Bukan Untuk Dimiliki

By appleflakes

4.1M 248K 37.8K

Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin de... More

Bukan Untuk Dimiliki
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Epilog
Bahagian I
Bahagian II

Bab 42

50.9K 3.8K 892
By appleflakes

Aku tidak tahu berapa banyak air mataku mengalir semalam dan semuanya kerana Zarif. Agak lama aku berada di bilik mandi malam tadi, menangis dan terus menangis. Apabila melihatkan diriku yang menangis di hadapan cermin, aku rasakan rasanya lebih sakit berbanding ketika aku kecewa ditinggalkan Airil dulu. Aku sendiri tidak tahu kenapa tetapi aku terlalu lemah apabila berhadapan dengannya.

Apabila aku keluar dari bilik mandi, jam sudah menunjukkan jam satu pagi dan Zarif tiada di dalam bilik. Ketika aku ingin tidur, bayangnya masih lagi tidak kelihatan. Aku sudah memahami apa yang Aunty Aliyah katakan, Zarif akan menunjukkan sikapnya yang sebegitu kepada orang yang dia suka. Dia sukakan aku? Tetapi kenapa dia berperangai sebegitu?

Pagi ini, dia masih lagi tiada di bilik dan semalam dia tidur di tempat lain dan aku malas nak ambil tahu. Biarkan dia. Aku terus mengusir kejadian semalam dari mindaku sama seperti yang dia lakukan. Aku tidak berdendam cuma nak dia rasakan apa yang aku rasa.

"Farisya, breakfast sekali." Papa mengajakku untuk duduk semeja ketika aku lalu ke ruangan makan untuk ke dapur.

Disebabkan aku tengah lapar, aku hanya mengikut arahan darinya. Zarif turut ada di situ dan pandangan matanya ralit merenungku. Melihatkan tempat kosong ada di sisinya, aku terpaksa duduk di situ. Kalau aku duduk di tepi Iskandar, nantikan ada suara menegur kenapa tidak duduk disebelah suami, jauh pula tu.

Aku letakkan dua senduk bihun goreng di atas pinggan dan air coklat panas dituangkan ke dalam cawan. Tangan kananku yang memegang kemas garfu terlepas apabila Zarif tiba-tiba saja meraih tangan kiriku yang aku letakkan di atas peha, terlindung di sebalik meja.

Sepasang mata milikku merenung tajam ke arahnya yang mempamerkan riak tenang di wajah. Baru saja aku ingin lepaskan pegangan tangannya, Zarif lebih tangkas merantai jari-jemari kami dengan erat dan membawa ke ribanya. Makin mencerlung aku memandang ke arahnya.

Apa masalah dia? Aku nak makan pun tak boleh! Sedangkan dia sudah selesai bersarapan dan sedang menikmati air kopi. Tautan itu aku cuba rungkaikan namun dia semakin kuat mengenggamnya. Semakin buat aku menyampah, dia boleh tersenyum manis dengan lesung pipit dia kearah aku. Geramnya aku! Kau tengok apa yang aku nak buat. Rasanya dia tak kenal lagi Farisya ni macam mana. Aku balas kembali senyumannya dan terus menendang kakinya sekuat yang boleh.

"Auch!" Suaranya kedengaran mengaduh kesakitan kerana tendangan yang aku 'hadiah'kan.

"Kenapa?" Aunty Aliyah bertanya apabila melihat anaknya itu tiba-tiba saja terjerit.

"Tak ada apa-apa, ma. Tiba-tiba rasa kaki ni kejang." Senyuman paksa dia berikan kepada mamanya.

"Nanti biar Risya urutkan kaki abang ya?" Kata-kataku diakhiri dengan ketawa yang sengaja dibuat-buat seraya memandang ke arahnya. Aku gerakkan bibir untuk menyebut perkataan 'lepas' namun dia geleng.

Dalam keadaan terpaksa, aku teruskan suapan yang tergendala tadi. Kali ini Zarif melonggarkan ibu jarinya yang tadi erat pada genggaman tangan dan mengubah sedikit kedudukan tetapi aku masih lagi tidak dapat rungkaikan tautan. Aku sekali lagi memandang ke arah Zarif apabila ibu jarinya mula mengusap tapak tanganku.

Apa yang dia cuba lakukan? Aku menarik nafas dengan perlahan supaya kelihatan tenang dan seolah-olah tiada apa yang terjadi. Raut wajah aku cuba kawan agar kelihatan seperti biasa. Tumpuanku beralih lagi ke arahnya apabila ibu jarinya itu bergerak di atas tapak tanganku dengan membentuk huruf 'S'.

Menyedari tumpuanku beralih kepadanya, Zarif meneruskan lagi dengan membentuk huruf 'O'. Aku terus menanti untuk mengetahui apa yang dia ingin katakan. Apabila huruf 'R' digandakan dua kali barulah aku tahu perkataan yang dilakarkan dengan ibu jarinya adalah 'SORRY'.

Jadi dia ingin meminta maaf dengan aku melalui cara begini? Dah la awal-awal tadi dia memaksa dan dengan senang-senangnya meminta maaf dengan cara ini. Kenapa tidak diungkapkan dengan kata-kata? Kenapa di sini untuk dia meminta maaf? Dia ingat aku tidak akan cari gaduh kalau dia meminta maaf dengan cara begini.

"Farisya dengan Amril pergi Venice sekajap je, apa kata kita satu family..."

"Bercuti? Satu family tu maksud dia sekali dengan orang yang tinggal luar dari rumah ni?" Belum sempat papa selesai bercakap, aku sudah bertanya.

"If you're referring to Airil then the answer is yes."

Pantang betul aku apabila mendengar nama Airil, terus datang rasa marah. Zarif yang tadinya melonggarkan sedikit tautan tangan kami kembali mengeratkan dan kali ini kedua-dua tangannya memegang tanganku. Hilang sedikit rasa marahku apabila Zarif cuba menenangkan aku.

"Kita nak pergi bercuti kat mana?" Iskandar pula bertanya.

"Bukan bercuti, kita beribadat sambil bercuti." Aku angkat wajahku untuk memandang ke arahku.

"Kita pergi Mekkah, sama-sama satu keluarga pergi ke sana." Papa teruskan lagi kata-katanya.

Aku tidak tahu kenapa tetapi satu perasaan menjalar masuk, membuatkan aku risau. Layakkah aku yang sering melakukan dosa dan hidup dalam keadaan penuh noda menjejakkan kaki ke tempat yang suci sebegitu?

❀❀❀

Telefon pintar yang berada di tanganku tiba-tiba saja diambil Zarif. Dia nak apa pula kali ini? Serabut betul! Masa begini pula dia nak ambil telefon aku. Bacaanku masih lagi tidak habis.

"Bagi balik!"

"I need your time, sekejap je." Rayuan darinya disertakan dengan raut muka yang berharap telah membuatkan aku memandang ke arah lain. Zarif mengambil duduk di birai katil.

"Jangan sentuh!" Aku merentap tanganku dengan kasar apabila dia cuba untuk menyentuh.

"Tadi—"

"Tu tadi! Kau paksa! Kau nak cakap apa, cepat la!"

"Aku minta maaf." Ucapan maaf darinya diungkapkan, aku dapat mengesan perubahan nada suaranya. Macam nak menangis, cengeng!

"Aku nak tunjuk je kat Hadira tempat tu sebab dekat. Sumpah! Aku nak pergi sekejap je." Zarif cuba menerangkan kejadian di Venice tempoh hari.

"Tapi Hadira tu tiba-tiba..."

"Aku tak nak dengar!"

"Aku minta maaf." Kali kedua, ucapan maaf kedengaran lagi.

"Dia..."

"Apa pun alasannya aku tak nak dengar." Pandangan mata kami bertembung, hanya kebencian yang tunjukkan kepadanya.

"Dia kan kawan kau. Kawan kan lebih penting dari aku yang bukan sesiapa pada kau. Aku ni cuma..."

Terasa tangannya naik menyentuh belakang leherku, tanpa sebarang amaran dia mengucup bibirku. Mataku terbuntang luas apabila melihat tindakan berani dari Zarif. Tanpa aku sedar, aku balas kembali kucupannya.

"H-How dare you!" Aku berkata setelah dia melepaskan pagutan dibibirku.

"Well, I'm giving the light kiss that you want from me before." Dia menjawab dengan senyuman.

"Where's the innocent Amril Zarif go?" Aku sengaja buat-buat mencari ke mana perginya sisi Zarif yang selalu buat aku menyampah.

"He's still here but I just want to keep your mouth shut for a while. Boleh tak diam sekejap? Aku nak cakap pun tak habis." Laju saja mulutnya menjawab.

"I'm not going to keep my mouth shut. Mulut aku jadi aku nak cakap..."

Sepatutnya aku dengar saja apa yang dia katakan, mataku terpejam rapat apabila dia mengucup bibirku kembali. Aku tidak menolak tetapi sebaliknya merelakan saja, berjuta sensasi masuk membuatkan rama-rama di dalam perut mula mengepakkan sayapnya. Berterbangan bebas seperti yang kurasakan.

"Boleh senyap sekejap?" Dengan nafas yang tercungap, aku mengangguk dengan cepat-cepat.

"Memang salah aku sebab tak fikirkan kau masa tu. Dia suruh teman dia sekejap je tapi aku tak sangka sampai satu jam." Dia cuba menerangkan kembali apa yang terjadi di sana.

"Aku minta maaf sebab suruh kau tunggu kat situ. Sepatutnya aku bawa kau sekali."

"Say something."

"Okay." Sepatah saja aku berkata.

Kami sama-sama diam selepas itu. Zarif menyentuh jari-jemariku sebelum memegangnya. Dia menilik cincin yang tersarung di jari manisku, agak lama dia melihatnya. Entah apa yang ditengoknya.

"Aku minta maaf sebab gagal menjawab siapa kau pada aku." Aku memandang tepat kearahnya. Matanya sudah berair dan aku boleh lihat ada keikhlasannya di situ.

"Kenapa susah sangat kau nak jawab Zarif?" Aku alihkan pandangan mataku beralih ke tempat lain, aku masih lagi terasa hati mengenangkan kejadian malam itu.

"Aku minta maaf, kau isteri aku." Kata-katanya itu tidak memberi sebarang kesan kepadaku. Caranya membuatkan aku terkilan, susah sangat nak sebut aku isterinya. Nampak macam tidak sudi.

Aku perlukan seseorang yang takut untuk kehilanganku.

"Aku takut kehilangan kau."

Aku tak salah dengarkan? Zarif kata dia takut kehilangan aku kan? Apa yang aku inginkan dia baru saja ungkapkan?

"Aku takut bila nanti aku terbiasa panggil kau isteri, kita akan berpisah. Aku rasa aku tak boleh terima hakikat tu."

"Kita baru saja kahwin dan kau dah cakap pasal berpisah? Kau nak sangat ke berpisah?" Soalku dengan geram. Zarif ni dah kenapa?

"Kau terima aku sebagai suami sebab nak buat aku menyesalkan?" Raut wajahnya kelihatan kecewa bersalut duka.

"Seminggu sebelum kita pergi Venice, kau langsung tak bercakap dengan aku. Kau bencikan aku kan?"

"Bukan benci la!" Bercakap dengan Zarif ni memang menguji kesabaran. Aku mogok dari bercakap dengannya kerana aku cemburu, bukan kerana benci.

"Boleh tak kau bagitahu kenapa?"

"Kau tak nampak ke?"

"Lelaki macam aku terlalu susah untuk memahami perasaan perempuan." Zarif memberitahuku jujur yang dia bukan jenis lelaki yang tahu bagaimana perasaan perempuan.

"Aku nampak kau dengan dia dekat restoran. Aku rasa marah dan aku— aku—"

"Aku apa?"

"Aku cemburu sangat dan aku tak boleh terima bila kau nampak happy dengan dia." Aku langsung tidak menandang ke arahnya ketika aku luahkan perasaanku.

"Kau menyesal tak kahwin dengan aku?" Tiba-tiba saja aku bertanya, teringat kembali aku pada hari pertama kami berkahwin.

"Tak pernah. Sedikit pun tak pernah."

"Aku pernah kata kalau kau tak menyesal, aku akan terima kau sebagai suami. Kan?" Dia angguk.

"Dan aku akan lupakan tujuan sebenar aku kahwin dengan kau."

Dia ni memang slow ke apa? Takkan la tak dapat tangkap lagi apa yang aku cuba sampaikan.

"Kita boleh teruskan perkahwinan ni kan?" Aku tanya lagi dan aku rasa dia sudah faham kali ini. Anggukan yang dia berikan sebagai jawapan.

"Aku nak jujur dengan kau boleh?"

Aku rasakan ini masa yang sesuai untuk aku jujur dengannya mengenai perasaanku. Aku sudah penat untuk terus menyimpannya dan kalau aku harapkan Zarif, sampai ke sudah aku mereput. Heh.

"Aku sukakan kau." Terasa bebanan yang aku tanggung selama ini terlepas apabila aku luahkan.

"Aku tak tahu bila dan aku tak tahu macam mana, perasaan ni macam tu je." Sambil berkata, aku menyentuh dada. Terasa degupan yang bunyinya terlalu kuat apabila aku pandang wajahnya.

"At first I thought I was confused because you look exactly like him but I was wrong. Aku cintakan kau kerana kau adalah kau."

Aku tidak keliru lagi, bukan kerana wajahnya sama dengan Airil tetapi kerana dia adalah Zarif. Sepasang mata miliknya terus memandangku tetapi mulutnya terkunci. Aku harapkan dia balas kembali apa yang aku ungkapkan.

"Even it's a lie, can you tell me that you love me." Aku kedengaran seperti terdesak inginkan dia balas kembali cintaku.

"I love you too."

Air mataku mengalir mendengarkan kalimah itu walaupun ianya dusta tapi aku masih berharap dia benar-benar ikhlas cintakan aku.

"It's not a lie. Aku betul-betul maksudkan apa yang aku cakap tadi."

Continue Reading

You'll Also Like

522K 35.3K 90
Marissa Jasmine, menyamar sebagai Orkid Dhialisa dengan satu tujuan. "Saya Orkid Dhialisa, PA Encik Harraz." - Marissa Jasmine Segala-galanya bermu...
4.1M 248K 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami ran...
10.9M 259K 31
US Mafia: 1st Series [TERBIT 2022] Highest rank #1 in Romance [No.2 Hot in Killer] Quin Avrin binti Dato' Arfan dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun...