Bukan Untuk Dimiliki

By appleflakes

4M 246K 37.7K

Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin de... More

Bukan Untuk Dimiliki
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 69
Bab 70
Epilog
Bahagian I
Bahagian II

Bab 68

45.7K 3K 229
By appleflakes

^ amazing banner made by nurflwr

▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃

Sekujur tubuh yang terbaring di atas katil hospital itu menjadi tatapanku seketika, kaki kiri yang berbalut itu disentuhnya dan wajah masam mencuka itu menemani dari awal aku masuk ke dalam. Dia berbaring selepas itu dan bibir meluahkan dengusan kasar, sepertinya sudah bosan dan muak berada di sini walaupun tidak sampai sehari. Aku letakkan buah-buahan di atas meja kecil berhampiran katil.

"Cepatnya you sampai, baru tadi I call." Tiara memandangku pelik.

"I dah ada kat sini so terus datang jumpa you." Aku labuhkan punggung di atas kerusi yang berada di sisi katil.

"You buat apa kat sini?"

"Ada la. Rahsia." Aku simpulkan satu senyuman, kegembiraan tak dapat kusembunyikan apabila teringatkan rahsia itu.

"By the way kenapa tiba-tiba boleh kena langgar ni?" Aku pandang kaki Tiara yang berbalut itu, katanya pagi tadi berlaku kes langgar lari ketika dia sedang melintas jalan. Tidak sampai sehari, dia menghubungi aku dan memberitahu yang dia kebosanan. Kebetulan pula aku sudah berada di hospital ini.

"Entah la, I pun tak perasan bila kereta tu ada. Dia bawak laju sangat, tak sempat nak mengelak. Kaki I jadi mangsa." Tiara mengeluh apabila teringatkan kejadian pagi tadi. Nampak tidak serius namun doktor tidak membenarkan dia pulang lagi.

"Kalau dapat tangkap pemandu kereta tu, siaplah dia!" Tiara mengepal penumbuk, aku menggelengkan kepala melihat telatahnya.

"Semalam you kata ada nak bagitahu something, apa dia?" Aku buka soalan baru tentang perbualan kami semalam, Tiara ada mengatakan yang dia ingin memberitahuku sesuatu.

"Haaa I baru teringat pasal hal ni. Family I ada buat gathering and guess what? Rayqal bawak someone and he introduced that girl as his girlfriend." Nada suaranya yang tadi kedengaran ceria walaupun kaki patah kini berubah serta-merta dan raut wajahnya pula bertukar muram manakala jarinya naik mengurut dahi.

"You kenal kan dia macam mana? Dia tak pernah serious dengan mana-mana perempuan." Apa yang Tiara katakan tidak boleh disangkal, Rayqal tidak pernah serius bila melibatkan perempuan dan bahkan dengan aku juga begitu. Mulutnya saja yang manis tetapi diri belum pernah bersedia dengan sebuah hubungan.

"Sebelum ni dia tak pernah buat macam tu. Siap bagitahu kat semua orang dia nak kahwin dengan perempuan tu." Tiara masih lagi menggunakan nada yang sama tapi kali ini terselit rasa seakan tidak puas hati.

"Apa dah nama perempuan tu." Dia meneruskan lagi kata-katanya, seperti ingin mengingat kembali satu nama.

"Helena?" Aku meneka nama yang Tiara cari.

"Macam mana you tahu?"

"Rayqal pernah cerita pasal sorang perempuan dan nama dia Helena." Ada beberapa kali aku dan Rayqal bertemu, nama Helena akan meniti di bibirnya. Walaupun dia ceritakan kisah yang menjengkelkan tentang gadis itu tapi aku dapat lihat Rayqal gembira.

"I tak suka dia."

"Kenapa pulak? Rayqal serious dan nak kahwin, you patut happy untuk dia. Lagi pun okay apa, umur dia dah sesuai untuk kahwin." Apa yang Tiara katakan kepadaku dulu kembali menerjah di fikiran, dia sukakan Rayqal lebih dari status abang sepupu. Ini merupakan sebab kenapa dia tidak suka melihat Rayqal berkahwin.

"Hati I tak okay bila tahu dia serious dengan perempuan tu." Tiara membuang jauh pandangan matanya ke arah tingkap, agak lama dia mengelamun.

"You'll find someone better than him, banyak lagi lelaki kat luar sana yang jauh lebih baik dari dia." Aku berhenti seketika, aku ingin ingatkan dia tentang hal ini.

"I harap you tak ulang kesilapan I yang dulu." Pesanan ini datang dari khilaf masa laluku yang terlampau leka mengejar bahagia yang belum pasti aku miliki. Aku tidak mahu Tiara mengikut langkahku yang satu itu.

"Nanti you akan jumpa dengan seorang lelaki yang jauh lebih baik dari dia." Tiara berpaling ke arahku.

Dia akan jumpa dengan seorang lelaki yang jauh lebih baik dari yang dikejar kerana aku sudah menemuinya.

▃▃▃▃▃▃▃▃

Aku temankan Tiara untuk jangka masa yang agak lama, banyak yang dia ceritakan tentang dirinya memandangkan kami sudah jarang bertemu. Kehidupan kami sekarang sangat berbeza, tidak lagi sehaluan seperti dulu namun namanya sentiasa ada di dalam doaku supaya dia berubah. Tadi, aku ada titipkan pesanan untuknya mengenai Rayqal agar dia tidak mengikut jejak langkahku yang dulu. Jangan terlampau ikutkan perasaan kerana kalau terus begitu, bermungkinan bukan hati pihak sana saja yang terluka. Dia juga akan rasa bagaimana perasaan itu.

Nama Tiara hilang dari kotak fikiran apabila teringatkan tentang kedatanganku ke hospital sebelum mendapat panggilan dari Tiara. Tanganku naik menyentuh perut yang kempis, mungkin kelihatan biasa tetapi sekarang ada benih yang sedang bercambah dan ada nyawa yang sedang membesar. Tanganku turun dengan perlahan ke bahagian bawah perut, kata-kata doktor sebentar tadi masih lagi terngiang-ngiang di telinga.

"Congratulations! You're going to be a mother. Usia kandungan lima minggu."

Air mataku mengalir ketika mendengar khabar ini, perasaanku tidak dapat digambarkan kerana ini merupakan sesuatu yang aku nantikan dan sesuatu yang Zarif sentiasa inginkan. Hati tidak lepas dari rasa bersyukur kerana Allah kurniakan nikmat yang tidak terhingga ini. Patutlah sejak dua menjak ini aku selalu rasa tak sedap badan dan kadang-kadang pening, muntah ada sekali namun aku tidak beritahu sesiapa termasuk Zarif. Tidak sangka pula itu merupakan tanda-tanda yang aku sedang hamil.

Sepatutnya aku beritahu Zarif ketika aku ingin datang ke sini, dia perlu dengar sendiri berita gembira ini dari mulut doktor tapi tak apalah, aku boleh beritahunya sendiri. Aku terus menyelongkar tas tangan untuk mencari telefon dan setelah menjumpainya aku terus dail nombor Zarif. Agak lama aku menunggu namun kehampaan yang aku dapat, panggilanku dibiarkan sepi. Mungkin dia sibuk tapi aku tidak berputus asa, terus aku hubungi pejabat.

"Amril ada tak, Marina?" Aku terus tanya apabila Marina menjawab panggilanku.

"Encik Amril keluar tadi. Kenapa?"

"Tak apalah, terima kasih." Aku matikan talian setelah diberitahu yang Zarif tiada, ke mana dia pergi? Aku masukkan kembali telefon ke dalam tas tangan dan ketika ini juga aku menangkap jeritan nama orang yang aku cari.

"Amril!"

Aku alihkan pandangan mataku ke arah tingkat bawah apabila jeritan itu sekali lagi kedengaran. Seorang wanita tinggi lampai, berkulit cerah dan sangat manis orangnya seperti sedang mengejar seseorang bernama 'Amril'. Aku perhatikan dari tingkat atas dan dia sudah berhenti mengejar apabila seorang lelaki menghampirinya. Lelaki itu bukan memiliki nama yang sama tapi itu memang dia, Zarif sedang menghampiri wanita tadi.

"Ni pun boleh lupa." Dia serahkan telefon kepada Zarif.

Walaupun aku berada di tingkat atas namun perbualan mereka dapat aku dengari. Baru bulan lalu, aku ingatkan diriku supaya memikirkan perkara positif agar jauh dari prasangka buruk terhadap dia namun hari ini, kenapa kejadian sebegini terpempang di depan mataku? Mereka kelihatan mesra, sepertinya sudah lama mengenali antara satu sama lain. Dia hulurkan telefon tadi kepada Zarif.

"Ni satu lagi tertinggal." Sebelah lagi tangannya memegang cermin mata Zarif.

"Tertinggal, bukan lupa." Zarif masukkan telefon ke dalam poket dan memakai cermin mata selepas itu.

Aku perhatikan gerak-geri kedua-duanya. Kalau Hadira dikatakan mempunyai hubungan rapat sebagai kawan dan Mastura pula dia anggap seperti adik sendiri, kali ini siapa pula wanita itu kepadanya? Ketiga-tiganya kelihatan mesra dan rapat dengannya atau aku yang terlebih cemburu? Atau aku yang terlampau memikirkan perkara negatif? Sedangkan mereka semua tidak mempunyai hubungan yang istimewa? Aku berhenti dari melihat dan mendengar namun sekarang aku saksikan satu lagi kejadian yang tidak enak, wanita itu menepuk lengan Zarif dan Zarif balas dengan senyuman hambar.

▃▃▃▃▃▃▃▃

Sesekali dia membuka cermin matanya dan mengurut dahi. Kadang-kadang juga dia ada meraup kasar wajahnya. Selepas itu dia kembali fokus kepada skrin komputer riba dan kedudukannya yang membelakangiku itu membuatkan aku terus memerhatikannya.

"Dah-dah la tu pandang, kau nak cakap apa?"

Aku tersentak mendengarkan pertanyaan ini, macam mana dia boleh tahu? Cepat-cepat aku alihkan pandangan mataku dan berpura-pura membaca buku.

"Tak ada apa-apa."

"Kalau nak cakap, cakaplah. Ni tengok sampai nak tembus." Zarif menoleh seketika dan kembali kepada kedudukan tadi.

"Kau buat apa petang tadi?" Tanyaku tanpa berselindung, ingin dengar apa jawapan yang dia mahu berikan.

"Petang tadi? Kat pejabat, banyak kerja nak kena buat." Dia berhenti sejenak sebelum menjawab.

Kenapa dia menipu? Aku sendiri nampak dia berada di hospital petang tadi dengan seorang perempuan. Zarif tiba-tiba saja menyibukkan dirinya, papan kekunci menjadi mangsa.

"Petang tadi aku call, kenapa kau tak jawab?" Aku tanya lagi, tumpuannya beralih pada telefon pintar miliknya.

"Tak perasan."

Kenapa dia menipu lagi? Aku sendiri lihat perempuan itu menyerahkan telefonnya kembali kerana tertinggal. Aku tidak tahu apa yang terjadi sampai dia boleh tertinggal. Bahkan aku ada hubungi Marina untuk bertanya di mana keberadaannya.

"Don't you have anything to tell me?" Sekali lagi aku bertanya dengan soalan baru. Zarif sudah bangun dari meja kerja.

Hatiku meronta untuk melontarkan satu lagi pertanyaan. Pertanyaan tanpa berselindung dan pertanyaan tanpa berkias, apa lagi rahsia yang dia sembunyikan dari pengetahuanku? Siapa perempuan tadi? Apa yang dia lakukan di hospital? Tetapi separuh jiwaku ingin melihat sejauh mana dia berdusta.

"Tak ada." Dia menghampiri ambang pintu, sepertinya ingin keluar dari bilik ini secepat mungkin. Dia serabut ke dengan soalan aku?

"Aku ada benda nak cakap."

Serentak kami berkata dan Zarif sudah menoleh ke sini. Aku ingin beritahunya mengenai khabar gembira itu tapi kenapa aku rasakan masa seakan tidak menyebelahi? Ketika aku pulang ke rumah petang tadi, aku nampak wajah dinginnya kembali semula setelah lama menghilang dan kedinginan itu semakin menyerlah pada sebelah malam apabila dia tidak hiraukan kehadiranku, disibukkan dirinya dengan kerja. Dan langsung tidak bercakap, apatah lagi ingin bertanya bagaimana hari yang aku lalui seperti kebiasaan.

"Apa dia?"

"Daddy meninggal petang tadi, aku akan ke London pagi ni."

Ketika aku ingin berikan satu khabar gembira untuknya, dia sudah menyimpan satu khabar duka. Kami saling bertatapan dan wajah yang muram itu aku renung sedalamnya. Benci macam mana sekali pun, aku tahu Zarif sayangkan ayahnya kerana air yang dicincang tak akan putus. Hatta dia berdendam sekali pun, akan lembut hatinya apabila melibatkan kematian.

"Aku nak pergi jugak." Aku tidak tahu untuk memberi reaksi bagaimana jadi aku tawarkan diri untuk menemaninya. Mungkin dia perlukan seseorang untuk menemani dan rasakan aku adalah orang yang tepat. Lagi pun sepanjang kami berkahwin, aku tidak pernah bertemu dengan ayahnya.

"Aku, Airil dengan mama je pergi. Ilya pun tak pergi jadi kau tak payah pergi jugak." Zarif memandangku dengan pandangan kosong, aku rasakan jiwaku bagaikan direntap kasar jawapannya singga di telinga.

"Masa sampai rumah petang tadi, Azril call." Setitis air matanya mengalir.

Aku usir segala perasaan kecewa dan melangkah setapak untuk menghampirinya, aku ingin berikan pelukan dan cuba untuk memberi semangat namun langkahku terhenti apabila dia bersuara. "Kau nak cakap apa tadi?"

"Tak ada apa-apa." Aku gelengkan kepala, mungkin sekarang aku patut rahsiakan tentang kandungan ini buat sementara waktu.

"Okay. Kerja aku dah siap, aku perlukan masa sebelum berangkat pagi esok." Dengan segera dia keluar dari bilik dan berlalu pergi, meninggalkan aku sendirian.

"I'm pregnant, Zarif. You're going to be a father soon." Perut yang masih lagi kempis aku usap dengan perlahan, tanda kasih dan bukti cinta kami sedang membesar di sini. Tiba-tiba saja air mataku tumpah. Bicaraku hanya terungkap untuk diri sendiri, aku harapkan Zarif bakal mendengarnya dan aku ingin saksikan wajah gembiranya.

Terasa helaan nafasku kedengaran berat, fikiranku sangat kusut dan terlalu banyak persoalan yang bermain di minda. Kenapa Zarif perlu menipu tentang keberadaannya petang tadi? Sedangkan Marina sendiri memberitahu yang dia tiada di pejabat dan aku sendiri yang melihat dia berada di hospital dengan seorang perempuan. Ada lagikah rahsia yang dia cuba sembunyikan dari aku?

❦ ❦ ❦ ❦ ❦ ❦ ❦ ❦

Continue Reading

You'll Also Like

847K 85K 72
⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...
86.7K 4.5K 31
#2nd series of His Love "When the nice guy loses his patient, the devil shiver honey" _________ Hidupnya berjalan lancar sehingga satu malam d...
263K 23.1K 62
Aleena Raudhah mendapat e-mel dari entah siapa setiap minggu. Isi Kandungan e-mel itu sentiasa membuatkan dia tertunggu-tunggu. Umpama membaca quotes...
624K 55.5K 61
β†’fiction novel← ❝Because the stars will always need the night sky to shine.❞ Furqan al-Wafiy. Dia lelaki dengan berjuta dugaan. Dia lelaki yang tersa...