"Jadi Wife Aku. ( Revisi )

By Lildaeiry

376K 9.6K 546

" Tolong aku Syuhada, kau satu-satunya yang boleh tolong aku... " Cinta lama yang dikubur dalam-dalam kemba... More

01 | ๐ŸŒธ-Pertemuan Semula
02 | ๐ŸŒธ-Kahwin Segera?
03 | ๐ŸŒธ-Suami Ekspress!
04 | ๐ŸŒธ-Hadiah?
05 | ๐ŸŒธ-Perempuan
06 | ๐ŸŒธ-Suamimu.
07 | ๐ŸŒธ- Im jealous
08 | ๐ŸŒธ-Honeymoon
09 | ๐ŸŒธ-Pantai
10 | ๐ŸŒธ-Pengakuan cinta
11 | ๐ŸŒธ-Cinta pertama?
12 | ๐ŸŒธ-Suami isteri ( 18+)
13 | ๐ŸŒธ- Haikal junior!
14| ๐ŸŒธ-Cemburu
15 | ๐ŸŒธ-Retak
16 |๐ŸŒธ- Pemilik hati
17 |๐ŸŒธ- Ainni dan Ainnur
18 | ๐ŸŒธ-Adam Zikri
19 | ๐ŸŒธ-Anak abang?
20 |๐ŸŒธ-Buanglah aku
21 | ๐ŸŒธ-Aku hancur
22 | ๐ŸŒธ- Berubah.
23 | ๐ŸŒธ- Dongeng yang hancur
24 | ๐ŸŒธ- Faleq Naufae
25 | ๐ŸŒธ-Arissa Afiya.
26 | ๐ŸŒธ-Syuhada? Arissa?
27 | ๐ŸŒธ-TrulySyCloset Company
28 | ๐ŸŒธ- Brand Ambassor
29 | ๐ŸŒธ- Kenyataan (15+)
30 | ๐ŸŒธ-Disaster
032 | Harris
033 | Mimpi
034 | Kawan's Gathering
035 | Risiko
36 | Childhood memories (1)
037 | Childhood memories part 2
038 | Selamatkan anak kita
039 | Purdah
040 | How ending?
END
SAYONARA
BUKAKLA SAT
bismillah
Bukan Update.

31| Pergi

5.8K 161 16
By Lildaeiry

Saat kesedaran dirinya mulai kembali, mata dibuka kembali. Melihat samar-samar cahaya yang menyinari kedua belah anak mata, sebelum akhirnya mengecam keadaan sekitar.

Dimana...

Yang pasti ini bukanlah rumah miliknya. Sekeliling ruangan cahaya terbatas itu hanya mempunyai beberapa sofa usang yang sudah robek, tin-tin minuman soda yang sudah habis. Ruang yang kecil, menyesakkan. Dinding sekelilingnya sudah mulai luntur dan pecah.

Otak kembali dipaksa bekerja keras berfikir, dengan kadar segera supaya mengingat kejadian yang berlaku sebelum dia dalam keadaan sekarang ini.

Oh ya! Imran Mustapa! lelaki syaitan itu...

Lelaki itu benar benar keterlaluan. Terasa berdenyut-denyut seluruh kepala bila dia cuba untuk bangun tapi gagal.

"Argh.. "

Ada rasa nyeri yang dirasa saat dia cuba bangun, menyedarkan tangan kirinya terasa pedih dan terikat. Tidak lupa juga darah yang kian mengering dipergelangan tangan kirinya buatnya terpaku seketika . Mata berkelip memandang objek tersebut.

Gari? oh lelaki ini memang betul betul sudah gila! Pedih dan sakit. Rasanya tenaganya dari tadi terbazir kerana cuba membuka gari tersebut tanpa kunci.

Akhirnya dia terduduk juga disitu . Memeluk kaki sendiri .Baru aku ingin mengalah, bayangan anaknya, menjelma . Ya Allah, mana? dimana anak aku?

" Farish? " aku bertanya sendiri. Seolah Farish  mampu mendengar suara ku yang kian bergetar menahan tangis yang akan pecah nanti . Sempat ditinjau sekeliling ruang yang serba gelap tanpa saluran cahaya. Tapi hampa, semuanya tidak bisa dilihat dan tidak mampu untuknya pergi memeriksa kerana keadaannya kini . Teresak dia sendiri. Tidak mampu melakukan apa apa. Ujian apa yang sedang aku hadap ini?

" mama ! Yan takut hiks hiks hiks " tubuh kecil yang tiba muncul dari kegelapan bersama linangan air mata.

" Allahu , anak mama ! " terus aku peluk tubuh kecil itu erat sambil mengucup ubuhnya berkali kal. Syukur dia selamat. Ini sudah memadai bagi aku.
" mama , papa dah gila ! " aku terdiam saat mata kami mula bertentang, wajah kecil Farish Rilyan penuh dengan kesan lebam dan bibirnya pecah . Sekarang fahamlah aku apa maksud takut tadi. Rupanya anak kecil ini juga mendapat nasib yang sama. Remuk hati aku melihat airmata yang tersisa dihidungnya. Pastinya dia juga melalui nasib yang sama dengan aku.

Lelaki itu benar benar binatang ! Sungguh gila ! Dia memang buat aku terseksa jiwa raga . Dia benar benar kejam. Apa ini balasan untuk manusia seperti aku? Seketika ingatan aku terlayar terbayang wajah Amirul Haikal. Tuhan, kalau saja aku tahu kebenarannya dari awal. Mungkin keperitan ini tidak akan berlanjutan dalam jangka waktu yang lama .

Menyesal . Itu perkataan yang aku rasa sekarang ini . Bercampur dengan kecewa pada diri sendiri yang tak mampu mengingati apa apa . Yang aku ingat , aku keluar tergesa gesa dari hospital , sambil merangkul erat tubuh kecil Farish Rilyan namun tak lama kemudian , terasa tubuh ini melayang saat sebuah kereta jenis mpv menyentuh tubuhku . Membuat aku hilang kesedaran dan terus terkulai.
" eh Syuu ? " suara itu suara terakhir bisa aku dengar sebelum kesedaran aku hilang

Terlalu lambat untuk aku menyesali semuanya. Ya Allah, aku serahkan segalanya padamu ...



" apa kau benar benar tak tahu Khalis Irfan ?
dia tenung lelaki yang mengeleng perlahan tanpa suara. Matanya dilarikan memandang bawah . Cukup jelas, dia resah.
" aku tengah cakap dengan kau kan ? Tolong beritahu aku kalau kau tahu apa apa Fan . Ini berkaitan hidup isteri aku ! " stereng kereta dihentak kasar melepas amarah. Sekaligus keempat manusia didalam kereta itu terdiam . Menghasilkan atmosphera tidak menyenangkan . Terus pintu dibuka dan segera dibuka pintu kereta . Akhirnya keempatnya keluar .

" Ya, memang Syu isteri kau , tapi kau tidak bertanggungjawab keatasnya ! Benar , hari dimana Syuhada ingin lari membawa lara hati , Amran dengan tak sengaja melanggarnya dan segera membawanya ke hospital . Kau tahu Kal , Syuhada banyak menderita disebabkan kau . Kenapa disiakan perempuan semulia itu ? Semasa kau menyakitinya tidak kau serisau ini . Kenapa baru sekarang ? " lancang mulut Khalis bersuara . Memandang tepat ke dalam anak mata Haikal yang terlihat bengang saat ini .

" apa maksud ka-- ... "

" apa kau tahu Syu ada darah beku dalam kepalanya ? Kau rasa siapa yang merawatnya ? Amran Mustafa ! dia yang ada saat wanita yang kau kata isteri kau terlantar koma dihospital selama 5 bulan . Kerana rasa bersalah , Amran yang menjaganya disaat kau tidak sedikitpun mencarinya . Dia yang berkejar ke luar negara untuk Syu mendapatkan rawatan yang lebih baik . Kau tiada ketika itu Haikal . Jadi apa kau suaminya ? "

" sudahlah Fan , berterus teranglah ! aku tidak berminat untuk berteka teki sekarang . "kolar baru sahabat dari bangku sekolahnya, dia cekup kasar. Renungannya berserta getapan gigi menaham geram . Inikah kawannya? dada berombak menahan rasa .Jadi ini balasan persahabatan mereka yang terbina sejak sekolah? Takguna! Dia benar benar rasa dikhianati

" Syu hilang ingatan total kau tahu ? Otaknya tak mampu menerima sebarang tindak balas . Akal fikirannya terlalu jauh berfikir mengenang nasib diri . Dia hilang ingatan tentang semuanya Kal . Dia tak ingat sesiapa disebabkan dalam kehidupan dulu dia banyak menderita . Kau tahu kenapa dia tidak mengecam kau ? kerana kau punca dia tersakiti . Kau egois . Kau kejam . Kau tak layak digelar suami ! "

kali ini tubuh Haikal ditolak kasar oleh Khalis Irfan walau tidak sekuat mana , masih menyebabkan Haikal terdorong ke belakang .Kata kata dari mulut Khalis Irfan umpama racun yang terus dituju dalam lubuk hatinya. Sangat pedih.
" kau bukan manusia Kal , kau binatang ! kau telah menghancurkan hikayat kehidupan bahagia seorang wanita bergelar isteri ... "

" cari ? apa kau tahu seberapa gilanya aku mencari Syu ? " matanya mula basah. Tidak semena airmata lelakinya tumpah dihadapan mereka . Biarkan, 5 tahun aku pendam segalanya sendiri . Harini yang aku pasti , Syuhada Haifa milik aku kembali !

" Fan , aku jadi saksi melihat Kal mengisi hari hari sepi tanpa Syu disisi . Kau tahu Fan , 5 tahun bukan sebentar . Haikal , sendiri . Menahan rindu dan bingung tiap kali Farash bertanya keberadaan mamanya . Kau tahu Fan , aku juga terasa perihnya melihat situasi ini . Apa kau tak ingin membantu Haikal ? sampai bila kau mahu membiarkan lelaki ini ditemani baju Syuhada tanpa mampu memeluk tubuh sebenar Syu ? Fikirkan aku Fan , sudah banyak kita lalui bersama dan aku yang menjadi saksi segala penderitaan ini . Jadi tolong faham Fan , tempat seorang isteri disisi suaminya .. " Almeera yang sedari tadi diam , mula bersuara . Dia juga terasa dengan keadaan ini . Manakala Syafiq Idham hanya sekadar mengosok belakang Almeera perlahan . Menyalurkan sedikit ketenangan pada wanita hamil itu yang mulai tidak cukup nafas .

" ergh ! sudahlah ! aku tidak tahu apa apa mengenai Amran sekarang . Kali terakhir kami berjumpa sebelum dia berangkat ke Us bersama Syu . Dan sehingga kini aku tidak berhubungan dengannya . Maaf tapi aku memang benar benar tidak tahu ."

penyataan itu buat kami semua mengeluh berat . Haikal meraup wajahnya berkali sebelum mula melangkah menghampiri tubuh Khalis Irfan .

Perlahan , kedua belah kakinya mula melutut dihadapan Khalis . Ego lelakinya hari ini serendah kaki . Buntang mata seorang sahabat itu yang terpana dengan kelakuan Haikal.

" aku mohon , aku sanggup lakukan apa saja demi Syuhada . Aku sanggup serahkan segalanya pada kau . Fahami aku Fan , aku perlu tahu dimana isteri aku berada ! "

" sudahla Kal , sudah tak-- "

" tolong aku untuk kali terakhir , sahabat ? " matanya saling bertentang dengan mata Khalis Irfan yang mulai kuyu menyerah kalah.

" bangunlah Kal , sudah tiada guna lagi . Sekarang kau bangun! meratapi bukan caranya ! Kuatkan diri kau! Benda ni bukan sesuatu yang mudah "

Dipaksa tubuh milik Haikal untuk berdiri setelah memberikan persetujuaan. Bukan hatinya sengaja tidak ingin membantu, tapi lelaki ini harus menerima pengajaran . Sudahla. Tidak perlu dibahas. Haikal tetap tidak akan mengalahkan? lagipula tak akan mampu ada kuasa cinta lain yang utuh selain cinta Syuhada dan Haikal. Ya!

Syu , 5 tahun abang menahan rasa menunggu Syu ..
tunggu abang datang ya ? Abang mohon , bertahanlah seketika .

" Aku tak ada job nak bagi kau "
titik Amran sambil menilik wajah sahabat lamanya Khalis . Entah kenapa ada unsur pelik bila mendadak Khalis datang menemuinya secara tiba tiba. Alasannya juga meragukan . Ada apa sebenarnya?

" tolonglah Am , tak boleh ke kau tolong aku ? Aku terdesak gila ni weh "
rambutnya dikusut masai menambah effect yang dia benar benar tersepit ketika ini. Lakonannya dipertingkatkan .
Amran masih merenung tanpa berkutik.

" so kau tak nak tolong aku la ? Fine , aku jumpa Haikal la then--"

" kau nak mati ? Silakan . ketika itu aku hanya akan tertawa apabila Haikal tahu Syu sudah mati ! " ada tawa sinis disitu sementara Khalis terkebil sendiri . Benar , lelaki ini sudah benar benar gila .























Bersabar encik Haikal. Kita akan bertindak mengikut plan yang sudah kita atur. Kita akan laksanakan sebaik mungkin. Ops selamatkan Syuhada bermula! "

Tuhan, saat ini hanya padamu aku bermohon. Hanya padamu aku lepaskan segala rasa . Kali ini , hamba mu ini bermohon , untuk sekali saja . Benarkan aku melihat Syuhada Haifa . Sekali sudah memadai. Aku mohon Ya Tuhan .

" hello sayang ! " Syuhada sudah tarik mula menyampah saat tahu akan manusia tersebut . Oh bukan , dia binatang !
" miss me babe ? " diusap perlahan pipi Syuhada menggunakan pisau lipat .

Manakala Syu sudah meronta . Sia sia ! Kaki dan tangannya sudah terikat dikerusi itu . Bodoh Amran bodoh ! Belum puaskah dia membelasah aku tadi ? Menghantuk dan menerajang aku berkali kali bagai orang gila .

" lepaskan aku Amran Mustafa . Apa salah aku pada kau ? Aku ini isteri kawan kau ! Mengapa kau berkelakuan begini ? Bodoh ! "

Iya , aku ingat segalanya . Hentakkan yang kuat tadi mengembalikan segala ingatan tragis itu . Haikal , Farash , Mama dan mertua ku . Semuanya berlegar dalam fikiran . Menyalahkan aku kerana lari dari hospital lama dahulu . Oh menyesal ! Betapa bodohnya aku . Betapa derhakanya aku pada Haikal . Tidak pernah Farash merasai kasih sayang seorang ibu . Betapa takgunanya kau Syuhada Haifa !

" oh jadi kau sudah ingat babe ? Im happy but sorry too late . Sedarla kau tu bukan lagi Syuhada yang Haikal sayang yaa . Kau itu Haifa Arissa . Perempuan pemuas nafsu aku ! "

Srakkkk !

Terjerit kecil Syuhada bila pisau lihat itu ditoreh pada pahanya . Perih dan nyeri dia menahan tangis , pedih . Dia mengigit bibir . Tuhan , apa ini balasan untuk perbuatan jahatku ?

Darah yang mengalir cepat saja terserap pada miniskirt putih yang kini bertukar warna . Seksa !

" alele you malu ke babe ? Acah betula . Kan satu tubuh you i dah jajah . Senang cerita semua i tau lah . Takpayah nak acah suci la sundal . Kau yang merengek minta dilayan kan ? Gersang gila hahahahaha "

Aku malu . Semurah itukah aku ? Aku pandang wajahnya sayu
. Tuhan saja yang tahu betapa rendahnya maruah diri dipertikaikan . Dipijak dan dipermalukan . Dirogol dan dihebahkan . Remuk hati ini . Semakin malu bila Khalis juga tertawa. Memandang aku dengan pandangan sinis sekali .
" kau taknak try ke Fan ? I dont mind . Barang boek haha "

Airmata aku gugur lagi . Rendahnya harga dirimu Syu ..

" uish taknak aku , aku nak yang fresh , virgin kau apetau . Setakat longgar kau dah balun banyak kali tak hingin aku "

" anak aku mana ? Farish mana ?! Kau berdua binatang ! Aku tak sangka kau sama keji Fan ! "

"Jangan nak bercakap macam kau tu bagus sangat la Syu . Cermin diri kau . Apa Kal akan mengaku kau itu isterinya ? Haha such a stupid perempuan . Kau tu murah la bodoh ! "

Tersentak aku seketika . Benar katanya . Haikal mungkin jijik dengan aku kan ? Tuhan , hina sangatkah aku ini ? Apa aku bersalah dalm hal ini ?

" ergh ! Apa semua ni cik ? " Haikal sudah mula mengamuk saat mendengar perbualan antara ketiga manusia itu melalui alat pendengar suara yang disembunyikan dalam poket seluar Khalis .

" sabar Encik Haikal . Semua itu hanya strategi sahaja . Kita perlukan kepercyaan musuh sebelum bergerak ke point ke 2 . Tolong kawal diri anda "

Mendengus kasar Haikal . Yang dicaci dan dihina itu isterinya ! Jadi dia harus diam saat maruah Syuhada direndahkan ? Saat ini hanya Tuhan saja yang tahu betapa inginnya dia berlari mendapatkan isterinya . Memeluk erat meleraikan rindu yang hampir ditahan hampir 5 tahun. Tapi semuanya tidak semudah itu ! Apa yang salah ? Apa yang halang jodoh kita ?

" Fan , tolong jaga betina ni kejap . Aku nak keluar , ada urusan . Ingat Fan , kau pun aku tak teragak nak bunuh kau kan ? Hati hati . "

Khalis dan Syuhada hanya menghantar kepergian Amran yang sudah menghidupkan enjin kereta berlalu pergi .

Satu keluhan berat dilepaskan sebelum tangannya mula kalut meleraikan ikatan yang mengikat pergelangan tangan wanita itu .

" Khal--- "

" Bukan aku , tapi suami kau . Haikal Amirul . "

sebaik leraian dilepaskan , cepat saja Khalis bertindak . Jaket hitam yang tersarung ditubuh ditanggalkan . Terus jaket itu dihulur pada Syuhada yang terpinga namun disambut jua .
" tutup paha kau . Kau isteri orang . "

Buat kali kedua dia terpempam dengan setiap tutur kata dari mulut Khalis Irfan . Iya , lelaki itu sedang memerli halus dengan setiap tutur kata .

" anggota 1330 sila masuk bersenjata ! Over ! "

Tidak mengambil masa yang lama untuk pihak polis mula menyerbu masuk dengan bersenjata dan uh oh dia ..

Haikal . Su- suami aku ?

Entah mengapa dirasakan umpama deejayu seketika saat dia mula melangkah kearahku dengan pelbagai riak yang dipamer diwajahnya . Dia tidak jijik dengan aku ?

Jantung dan otak sudah semakin kacau bilau sendiri . Kelompak mata mula terasa panas dan berair saat dia sudah betul betul dihadapanku . Wajahnya .. Kelihatan sangat sayu ?

Terasa bagai renjatan budaya saat tangannya mula meramas erat tanganku dalam gemggaman . Terasa semua sakit yang aku hadapi terbang saat dia menarikku dalam pelukannya . Menggosok lembut rambut aku sebelum mencium ubunku lama . Tuhan , belaian ini yang aku rindukan . Belaian ini yang selama ini aku perlukan . Air mata yang mengalir aku biarkan saja sebelum dikesat lembut oleh Haikal .

" sayang .. Awak Syuhada Haifa saya kan ? "

Oh Tuhan , dia tak marahkan aku . Lembut saja pertanyaan yang terlontar tadi sementara matanya tak lepas memandang anak mataku . Laju aku mengangguk bersama tangisan yang tersisa .

" iya . Saya Syuu , gadis yang jatuh cinta pada awak 18 tahun lalu .. "

Terus aku peluk tubuhnya erat . Kalau aku mampu , ini aku hentikan masa untuk sesaat . Menikmati pertemuan yang tidak aku jangka semanis ini . Rindu . Inikah rasanya saat cinta kembali disatukan ? Terimakasih untuk rasa bahagia ini .

" tidak semudah itu kawan kawan ku ! "

Tidak ! Jangan !

Kehadiran Amran kembali ke situ membuat kami semua tersentak .

Itu dia , tersenyum sinis bersama pistol jenis shotgun betul betul dikepala Farish .

" anak mama ! " belum sempat aku melangkah , Haikal telah menahan aku terlebih dahulu .

" abang .. Tu anak saya , anak kita ! "
" iya , itu Farish Rilyan ! Anak kita ! " tangis ku mula pecah kembali . Tidak rela Farish akhirnya berakhir ditangan setan durjana itu . Aku tidak sanggup

" turunkan senjata kau Am . Apa kau sudah gila ? " kali ini Khalis juga mengangkat pistol , diikuti oleh angkatan pasukannya yang sudah bersedia .

" hahahaha kau fikir kau bijak Inspektor Khalis Irfan ? Sudah aku agak dari awal tentang ini . Sesungguhnya kau dipihak yang salah ! Polis bodoh ! " ditekan kuat muncung pistol tersebut hingga membuatkan Farish merintih sakit .

" tolong jangan sakitkan anak aku Am .. Tolong lepaskan dia "

Haikal melangkah mendekati dan Amran semakin berundur .

" anak kau ? Ini anak aku laaa setan . Dia pun tak kenal kau . Papa dia cuma aku ! "

" tidak ! Farish anak aku ! "

" ah diamlah ! "

Cick ! Cick !

Membulat mata Syu bila pistol yang dipegang Amran dihalakan ke arah Haikal yang terpana seketika . Gila gila . Semua ini benar benar gila . Manakala pistol yang dipegang Khalis dihala pada Amran .

" kau pun takkan terlepas kawan lama ! "

" hahahah aku suka ! Sekarang 3 sekawan saling akan membunuh .. Baiklah mari mula--- argh ! "

" kal , peluru !!! " tubuh Haikal dipeluk laju . Argh !

Bang ! Bang !

Tindakan Farish mengigit tangan Amran menyebabkan tembakan secara rambang dilepaskan .

" oh tidak tidak ! Awak kena bangun sekarang ! " dirangkul tubuh yang kian melemah diatas ribanya . Darah yang membuak buak keluar dari mulutnya dilap berkali kali .

" to- tolonggg- aergh ana- anakksehd k-ki-kitaaa .. "

" iya , kita jaga sama sama tau . Awak bangun , awak kena bertahan jugak ! Ambulans dah otw " tangan wanita itu digenggam erat . Kali ini dia tumpas . Airmatanya gugur lagi untuk sekian kali . Tidak diharap pengakhiran begini . Tolong kuat !

Dia mengeleng lemah . Nafasnya turun naik menahan sakit .
" ta- tak- sem-sempat- d-dagh . Ter--terima ka-sih un-tu--kk se-mua-rra-saa-baha-gia-erghhh-sa-yaaa--sy--angg awak . Maaf-kan sayaa---saya-bu--kannn-yang-ergh--terba--ikk .. S-la-mmat-tinggal-habbii-ergh--ku "

Akhirnya matanya terkatup . Nafasnya yang tak teratur kini diam terhenti . Terkulai dia , dipangkuan seorang suami .

" tidak tidak !!! Syuhada Haifa ! Suami awak disini dan awak harus bangun ! Tidak Syu !!!!!! Tidakkkkkkkkkkkkkkk "

Dikucup lama pipi dan dahi Syuhada yang sudah kaku . Tersan sedu dia meramsa tangan wanita itu . Sejuk .

Selamat tinggal sayang . Mungkin , kebersamaan ini bukan takdir abadi yang bahagia . Tapi akhirnya membuatmu sakit.

Maafkan abang sayang.

Semuanya salah abang.

Continue Reading

You'll Also Like

5.8K 183 44
Cinta yang dipupuk sejak zaman sekolah lagi. Kerana kecewa kekasih yang amat dicintai berkahwin dengan abangnya sendiri, Hafzal membawa diri ke Austr...
3.5K 152 48
Adam Harraz x Elira Aisya Perkahwinan terdahulu membawa luka yang bukan sedikit. Masing-masing menyalahkan diri kerana kegagalan dulu... Dapatkah mer...
239K 6.2K 58
Auni Farisha bukan gadis belasan tahun. Umur dah menjangkau 26 tahun namun dia tak pernah lagi rasa jatuh cinta. Lagi 4 tahun dah nak masuk 30an. Aba...
180K 3.8K 45
Hanya dengan satu salah faham, Puan Mariah menyangka Puteri Syasya dan Ahmad Daniel sedang mabuk bercinta. Ahmad Daniel! Puteri Syasya amat membenci...