"Jadi Wife Aku. ( Revisi )

By Lildaeiry

376K 9.6K 546

" Tolong aku Syuhada, kau satu-satunya yang boleh tolong aku... " Cinta lama yang dikubur dalam-dalam kemba... More

01 | 🌸-Pertemuan Semula
02 | 🌸-Kahwin Segera?
03 | 🌸-Suami Ekspress!
04 | 🌸-Hadiah?
05 | 🌸-Perempuan
06 | 🌸-Suamimu.
07 | 🌸- Im jealous
08 | 🌸-Honeymoon
09 | 🌸-Pantai
10 | 🌸-Pengakuan cinta
11 | 🌸-Cinta pertama?
12 | 🌸-Suami isteri ( 18+)
13 | 🌸- Haikal junior!
14| 🌸-Cemburu
15 | 🌸-Retak
16 |🌸- Pemilik hati
17 |🌸- Ainni dan Ainnur
18 | 🌸-Adam Zikri
20 |🌸-Buanglah aku
21 | 🌸-Aku hancur
22 | 🌸- Berubah.
23 | 🌸- Dongeng yang hancur
24 | 🌸- Faleq Naufae
25 | 🌸-Arissa Afiya.
26 | 🌸-Syuhada? Arissa?
27 | 🌸-TrulySyCloset Company
28 | 🌸- Brand Ambassor
29 | 🌸- Kenyataan (15+)
30 | 🌸-Disaster
31| Pergi
032 | Harris
033 | Mimpi
034 | Kawan's Gathering
035 | Risiko
36 | Childhood memories (1)
037 | Childhood memories part 2
038 | Selamatkan anak kita
039 | Purdah
040 | How ending?
END
SAYONARA
BUKAKLA SAT
bismillah
Bukan Update.

19 | 🌸-Anak abang?

6.6K 233 31
By Lildaeiry

Pintu gelangsar ditolak perlahan. Sebaik membuka pintu, Haikal dapati Ainni sudah bangun dan menbelakanginya. Pandangan Ainni terarah ke arah jendela.

" Ainni kau--"

" saya tahu, saya sedar. Tidak perlu diperkatakan lagi "

suara lembut itu kedengaran sayu. Suram.

" Masa saya semakin singkat, tapi saya belum pernah dapat apa yang inginkan. Semuanya, sukar."

" Hey, kenapa ini? kau biasanya kuatkan Ainni? "

Tubuh yang menghadap jendela itu didekati. Entah apa yang mendorong dirinya untuk berhadapan dengan wanit itu. Memegang erat kedua bahu Ainni. Matanya kini tepat memandang mata Haikal sayu. Kenapa dia menangis?

" saya memang tak mampu menjaga Adam lagi. Nanti saya tak ada kemana dia nak pergi? siapa nak beri kasih sayang kepada dia? siapa nak besarkan dia? "

Tindakan pantas, tubuh gadis bernama Ainnur Zakaria sekarang dalam pelukannya. Kepala wanita itu disandar pada dadanya bersama aliran air mata.

Tak menunggu lama untuk menenangkan seorang Ainni Zakaria. Selepas beberapa minit dia kembali tenang dan pelukan tadi direlai. Masih ada butir butir jernih disekitar kelompak matanya yang sedikit menghitam.

Keadaan sekarang buat dia nampak sungguh tak bermaya. Timbul perasaan sebak saat memandang wajah perempun ini, yang berubah jadi wanita yang lebih matang dan sopan tuturnya, seiring dengan perubahan umurnya. Mungkin benar, pengalaman mematangkan kita.

Ainni, kenapa kau perlu jatuh saat pintu bahagia mula terbuka untuk diri kau? kuatkan diri kau Ainni, aku pasti akan tarik kau berdiri dan lari kembali bersama kau mengutip sedikit cebisan bahagia sebelum semuanya tamat diakhirnya.

" tell me everything Ainni. The truth, whole story... "

Biarlah tanggapan mengatakan yang dia terlalu mendesak. Dia perlukan kebenaran itu. Sangat perlu tahu tentang segalanya.

Ainni menghela nafas berat sebelum mengangguk. Matanya dipejam rapat. Seolah mencari sedikit semangat.

" im truly sorry for what i have done. Saya pergi sebelum tiba saat kita diijab kabul ada sebabnya. Saya, tahu yang awak takkan mampu mencintai saya sebagaimana perasan saya terhadap awak Haikal. Dan saya sedar yang saya hanya akan memiliki jasad dan bukannya hati seorang Haikal Amirul "

Airmata yang laju menurun cepat diseka dengan belakang tangan. Tapi sia, airmata seakan tidak memberi kerjasama.

" this is so unfair you know?...

Saya yang teguh berdiri disamping, tidak kira apapun keadaan mendatang. Ainni penat jadi orang yang sentiasa menanti, menunggu masa untuk Haikal sedar akan cinta ini, hanya untuk Haikal. Tapi Ainni yang lari dari kenyataan. Ainni tahu yang sedari dulu nama Syuhada sentiasa dihati Haikal... "

" Ainni ambil keputusan, untuk pergi. Biarlah, rasanya lebih baik undur diri, dari menjadi orang yang sentiasa berusaha sendiri. Selepas Ainni dapat tahu yang Haikal akhirnya menikahi cinta yang sesungguhnya, Ainni rasa sudah membuat keputusan yang betul.. "

" Lalu? "

Wajah ayu itu tersenyum nipis.

" Dua minggu setelah itu, saya dapati saya mengandung.. sudah 4 bulan.. "

Haikal terkesima.

" 5 bulan seterusnya, i do everything by myself. Seorang diri. Sampai Adam lahir ke dunia, dia masih belum tahu siapa ayahnya. sehingga sekarang umurnya sudah 3 tahun.. "

" aku benar benar tidak tahu.. "

" you know Kal, hati saya hancur setiap kali Adam bertanya dimana ayahnya? siapa? kenapa ayahnya tidak pernah melawatnya? Dan saya, tidak mampu memberi jawapan. "

Kali ini Ainni benar benar tidak mampu membendung lagi perasaan, Empangan air matanya segera pecah dan tanpa segan silu air mata itu menuruni pipinya, jatuh diatas ribanya.

" Dia...? "

" Dia anak awak, Muhd Adam Zikri.. "

" are you serious Ain? "

Haikal benar benar buntu. Semuanya seakan berat untuk dia terima.

Kerana itu dia meminta kepastian sekali lagi.

Memang benar firasatnya mengatakan Adam mempunyai kaitan dengannya tapi tetap Haikal perlukan kebenaran.

Ainni mengangguk lalu ketawa sinis.

" Saya sedar, saya wanita moden. Wanita yang pergaulannya jauh dari kata menjaga. Tapi satu satu lelaki yang menyentuh saya, awak Haikal.. "

Senyuman dari wajahnya suram. Hanya sesekali tangannya menghapus air mata yang turun dengan cepat, mengelak tatapan mata.

" bila saya tiada nanti, siapa yang akan jaga dia? tidak ada yang sanggup nak jaga anak tak sah taraf macam Adam! semua jijik dan menidakkan kehadirannya. 9, 9 bulan saya kandung dia dengan pelbagai rasa berkecamuk dalam jiwa. Tiap kali saya menangis mendengar cacian dan umpatan. Kata mereka saya setaraf dengan pelacur, dengan muka tebal tanpa malu membawa perut besar kehulu kehilir. Mereka tidak faham apa yang saya rasa. Saya hilang semuanya. Saya hilang keluarga, saya hilang kawan, cinta. Tapi saya teguhkan diri, sehingga Adam lahir. Saya perlu kuat untuk Adam. Tapi nanti bagaimana?

Beritahu saya Kal? apa yang saya harus lakukan? Bodohkan Ainni ini? "

Tubuh itu meronta saat Haikal menariknya ke dalam pelukan. Haikal diam sedari tadi, menadah telinga sambil membayangkan betapa penderitaan yang harus Ainni tanggung sendiri.

Ya Allah, apa ini karma untukku? apa aku ini cukup dayus bila wanita yang mengandungkan anak aku diperlakukan begitu dan saat itu aku langsung tiada untuk melindungi mereka.

" Ainni, pandang aku.. "

Mata yang masih basah itu pelan pelan menatap dalam anak mata Haikal.

" aku benar benar minta maaf.. mulai saat ini, aku akan jaga Adam.. Jaga kau.. Itu janji aku.."

Rasanya hanya itu yang mampu Haikal janjikan. Semoga ada sedikit sinar harapan buat Adam. Juga wanita ini..













" Abang? lewatnya balik... "

Matanya menyoroti figura suaminya yang sedang merebahkan badan disofa ruang tadi. Sebenarnya tadi dia berada dibilik, menyedari kepulangan sang suami apabila enjin kereta milik Haikal memasuki perkarangan halaman rumah. Namun setelah tiada tanda tanda lelaki itu memasuki bilik,

Dia mengambil keputusan untuk turun. Dan tekaannya benar, lelaki itu sedang bersandar pada kerusi diruang tamu. Dia mendekati Haikal, sebelum menyalami tangan lelaki itu. Kebiasaan.

" Ya, abang ada fail yang harus digunakan segera. Jadi abang terpaksa stay pejabat.

Mata Haikal tutup rapat. Hanya suaranya yang keluar berbicara dengan Syuhada. Rasanya berat untuk dia menatap mata coklat itu dan berbohong.

maafkan abang, sayang. Abang berdosa.

Kedudukannya dibetulkan sambil sebelah tangannya melepaskan tali lehernya.

Penat. Dia penat dengan masalah yang ditanggung. Masalah kerja, dan masalah peribadi, yang keduanya memerlukannya.

" kesian suami Syuhada penat begini. Abang sudah makan? kalau belum Syu panaskan lauk sebentar ya? "

Dirinya yang tadinya baru bingkas berdiri terduduk kembali saat tangannya ditarik Haikal sehingga tubuhnya duduk kemas diatas paha lelaki itu. Haikal memeluknya kemas.

Hening. Tiada apa apa suara yang Syuhada tuturkan. Yang kedengaran selepas itu hanyalah esakan lantang dari lelaki itu. Ya, Haikal menangis.

Syuhada bingung. Lelaki ini kenapa? apa yang sudah terjadi? Ini kali keduanya dia melihat air mata lelaki itu jatuh. Haikal bukan orang yang dengan semena mena menitiskan air mata tanpa sebab.

Syuhada pasti itu. Ya, dia benar benar pasti.

" abang.. are you okey? kenapa? "

Wajahnya yang tadi disandar pada bahu diangkat lembut Syuhada. Terkesima wanita itu saat melihat muka merah lelaki itu. Matanya sembap, hidungnya kemerahan.

Tiada jawapan. Yang ada hanya lelaki itu mengeleng geleng tanpa suara.

Sebenarnya apa yang terjadi dengan suaminya? Kenapa sepertinya Haikal bersikap aneh? Matanya kuyu, seakan ada sesuatu yang mata itu ingin katakan.

tangannya naik mengusap lembut rambut Haikal sebelum menekapkan pada dahi.

Demam.

Patutlah dia berkelakuan aneh. Badannya panas!

"Jom naik ke atas, Syu buatkan bubur untuk abang ya? "

sekali lagi dia mengeleng laju. Syuhada bingung.

" abang nak Syuhada sahaja, hanya mahu Syu. Abang sayang Syuhada, hanya Syuhada." jemari kecil Syuhada digenggam erat lalu dibawa ke dadanya.

" Syuhada sayang abangkan? "

Syuhada mengangguk pelan. Bibirnya menguntum senyuman.

" Kalau Syu tak sayang, Syu tidak akan ada disini dengan abang.."

" Tolong, jangan tinggalkan abang.. Sayang, kalau nanti terjadi sesuatu, apa Syu masih sayangkan abang? "

Tangan halus itu Haikal kucup lama. Matanya dipejam erat, menghela natas berat.

Maafkan abang Syu, abang terpaksa buat semua benda ni walau akhirnya ianya akan membuat Syu terluka.

" Syu lagi sayang abang, sebanyak ini!" kedua tangan Syuhada angkat ke udara, membentuk bulatan besar.

" Hey, anak anak papa macam mana? "
perut Syuhada yang semakin membesar diusap lembut.

" doktor cakap, tekanan darah Syu rendah, jadi bakal mudah pitam kalau terlalu stress... Alhamdulilah kandungan sihat. Membesar dengan baik ya hero hero mama.. "

Perut Syuhada sudah semakin membesar, seiring dengan usia kandungan 4 bulan. Mungkin kerana sekarang dia membawa 2 jantung, perutnya jadi lebih besar dari biasa.

" Mama tak larat membawa perut besar lagi, lenguh pinggang mama.. "

Melihat keadaan Syuhada, rasanya sebaiknya hal tersebut dirahsiakan dahulu.

Nanti setelah semuanya selesai, dia akan memberitahu semuanya pada Syuhada. Ya Allah, aku mohon..beri aku waktu.

" Abang? rasanya nama apa yang sesuai? seharusnya kita telah bersedia dengan nama sedari awal kan... Tapi kita belum tahu jantina."

Haikal mengangguk. Seketika dia diam sambil berfikir. Tangannya mengusap lembut ubun Syuhada.

" Syuhada patut decide nama untuk anak anak perempuan okay? " Haikal tersenyum.

" Dan untuk anak lelaki.. Faqih dan Faleq. Namanya bermaksud Yang Mengerti, Bijaksana dan Yang diRahmati... "

" Muhd Faqih Naufal dan Muhd Faleq Naem bin Muhd Haikal Amirul.. "

"Syuhada tidak sabar.. rasanya mahu cepat cepat keluarga kecil ini lengkap... "

Haikal hanya tersenyum segaris. Apa ini salahnya? Rasanya seakan ada batu besar yang menghempapnya setiap kali Syuhada tersenyum. Tanpa mengetahui, aku bakal menipunya.

" Sayang pergi bersama siapa? "

" Bersama Almeera, abang sibuk ya? call dan pesanan Syu tidak abang respon... Jadi Syu pergi bersama Almeera saja... "

Sekali lagi. Rasa bersalah kembali menghimpit. Isterinya yang sah memerlukannya, namun dia tiada.

Apa dia jahat? Apa yang dilakukannya ini benar? Maaf, abang benar benar minta maaf sayang..

" Oh Almeera? Sejak bila isteri abang ini rapat dengan Almeera? "

Syuhada tersengih. " Panjang ceritanya.. Yang penting, Almeera baik, dan Syu senang berkawan dengannya... Sekarang Syu dan Almeera begini..."

Ibu jari diangkat menunjukkan bahawa hubungannya dengan Almeera baik baik saja bersama sengihan lebar, membuatkan Haikal ketawa kecil.

Syukurlah. Sekurangnya dia boleh mempercayai Almeera.

" Sayang jangan senyum lebar begini, nanti ada yang jatuh hati! " Pipi Syuhada dicubit gemas.

" Tak mahu... sebab Syu nak goda Haikal dengan senyuman ini... "

" Hey! pasti Almeera yang mengajari Syu yang bukan bukan! Akan abang marah pada Meera nanti... "

" Hello sir, Syu belajar dari international player no 1, Haikal Amirul!

Tubuh mungil itu diam diam melarikan diri, mendaki pelan anak tangga untuk lari ke bilik. Namun hampa, Haikal sudah mulai mengejar dibelakang.

" Ah, harus abang beri hukuman ya sayang! nakal! "

" Tak mahu! abang busuk! "

Haikal, menyembunyikan sesuatu.. Naluri seorang isteri ini kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak beres.

Ya tuhan , apalagi dugaan kali ini? Saat aku berada dalam pangkuannya tadi, ada bau kuat yang melekat pada tubuh Haikal. Yang aku pasti, itu ialah bau wangian wanita.

Bukan niat aku nak bersangka buruk terhadap suami sendiri cuma rasanya ada isi hati yang mengatakan ada hal tak beres. Apa yang abang sembunyikan dari Syu?















Laju dia berlari ke arah lif. Memicit butang lif berkali. Akibat sikap tak sabar menunggu lif, dia akhirnya berlari ke arah tangga kecemasan menuju ke bumbung hospital.

Tolonglah jangan lakukan apa apa yang membahayakan nyawamu..Aku menyayangi kau,

benar benar sayangkan kau Ainni.

kau sahabatku..

" Abang..... "

Suaranya tersekat. Niatnya mahu memanggil Haikal tadi terdiam apabila melihat suaminya itu berlari dengan cemas ke pintu tangga kecemasan. Langsung tidak menyedari kehadirannya yang cuba menegurnya.

Huh? Apa yang Haikal lakukan disini? Katanya kerja dipejabat banyak.

Mahu memberi kejutan pada aku? Sepertinya bukan. Kehadiran pun langsung tidak dihiraukan.

Bumbung hospital?

Langkah kakinya segera menuju lif. Menekan punat tingkat ke 36, tingkat terakhir yang membawanya ke bumbung hospital.

Apa yang abang sembunyikan? Hatinya berdebar menanti kebenaran atau apa yang bakal menanti.

" Turun Ainni! " pekikan kuat membuat tubuh wanita berpaling ke belakang, melihat wajah manusia yang benar benar dia tunggu. Haikal.

" Pergilah Kal, tiada guna juga.."

Tubuhnya tetap statik, berdiri disitu tanpa niat mengundur. Sesekali dia memandang bawah dari bangunan 36 tingkat itu. Angin yang menyapa pipinya saja cukup kuat. Apalagi kalau dia terjun?

" Adam perlukan kau Ainni, anak kita! Tolonglah turun sekarang juga Ainni, aku merayu.. Aku sayang kau Ainni, aku tidak mahu kehilangan kau buat kali kedua! "

Suara yang lembut tadi naik satu oktaf. Lantang. Matanya terasa berair. Seakan ada sesuatu yang tersekat dikerongkongnya.

" Benar? Kal akan menjaga Adam bersama dengan saya?..." air mata yang mencurah tadi Ainni kesat cepat.

Haikal mengangguk laju, Menyakinkan Ainni tentang apa yang dikatakan tadi.

Buat masa sekarang, dia hanya memikirkan keselamatan Ainni sahaja.

Maaf Ainni, aku terpaksa menipu demi kepentingan kau sendiri. Langkah pelan, melangkah menuruni dari tempat tadi.

Tindakan cepat, terus tubuh itu Haikal tarik ke dalam pelukan. Digenggam erat tubuh kecil itu. Keluhan berat dilepaskan.

Dari sisi lain, ada hati yang terluka mendengar laungan kuat Haikal tadi. Wanita itu kaku disebalik pintu bumbung hospital. Dia hanya disitu, mendengar satu persatu perkataan yang memedihkan. Dari mulut seorang yang dia cintai.

Tubuhnya terasa lemah. Kakinya longlai. Pada akhirnya dia terduduk sambil menekup mulut, menahan esakannya dari berbunyi.

Perasaannya saat ini bercampur baur. Yang dia rasakan saat ini benar benar menyakitkan.

Rasanya hancur, retak, ditipu, terasa bodoh. Sakit.

jadi selama ini dia menipu aku? Ya Tuhan , selama hampir 2 tahun kita bersama hanya dusta? Terasa sesak pernafasan saat ini.

Apa Haikal benar benar sedar apa yang dia lakukan? Faqih dan Faleq ini anaknya...

Sedarkah dia, bahawa aku sedang membawa benih dia, bukti cinta yang termaktub. Bukti cinta yang dia katakan dulu. Tubuhnya bergetar hebat. Terasa pedih menusuk kuat hati kecilnya. Tekaknya terasa berat saat ini. Airmata? sudah puas disapu namun air matanya masih tegar.

"Syuhada?! Ya Tuhan! "

Almeera cemas. Wajah Syuhada yang terduduk dipangku, sebelum menggoncang tangan Syuhada. Dia benar benar tidak tahu apa yang terjadi pada wanita yang sudah basah dengan air mata.

" Bawa aku..... pergi Meera... Haikal.. "

Menurut permintaan Syuhada, terus langkah kaki Almeera menjauhi kawasan pintu bumbung sambil membawa pelan Syuhada.






" Ya Allah Syu... "

Syuhada sekadar mengeleng. Wajahnya yang sugul cuba mengukir senyum tipis. Membalas tatapan risau dari Almeera. Wanita yang dari tadi mendengar satu persatu yang berlaku sambil menggerutu geram. Tangannya mengosok pelan belakang Syuhada, cuba menenangkan.

Tak menunggu lama sehingga akhirnya dia menghamburkan diri ke dalam pelukan Almeera. Melepaskan segala rasa yang menyesakkan hati. Dia tidak kuat.

" A-aku tak kuat... Meera.. Hiks... "

" Ya Syu, aku tahu betapa hancurnya kau. Aku mengerti Syu... Menangislah, sehingga hatimu yang berisi kesedihan berlalu pergi.....

Continue Reading

You'll Also Like

143K 7.1K 21
Pertemuan selepas 5 tahun membawanya mengimbas kenangan luka. Dilepas secara tidak rela, ditinggalkan ketika masih mengharapkan secebis rasa belas da...
293K 18.9K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
82.5K 7.2K 27
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
603K 23K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...