Projek Bantah Kahwin

By Mina94

802K 30.4K 1.3K

10 tahun lalu, waktu mama Umi aku tanya pasal kahwin. "Kahwin? Nak~," Sekarang, "Kahwin? Mak dah makan ubat k... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62 (Terakhir)
Extra

Bab 16

12.2K 484 9
By Mina94

Selepas sekolah,

“So selesa tak duduk dengan kami?,” soal Daniel ketika sudah tiada perkara untuk dibualkan antara kami. Dari diam kebosanan menunggu kedatangan cikgu tu, baik berbual kosong.

“Ya, selesa dan romantik!,”

Mira, romantik tu tak perlu lah disebut. Atau, itu hanya lah andaian untuk menutup cerita sebenar antara mereka.

“Wah, romantik tahap mana?,” soal Daniel. Hmm, layan je lah si Mira tu Daniel.

“Tahap gunung!,”

Tuk! Tuk! Tuk!

“Maaf kerna lama menunggu,” sapa abang Ariel. Hmm, muka dia tu macam bukan orang minta maaf pun. Tak ada maknanya!

Mira sudah tersipu malu, aku tergelak kecil. Padan muka, tu lah mulut tu tak berjaga sangat tu yang buat malu depan suami sendiri. Ha ha ha!

“Tak apa, aaaaa-ba-ng,” balas Mira tersipu malu. Menyampah pulak aku menengok.

“Mira, jangan panggil aku abang,” beritahu abang Ariel dengan nada yang kasar. Mira menunduk lagi.

“Bang, abang tak patut cakap macam tu kat kak Mira-,”

“Siapa kaka kau?,” soal abang Ariel, sekali gus memintas percakapan adiknya, Daniel. “Kamu tak patut masuk campur urusan abang,”

“Cikgu,” tegur Mira. Mira seakan ingin memberhentikan perkelahian antara dua beradik.

“So, apa tujuaan Cikgu memanggil kami bertiga?,” soalku memecahkan kejanggalan yang hampir terjadi. Gumpalan tanganku ku sembunyikan. Lebih baik ditahan selagi dapat ditahan, Lisa!

Abang Ariel berdeham, “Cikgu mahu kamu semua tahu yang cikgu tak berhasrat ingin mengumumkan atau menghebohkan tentang perkahwinan memalukan antara cikgu dan Mira. Dan, cikgu tidak akan sekali-kali menganggap dia sebagai isteri cikgu,”

Gila! Sungguh gila!

“Jadi, jangan nak memandai-mandai buat cerita dan cikgu harap Lisa dan Daniel tidak akan sesekali akan masuk campur urusan cikgu dengan Mira, kerna cikgu benci orang yang penyibuk,” tajam sungguh si kepala potato ini memberi amaran.

Eh, kalau dia nak beri amaran, tengok lah kami berdua. Mengapa dia tengok Daniel je?

Mira secara sembunyi mengesat air matanya yang sudah laju gugur.

“Bang, kenapa abang ni kejam sangat?,” marah Daniel, secara spontannya dia menghempap tangannya ke meja. “Kan Kaka Mira ni yang menolong abang menyelamatkan maruah kita,”

“Saya tak minta dia masuk campur,”

“Mama akan kecewa kalau mama tahu semua ini-,”

“Mama sudah tahu, dan kerana mama lah abang melanjutkan perkahwinan ini, tapi tidak kira berapa kali peluang diberikan, Mira tetap murid abang dan tak akan menjadi isteri abang,” debat Abang Ariel.

Mama Mila dah tahu? Jadi mama lah meminta agak abang Ariel bertahan dulu?

Seumur hidup aku, ini lah kali pertama aku melihat abang Ariel semarah macam ni. Kenapa? Benci sangat kah dia dengan Mira?

“Ini takdir Allah, bang,” nasihat Daniel. “Takdir Allah ada hikmahnya, mengapa abang begitu kejam,”

“Kamu tak faham, dan tak akan faham,” ucap abang Ariel sambil berlalu pergi dari kelas kami. Aku pun tak terkata dibuatnya. Fuh, hangat dramanya.

“Mira, kau ok tak ni?,” soalku bila melihat Mira yang tak bergerak-gerak dari posisi tunduknya.

“Kak,” panggil Daniel.

“Aku ok, cuma..,” tangannya mengenggam baju bahagian dada kirinya. “Sini, sakit,”

Keadaan menjadi sunyi antara kami, hanya kedengaran esakan tangisan dari Mira. Aku tak faham dengan abang Ariel. Langsung!

Depan rumah Mira,

Aku menutup perlahan pintu rumah keluarga Mira. Dari reaksi mak cik Laila tadi, dia sudah menggagak semua masalah ini akan berlaku. Hebat juga kalau dah lama tinggal di dunia ni. Berpengelaman.

“Dah ok?,” soal Daniel mendapati aku di depan pintu rumah Mira. Aku mengangguk, “Tak guna punya abang,”

“Kau rasa kenapa abang Ariel bersikap macam tu?,” soalku. Aku betul-betul hairan sekarang ni.

“Entah, dia dah berubah sekarang,” jelas Daniel, sambil kaki kami sama-sama mula melangkah meninggalkan halaman rumah mak cik Laila. “Yang aku tertanya-tanya sekarang ni, adakah dia akan bersikap macam tu juga kalau dengan kak Maya?,”

Kak Maya, ya. Perempuan yang seharusnya bersama abang Ariel sekarang. Aku mula mengigit hujung jariku.

“Mungkin, kan masa tu kau nampak macam mana tenangnya abang Ariel duduk padahal mak cik Minah tu dah mula nak menjerit-jerit,” beritahuku.

“Aku rasa abang Ariel ada agendanya tersendiri, mungkin dia tak menyangka kak Mira akan menawarkan dirinya sebagai pengantin ganti kak Maya,” jelas Daniel memandang ke jalan raya. “Atau,”

Daniel memandang aku dengan wajah serius dia. Aduh, jangan lah pandang aku macam tu. Naik seram aku dibuatnya. Kalau muka dia ni ditaruh depan poster filem seram, sah dapat tarik perhatian.

“Atau?,”

“Tak ada apa,” balasnya sebelum dia mengatur langkah dengan lajunya meninggalkan aku di belakang. Atau apa? Esh, suspen betul lah.

“Ni, kau dah telefon mama Umi atau mama Mila tak, suruh jemput kita?,” soalku apabila baru tersedar.

Daniel menepuk dahinya, “Allah, lupa,”

Aku mengeluh sebelum menggelengkan kepalaku. Tahu lah rumah si Mira ni hampir je dengan sekolah. Tapi jangan lah lupa nak balik pulak. Si potato tu pulak lupa lah tu akan kitaorang, isteri dia balik rumah mak bapa pun tak hiraukan langsung.

“Tak apa lah, boleh kita lama-lama berdua macam ni,” usik Daniel lalu tersengih panjang.

“Jangan nak mengada, Daniel. Telefon cepat!,” suruhku hampir terjerit.

Daniel tergelak besar, sebelum mengeluarkan telefon pintarnya. Selesai berkerja dengan telefonnya, dia memandang aku dengan wajah seronoknya.

“Mama kata dia tak dapat jemput kita sekarang tapi dia cuba akan datang sejam nanti,” beritahu Daniel berhati-hati.

Sejam nanti maksudnya, pukul 4 petang nanti?

“Apa?,”

“So, jom pergi minum kat kafe dekat tu, ya, Lisa?,” ajak Daniel. Dia tak menunggu pun jawapan aku main terus jalan je ya? Tak apa, aku akan bersabar untuk kali ni.

Untuk alasan yang ku tak tahu, aku ingin berjalan seiringan dengan Daniel menuju ke kafe yang jauhnya sekitar 500 metre dari rumah Mira.

Kafe,

Aku menyuapkan laju makanan ubi kentang bersalutkan sos cili ke mulutku. Aku terhenti apabila terdengar gelak tawa Daniel.

“Eh, makan tu, pelan-pelan lah,” tegur Daniel, masih memegang cawannya. “Walaupun mama dah sampai, tak kan lah dia nak tinggalkan kau,”

Aku hanya menjeling Daniel yang masih mengetawakan aku. Tanpa memedulikan tegurannya, aku masih dengan rakusnya memakan hidangan yang terhidang.

Klik

Aku memandang Daniel yang sudah tergelak lagi memandang telefon pintarnya. Adakah dia,

“Cutey,” kata Daniel sambil menunjukkan gambar perempuan yang sedang memakan ubi kentang. Macam kenal je perempuan tu.

“Daniel, delete gambar tu,” ugutku bila aku tahu perempuan tu adalah aku.

“Tak nak,” ucap Daniel sambil tersenyum lagi. Jangan-jangan dia nak gunakan gambar tu supaya nak ugut aku buat kerja untuk dia tak?

“Daniel, delete gambar kalau tak-,”

“Oh, mama dah sampai, jom!,” beritahu Daniel lalu terus dia bangkit dari duduknya. Meninggalkan aku terpinga-pinga, menghabiskan makananku.

Eehh!

Continue Reading

You'll Also Like

2.2M 69.2K 75
"wei, kalau aku nak kawin dengan kau boleh tak?" - Afi "Gila apa? Aku baru habis exam" - Aiqa "Kita kawin mudalah. Kan nampak sweet" - Afi "Hmm, akan...
1.4M 53K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
154K 10K 32
Adam Hirdy | Azalea
6.7K 734 53
❝Saya tak tahu kenapa saya perlu cakap macam ni. Tapi saya rasa, jom kahwin.❞ Sifat berani sudah tidak asing lagi dalam diri DARLING HANISA. Kalau d...