Bukan Untuk Dimiliki

By appleflakes

4M 246K 37.7K

Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin de... More

Bukan Untuk Dimiliki
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Epilog
Bahagian I
Bahagian II

Bab 48

50.3K 3.3K 446
By appleflakes

Seperti kebiasaannya pada setiap pagi, Zarif akan kejutkan aku untuk solat subuh. Tidak kira pada hari minggu atau hari biasa, itu akan menjadi rutin yang selalu dilakukan olehnya. Kalau dulu memang agak liat untuk aku bangun dan kadang-kadang disertakan dengan rungutan tetapi sekarang tidak lagi, sudah terbiasa dengan suaranya yang memanggil namaku pada setiap pagi. Kini aku sendiri rela menjadikan dia imamku ketika solat.

Aku perhatikan dia daripada belakang. Tangannya masih lagi setia dengan posisi yang sama, masih lagi berdoa kepadaNya. Perasaan yang sama sudah tersarang di jiwa dan mula menjalar masuk ke benak sanubari. Air mataku sudah penuh bertakung di empangannya, aku sendiri tidak tahu kenapa.

Mungkin kerana bibirku tidak mampu untuk mengaminkan doanya dan juga mungkin kerana mulutku terkunci ketika solat sebentar tadi. Selama ini aku hanya mengikut langkah Zarif sahaja tanpa mengungkap sebarang bacaan ketika solat. Terlalu leka dengan dunia dan terlalu bebas bergaul membuatkan aku semakin menjauh dengan Dia, terus dilupakan kerana terlalu asyik dengan tawaran dunia.

Apa yang telah aku lakukan sepanjang tempoh itu? Pertanyaan ini sukar untuk diberikan jawapan kerana terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan. Air mataku gugur akhirnya. Gundahnya hati kerana ini dan hadirnya perasaan ini setelah aku menyedari tidak terhitung dosa yang aku lakukan. 

"Kenapa nangis ni?" Setelah mengaminkan doa, Zarif berpaling ke arahku.

"Tak ada apa-apa," dalihku sambil mencapai dan menyalami tangannya.

"Apa yang kau doakan? Kenapa selalu lama?" Soalku untuk mengubah topik perbualan kami setelah air mataku menjadi perhatiannya.

"Kita berdoa bukan untuk diri kita saja tapi sekali dengan orang disekeliling kita." Begitu tenang suaranya ketika berkata.

"Aku ada tak dalam doa kau?" Pertanyaanku dibalas dengan senyuman darinya.

"Ada dan sentiasa ada."

Perasaan gundah tadi hilang seketika setelah mendengarkan kata-katanya. Telekung aku buka dan melipatnya lalu disangkutkan di ampaian kayu berhampiran, begitu juga dengan sejadah. Zarif sudah bergerak ke arah ruangan kerja, gerak gerinya aku perhatikan apabila dia mencapai diarinya yang terletak di bahagian hujung almari. Aku rasakan itu diari baru kerana hari ini sudah masuk bulan lain.

"Kau memang suka tulis diari eh?" Pertanyaanku tidak dijawab, Zarif terlalu leka mencatatkan sesuatu pada diarinya. Terselit dengan senyuman yang cukup manis, macam orang tengah dilamun cinta.

"Amril Zarif!" Kali ini barulah dia menumpukan perhatian kepadaku.

"What?"

"Kau tak dengar ke apa yang aku tanya."

"Tanya apa?"

"Hish!" Aku hadiahkan satu jelingan kepadanya. Entah apa yang ditulisnya sampai tak dengar apa yang aku tanya. Makin membuak pula perasaan ingin tahu.

"Kau memang suka sangat ke dengan diari-diari ni? Nampak banyak sangat atas rak tu." Bibir dimuncungkan ke arah rak buku setelah aku menghampirinya.

"Kenapa?" Tidak semena-mena dia menutup diarinya setelah perasan akan kehadiranku.

"Aku yang patut tanya kenapa. So, kenapa kau suka sangat tulis diari?" Aku melabuhkan punggung di sebelahnya. Zarif dengan pantas meletakkan diarinya di atas meja kecil berhampiran.

"Ingatan kita tak sekuat yang kita bayangkan, Farisya." Zarif memulakan bicaranya, nada suaranya kedengaran tenang dan tidak kelihatan kelam kabut seperti tadi.

"Kalau lupa, aku boleh baca balik semuanya."  Sambil mulutnya berbicara, tangannya mula memeluk bahuku dan dia rapatkan kedudukan kami.

"Terutamanya kenangan yang terindah, aku nak ingat sampai bila-bila."

"Kenangan terindah tu termaksud aku?" Aku bertanya kerana ingin tahu. Kalau teringatkan balik bagaimana kami menjadi suami isteri, aku rasa itu bukan kenangan yang terindah. Pertemuan kali pertama buat kami berdua.

"Kau yang paling indah." Mungkin kata-katanya ini kedengaran biasa saja tapi pada aku sangat istimewa. Jarang aku boleh dengar Zarif berkata sebegini.

"Dan kau yang paling sempurna untuk aku." Pelukan di bahu masih lagi erat dan kepala aku dongakkan sedikit untuk memandang ke arahnya.

"Aku tak sempurna, Zarif." Aku rungkaikan pelukan kami dan jauhkan sedikit kedudukan daripadanya.

"Pada mata kasar sekarang ni, luaran mungkin kau nampak aku sempurna. Dalamannya aku tak sempurna." Aku alihkan wajah ke arah lain setelah dia mengenggam tanganku.

"Bila masanya tiba nanti, kau boleh terima aku?"

"Sebelum kita kahwin lagi, aku terima kau seadanya. Luaran dan dalaman kau, bagi aku cukup sempurna." Zarif menarik aku ke dalam pelukannya. Entah kenapa air mataku mengalir apabila mengenangkan hal ini, aku takut bila sampai satu saat yang dia akan ketahui aku memang tidak suci, dia tidak boleh menerimanya.

"Terima kasih sebab terima aku dan terima kasih kerana pilih aku sebagai isteri."

"Aku tak pernah pilih kau, Allah yang pilihkan kau untuk aku."

Pelukan tadi dilepaskan, matanya aku tatap sedalam yang boleh. Dalam dinginnya, dia boleh cairkan aku dengan senyuman sahaja. Dalam hatinya yang beku itu, dia boleh hantarkan satu perasaan yang hebat dan boleh membangunkan cintaku yang pernah rebah. Dalam kata-katanya yang jarang terselit ungkapan cinta, dia boleh buat aku jatuh cinta lagi dengannya.

"Sejak dua menjak ni aku selalu nampak kau termenung, lepas tu gelisah dan kadang-kadang sampai menangis." Zarif kembali membuka bicara apabila agak lama kami berdiam diri. Jarinya mengusap jari manisku, bahagian cincin terletak.

"Kenapa?" Tanyanya apabila melihat aku diam tanpa sebarang bicara.

"Aku takut." Helaan nafas yang berat kedengaran selepas itu.

"Takut?"

"Takut dengan apa yang aku dah buat sebelum ni." Wajah Zarif sudah berubah, kelihatan keliru.

"Takut dengan dosa yang aku pernah buat."

Semenjak Zarif memberitahuku tentang perancangan papa untuk bawa kami sekeluarga ke Mekkah, aku jadi tidak keruan. Setiap kali aku pejamkan mata untuk tidur, serta-merta aku akan terbayangkan perbuatanku di masa lalu. Satu persatu akan berlayar di ruangan minda dan kadang-kadang akan datang dalam bentuk mimpi yang buruk.

"Aku teruk sangat dulu, Zarif. Banyak buat dosa." Kata-kataku diteruskan, Zarif masih lagi tidak berkata apa-apa.

"Manusia, tidak pernah boleh lari daripada membuat kesilapan. Bukan kau je, tapi aku jugak sama. Orang lain pun sama." Zarif akhirnya berkata sesuatu.

"Tidak ada yang sempurna, sentiasa lakukan kesilapan. Kita manusia, pendosa yang berdosa." Air mataku gugur lagi.

"Dan pintu taubat sentiasa terbuka, bertaubatlah selagi kita masih lagi bernyawa."

Papa dan mama berikan didikan agama kepadaku lebih daripada cukup. Tapi aku sendiri yang pilih jalan ini kerana kecundang dengan cinta dan benciku terhadap papa. Aku juga tersalah pilih bahagia, aku hanya nampak bahagiaku ada pada Airil. Kerana hati yang sudah hitam dan jiwa pula sudah terbuai dengan bisikan syaitan, aku sanggup lakukan apa saja untuk memiliki bahagia itu.

"Aku ibaratkan hidup ni macam kanvas. Kita sendiri yang perlu mencorakkannya. Kalau kita pilih warna hitam, tak semestinya warna tu kita guna sampai ke akhirnya. Kita boleh pilih yang lain." Kata-katanya itu tersirat, ada maknanya.

"Begitu juga dengan hidup, kita boleh pilih jalan yang kita inginkan. Tak semestinya berada di lorong yang gelap, kita akan selamanya di situ. Kita boleh ubah."

"Kau akan ada dengan aku untuk mengubah semua itu?"

Zarif tidak membalas pertanyaanku, sebaliknya dia hanya tersenyum. Tangannya naik mengusap kepalaku dan disertakan dengan satu kucupan di dahi.

"Selalu ada dan sentiasa ada."

Dalam aku hanyut ketika mencari bahagia, Dia hadirkan seseorang kepadaku. Amril Zarif datang untuk mengingatkan aku bahawa bahagia itu bukan ada pada seorang manusia, begitu juga dengan cinta. Tapi ada apabila kita sentiasa mengingatiNya.

🍎🍎🍎

"Tunggulah dulu!" Jeritanku membuatkan Zarif memberhentikan lariannya. Nafasku atur supaya tidak termengah-mengah.

"Lambatnya." Aku hadiahkan satu jelingan tajam untuknya. Selepas kami selesai bercakap tadi, dia mengajak aku untuk mendapatkan udara segar memandangkan ketika itu baru saja jam lapan pagi.

Katanya nak jogging tapi si Zarif buat acara balapan kat sini. Dalam masa sepuluh minit, satu pusingan mengelilingi tasik sudah selesai. Itu aku tidak kisah sebenarnya. Aku jadi kisah apabila bertemu sekumpulan wanita, mereka akan pandang Zarif semacam. Macam berminat pun ada! Sakit pula hati ini, kalau boleh aku nak simpan Zarif dalam rumah. Tak nak bagi sesiapa tengok.

"Jangan pandang," kataku berbaur amaran. Pandangan matanya tadi fokus ke arahku namun dia alihkan ke arah sekumpulan wanita yang sedang melakukan senamrobik.

"Terpandang la, bukan sengaja tengok." Zarif membantu aku berdiri yang terduduk kerana kepenatan sebentar tadi.

"Jangan tengok."

"Farisya must be jealous and she's trying..." Kata-katanya mati di situ apabila aku berikan satu jelingan. Kami mengambil tempat duduk di bangku berhampiran.

"Patut la pagi-pagi selalu lesap. Jogging ke cuci mata ke?" Tanyaku dengan perli, Zarif hanya ketawa. Aku menoleh sedikit ke arah kumpulan tadi, masih lagi dengan aktiviti yang sama.

"Mana ada, tak baik tau. Aku tak pandang pun dorang, aku akan pandang depan je. Kalau nak pandang pun, baik aku pandang kau terus." Legannya di atas bahu aku dan terus dia rapatkan kedudukan kami. Pandangan matanya kini fokus kepadaku seorang, sambil tersengih-sengih macam orang tak betul.

"Ya ke?" Pandangan mataku terhala ke arah tasik.

"Ya sayang."

Mataku terkedip-kedip beberapa kali, bisikan halus tepat di telingaku bermain-main di fikiran. Rasanya tak pekak lagi. Dia memang sebut ke tadi?

"Wow, it's a new record." Suaraku dibuat-buat supaya kedengaran excited.

"Today October 10, 2017. 8.45 pagi, Ahmad Amril Zarif panggil aku sayang." Masih lagi dengan nada yang sama untuk menghilangkan rasa gemuruh di dalam hati.

"And last month, Farisya Irdina used to call me abang."

Tawa kami bersatu selepas itu. Tapi sungguh aku kata, ada perasaan yang sangat indah bila dia memanggilku sebegitu buat pertama kali.

"Actually, aku suka tempat ni." Zarif tiba-tiba berkata sambil memandang ke arah bangku yang terletak di kiri kami dan kemudian di alihkan ke arah tasik.

"Why?" Kenapa pula tiba-tiba cakap suka dengan tempat ni?

"Sebab dulu aku ternampak sorang perempuan ni, menangis kat situ." Sebut saja perempuan, aku berikan perhatian. Sudah! Perempuan mana pula kali ini?

"Sebab tu kau suka?"

"Bukan lah. Masa mula-mula jumpa dulu, dia menangis jugak. Kali kedua pun sama, dia menangis dan kali ketiga kat sini."

"Manja betul!" Tanpa disangka mulutku melepaskan kata-kata itu. Tidak tahu kenapa, timbul perasaan marah kerana Zarif kedengaran sangat teruja ketika bercerita. Tersengih sorang-sorang lagi.

"Kan. Cengeng pulak tu." Tawanya meletus, apa yang kelakar aku pun tidak tahu. Macam la aku kenal perempuan suka menangis tu.

"Siapa perempuan tu? Ex kau?"

"Bukan."

"Dah tu?"

"Kekasih."

"Kata dah jadi isteri orang." Dengan wajah yang masam mencuka, aku berkata. Zarif ni pelik betul!

"Memang dia isteri orang tapi dia sentiasa kekasih aku." Bukan pelik tapi memang sah, dah gila! Kejap nampak baik tapi kata isteri orang tu masih lagi kekasih dia.

"Nak balik." Aku terus bangun tanpa mempedulikannya.

"Alaaa, Farisya. Gurau je sayang." Aku buat-buat tak dengar ketika dia sudah menyaingi langkahku. Kini berada di depanku, berjalan secara mengundur ke belakang

"Farisya, jangan la marah."

Aku tak peduli. Memang akan terus marah, selamba badak je cakap macam tu.

"Farisya, gurau je tadi. Kau sorang je kekasih aku."

Terus satu renungan tajam aku berikan.

"Jika engkau minta intan permata, tak mungkin ku mampu." Tiada angin, tiada ribut, suami 'kesayangan' tiba-tiba saja menyanyikan lagu Terukir Di Bintang. Sekali gus menarik perhatian orang disekeliling, terutama sekali kaum hawa.

"Tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu." Tangannya naik ke atas langit seolah-olah ingin menggapai sesuatu.

"Eh pagi-pagi macam ni mana ada bintang."

"Eii bangangnya!"

"Aip! Tak baik cakap macam tu."

"Nak balik." Melihatkan orang disekeliling memandang ke arah kami, aku tarik tangan Zarif untuk pulang.

"Jika engkau minta satu dunia, akan aku cuba." Dia teruskan nyanyiannya.

"Boleh nyanyi sekali tak?" Zarif mengajak sekumpulan wanita yang baru selesai bersenamrobik.

Ku hanya mampu jadi milikmu, pastikan kau bahagia.

Aku tepuk dahi apabila mereka menyanyikan sebaris lirik lagu dendangan Yuna. Satu sorakan kedengaran selepas itu. Zarif pula menghampiri dan dengan tangan didepakan kearahku lalu jari-jemarinya melakukan satu putaran dan digenggam, dibawa ke bahagian dadanya.

Ceh! Acah iklan Fair & Lovely!

"Malu la." Aku sorok wajahku ketika tangannya aku tarik. Zarif masih lagi tidak berhenti ketawa.

"Nasib baik kita kat luar. Kalau kat rumah, lebih teruk dari ni aku buat. Masa tu kau akan lagi malu sebab nak tutup..."

"Diam okay, jangan cakap apa-apa." Mulutnya aku tekup dengan tangan. Rasa macam aman sedikit dunia.

Aku lepaskan tekupan itu setelah kami meninggalkan kawasan itu. Aku terdengar dia berkata sesuatu dengan nada yang perlahan sebelum berjalan masuk ke dalam rumah setelah ternampak kelibat Iskandar yang sedang bermain game.

"Kalau sekarang kau kekasih aku, dulu pun sama walaupun hati kau ada pada dia."

Hai anak-anakku sayang 🌝

Hakak lambat update sebab nanti, chapter seterusnyaaaa akan banyak berkait dengan unsur agama. Aku selit sikit-sikit je tapi tak boleh main tibai macam tu je bai 🌚 sebab aku ni bukan boleh pakai sangat (tak betul stesen mano, ore klate royak) jadi hakak kena tanya orang yang mahir dalam hal ni 😌 takut tersalah nanti kena kecam 😂

Masa tulis pasal aiden melissa dulu pun kita dah buat penerangan panjang leborrr, detail dan ada sumber lagi pun kena kecam uollsss. Redhoooooo. 

Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 2.3K 1
You're so special to me and i can't even explain why Mula: [17/02/18] 20 in romance - [5/7/20] Tengku Alyanaa Camille "Dia gangster sekolah yang pali...
2.6M 128K 67
@Miss.Heartbreaker @ChocoLyn @RomanticGenre @wattpads2019 Aulia Arisya, dia gadis biasa yang punya kisah silam duka. Dihina dan dicaci menanamkan den...
809K 53.1K 52
"𝙮𝙤𝙪 𝙧𝙚𝙩𝙪𝙧𝙣 𝙡𝙞𝙠𝙚 𝙖𝙪𝙩𝙪𝙢𝙣 𝘼𝙣𝙙 𝙞 𝙛𝙖𝙡𝙡 𝙚𝙫𝙚𝙧𝙮 𝙩𝙞𝙢𝙚" Aku menantikan Harraz memujuk aku tapi tak, dia terus menghidupkan...
192K 20.4K 53
ALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap...