"Jadi Wife Aku. ( Revisi )

De Lildaeiry

376K 9.6K 546

" Tolong aku Syuhada, kau satu-satunya yang boleh tolong aku... " Cinta lama yang dikubur dalam-dalam kemba... Mai multe

01 | 🌸-Pertemuan Semula
02 | 🌸-Kahwin Segera?
04 | 🌸-Hadiah?
05 | 🌸-Perempuan
06 | 🌸-Suamimu.
07 | 🌸- Im jealous
08 | 🌸-Honeymoon
09 | 🌸-Pantai
10 | 🌸-Pengakuan cinta
11 | 🌸-Cinta pertama?
12 | 🌸-Suami isteri ( 18+)
13 | 🌸- Haikal junior!
14| 🌸-Cemburu
15 | 🌸-Retak
16 |🌸- Pemilik hati
17 |🌸- Ainni dan Ainnur
18 | 🌸-Adam Zikri
19 | 🌸-Anak abang?
20 |🌸-Buanglah aku
21 | 🌸-Aku hancur
22 | 🌸- Berubah.
23 | 🌸- Dongeng yang hancur
24 | 🌸- Faleq Naufae
25 | 🌸-Arissa Afiya.
26 | 🌸-Syuhada? Arissa?
27 | 🌸-TrulySyCloset Company
28 | 🌸- Brand Ambassor
29 | 🌸- Kenyataan (15+)
30 | 🌸-Disaster
31| Pergi
032 | Harris
033 | Mimpi
034 | Kawan's Gathering
035 | Risiko
36 | Childhood memories (1)
037 | Childhood memories part 2
038 | Selamatkan anak kita
039 | Purdah
040 | How ending?
END
SAYONARA
BUKAKLA SAT
bismillah
Bukan Update.

03 | 🌸-Suami Ekspress!

14.9K 451 9
De Lildaeiry

Dalam terpaksa, yang aku pasti aku sudah sah menjadi isteri kepada seseorang yang tak mungkin sayang aku sebagaimana aku menyayanginya dalam diam.

" Syuhada, minta tangan tu.. "

Entah sejak bila lelaki yang baru sahaja bergelar suami sudah duduk bersila didepan. Memberi sekilas pandangan sebelum dengan pelan tangan dihulur.

Sebentar saja, cincin emas bertatah permata kecil hijau sudah tersarung cantik dijari manisnya. Syukurlah, saiz jari Ainni ini sepadan dengan jarinya.

Refleks, tangan kekar itu dicium Syuhada. Sejuk. Apa dia berdebar? Pernyataan itu kambus selamanya setelah bibir Haikal menyentuh permukaan dahinya lama.

Entah perasaan apa, rasanya dejavu, yang mana membuat aku berasa indah, seakan ada rama rama yang memenuhi menari bebas didalam perut.

Perasaan apa ini?

Matanya terpejam saat berkelipan lensa kamera memancar. Entah kenapa aku merasa selamat dalam keadaan begini.

" sudahlah Kal, malam nanti sambung balik! "

Kurang ajar. Usikan kecil saja sudah membuat Syuhada gelisah. Dasar.

Terus kucupan itu terlerai. Sempat mata kami bertatapan seketika sebelum dia tersenyum pada kamera yang memotret kami. Terasa kaku seluruh tubuh bila tangan kekar itu memerang erat tangan aku. Dalam kebingungan, aku tatap mukanya. Aku, bingung....

" senyum, aku tak ingin orang beranggapan yang kau dipaksa kahwin dengan aku harini, Syuhada "

Senyuman sinis terukir.

" iya, saya  cuba. Walau hakikatnya memang begitu.. "

Kali ini dia berpaling mencari sebab aku berkata demikian. Tapi aku sudahpun berpaling dan tersenyum pada para hadirin dan jurukamera.

" Senyum.. Kita bahagia bukan hari ini? "

Andai saja perkahwinan ini bukan atas dasar terpaksa. Andai saja.









Majlis yang kami adakan biasa saja. Malah langsung tidak mengikuti perkahwinan impianku. Iyalah, nama pun bidan terjun kan? Pengganti tempat orang. Macam pelakon extra pun ada rasanya tapi penat juga seharian jadi pengantin sehari ini.

Pukul 10:30 malam barulah aku dapat berehat dari semua benda alah ni semua. Alhamdulilah semuanya sudah selesai. Malam ini aku akan bermalam di rumah Haikal. Suka atau tidak, dia sudah menjadi suamiku yang sah.

Dan disebabkan oleh kata Puan Faridah- mamanya bahawa dia harus tidur dibilik Haikal membuat Syuhada termangu sendiri.

Dan disini dia sekarang, diatas katil dalam bilik Haikal Amirul.

Suami? Bunyinya seakan terpaksa.

Minyak urut yang berada diatas meja berhampiran katil Haikal aku capai. Okay juga keadaan biliknya, tidak bersepah. Jauh dari imaginasi aku.

Minyak tadi dilumurkan pada tapak tangan dan aku ratakan dikaki.

Lenguh. Seharian berdiri, terpaksa bagi senyuman palsu buat semua hadirin. Dan sekarang aku terfikir kenapa aku perlu terjebak dalam semua ni? Aku menyesal? Mengapa rasanya aku seakan salah membuat keputusan sendiri... Lalu aku tersedar apabila hujung katil menurun, merasakan pergerakan dari Haikal yang melabuhkan punggung dibirai katil. Suami ekspress...

" Lenguh?... "

Aku senyap, tidak mahu membalas ataupun berbicara dengan sesiapa. Tangan masih ligat mengurut, atau dalam erti kata lain, aku tidak hiraukannya. Sejak bila dia masuk dalam bilik pun aku tidak sedar. Nasib baik aku sudah selesai mandi dan menukar baju tidur.

" Kan aku dah cakap, tak payah nak pakai heels bagai.. Tinggi kau tak berubah sangat pun... "

" maklong yang suruh okey. Cakap siang pandang pandang! Mummy siapa? mummy awak okay!"

" Mummy aku, mak mertua kau jugakkan? Sama saja. "

" bukan mummy, tapi maklong. Gaduh dapat apa? "

Haikal menggulingkan anak mata sebelum merampas minyak ditanganku. Malas dia mahu bertekak dengan Syuhada. Dia pun sama penat, malahan lebih penat dari Syuhada. Tapi bila melihatkan keadaan kaki Syuhada yang sedikit membiru buat diri jadi serba salah mengheret gadis itu ke dalam kancah masalahnya.

" don't you even dare to touch me. "

" so what, kau wife aku.. "

Kali ini giliran Syuhada pula menggulingkan anak mata. Menyampah bila amarannya langsung tidak dihiraukan oleh Haikal. Mahu melarang, tangan kekar itu sudah bekerja menyentuh kulit kaki Syuhada.

" Kau.. menyesal kahwin dengan aku kan...? "

" Ada, sedikit.. "

Sengaja aku jawab begitu kepadanya. Sempat juga aku melihat perubahan riak mukanya bila aku melontarkan jawapan pada soalannya tadi.. Tapi Haikal hanya berpura pura biasa sambil meneruskan mengurut kawasan buku lali dan betis Syuhada.

" Aku tahu... Bertahanlah untuk beberapa bulan lagi ya? Sampai masanya aku akan lepaskan kau juga.. Jadi, beberapa bulan ini jadilah isteri yang baik buat aku. "

Tangan sebelah lagi naik mengusap kepalaku lembut.

Sebenarnya aku tidak tahu bagaimana cara untuk merespon kata kata yang dikeluarkan oleh Haikal tadi. Tangan kekar milik Haikal terus mengurut kakiku secara perlahan lahan.

Lelaki ini... lelaki ini memang tidak pernah berubah perangai sampai bila bila. Caranya menunjukkan kasih sayang memang berbeza dari orang lain. Mata, perangai, kelakuan semuanya sama. Masih penyayang sama seperti dahulu. Cuma kau tak mampu tengok cinta aku pada kau. Kau buta..

" Kau dengar tak ni? " Suara sang suami menyedarkan aku ke dunia realiti. Mukanya aku pandang.

" Aku cakap kau tak payah lagi pakai benda alah tu. Kau dah cukup cantik untuk aku.. "

" Tak payah nak puji konon. Ainni awak  lagi cantikkan?... "

" are you jealous? lol seriously? "

Ya, memang aku iri hati. Sangat sangat!

" jealous? memang tak la! Macam la awak tu penting sangat dalam hidup saya, Tiada sebab saya mahu cemburu bagai. Awak tutuplah lampu, Saya nak tidur. Penat! "

Selimut ditarik separas dada. Sebaik sahaja merebahkan kepala pada bantal terus mata aku pejam rapat.

" habis aku nak tidur mana? Kau bagi ke aku tidur sebelah kau? even if aku tak penting tetapi aku lelaki... It's not something that i can control, Syuhada..."

Mata aku terbuka luas. Dengan gerakan malas aku bangun dan duduk diatas katil. Sempat jelingan aku hadiahkan pada Haikal yang tersenyum sinis. Dasar-----

" okey saya rela tidur disofa... "

" What? kau tak tergoda dengan aku? "

" Stfu.. "

Dia dah mula bergerak ke sofa disudut dinding. Haikal tersengih sendiri. Ego punya isteri, desisnya sendiri.

Haikal hanya ketawa mendengar coletahan sang isteri yang menyahutinya. 

" Puan Syuhada... "

" Um. "

Haikal hanya tersenyum sendiri, sengaja dibiarkan lengang sebelum dia menutur kata, atau lebih tepatnya permintaan.

" Syu, panggil aku abang, boleh?.... bukan apa, kau sudah menjadi isteri sah aku, jadi agak kurang ajar memanggil aku dengan sebutan awak, panggilkan aku abang. Itu lebih baik.. "

" um okay. "

Haikal tersenyum. Dia memandang siling dimana kipas berputaran. Iya, sekarang dia berbaring selesa di atas katil sementara Syuhada diatas sofa disana. Gelap. Hanya bunyi hembusan nafas dan suara antara mereka.

" Syu.. "

" Apa lagi? "

" Kenapa kau mengubah nama mu? kenapa sekarang Syu? "

Hening. Keadaan jadi tegang. Beberapa minit kemudian barulah terdengar suara Syuhada.

" Bukan urusanmu! "

" Syu... "

Sunyi. Tiada balasan dari sang isteri. Seolah Syuhada cuba mengabaikannya.

" Aku cuma mahu, memujimu. Kau cantik, cantik ketika menunjukkan rambutmu, cantik ketika bertudung. "

" Sudah, tidur saja! "

Monoton suara Syuhada meninggi. Berterima kasih pada lampu yang sudah ditutup, tidaklah wajah bersemu merah Syuhada kelihatan.

Haikal ketawa mengekek. Sepertinya Syuhada sudah mulai naik angin dengan usikannya.

" Selamat tidur, isteriku... "

" Good night too, suami ekspress "

Terbit tawa kecil dari mulut lelaki itu mendengar suara datar Syuhada. Dengar suara pun sudah dapat mengagak, isterinya itu tidak berpuas hati.

Haikal tersenyum sendiri. Dia terlalu bahagia sampai matanya jadi terlalu segar untuk tidur. Dia bangun, mengatur langkah ke arah sofa yang menjadi tempat tidur untuk Syuhada.

Dibawah cahaya yang suram, dia tersenyum sendiri. Syuhada memang cantik. Dia bertuah memiliki Syuhada. Wajah Syuhada Haifa yang sudah berlalu ke alam mimpi dipandang penuh kasih sayang. Lurus punya isteri!

Sungguh aku bahagia. Siapa tak suka kahwin dengan perempuan yang paling kau puja? Ibarat syurga dunia!

" Aku minta maaf Syu.. kalau kau terpaksa dan merasa tidak adil dengan semua ini..Tapi aku terlalu bersyukur dengan apa yang jadi. Semoga suatu hari, Allah akan melembutkan hatimu untuk menerima aku dan cinta aku ini ya.. "

Bisik Haikal perlahan ditelinga Syuhada. Tubuh kecil itu diangkat untuk dibawa ke katil. Berat juga isteri aku ini..

Selimut ditarik sehingga menutupi bahagian dada Syuhada. Anak rambut yang berjutaian dimuka isterinya itu diselak ke tepi.

" Tidurlah sayang. i will always be the one that say you are so lovely even you tak cantik lagi tak senonoh cara tidur... Good night sayangku..

Dahi si isteri dikucup sebelum bergerak ke sofa untuk tidur. Selamat malam dunia! Aku hanya ingin mengatakan yang aku sangat bahagia memiliki Syuhada Haifa!

Continuă lectura

O să-ți placă și

158K 6.6K 53
💞 PEMENANG PERTAMA HELIOS AWARD 💞 💞 PEMENANG KE-2 WHITE DIAMOND AWARD 💞 💞 BEST FICTION FOR BESTIES AWARD 2018 💞 💞 PEMENANG TEEN FICTION AWARD...
8.2K 573 80
Sekadar berkongsi. Berminat? Silalah beli. https://play.google.com/store/books/details/AINUL_HAZRAH_KOPI_LADYKU?id=6GOLCwAAQBAJ Arisa kata, dia Puter...
70.5K 2.8K 43
Sinopsis "Aku benci orang macam kau ni. Kau ingat kau bagus sangat ke. Siapa la yang malang bersuamikan kau ni agaknya" ~ Raisya Zahra "Kau ingat lel...
189K 5.2K 51
Segalanya bermula saat dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bekerja bawah naungan Rashid's Company (Milik Keluarganya). Meski mertabat mereka j...