Bukan Untuk Dimiliki

By appleflakes

4.1M 248K 37.8K

Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin de... More

Bukan Untuk Dimiliki
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Epilog
Bahagian I
Bahagian II

Bab 45

51.6K 3.2K 403
By appleflakes

Hai! 👀

Maaf gaisss lama tak update huhu 😂 tak sampai sebulan lagi en en en 😂 maaf kalau ada kekurangan pada bab ni 😇

"Kau pernah dengar tak orang kata hidup ini ibarat roda."

Aku menoleh ke arah suara yang menegurku. Sudah lama aku tidak mendengar suara yang lembut dan intonasinya sentiasa di jaga tetapi akan berubah apabila si empunya bercakap denganku. Ilya Humaira yang sedang sarat mengandung mengerling ke arahku sekilas sebelum memandang kembali ke arah dua figura di hadapan kami.

"Kau tak rasa ke apa yang kau buat pada aku berbalik semula kepada kau?" Dingin suaranya ketika melemparkan kata-kata itu kepadaku. Masih lagi belum hilang api kebenciannya terhadapku dan aku tidak pernah sekali pun rasa sesal atas perbuatanku terhadapnya, tiada sedikit pun perasaan itu datang mengetuk di dalam sanubari untuk memohon kemaafan. Untuk apa aku perlu lakukan semua itu? Memang salah mereka.

"Hari tu kau buat aku tapi hari ni, ada yang buat kau." Ilya terus berkata lagi untuk mencurahkan minyak yang panas ke atas api.

"Apa yang kau buat, kau akan dapat balik."

"Mereka cuma kawan." Aku akhirnya membuka mulut.

"The same thing you said to me before. Cuma kawan, rupanya lawan. Betul tak Farisya?" Dengan satu senyuman penuh makna dia berlalu pergi meninggalkanku.

Pandangan mataku kembali ke arah tadi, ke arah Zarif dan rakan-rakannya. Dalam kelompok itu ada dua orang perempuan dan semestinya Hadira adalah salah seorang daripadanya. Pada awalnya aku juga berada di situ ketika Zarif kenalkan aku kepada mereka tetapi tidak berpanjangan kerana aku bosan. Aku tidak kisah pada awalnya tetapi sekarang ini, aku rasa disisihkan. Apabila teringatkan Hadira berada di situ, aku jadi kisah dan aku mula rasa sakit hati apabila melihat mereka berdua yang kelihatan mesra.

Aku tahu yang Hadira sukakan Zarif namun dia hanya memendam. Tapi bagaimana pula dengan Zarif? Adakah dia merasai begitu juga? Betul ke Hadira sekadar rakannya? Aku jadi ragu-ragu, tambahan pula Zarif banyak berahsia.

"Aku nak balik. Rasa tak sedap badan pulak." Aku mula menitipkan pesanan ketika menghampiri Iskandar.

"Takkan dah ada isi kot." Qaisara yang berada berhampiran mula memandangku dari atas ke bawah selepas itu.

"Maybe." Iskandar turut melakukan perkara yang sama dan mataku mula membuntang memandang ke arah mereka berdua.

"Tak!" Aku terus membantah dengan keras selepas itu, kenyataan paling tidak masuk akal.

"Okay." Serentak kedua-duanya berkata. Aduh!

Sebenarnya aku sengaja ajak Qaisara ke sini semata-mata nak rapatkan dia dengan Iskandar. Tidak sangka pula sekepala. Aku rasakan sudah tiba masanya Iskandar membuka hatinya untuk menerima seseorang. Mungkin dibibirnya sering menzahirkan yang dia sudah menerima kematian Ayreen tetapi sebenarnya tidak. Sebelum tidur, bingkai gambar Ayreen di bawa ke dalam pelukan dan air mata rindu akan mengalir turun. Aku bukannya mahu Iskandar lupakan Ayreen tapi aku mahu dia teruskan hidupnya tanpa perlu menangis.

Setelah meminta diri, aku keluar dari tempat itu tanpa memberitahu Zarif. Cawangan butik Aunty Aliyah di ibu kota baru saja di buka dan dia adakan majlis kecil-kecilan untuk meraikannya. Aku datang ke sini dengan Zarif tadi dan telah menyusahkan aku untuk pulang ke rumah sekarang ini. Pandangan mataku melilau di kawasan berhampiran untuk mencari teksi.

Kaki mula mengatur langkah untuk melintas ke seberang jalan apabila aku ternampak sebuah teksi di situ. Tanpa memandang ke kiri dan ke kanan jalan, aku terus melintas kerana suasana agak lengang ketika itu. Baru beberapa tapak aku melangkah, ada satu cahaya memancar dari arah kanan membuatkan tanganku naik menutupi wajah kerana terlalu silau.

"Kau gila ke?"

Situasi yang sama, suara yang sama dan cara yang sama seperti sepuluh tahun yang lalu. Sepasang mata milikku yang tadinya terpejam rapat mula dicelikkan. Tangannya yang erat memeluk tubuhku dan sepasang mata miliknya tidak lepas dari memandangku telah membuatkan aku keliru dengan apa yang terjadi di masa lalu.

"Kau siapa?" Soalan itu meniti di bibir apabila dia melepaskan tautan dipinggangku dan membetulkan kedudukan kami. Aku jadi keliru sama ada yang berada denganku ini siapa.

"Hoi! Lain kali melintas tu tengok kiri kanan la!" Tengkingan dari pemandu kereta yang hampir melanggarku tadi membuatkan aku menoleh. Kata-kata kesat dilemparkan sebelum beredar.

"Apa masalah kau sekarang ni?"

"Jawab! Kau siapa?!" Aku terus bertanya lagi tapi kali ada kekerasan untuk mendapatkan jawapan yang aku sudah tahu.

"Suami sendiri pun dah tak kenal? Ke kau ada terhantuk kat mana-mana tadi?" Zarif terus memeriksa wajahku dan kemudian tangannya naik ke atas kepalaku. Aku teruskan memerhati gerak gerinya. Apa yang berlaku sebentar tadi mengingatkan aku tentang kejadian itu. Tangannya yang menyentuh lenganku terus aku tepis apabila teringatkan kejadian tadi.

"Nak pergi mana?"

"Nak balik!" Dihujungnya aku membentak dan mula berjalan ke arah teksi yang aku temui tadi.

"Balik sama-sama."

Aku tak hiraukannya.

"Farisya."

"Jangan sentuh!" Amaran mula diberi apabila dia mula menyentuh tanganku.

"Lepaslah!" Zarif semakin erat memegang tanganku dan dia telah lakukan sesuatu di luar jangkaan.

"Turunkan aku!" Tanpa menghiraukan arahan dan rontaan dariku, Zarif teruskan berjalan. Tubuhku sudah selamat berada di dalam dukungannya.

"Malulah Zarif! Orang tengok nanti!"

"Tak ada orang pun—" Laju saja mulutnya menjawab. Suasana di sini agak lengang pada waktu malam. Sampai saja di kereta, dia turunkan aku dan telah menyekat pergerakanku semasa mencari kunci kereta. Sempat lagi dia bisikkan sesuatu supaya aku tidak lari.

"Masuk cepat."

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, kami langsung tidak bercakap. Tetapi apabila sampai saja, Zarif mula bertanya kenapa aku tergesa-gesa ingin pulang ke rumah. Dia kata lagi, Iskandar memberitahunya yang aku tidak sihat. Aku mendengus kasar kerana Iskandar memberitahu Zarif.

"Apa masalah kau sebenarnya ni?"

"Masalah aku sekarang ni adalah kau!" Kami masih lagi berada di depan pintu rumah ketika Zarif menanyakan lagi soalan yang sama.

"Kan kita dah janji kalau ada masalah, kita nak bincang sama-sama." Lembut suaranya ketika bertutur tetapi aku masih lagi tidak mempedulikannya. Masih lagi ada terasa hati apabila dia langsung tidak mempedulikan aku tadi dan dia masih lagi rapat dengan Hadira.

Pintu utama aku buka dan keadaan di dalam rumah agak gelap kerana hanya disimbahi cahaya lampu dari luar. Kak Imah dan Kak Ila turut ke sana. Zarif di belakangku masih lagi bertanyakan soalan yang sama, aku jadi naik rimas. Langkahku terus di atur untuk naik ke tingkat atas, entah di mana silapnya, kakiku tersadung karpet yang berada di ruang tamu.

"Lain kali berjalan tu, tengok dulu—"

"Shut up!" Aku mencuba untuk bangun namun rasa perit mula menjalar masuk dari buku lali dan impaknya mataku terpejam rapat menahan kesakitan.

"Melawan lagi!" Zarif berkata sambil menunduk untuk melihat kaki aku.

"Jangan la pegang."

"I don't care."

Tangannya mula menyusup masuk di celah pelipatan lutut dan yang satu lagi pula erat memeluk belakang tubuhku. Sekali lagi, aku melayang ke dalam pelukannya dan dia mula mendukung aku. Secara automatik tanganku memeluk lehernya erat dan wajah aku sembamkan ke dada bidangnya.

"Tadi beria-ia cakap jangan sentuh, sekarang ni dia pulak yang sentuh kita." Zarif berkata ketika dia mendaki tangga untuk ke tingkat atas. Aku angkatkan sedikit wajahku ke atas untuk memandangnya yang sedang ketawa dan sebagai balasan aku tampar dadanya.

"Main kasar nampak. Kang aku jatuhkan kau kat sini nak?" Zarif mula mengacah untuk jatuhkan aku di atas tangga.

"Jangan la." Satu jelingan tajam aku hadiahkan untuknya.

Sampai saja di bilik, dia dudukkan aku di atas katil. Zarif mendekati meja solek dan sepertinya sedang mencari sesuatu. Dia kembali semula dengan sebotol minyak angin dan mengambil tempat duduk di hujung kaki aku. Tanpa di minta kakiku yang terseliuh tadi di bawa ke atas ribanya dan lantas minyak angin dilumurkan.

"Kenapa kau nak balik?" Zarif membuka kata untuk memecahkan kesunyian antara kami kerana tadi yang dapat didengar hanyalah suaraku yang mengaduh kesakitan.

"Kenapa kau tak bagitahu aku?" Soalan kedua darinya mula kedengaran apabila aku membisu. Urutannya itu memberi sedikit keselesaan kepada kaki aku yang terseliuh tadi.

"Is Hadira just a friend to you?" Soalku kembali tidak lama selepas itu.

"Kenapa kau suka sangat tanya pasal dia?" Zarif pula yang bertanya. Dia meletakkan kaki aku ke posisi tadi setelah selesai mengurutnya.

"Sebab dia sukakan kau! Jadi aku kena tahu!" Aku terus membentak ketika berkata. Zarif memandangku dengan satu pandangan yang dia tidak percaya dengan apa yang aku katakan.

"She's just a friend to me!"

"To you she is. But to her? Aku tak rasa dia anggap kau sebagai kawan!" Perbualan kami semakin serius apabila Zarif cuba menyangkal apa yang aku kata.

"Cara dia pandang kau, aku tahu dia sukakan kau. Dan aku tahu bagaimana perasaan bila kita tengok orang yang kita cinta menjadi milik orang lain." Walaupun perasaan aku terhadap Airil sudah lama terkubur, aku masih lagi ingat bagaimana sakitnya perasaan itu. Aku takut kalau Hadira akan lakukan perkara yang sama dan berkemungkinan betul apa yang Ilya katakan.

"Is it important for you? Penting sangat ke bagaimana perasaan dia terhadap aku?"

"Penting!" Suaraku meninggi lagi.

"Sebab aku takut kau rasa benda yang sama dia rasa." Sudah lama aku merasa sebegini, tambahan pula Zarif selalu menunjukkan tanda-tandanya. Bagaikan ada sesuatu yang menghalang dia untuk tunjukkan rasa cintanya terhadapku.

"Dia cuma kawan bagi aku, tak lebih dari tu."

"Tapi kenapa kau macam takut sangat dengan perasaan kau pada aku? Macam ada yang menghalang? Kenapa Zarif?" Suaraku sudah mula mengendur ketika bertanya, hilang sudah marah yang kurasakan tadi.

"Kita berhenti cakap pasal hal ni."

"Usia perkahwinan kita dah masuk tiga bulan kan? Tapi kau langsung tak pernah sentuh aku."

"I said enough!" Zarif menengkingku, raut wajahnya berubah serta-merta.

"Dah la Farisya. Aku tak nak gaduh dengan kau." Rambutnya dikuakkan ke belakang, air mukanya kembali tenang seperti sedia kala.

"Kau perlukan rehat, tadi sikit lagi nak kena langgar. Tadi pulak kaki tersadung."

"Kita tak habis lagi cakap pasal tadi." Aku berkata dengan nada yang tidak puas hati.

"Tukar baju dulu, pastu tidur." Zarif mengangkat aku lagi kali ini memandangkan kakiku masih lagi sakit dan dia membawa aku masuk ke dalam bilik mandi.

"Aku nak balik awal sebab aku menyampah tengok kau dengan dia." Masih lagi tidak berpuas hati dengan perbualan kami terhenti tadi, aku memberitahu kenapa aku ingin pulang awal.

Zarif dudukkan aku di ruangan kosong di sebelah sinki di dalam bilik mandi dan dia langsung tidak mempedulikan kata-kataku. Rantai yang aku pakai dibukanya dan diletakkan berhampiran singki dan juga rambut yang aku sanggul dia rungkaikan lalu menyisir lembut dengan menggunakan jarinya. Tisu dibasahkan dengan sedikit air lalu dilapkan pada wajahku.

"Aku lagi suka kalau kau tak pakai apa-apa make up macam malam ni." Setelah agak lama Zarif baru membuka mulutnya dan dia kuntumkan satu senyuman. Tuala yang tersangkut berhampiran diambil dan dilap saki baki air yang ada diwajahku.

"Tukar baju, lepastu tidur." Arahan dari Zarif kedengaran lagi apabila dia datang dengan pakaian tidur aku.

"Farisya, kau marah lagi ke?" Ada keluhan yang kedengaran ketika dia bertanya.

"Tukar baju cepat." Melihatkan aku terdiam, dia berkata lagi.

"Tak nak," jawabku sambil melarikan pandangan mata ke arah lain.

"Kenapa jadi degil sangat," gumamnya dengan nada yang perlahan namun aku masih lagi boleh dengari. Tangannya mula menyentuh belakang badanku dan menarik turun zip dress yang aku pakai.

Dress yang aku pakai ditarik turun olehnya membuatkan bahagian depan tubuhku terdedah. Zarif alihkan pandangan matanya ke arah lain dan telah mengundang rasa sebal di dalam diri. Setelah dress itu lucut dari badanku, Zarif hulurkan baju tidur yang dia ambil sebentar tadi.

"Don't you feel anything when look at me?" Tanyaku setelah dia mengalihkan pandangan matanya ke arah lain. Aku tidak tahu kenapa, aku rasa sangat terhina kerana suami sendiri tidak sudi pandang aku. Dalam keadaan aku yang hanya berpakaian dalam ini, dia boleh alihkan pandangan matanya ke arah lain.

"Apa yang kurangnya aku?" Aku teruskan bertanya ketika dia cuba menyarungkan baju tidur.

"Atau kau jijik dengan aku" Soalan kali ini berjaya mengumpannya, pandangan matanya bertembung denganku.

"Sebab aku pernah bagitahu kau yang kau bukan lelaki pertama untuk aku?" Matanya terpejam rapat apabila mendengarkan kata-kataku, sepertinya kenyataan ini sangat pahit untuknya.

"Pakai baju ni dulu," ujarnya selepas itu dan aku hanya menurut.

"Atau selama ni, kau hanya pura-pura cintakan aku?" Aku terus mengasaknya dengan soalan. Malam ini timbul lagi rasa sangsi terhadapnya setelah melihat kemesraannya dengan Hadira.

"Itu yang sampai kau tak sudi nak sentuh aku. Kan?" Dia diam lagi seolah-olah mengiakan apa yang aku cakap.

"Kenapa kau diam?" Luluh suaraku kedengaran ketika menutur kata.

"Kau dah ada orang lain sebelum kahwin dengan aku? Kau kahwin dengan aku sebab terpaksakan?" Air mata jatuh jua melihatkan dia yang masih lagi diam.

"Bukan sebab tu."

"Dah tu sebab apa?!"

"Boleh tak kau jangan desak aku sangat?"

"Aku tak akan desak kalau kau berhenti berahsia!" Aku balas kembali tengkingannya.

"Rahsia kau tu buat aku jadi macam ni! Rahsia kau tu buatkan kau jadi takut nak dekat dengan aku." Tajam renunganku berikan kepadanya.

"Rahsia tu aku rasa, kau dah ada Hadira, aku hanya tempat kau untuk buang rasa berdosa kau."

"Kenapa kaitkan Hadira dalam hal ni?"

"Sebab kau cintakan dia! Dasar penipu! Kau dengan adik kau sama je!" Kemarahanku sudah tidak dapat dibendung lagi, aku hamburkan kepadanya. Aku rasa ditipu lagi.

"Hadira kawan aku, hanya kawan. Is it hard for you to understand this?" Nafasnya ditarik, raut wajahnya kelihatan tidak tenang lagi.

"Kenapa kau boleh sangsi dengan perasaan aku terhadap kau? Masa aku kahwin dengan kau, sedikit pun tak ada rasa terpaksa. Kau isteri aku, Farisya."

"Then treat me like one." Raut wajahnya kelihatan penat untuk meneruskan pergaduhan ini. Baru saja dia ingin melangkah pergi, aku berkata lagi.

"Dayus!"

"Kau cakap apa?" Dia kembali mendekatiku.

"Kau dengarkan apa yang aku cakap?" Entah dari mana datang keberanian itu, aku ingin mencabarnya.

"Dari pengetahuan aku yang cetek ni, bukan ke seorang suami wajib memberikan nafkah zahir dan batin kepada isterinya?" Aku teruskan bertanya untuk mengujinya.

Aku sepertinya kedengaran terdesak hanya kerana dia tidak pernah menyentuhku sepanjang tempoh tiga bulan kami berkahwin tapi aku perlu tahu kenapa aku ingin tahu kenapa dia selalu teragak-agak untuk membawa ke hubungan kami ke peringkat seterusnya. Sampai bila dia ingin kekalkan hubungan 'kawan' yang ingin mengenali satu sama lain? Aku juga terfikir rahsia yang dia sembunyikan telah menjadi penghalang dan aku rasakan Hadira adalah puncanya.

"Betulkan apa yang aku cakap? Dan kau tak pernah—"

Kedua-dua belah bahuku ditolak, menyebabkan badanku menemui dinding di belakang. Dia bagaikan rasa tercabar dengan apa yang aku katakan lantas memagut bibirku dengan kasar. Zarif semakin menghimpit tubuhku dan tangannya yang satu lagi naik memegang leherku supaya aku tidak mengelak.

"Lepas la Zarif!" Aku menolak dadanya dan tautan di bibir terlepas.

Namun amaranku tidak diambil peduli, Zarif kembali menyambar bibirku. Kedudukan tangannya masih lagi di leherku manakala yang satu lagi memaut jari-jemariku dan dilekapkan pada cermin yang berada berhampiran. Ciumannya semakin agresif apabila aku tidak memberi sebarang tindak balas.

"Saa- Sakit." Rintihanku tidak dipedulikan, air mataku sudah mula jatuh kerana keterlanjuranku ketika berkata tadi. Aku yang mencabarnya.

Zarif semakin mengeratkan tautan tangan kami apabila aku cuba menolaknya, dia hentakkan tuatan itu pada cermin dan telah mengakibatkan keretakan. Air mata semakin lebat mengalir apabila kaca yang pecah itu mula menusuk masuk ke permukaan tanganku.

Kelopak mataku terpejam rapat dengan linangan air mata apabila Zarif mula memaut pinggangku untuk merapatkan lagi kedudukan kami. Kepalanya disengetkan sedikit untuk mendalamkan ciumannya di bibirku. Kalau sebelum ini, aku akan merasa di awang-awangan kalau dia mengucupku dan akan membawa aku ke dalam dunianya yang begitu indah sekali. Tapi kali ini tidak, dia rasa sangat tercabar dan marah.

"Sakit."

Suaraku sekali lagi tenggelam. Bibir bawahku dikemamnya seketika sebelum digigit. Rasa pedih mula menjalar di bahagian hujung bibirku, sedikit cecair berwarna merah terbit di situ. Dengusan mulai keluar dari mulutnya setelah mendengar rintahan aku. Zarif mengalihkan bibirnya ke bahagian leherku, butang baju tidur yang dia sendiri pakaikan tadi dibuka satu persatu.

"You're hurting me."

Tangannya yang ingin membuka butang bajuku terhenti, wajahnya dijauhkan dariku. Zarif memandangku yang sedang mengalirkan air mata. Raut wajahnya yang tadi kelihatan tegang mula hilang, rasa serba salah pula yang berganti. Terketar-ketar tangannya ingin menyentuh aku.

"Don't touch me." Suaraku kedengaran disebalik tangisan.

"A-aku tak—"

"Tak sengaja?!" Air mataku semakin lebat bercucuran turun. Zarif cuba memegang tanganku namun aku tepis. Aku keluar dari bilik mandi dan dia ekori aku dari belakang.

"I'm sorry." Ucapan maaf darinya langsung tidak memberi sebarang impak kepadaku.

"Aku tak sengaja."

"Boleh pergi mampus dengan tak sengaja kau tu!"

Rasa sakit kaki yang terseliuh tadi semakin dirasai, begitu juga dengan bibirku yang luka tadi kerana Zarif. Aku mula mengambil tempat duduk di birai katil dan mencapai tisu berhampiran lalu aku mengesat darah yang sudah lama kering, begitu juga dengan luka permukaan tangan. Air mataku sudah berhenti mengalir.

"Aku minta maaf, Farisya." Dia sudah melutut di hadapanku.

"Sama jugak dengan tadi, maaf kau tu boleh pergi mati."

"Farisya dengar la dulu."

Aku mengambil posisi di atas katil untuk tidur lalu aku tarik gebar ke paras dada. Apabila terpandangkan Zarif yang masih lagi ada di situ, aku mula menukar posisi ke arah mengiring. Aku sangat menyampah tengok muka dia ketika ini, tergamak dia lakukan hal seperti itu kepadaku. Memang aku yang mencabarnya tapi perlukah dia memaksa sampaikan ada kecederaan sebegini pada tubuhku?

Amril Zarif yang aku kenal bagaikan hilang sebentar tadi.

"Farisya—"

"Kalau kau bercakap lagi, aku takkan teragak-agak untuk tuntut cerai esok."

"Aku minta maaf."

Itu kata-kata terakhir yang dia ucapkan sebelum meninggalkan aku sendiri. Bunyi pintu dibuka dan suis lampu utama ditutup menyapa pendengaranku dan apabila pintu ditutup, serta-merta air mataku mengalir semula. Kenapa susah sangat untuk aku faham kau, Zarif? Kenapa terlalu susah bagi kau untuk kita hidup seperti pasangan lain? Apa yang menghalang kau?

Esok hakak happle try update satu bab lagi okay 👀 bye 😂🖐

Continue Reading

You'll Also Like

32.5K 2.2K 46
بسم الله الرحمن الرحيم IMAN ZULAIKHA || TENGKU ZARITH AYDEN ... "True love doesn't exist.."...
3.9M 42.9K 18
📌 TERBITAN ANAASA PUBLICATION Sejak pertemuan pertama sudah menjentik hati Syed Haiqal tanpa dia sedar. Hati yang tertutup dibuka semula untuk Awina...
174K 7.6K 56
Seorang gadis yang liar, biadap, kurang ajar. Kisah silam menghantui sehingga mengubah perwatakan gadis heroin yang baik, mendengar kata, kepada per...
5M 199K 46
"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafi...