Bukan Untuk Dimiliki

De appleflakes

4M 246K 37.7K

Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin de... Mai multe

Bukan Untuk Dimiliki
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Epilog
Bahagian I
Bahagian II

Bab 49

43.1K 2.9K 71
De appleflakes

Dalam masa kami sekeluarga sibuk menguruskan persiapan untuk tanah suci, aku ambil peluang ini untuk mendekatkan lagi diriku yang sangat jauh daripadaNya. Zarif yang banyak membantu aku dalam hal ini. Setiap malam dia akan luangkan masa untuk membantu aku mengingati semula tentang Islam. Katanya aku sudah mempunyai asas, cuma perlu diperkukuhkan lagi.

Papa dan mama sudah berikan didikan agama yang cukup kepadaku, ditambah lagi dengan didikan di sekolah. Tapi aku manusia yang lalai, segalanya lesap begitu saja dari fikiran dan jiwa semakin hitam. Walaupun jangka masa tidak sampai setahun tetapi itu sudah cukup untuk aku lupakan semua yang aku pelajari. Tapi aku bersyukur kerana insan-insan disekelilingku banyak memberi dorongan dan suntikan dari segenap aspek.

Iskandar merupakan orang pertama yang perasan perubahanku, dalam terselit usikan, dia banyak membantu aku. Walaupun papa tidak tahu tentang hal ini tetapi sekarang dia sering mengajak seorang ustaz ke rumah pada malam jumaat. Kami sekeluarga sama-sama belajar tentang agama untuk memperkukuhkan lagi pengetahuan.

Dalam meniti hari-hari yang mendatang, jujur aku katakan yang hatiku mulai berasa tenang dan jiwaku tidak lagi gundah memikirkan khilaf di masa lalu. Dan andainya masa boleh aku putarkan, aku tidak ingin kembali ke masa lalu. Kalau aku kembali ke sana sekali pun, hanya satu yang aku ingin lakukan. Aku tidak akan membiarkan diriku hanyut ke dalam lembah noda.

Masa pula berlalu dengan pantas sekali, bari di mana kami sekeluarga akan berangkat ke Mekkah untuk menunaikan umrah sudah tiba-tiba. Dalam masa singkat ini, aku cuba mempersiapkan diriku dari segenap aspek namun masih lagi ada debaran kecil di dada.

Jam di tangan aku pandang sekilas, sudah jam empat pagi. Kami sudah berkumpul di KLIA beberapa jam lebih awal untuk mendengar taklimat sebelum berangkat ke sana. Sejam dari sekarang kami akan bertolak dengan agensi perlancongam yang sudah mengaturkan segala-galanya apa yang perlu kami lakukan di sana nanti.

"Farisya." Bahuku yang dicuit dari belakang membuatkan aku menoleh. Senyuman darinya itu aku balas.

"Lama tak jumpa kan?" Pertanyaan darinya disertakan dengan satu pelukan dan aku balas pelukannya kembali. Tiara rungkaikan pelukan itu dan kembali memandang ke arahku.

"Haah," jawabku sepatah.

"Macam mana you tahu I kat sini?"

"Sara yang bagitahu." Baru aku ingat yang hanya beberapa kenalan sahaja yang tahu mengenai hal ini, salah satunya Qaisara.

"I came here to say goodbye to you." Timbul pula rasa terharu kerana dia ke sini untuk mengucapkan selamat tinggal ketika waktu yang lain sedang enak dibuai mimpi.

"Mana husband you? Lepas you kahwin, I tak pernah tengok lagi rupa dia macam mana." Tiara memandang keadaan sekeliling, pandangan matanya meninjau keadaan.

"Tu." Aku tunjukkan ke arah Zarif yang sedang berbual dengan rakannya. Reaksi yang Tiara tunjukkan sudah aku jangka, aku dapat rasakan dia menyangka itu Airil.

"Eh tu kan..."

"Bukan, tu Amril."

"Eh? Haah la, I remember him." Tiara memandang ke arah Zarif dari atas ke bawah.

"Masa form one dulu I masuk sekolah tu, dia form four. Tapi sekejap je, bulan tiga dia dapat tawaran ke mrsm."

Aku baru teringat yang aku mula bersekolah di situ ketika berusia enam belas tahun, tingkatan empat. Ketika itu Zarif sudah sembilan belas tahun, aku terlambat tiga tahun. Timbul perasaan tidak puas hati kerana ingin tahu bagaimanakah seorang Amril Zarif di masa lalu?

"Maybe dulu sebab kita remaja lagi kan, so muka dorang takde la sama macam sekarang. I thought he is..." Tiara berhenti daripada meneruskan kata-katanya setelah menyedari keterlanjurannya ketika bertutur. Tapi aku tidak kisah, memang sama pun.

"Macam mana you boleh kahwin dengan dia?" Masih lagi jelas kekeliruan pada wajahnya.

"Panjang ceritanya tapi dah jodohkan, nak buat macam mana." Aku hanya mampu membalas pertanyaannya begitu saja.

"Farisya." Aku menoleh ke arah Iskandar yang sedang memberi isyarat yang kami bakal berangkat ke sana sekarang.

"Thank you Tiara, sebab datang."

"Doakan I kat sana nanti."

Aku kuntumkan satu senyuman manis untuknya setelah mendengarkan kata-kata itu. Mungkin orang disekelilingku sering mengatakan Tiara adalah punca kenapa aku boleh terjebak dengan noda tetapi bagiku, dia seorang sahabat yang baik. Sama seperti Ayreen, aku sangat sayangkan dia. Sudah pasti, aku akan sentiasa titipkan doa untuknya. Walau di mana aku berada.

"Siapa tu?" Zarif bertanya ketika kami menuju ke balai berlepas, ternampak Tiara melambai ke arahku agaknya.

"Kawan, Tiara." Dia tidak menyoal apa-apa selepas itu.

Selain kami sekeluarga, beberapa orang jemaah juga turut serta dan kami dibimbing oleh seorang mutawif yang berpengalaman ketika berada di sana nanti. Debaran di dada yang tadinya perlahan mula berubah rentak apabila aku sudah memasuki perut pesawat, makin kuat sehinggakan helaan nafasku kedengaran berat.

"Okay tak ni?" Bersama dengan sentuhan di tanganku, aku menoleh ke arah Zarif di sebelah. Raut wajahnya yang kelihatan tenang itu menarikku untuk memandangnya.

"Okay je," balasku pendek.

Zarif mengenggan tanganku dengan erat, dirantainya jari jermari kami. Pesawat yang kami naiki ini baru saja berlepas dan aku rasakan penerbangan selama sembilan jam ini bakal menjadi penerbangan yang paling lama bagiku.

❀❀❀

Setelah puas aku pujuk hatiku dengan zikir dan doa supaya Allah permudahkan segala urusan, akhirnya hatiku mulai tenang dan jiwaku tidak lagi gundah. Ketika kelopak mataku hampir tertutup, kedengaran pilot membuat pengunguman yang beberapa minit lagi kami akan berada di zon miqat iaitu sempadan tanah halal dan tanah haram. Bersedia untuk berniat Ihram.

Dari awal penerbangan hinggalah sebentar tadi, aku ditemani dengan debaran di dada. Ketika orang lain terlelap, aku terjaga dan ketika orang lain menjamu santapan yang disediakan, aku pula hilang selera. Tetapi debaran ini hilang apabila aku penuhkan masaku dengan membaca panduan ketika umrah nanti, berzikir dan berdoa supaya hatiku tenang dan segala urusan dipermudahkan.

Sedar tak sedar, pesawat yang aku naiki ini sudah selamat tiba di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah. Lebih kurang jam sembila tiga puluh pagi. Alhamdulillah, aku panjatkan kesyukuran apabila urusan di kaunter imegresen dipermudahkan. Tidak sampai sepuluh minit, semuanya selesai. Tetapi entah di mana silapnya, debaran di dada kembali semula.

"Risya. Bas dah sampai tu, jom pergi." Aku rasa tanganku dipaut, bukan Zarif kali ini. Tapi Aunty Aliyah yang menarikku tanganku, disebelahnya pula ada Ilya.

Aku hanya menurut langkahnya, entah kenapa timbul perasaan ingin tahu. Aku terlalu bencikan dia tetapi kenapa dia masih lagi baik dengan aku? Dan aku masih lagi tertanya-tanya apa yang berlalu di masa lalu antara dia, papa dan juga arwah mama.

Segala pertanyaan itu aku halau pergi dari benak fikiran dan mula memberi fokus kepada tujuan aku ke sini. Pandangan mataku memberi fokus ke arah depan. Papa, Zarif, Iskandar, Airil dan anak bongsu Aunty Aliyah, Azril juga turut mengikuti kami sekeluarga. Aku lemparkan pandangan mataku ke sekeliling lapangan terbang ini, sangat luas dan juga sunyi. Sewaktu tiba tadi pun, hanya pesawat yang kami naiki sahaja yang mendarat.

Perjalanan dari Jeddah ke Mekkah memakan masa dua jam dengan menaiki bas. Debaran di dada hilang sedikit demi sedikit apabila aku ternampak menara Makkah Royal Clock, rasanya sedikit lagi kami akan sampai kerana hotel yang bakal kami duduki berada di situ dan berhampiran dengan dataran Masjidil Haram. Alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya urusan aku dan keluarga. Segala debaran sudah hilang dan fikiran pula aku cuba untuk memikirkan perkara-perkara yang positif.

❀❀❀

Ketika waktu solat Asar hampir, aku dan yang lain-lain bergerak meninggalkan hotel dan menuju ke Masjidil Haram. Kami menginap di Hotel Al Safwah Royal Orchid dan aku berkongsi bilik dengan Aunty Aliyah dan Ilya. Timbul sedikit bersalah terhadap Ilya apabila aku terpandangkan raut wajahnya, tambah lagi apabila terpandangkan dirinya yang sedang hamil. Aku kembali teringatkan salahku terhadapnya.

"Termenungkan apa lagi?" Zarif dari belakang menyapaku.

"Tak ada apa-apa," dalihku dengan serta-merta.

Selesai aku solat Asar berjemaah, suasana di dalam Masjidil Haram aku perhatikan, perasaan sebak dan sayu makin menguasai diri. Masih lagi tidak percaya yang aku sudah pun berada di sini dan sudah bersedia untuk menunaikan umrah. Kami dipimpin dengan baik oleh Ustaz Sulaiman, dia ada memberi penerangan ringkas mengenai cara-cara melakukan tawaf dan saei.

Pertama kali memandang Kaabah, perasaan yang aku rasakan tadi mula menghasilkan impaknya. Air mata yang tadinya tertahan di tubir mata akhirnya jatuh membasahi pipi, kedua-dua belah kelopak mataku terpejam rapat dan menghasilkan lagi air mata. Fikiranku terkenangkan dosa lampau, terutamanya ketika aku begitu leka mengejar bahagia yang tidak pasti.

Aku menghampiri garisan Hajarul Aswad untuk memulakan tawaf. Orang terlalu ramai ketika ini, aku hanya mampu berdoa supaya Allah mudahkan semuanya. Alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya. Aku berjaya melakukan tawaf sebanyak tujuh pusingan dan aku tidak terpisah daripada rombongan jemaah yang lain.

Segalanya berjalan lancar ketika saei, aku panjatkan rasa bersyukur. Walaupun kepenatan, aku rasa sangat bertuah kerana diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah. Ulang alik dari bukit Safa ke bukit Marwah sebanyak tujuh kali dan aku anggarkan lebih 3.5 kilometre, sangat penat tetapi nasib baik cuaca tidak panas dan ada beberapa kali aku berhenti untuk minum air zam zam. Selesai saja, aku dan yang lain-lain bertahalul di bukit Marwah.

Terima kasih Allah kerana berikan peluang kepadaku untuk menebus kembali dosa-dosa yang telah aku lakukan.

Hari ni kita triple update ya anak-anakku 😆

Bab 50 menyusul kejap je lagi ehehe 😆

Continuă lectura

O să-ți placă și

579K 46.9K 41
The more you hide your feelings for someone, the more you fall for them. Dupdap dupdap dudap! Jantung berdegup laju setiap kali majlis dinner satu ke...
571K 7.6K 10
"Nama aku Khair. Arzen Bilal Khair."-𝐀𝐑𝐙𝐄𝐍 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐋 𝐊𝐇𝐀𝐈𝐑 Dia seorang petarung handal. Dakar tiada gentar. Rasa megah mengalir dalam dara...
194K 20.5K 53
ALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap...
3.5M 162K 61
Ini tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama di...