Jauh Dari Cinta. [E].

By ejaroses

188K 5.2K 593

Segalanya bermula saat dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bekerja bawah naungan Rashid's Company (Mil... More

Bab 1: Adakah Ini Pengakhirannya?.
Bab 2: Move On?.
Bab 3: Tengku Ashraf.
Bab 5: Pengikat Aku Dan Dia.
Bab 6: Kenyataan Yang Perih.
Bab 7: Permulaan.
Bab 8: Hanya Untuk Sofea.
Bab 9: Siapa Yang Lebih Terluka?.
Bab 10: Siapa Dia?.
Bab 11: Aku Terluka Lagi.
Bab 12: Salah Faham.
Bab 13: Kenapa Sekarang?.
Bab 14: Rasa Bersalah.
Bab 15: Hati Yang Telah Dilukai.
Bab 16: Tiada Lagi Harapan.
Bab 17: Milik Siapa Hati Ini?.
Bab 18: Milik Siapa Hati Ini?. II
Bab 19
Bab 20
Bab 21: Korban Perasaan.
Bab 22: Lembaran Baru.
Bab 23: 🤔
Bab 24: Hati Armell.
Bab 25: Dah Terlambat.
Bab 26: Tiada Jodoh?.
Bab 27: ✌
Bab 28: Setelah Semuanya Terbongkar.
Bab 29: Jalan Lain.
Bab 30: Tekanan Jiwa.
Bab 31: Hari Nikah.
Bab 32: Hati Seorang Lelaki.
Bab 33: 😶
Bab 34: Mulut Kata Lain, Hati Kata Lain.
Bab 35: Penjaga Hati.
Bab 36: Demi Dia.
Bab 37: 😣
Bab 38: [Tengku Ashraf & Ariana] & [Aiman & Nina]
Bab 39: A R I A N A & A S F I R A
Bab 40: Sahabat.
Bab 41: Tidak Mengharapkan Apa-Apa.
Bab 42: Aku Cintakan Dia.
Bab 43: Kacau.
Bab 44: Hilang Ingatan.
Bab 45: Hanif.
Bab 46: Setelah Dia Pergi.
Bab 47: SETAHUN KEMUDIAN.
Bab 48: Separuh Hati.
Bab 49: Ego.
Bab 50: 'JAUH DARI CINTA'
EPILOG: DEKAT DENGAN CINTA.

Bab 4: Pengganti?.

4.2K 108 9
By ejaroses

ARMELL Tersenyum melihat gelagat Tengku Ashraf yang sedang bermain dengan Sofea.

"Comelnya dia Mell." Tutur Tengku Ashraf, seraya mencium pipi Sofea berkali-kali.

Armell menyilangkan kedua tangannya kedada.

"Tengoklah siapa Ibu dia." Jawabnya.

Tengku Ashraf mengangkat pandangan memandangnya sekilas, dan kembali memandang Sofea.

"Tengok tu Sofea. Ibu Sofea tu. Perangai dia yang suka perasan tu masih tak habis lagi sampai sekarang." Tutur Tengku Ashraf.

Dia tertawa mendengarnya.

"Uncle Ash tu nak kata Ibu. Dia pun dua kali lima je sayang." Balasnya tidak mahu kalah.

"Aipp... Ibu ni. Tak naklah panggil Uncle Ash. Panggil Ayahlah... Ayah Ash." Ujar Tengku Ashraf.

Armell terkedu mendengarnya. Air mukanya berubah serta-merta. Kata-kata Hanif kembali menerjah ingatannya.

Saya nak anak-anak kita panggil saya dengan panggilan Ayah.

"Ayah?." Gumamnya tanpa sedar.

TENGKU Ashraf memandang Armell. Dapat dia lihat perubahan pada air muka Armell.

"Kenapa?. Mell tak selesa ke kalau Sofea panggil Abang dengan panggilan Ayah?." Tanya dia.

Armell tersenyum kelat.

"Tak... Bukan macam tu maksud Mell. Cuma... Kenapa mesti Ayah? Kenapa tak Papa ke Daddy ke?."

Tengku Ashraf tersenyum mendengarnya. Dia kembali memandang kearah Sofea.

"Sebab Abang suka dengan panggilan tu. Kalaulah ditakdirkan Abang berkahwin dan ada anak suatu hari nanti."

Tengku Ashraf menggantung ayatnya, seraya menoleh kearah Armell. Namun kali ini matanya tepat mencerlung kedalam mata wanita itu.

"Abang nak anak-anak Abang panggil Abang dengan panggilan Ayah." Tuturnya penuh makna.

AIR Mata Armell bergenang serta-merta. Dia segera melarikan pandangannya dari Tengku Ashraf. Setiap butir ayat yang keluar dari mulut Tengku Ashraf betul-betul mengingatkannya kepada Hanif.

"Abang tolong tengokkan Sofea. Mell nak kedalam sekejap." Tuturnya, seraya berlalu masuk kedalam.

TENGKU Ashraf mengerutkan dahinya pelik melihat tingkah Armell. Namun dia tidak mengambil pusing dan kembali bermain dengan Sofea.

_
HANIF Duduk bersandar ditempat duduknya.

Flashback.

"Semalam aku terserempak dengan bekas isteri dengan anak kau." Tutur Nina.

Dia memandang kearah lain, seolah tidak peduli dengan apa yang ingin disampaikan Nina.

"Dia dengan seorang lelaki."

Dia pantas menoleh kearah Nina. Kali ini dia memandang serius wajah Nina.

"Kau kenal lelaki tu?." Tanya dia ingin tahu.

Nina menggelengkan kepala.

"Tapi aku dengar Armell panggil dia Abang."

"Abang?. Kau yakin ke?." Spontan dia bertanya.

"Aku ni tak pekak lagi Anep." Tutur Nina.

"Mustahil. Armell tak suka panggil lelaki dengan panggilan Abang. Masa aku suruh dia panggil aku Abang dulu pun. Dia tak nak." Tuturnya.

Nina menjungkitkan kedua bahu.

"Aku tak tahu yang tu. Tapi aku memang dengar dia panggil lelaki tu Abang dan lelaki tu pun bahasakan diri Abang dengan dia." Tutur Nina.

Dia melepaskan keluhan kecil, seraya memandang kearah lain. Rasa cemburu menguasainya.

"Lagi satu." Nina bersuara lagi.

Dia kembali memandang Nina.

"Aku dengar lelaki tu bahasakan diri dia Ayah masa dia tengah main dengan anak kau." Tutur Nina.

Dia memandang Nina tajam.

"Kenapa mesti Ayah?." Tanya dia emosi.

Nina lagi menjungkitkan bahu.

"Manalah aku tahu." Jawab Nina.

Dia menepuk meja, seraya bangun dan pergi.

End Flashback.

Saya tak kisah kalau awak dah jumpa pengganti saya. Tapi kenapa mesti gantikan tempat saya sebagai Ayah Sofea. Kata hatinya.

_
HANIF Duduk bersama Nina dibangku dekat dalam Mall sementara menunggu Huda yang pergi ke tandas.

Dia sibuk bermain dengan telefon pintarnya. Tidak sedar akan Nina yang sejak tadi memerhatinya.

"Anep..." Tegur Nina.

Hmm... Sahut Hanif tanpa memandang wajah Nina.

NINA Menghela nafas panjang. Kecewa dengan sikap Hanif yang seakan tidak peduli padanya.

"Aku nak tanya sikit boleh?." Tanya dia

Hanif memandangnya sekilas dan kembali kepada telefon pintarnya.

"Tanyalah..." Kata Hanif.

Nina menjeling Hanif, seraya membuang pandangan kearah lain.

"Tak apalah... Lupakan je." Tuturnya dalam nada kecewa.

HANIF Segera menyedarinya. Dia segera menyimpan telefon pintarnya dan memberi sepenuh tumpuan kepada Nina.

"Nina. Kau merajuk ke?." Tanya dia.

"Tak apalah... Kau main je lah Handphone kau tu." Ujar Nina tanpa memandangnya.

"Nina sorrylah. Aku whatsapp Mak aku tadi." Tutur Hanif memujuk.

Nina menoleh kearahnya.

"Betul?." Tanya Nina.

"Betul.. Tak kan lah aku nak tipu guna nama Mak aku. Kalau kau tak percaya. Kau cek lah handset aku." Tutur dia menghulur telefon pintarnya.

Nina tersenyum, seraya menggeleng.

"It's ok. Aku percayakan kau." Tutur Nina.

Dia tersenyum, seraya menyimpan kembali telefon pintarnya didalam poket seluar. Namun matanya secara tidak sengaja menangkap sosok Armell yang sedang menolak stroller bayi di sebuah kios tidak jauh dihadapannya.

Matanya turun melihat stroller bayi ditangan Armell. Air matanya bergenang serta-merta.

"Anak Ayah." Gumamnya.

Tanpa berfikir panjang, dia bingkas bangun dari bangku.

"Anep. Kau nak pergi mana?." Tanya dia.

Kata-kata Nina tidak diendahkan. Apa yang dia fikirkan saat ini hanyalah untuk pergi dan memeluk anaknya.

NINA Mengerutkan keningnya. Dia baru perasan akan sosok Armell dihadapannya.

Dia bingkas bangun mengejar langkah Hanif.

HANIF Segera tersedar saat dia melihat wajah Armell. Dia segera berpaling darinya.

"Anep..." Nina memegang bahunya.

Air matanya bergenang.

"Kau nak pergi mana?." Tanya Nina.

Dia menunduk, seraya menggelengkan kepalanya.

"Kau ok tak ni?." Tanya Nina.

"Aku ok. Kau tunggu Huda. Aku tunggu korang dekat kereta." Tutur Hanif seraya melangkah pergi.

NINA Kaku ditempat dia berdiri. Dari air muka Hanif. Dia sudah tahu yang lelaki itu masih belum lagi melupakan Armell.

"It's ok. Masa aku masih banyak lagi." Tuturnya menenangkan diri sendiri.

"Kak Nina."

Nina terkejut melihat Huda tiba-tiba muncul.

"Along mana?." Tanya Huda.

"Dia tunggu dekat kereta." Tuturnya.

"Macam tu pulak?. Ish... Along ni macam-macamlah... Habis siapa nak angkat barang-barang ni... " Bebel Huda.

"Tak apa. Biar kak Nina tolong angkat." Tuturnya lembut.

Huda tersenyum, seraya memeluknya.

"Thank you kak Nina." Tuturnya girang.

Namun matanya secara tidak sengaja memandang Armell yang juga sedang memandangnya.

ARMELL Segera berpaling dan menolak stroller bayinya pergi.

***

"ALONG. Tolonglah kita orang masukkan barang dalam bonet." Teriak Huda.

Hanif yang sedang sibuk bermain dengan telefon pintarnya, menoleh kearah Huda dan Nina.

"Hmm... Yalah..." Selorohnya malas.

Dia menuju ke bonet kereta.

Huda tersenyum lebar. Melihat Abangnya datang, dia segera pergi dan masuk kedalam perut kereta.

Berkerut dahi Hanif melihat tingkah Huda.

"Bertuah punya budak. Dia suruh kita tolong. Lepastu dia pergi." Bebelnya.

Hanif sekali lagi terpandang sosok Armell yang sedang memasukkan stroller bayi didalam bonet kereta.

ARMELL Menutup bonet keretanya dan melangkah menuju ketempat duduk pemandu. Namun matanya secara tidak sengaja terpandang sosok Hanif yang ketika itu juga sedang memandangnya.

Dia terpaku saat pandangan dia dan bekas suaminya itu bertaut.

NINA Yang sedang memasukkan barang-barang didalam bonet, mulai menyedarinya apabila melihat mata Hanif.

Dia merengus kasar memandang Armell yang tidak melihatnya. Dia segera melangkah menghampiri Hanif dan memaut lengan lelaki itu.

"Anep..." Dia bersuara lunak.

Hanif segera menoleh kearahnya.

"Kau berangan apa?." Tanya dia.

Hanif terdiam.


LULUH Hati Armell saat melihatnya. Dia segera masuk kedalam perut kereta dan cepat memandu pergi.

MELIHAT Armell pergi. Nina melepaskan tangan Hanif.

"Cepatlah tolong aku masukkan barang." Ujarnya seperti tiada apa yang berlaku.

Hanif membiarkan Nina seketika dan kembali memandang kearah tempat dimana Armell berdiri tadi. Namun sosok Armell sudah tidak kelihatan lagi.

_
HANIF Termenung sendiri didalam biliknya. Wajah Armell tadi kembali bermain difikirannya.

Dia kembali teringat kata-kata Sufi sewaktu dia datang mengambil barang-barangnya.

Saya rasa macam tak berbaloi pulak bila Puan Armell seksa diri dia untuk lelaki macam Encik Hanif ni.

"Terseksa ke dia dengan perpisahan ni?."

Dia pantas menggeleng kepalanya.

"Tak mungkin.. Ini yang dia nak. Kenapa pulak dia nak rasa terseksa?."

"Along." Dia tersentak, seraya menoleh kebelakang.

"Adik." Gumamnya.

"Adik ada perkara nak bincang dengan Along." Tutur Huda masih berdiri dimuka pintu.

***

"TADI siang Adik nampak Kak Mell dekat Mall." Tutur Huda.

Dia menunduk.

"Along pun nampak." Tuturnya perlahan.

Suasana hening seketika.

"Sampai bila Along?." Tanya Huda.

Dia memandang adiknya.

"Sampai bila apa?." Tanya dia berpura tidak mengerti.

"Sampai bila Along nak macam ni?. Along tak nak jumpa Sofea ke?." Tanya Huda lagi.

Air matanya mulai bergenang.

"Adik cakap apa ni?. Tak kan lah... Along tak nak jumpa anak Along sendiri." Ujarnya emosi.

"Habistu?. Along tunggu apa lagi?. Dah dua bulan Along bercerai dengan Kak Mell. Tapi sekali pun Along belum datang tengok Sofea." Tutur Huda.

Dia merenung adiknya tajam.

"Along bukan sengaja. Tapi Along tak boleh. Adik faham tak?." Tuturnya dalam nada tinggi.

"Along..."

Hanif tersentak apabila melihat ibunya.

"Along bukan tak boleh. Tapi Along ego. Mak kenal Along. Along anak Mak." Tutur Aini seraya melabuhkan punggung disisi Hanif.

Hanif menunduk dan menekup wajah dengan kedua tangannya dan menangis semahunya.

"Mak dengan Adik sayangkan Along. Kami akan sentiasa ada untuk Along. Buanglah sikit ego tu." Tutur Aini mengusap perlahan belakangnya.

_
ARMELL Termenung sendiri. Namun dia tetap melangkah mengekori Tengku Ashraf yang sedang menolak stroller bayinya.

"Puan Armell."

Mendengar namanya disebut. Armell mengangkat pandangannya. Jujur dia terkejut apabila melihat Nina.

NINA Tersenyum seraya memandang sekilas kearah Tengku Ashraf.

"Awak buat apa dekat sini?." Tanya Armell.

"Saya ada barang sikit nak beli. Puan Armell?." Tanya Nina.

"Bawa anak jalan-jalan." Tutur Armell.

"Ouh... Maaf ganggu Puan. Saya minta diri dulu." Tuturnya seraya berlalu melepasi Armell.

ARMELL Kaku ditempat dia berdiri. Wajah selamba Nina membuatkan hatinya sakit.

Tidak adakah sekelumit pun rasa bersalah dihati wanita itu kerana meruntuhkan kebahagiaan aku?. Benaknya.

"MELL Ok tak? Siapa tu?." Tanya Tengku Ashraf yang sedari tadi sudah melihat perubahan pada air muka Armell.

"Staf." Jawabnya sepatah.

"Staf je?." Tanya Tengku Ashraf.

"Dahlah jom." Ujar Armell sebelum berlalu melepasinya.

Tengku Ashraf mengangkat sebelah keningnya pelik melihat sikap Armell.

_

HANIF Bersandar pada kerusi yang dia duduk.

Flashback.

"Semalam aku terserempak dengan bekas isteri dan anak kau." Tutur Nina.

Dia membuang pandangan kearah lain, seolah tidak peduli akan apa yang mahu disampaikan Nina.

"Tapi dia tak berdua je. Ada lelaki teman dia." Tambah Nina lagi.

Dia segera menoleh kearah Nina.

"Lelaki?."

Nina menganggukkan kepala.

"Kau kenal ke?." Tanya dia ingin tahu.

"Tak kenal pulak. Tapi aku dengar dia panggil lelaki tu Abang." Tutur Nina.

"Abang?. Mustahil!. Dia tak suka nak panggil lelaki dengan panggilan Abang. Dulu masa aku suruh dia panggil aku Abang pun... Dia tak nak." Ujarnya.

"Aku tak tahulah yang tu..." Tutur Nina perlahan.

Dia berpaling kearah lain. Tidak tahu mengapa hatinya merasa sakit apabila mendengarnya.

"Lepastu aku ada dengar lelaki tu bahasakan diri dia Ayah masa dia tengah main dengan anak kau." Tutur Nina lagi.

Dia memandang Nina tajam.

"Kenapa Ayah?." Tanya dia emosi.

"Manalah aku tahu." Jawab Nina.

Dia menepuk meja dan bingkas bangun, pergi.

End Flashback.

Saya tak kisah kalau awak dah jumpa pengganti saya. Tapi kenapa awak nak gantikan tempat saya sebagai Ayah Sofea?. Tuturnya didalam hati.

TBC.

PS: * My Broken English (Please DM Me)

_______________________________________Comment & Vote Please.

Continue Reading

You'll Also Like

64.6K 2.7K 41
Ellaina terpaksa akur apabila dia bakal dijodohkan dengan lelaki yang berstatus suami orang.Pada mulanya,Nashriq melayan Ellaina dingin,namun apabila...
238K 6.2K 58
Auni Farisha bukan gadis belasan tahun. Umur dah menjangkau 26 tahun namun dia tak pernah lagi rasa jatuh cinta. Lagi 4 tahun dah nak masuk 30an. Aba...
113K 10.5K 51
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
282K 18.5K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...