gim,

“Daniel Mikail menang,” teriak pengadil rasanya. Meh, pengadil sukarela namanya. Tunggu. Ah? Lajunya! Aku baru je sampai. Aku lihat Zul yang terduduk di tikar khas. Mungkin bekas ditewaskan, “Next round,”

Zul tersenyum sambil membangkitkan diri. Lalu mereka sedang bercakap sesuatu sesama sendiri. Eh, aku tak dapat dengar lah pulak. Jauh sangat.

Daniel menggerutkan dahinya, Zul pulak tersenyum-senyum bercakap sesuatu. Pelajar lain yang bersorak datang tanpa sebab ni kenapa? Nak menyibuk lah tu. Mereka ni suke je nak ambil tahu hal orang.

“Aku masuk kelas dulu,” pamitku melepaskan tanganku dari genggaman Mira yang masih terpegun melihat dua makhluk Allah berbicara.

Tetiba aku dapat rasa yang dia ni sebenarnya membayangkan yang aku antara sebab kenapa Zul dan Daniel berlawan silat sekarang. Tapi,

Dah hal ni tak ada kena-mengena dengan aku, buat apa lah aku nak sibuk. Baik aku masuk kelas cikgu potato dan belajar.

Tunggu.

Aku menoleh perlahan. Melihat Daniel yang bernafas berat. Daniel ok kan?

Kelas,

“Mana pelajar lain?,” soal Cikgu Ariel tercegat di meja gurunya. Kaca matanya ditekannya agar tak terlondeh. Heh, menjengkelkannya.

“Gim,”

“Ada pembarisan khas ke pagi ni?,” aku rasa cikgu Ariel ni sedang berfikir sendiri. Tengok saja lah posisi dia tu. Hehe, macam The Thinker.

“Oh, tak. Daniel berlawan silat tadi dengan Zul,” beritahuku jujur. “Walau aku tak tahu, apa kena-mengena mereka bersilat dengan pelajar semua yang tak datang kel-,”

“What? Lawan silat?,” tiba-tiba muka cikgu Ariel dalam ketakutan. Kenapa pulak cikgu Ariel nak takut ni? “Kamu tunggu kat sini, kalau ada pelajar lain masuk, suruh mereka buat exercise 7.D semua sekali,”

“Tapi, kami dah selesai-,”

Eh, belum habis aku cakap cikgu Ariel dah berlari keluar pulak. Baru saja aku nak beritahu yang kita dah selesai berbincang latihan tu dia dah pergi.

Tapi, kenapa cikgu Ariel nak cemas pulak ni?

Apa yang berlaku sebenarnya?

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 35.6K 35
Darwinsyah Filza & Tengku Iqram Zikri. Terpaksa bernikah atas untuk menutup malu adik kembarnya, Tengku Iqram Fikri yang lari semasa hari pernikahann...
6.7K 734 53
❝Saya tak tahu kenapa saya perlu cakap macam ni. Tapi saya rasa, jom kahwin.❞ Sifat berani sudah tidak asing lagi dalam diri DARLING HANISA. Kalau d...
537K 13.7K 42
Ain Syamina. Gadis yang dicurangi oleh tunangan sendiri dan dikhianati oleh kawan baiknya. Serentak itu, kemalangan menimpa ke atas diri Ain. Ditemu...
4.3K 220 17
AIDAN NAZHAN x NADIA ATHIRAH Tidak pernah terlintas dalam fikiran Nadia Athirah untuk berkahwin. Namun gara-gara desakan daripada sang ibu yang memin...