Bukan Untuk Dimiliki

By appleflakes

4M 246K 37.7K

Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin de... More

Bukan Untuk Dimiliki
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Epilog
Bahagian I
Bahagian II

Bab 61

48.3K 3.3K 557
By appleflakes

Kereta yang kupandu meluncur laju membelah jalan raya, sesekali aku membelok apabila terpandangkan kereta yang menghalang laluanku. Bunyi hon yang membingitkan telingaku kedengaran setiap kali aku berselisih dengan kereta, mereka memberi amaran yang cara pemanduanku ini tidak disukai. Namun aku tidak peduli, asalkan aku sampai ke tempat itu dengan kadar yang segera.

Aku membelok ke kiri apabila melihat signboard yang tertera, pemanduanku diperlahankan apabila memasuki kawasan sebegini. Kereta dipakirkan di bahu jalan dan aku segera menuju ke arah padang yang terletaknya bertentangan dengan kawasan sekolah. Masih lagi ada beberapa orang pelajar di situ walaupun sudah lewat petang, langkahku dipercepatkan menuju ke bangku setelah menyusuri tempat parkir kereta.

Puas aku mencari namun Iskandar tiada di sini. Selalunya apabila dia rindukan Ayreen, dia akan datang ke sekolah. Bila aku tanya kenapa, dia kata kisah mereka bermula di sini. Paling Iskandar ingat adalah ketika dia dengan Ayreen pernah didenda berlari mengelilingi padang sebanyak enam kali, semuanya gara-gara simbah-menyimbah air ketika latihan rumah sukan. Paling teruk kedua-duanya merupakan pemimpin pelajar.

Takkan la ke sana? Aku mula terfikir satu tempat lagi tempat tapi tak mungkin. Sudah setahun lebih Ayreen pergi tapi hanya dua kali Iskandar ke sana, pada hari pengebumian dan pada hari ulang tahun perkahwinan mereka namun dia pulang dalam keadaan tidak sedarkan diri, pengsan. Masih terbawa-bawa kenangannya bersama Ayreen, kenangan yang sudah terhenti kerana ajal memisahkan mereka.

Aku masuk ke dalam kereta kembali kemudian memandu ke tanah perkuburan. Dari jauh sudah kelihatan kereta milik Iskandar, aku pakirkan kereta disebelahnya. Kaki ingin melangkah masuk ke dalam namun aku ternampak dia yang sedang duduk termenung di bawah wakaf.

"Is?" Aku mencuit bahunya, pandangan matanya yang kosong itu masih lagi terhala ke tempat yang sama.

"Iskandar?" Panggilku, bahunya dicuit lagi. Apabila dia perasan aku ada di sini barulah aku labuhkan punggung di sisinya.

"Kau okay tak?"

Dia meraup mukanya beberapa kali. Aku boleh lihat yang sepasang mata itu bengkak, saki-baki air matanya juga ada. Iskandar cuba mengembalikan dirinya yang selalu namun kesedihan yang dia rasai tidak dapat disembunyikan dari pengetahuanku. Nafasnya kedengaran berat setelah itu.

"Macam mana kau boleh tahu aku ada kat sini?" Dia bertanya sambil menguakkan rambutnya ke belakang.

"Aku pergi sekolah tadi, kau tak ada kat situ. Rasa macam ada kat sini." Aku menjawab pertanyaannya, raut wajah yang menyimpan beribu duka itu aku tatap seketika.

"Is."

"Yes?"

"Tak payah sorok, kat sini tak ada orang." Aku sudah meninjau kawasan tanah perkuburan ini ketika sampai tadi, hanya aku dan dia sahaja yang ada di sini.

"It's okay to cry. Lelaki pun boleh menangis," kataku sambil menarik kepalanya ke bahu aku.

"Kadang-kadang air mata bukan bermaksud kelemahan." Esakan halus aku dengari selepas itu.

"Pernah dengar tak, crying doesn't mean a person is weak but it means a person has a heart." Aku menepuk bahunya beberapa kali, tangisannya semakin kuat kedengaran.

"Kau ada hati dan perasaan, biasa lah rasa macam ni."

"Aku rindu dia."

Raut wajah yang menyimpan beribu duka itu memandang ke arahku seketika sebelum juraian air mata menemaninya kembali. Faris Iskandar yang sentiasa ceria, Faris Iskandar yang tahu menghiburkan orang disekelilingnya dan Faris Iskandar yang selalu tersenyum tetapi mampu mengalirkan air matanya dalam sesaat kerana dua orang insan yang sudah dijemput Ilahi. Kerana mama dan juga kerana Ayreen.

"Aku pun rindu dia, Is." Aku menepuk bahunya lagi, sesekali menggosok belakang tubuhnya untuk memberi dorongan kepadanya. Aku turut merasai rindu yang dia itu, aku rindukan Ayreen sebagai seorang sahabat.

"Ini bukan mimpi?" Tangisannya sudah terhenti ketika dia bertanya. Dia memandangku dengan harapan aku katakan ini mimpi, dengan harapan Ayreen masih lagi hidup.

"She promised me she will stay."

"Tapi Allah lebih sayangkan dia." Aku memujuknya lagi. Ketika aku memerlukan seseorang, dia akan ada untuk aku dan sekarang, aku cuba ada untuknya.

"Dia kata dia bahagia dengan aku."

"Dia pernah kata macam tu kat aku tapi sekarang ni dia berada di tempat yang jauh lebih baik." Sejurus aku habiskan kata-kata, Iskandar mengangkat kepalanya dari bahuku. Tapak tangannya digunakan untuk hapuskan air mata yang tersisa.

Setelah agak lama memberi ruang kepadanya, aku sudah bersedia untuk memberitahu kenapa aku mencarinya sampai ke sini. "Aku tahu apa yang Amril buat."

"Minggu lepas, dia jumpa aku." Aku menoleh ke arah Iskandar, dia dah tahu?

"Dia menangis sambil minta maaf, minta ampun sebab kalau dia tak ada kat situ tahun lepas, Ayreen takkan pergi." Iskandar pejamkan matanya seketika.

"Dia kata dia balik ke sini tahun lepas tanpa beritahu sesiapa sebab nak jumpa kau. Nak terangkan sesuatu." Iskandar berhenti seketika. Zarif pulang ke sini tahun lepas untuk memberitahuku apa yang terjadi sepuluh tahun lepas namun niatnya terhenti apabila dia terlibat dalam kemalangan jalan raya.

"Masa tu, ada sebuah kereta memandu ke arah jalan bertentangan sebab nak lari dari sekatan polis. Amril nak mengelak tapi tak sedar pun ada lagi sebuah kereta berhampiran."

Aku cuba mengingat kembali apa yang berlaku tahun lalu, orang yang tidak kusangka rupanya terlibat dalam kemalangan itu.

"Dia mengelak tapi merempuh kereta satu lagi, terbalik dan terus menjunam jatuh dari atas jalan." Iskandar lepaskan satu keluhan, kereta satu lagi itu merujuk kepada kereta yang dipandu Ayreen.

"Amril jugak cedera parah sebab kereta dia merempuh penghadang jalan tapi silap dia lari masa nak dapatkan rawatan."

"Kau tak nak ambik tindakan?" Terus aku bertanya.

"Tindakan? Pemandu tu dah dapatkan hukuman yang setimpal."

"Tindakan pada Amril." Aku betulkan pertanyaanku tadi. Ketika itu Iskandar ralat dengan perasaan hiba dan kecewa setelah Ayreen disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan dan langsung tidak ambil peduli apa yang berlaku.

"Dia bukan sebab utama kemalangan tu."

"Dia yang langgar Ayreen," tegasku supaya Iskandar menyedari apa yang berlaku.

"Kau ni kenapa? Amril tu suami kau." Terkebil-kebil kelopak matanya, hairan kenapa aku berkelakuan sebegini.

"Dia kebetulan ada kat situ, dia nak selamatkan diri dia dan tak perasan pun-"

"Dua nyawa, Iskandar."

Aku ingatkan dia kembali, bukan Ayreen sahaja yang terkorban tetapi kandungan Ayreen yang berusia empat bulan juga. Dia mengalihkan pandangan matanya, seperti sedang berperang dengan diri sendiri. Memilih untuk melupakan atau untuk meneruskan.

"Kalau aku bukak balik kes ni, aku akan teringatkan dia." Getaran suaranya itu membuatkan aku tahu, dia tidak suka aku bahaskan hal ini.

"Aku akan teringat bila dia menangis masa tahu dia keguguran. Aku akan teringat bila dia pegang tangan aku untuk kali terakhir. Aku akan teringat apa dia cakap masa satu jam terakhir, dia nak aku bahagia."

Aku terdiam.

"Aku dah terima hakikat Ayreen dah tak ada, aku dah reda Allah lebih sayangkan dia, aku tak menangis bila tengok gambar dia dan aku tak pengsan pun bila datang sini. Kalau bukak balik kes tu, I don't think I'll be happy."

Aku tarik nafas berat, sudah tidak tahu untuk berkata apa.

"Lagipun bukan Amril puncanya, dia cuma ada kat situ." Iskandar bangun dan berlalu pergi, meninggalkan aku yang masih lagi tenggelam dengan perasaan sendiri. Aku menyuruh Iskandar membuka kembali kes tersebut kerana kepentingan diri sendiri.

❀❀❀

"Kalau kau ada sembunyikan apa-apa lagi dari aku, kau tak payah bagitahu. Aku takut nanti aku tak boleh terima." Pesanan ini aku titipkan kepada Zarif apabila dia masuk ke dalam bilik.

Setelah dia jujur tentang Ayreen petang tadi, aku langsung tidak mendengar penjelasan dari dia sebaliknya mencari Iskandar. Aku teringat lagi apa yang Azril katakan ketika aku bertanyakan tentang abang sulungnya ini.

"Abang Am tu dulu macam biasa je tapi entah apa yang jadi kat sini, balik London terus jadi pak lebai. Haha!"

Aku ingatkan itu cuma lawak jenaka dari Azril tapi tu sebenarnya merupakan tanda-tanda ada sesuatu yang disembunyikan. Mungkin dia rasa bersalah kerana hal itu.

"Zarif?" Aku memanggilnya setelah dia mengambil tempat duduk disebelahku, di birai katil.

"Do you love me?" Dia memaut jari-jemariku setelah mendengarkan pertanyaan itu, dia mengangguk.

"Lepaskan aku."

Tautan itu terasa longgar, raut wajah yang terpamer itu jelas kelihatan terkejut. Pandangan mata itu pula mengharapkan aku tersalah bicara.

"Ceraikan aku," ulangku kembali supaya dia lebih faham.

"Farisya, kalau sebab pagi tu aku minta maaf. Aku terlampau ikutkan perasaan-" Dia cuba untuk terangkan kembali, aku sendiri tidak ingat sudah berapa kali dia memohon maaf. Bibirnya tidak serik dari mengungkapkan yang dia sudah menerima kekurangan aku yang satu itu dan juga akan belajar menerima kekurangan yang lain.

"Bukan sebab tu."

"Kalau sebab kejadian sepuluh tahun tu, aku minta maaf. Sumpah aku baru tahu tahun lepas."

"Bukan sebab tu." Perbincangan kami kali ini sangat tenang, aku dan dia tidak meninggikan suara.

"Ayreen?"

"Tu pun bukan," ujarku lagi.

"Apa yang kau nampak pada aku? Apa yang istimewanya aku? Apa yang buatkan kau sukakan aku?" Ini kali pertama aku tanyakan soalan ini.

"Aku bercakap dengan kau pun selalu marah-marah, tinggikan suara. Kenapa kau nak pertahankan hubungan ni lagi?" Aku soal lagi apabila melihat dia diam.

"Tiga kali aku jumpa kau menangis, aku nak tanya kenapa dan aku nak jadi lelaki yang hilangkan tangisan kau." Matanya berkaca ketika merenung anak mataku.

"Kali keempat jumpa, walaupun aku tahu aku tak ada peluang tapi aku nak jadi alasan kau tersenyum dan aku nak kau bahagia." Ketika tangannya naik menyentuh wajahku, aku relakan. Ibu jarinya mengusap bibirku.

"Tapi apa yang aku buat, aku buat kau menangis dan kau tak bahagiakan kau. Maafkan aku." Ibu jarinya naik mengusap bahagian bawah kelopak mataku.

"Aku akan maafkan kau tapi dengan syarat kau lepaskan aku." Aku cuba berlagak tenang namun di dalam jiwa merintih sayu.

"Kau tak nak beri peluang? Kita sama-sama betulkan kesilapan lalu." Aku alihkan pandangan mataku ke arah lain, tidak sanggup untuk melihat dia yang mengharapkan sesuatu.

"Aku tahu kau bukan malaikat, Zarif. Kita sama-sama lakukan kesilapan tapi aku tak mampu untuk teruskan lagi."

"Tengok sini." Dia memaut dagu aku, kami bertentangan kembali.

"Kau tak mampu nak janjikan bahagia, aku penat sangat nak teruskan." Jujur aku kata, aku sangat letih dengan hubungan ini. Sangat memenatkan.

"Bagi aku peluang."

"Kalau aku bagi, apa yang aku akan dapat?"

Zarif tidak memberikan apa-apa reaksi.

"Kalau aku peluang, kau boleh tunaikan permintaan aku? Ceraikan aku." Taktik ini aku gunakan supaya dia bersetuju.

"Tiga bulan. Genap setahun kita berkahwin, aku akan tunaikan permintaan kau." Zarif sepertinya bersetuju.

"Aku pegang apa yang kau kata, tiga bulan dari sekarang aku akan tuntut janji ni dan masa tu keputusan aku tetap sama."

Tempoh tiga bulan ini bakal menjadi masa yang sangat lama namun aku rasakan penantian ini akan berakhir mengikut kehendakku. Zarif memandangku seketika sebelum meninggalkan bilik ini dan dia ada berkata sesuatu.

"Jangan seksa diri kau. Kalau kau perlukan aku lagi, berhentilah berpura-pura."

9 bab lagi 🌚

Continue Reading

You'll Also Like

4.5M 264K 72
THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang d...
278K 13.5K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
86.7K 4.5K 31
#2nd series of His Love "When the nice guy loses his patient, the devil shiver honey" _________ Hidupnya berjalan lancar sehingga satu malam d...
571K 7.6K 10
"Nama aku Khair. Arzen Bilal Khair."-𝐀𝐑𝐙𝐄𝐍 ππˆπ‹π€π‹ πŠπ‡π€πˆπ‘ Dia seorang petarung handal. Dakar tiada gentar. Rasa megah mengalir dalam dara...