Bukan Untuk Dimiliki

De appleflakes

4M 246K 37.7K

Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin de... Mai multe

Bukan Untuk Dimiliki
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Epilog
Bahagian I
Bahagian II

Bab 40

51.4K 3.2K 313
De appleflakes

Semalam aku tidur di dalam pelukan Zarif dan sebenarnya aku agak terkejut apabila mengenangkan tindakannya memelukku ketika tidur semalam, itu merupakan kali pertama. Tetapi apabila terfikirkan kata-katanya semalam, aku mengeluh. Apa yang dia sembunyikan dariku? Sampai dia kata kalau aku tahu alasan lain, aku akan persoalkan dan bakal mengeruhkan hubungan kami.

Aku jadi semakin tertanya-tanya dengan sikapnya yang suka berahsia. Fikiranku mula merawang memikirkan diarinya yang aku rasakan itu akan menjadi jawapan kepada tanda tanya. Balik ke Malaysia nanti, aku akan baca kesemua diarinya untuk mengetahui siapa dia yang sebenarnya dan apa yang cuba disembunyikan dariku.

Ini pula cerita hari kedua berada di Itali. Paling aku hairan sekali, bangun pagi tadi Zarif kembali kepada sikapnya yang satu itu. Dingin, pendiam dan sengaja tak hiraukan kehadiranku. Dia seolah-olah ingin lupuskan kejadian semalam dari fikirannya dan menganggap itu tidak pernah terjadi. Mungkin aku syok sendiri, suka sangat semalam Zarif peluk aku waktu tidur. Tetapi dia tidak merasai apa yang aku rasa.

Aku bertepuk sebelah tangan ke?

Fikiranku sudah kembali ke alam yang nyata apabila kami tiba di Venice. Perjalanan dari Florence ke Venice mengambil masa selama dua jam lima minit, aku dan Zarif menaiki train dari Firenza Santa Maria Novella Station menuju ke Venice S Lucia.

Venice yang dikatakan kota air ini terbangunkan di atas kepulauan 117 pulau yang dibentuk oleh 177 terusan dan dihubungkan dengan jambatan. Pengangkutan di sini banyak menggunakan pengangkutan air seperti water bus, water taxi dan yang popular sekali gondola. Venice juga tersenarai sebagai salah satu kota yang romantis di Eropah dan sesuai untuk berbulan madu.

Mengingatkan dua perkataan itu, aku tersenyum sumbing. Berbulan madukah kami sekarang ini? Zarif masih lagi dengan sikapnya yang satu itu dan aku pula malas ambil tahu tentangnya. Sampai ke Venice, check in hotel dan kami sedang bersiar-siar di sekitar bandar, dia langsung tidak bercakap denganku. Aku cuba untuk memahaminya, tetapi sampai sekarang aku gagal. Dirinya terlalu rumit untuk difahami dan terlalu sukar untuk aku baca.

Kenapa aku boleh jatuh suka dengan orang macam ni?

Aku memerhati Zarif yang sedang membeli tiket untuk gondola. Setelah selesai urusan di situ, aku dan dia terus menaiki gondola untuk menyusuri terusan yang panggil The Grand Canal. Pandangan mataku di jamu dengan pemandangan sekitar bandar Venice, bandar yang dikelilingi air.

Sesekali gondola lain berselisih dan aku hanya memandang ke arah penumpangnya. Rasanya mereka seperti aku dan Zarif baru berkahwin. Tetapi yang membezakan kami, mereka kelihatan bahagia. Tangan bertaut erat dan sesekali berbicara sambil ketawa. Pandangan mataku beralih ke arah Zarif yang sibuk dengan kamera dslr, dari tadi lagi sibuk mengambil gambar di sini. Aku macam tidak wujud di tepi dia.

Kami berhenti di Rialto Bridge yang merupakan jambatan yang tertua merentasi terusan di sini dan juga merupakan pemisah antara San Polo dan San Marco. Zarif masih seperti tadi, terus merakamkan pemandangan sekitar. Sesekali dia memerhatikan gambar yang sudah di ambil. Aku pula tidak lepas memerhatikan pemandangan di sekeliling.

Setelah puas menjamu mata dari atas jambatan ini, aku dan Zarif mula bergerak ke tempat Piazza San Marco atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil St. Mark's Square yang merupakan sebuah dataran awam di Venice. Berhampirannya terdapat Doge's Palace yang merupakan istana dan muzium, Saint Mark's Basilica dan juga San Marco Campanile. Dataran itu dipenuhi dengan pengunjung memandangkan sudah masuk waktu petang.

Zarif pula aku sendiri tidak tahu dia menghilang ke mana. Aku memerhatikan burung-burung merpati yang tadinya berterbangan bebas di dada langit mula mendarat di dataran. Aku terus berlari ke arah burung-burung tersebut dan impak mereka kembali terbang. Tanpa sedar, bibir mengukirkan senyuman pertama pada hari ini. Beberapa orang pelancong lain sedang memberi makan kepada burung-burung.

"Nah."

Entah dari mana, Zarif tiba-tiba muncul sambil menyuakan kon aiskrim ke arahku. Melihatkan aku diam, dia mencapai tanganku lalu meletakkan kon aiskrim di situ. Disebabkan aku kelaparan, aku makan tanpa membantah.

"Lapar tak? Jom pergi makan." Seusai kami habis makan aiskrim, dia bertanya.

"Nak ke tak?" Dia menghampiriku. Kali ini aku terkejut lagi, tangannya naik membetulkan beanie yang aku pakai. Aku tak faham dengannya, sikapnya sentiasa berubah.

Dia membawaku ke restoran berhampiran. Zarif memilih set makanan tengah hari yang mengandungi starter, main course dan juga dessert. Aku hanya mendengar dia bercakap dengan pelayan restoran yang dia tidak mahu makanan yang dihidangkan mengandungi daging mahupun arak dan hanya inginkan makanan yang berasaskan makanan laut.

Kami menikmati makanan tengah hari pada waktu petang sebegini. Dimulakan dengan spaghetti dan diakhir dengan pencuci mulut tiramisu. Hampir setengah jam berada di sini, kami kembali semula ke Piazza San Marco. Zarif kembali sibuk dengan kameranya.

"Eh Amril! Kau buat apa kat sini?"

Terdengarkan suara yang menegur Zarif aku kalihkan pandang mataku ke arah si pemilik suara. Wajah itu aku amati dan ingatan mengenai kejadian di restoran minggu lalu kembali berlegar-legar di fikiranku. Perempuan yang sama!

"Hadira? Keciknya dunia, dapat jumpa kat sini." Nada suara Zarif kedengaran sangat berbeza. Seolah-olah gembira dapat berjumpa dengan perempuan itu.

"Kau buat apa kat sini?" Zarif pula kembali bertanya.

"Jawab dulu soalan aku." Perempuan yang bernama Hadira kembali berkata.

"Honeymoon. Kenalkan Farisya, my wife." Zarif memegang tanganku ketika memperkenalkan aku kepada kepada perempuan itu.

Aku eratkan genggaman tangan Zarif yang bertaut dengan tanganku apabila melihat air mukanya berubah ketika Zarif kenalkan aku sebagai isteri. Senyuman penuh makna aku ukirkan untuknya.

"Ni Hadira, my friend." Zarif kenalkan aku kepada kawannya itu.

"Actually Am, aku tengah cari tempat makan. Susah sangat nak cari restoran halal kat sini." Alahai! Lembutnya suara meluahkan masalah kepada suami aku. Menyampah habis! Aku tidak pernah sekali pun bercakap dengan Zarif menggunakan suara sebegitu.

"Kita orang baru je lepas makan tadi," kata Zarif.

"Tak apa lah, aku cari sendiri."

Kalau tak kerana kami berada di tempat awam, dah lama aku lakukan sesuatu. Kalau dengan Ilya, aku pernah lakukan benda-benda keji, inikan pula dengan dia yang menggatal dengan suami aku. Disebabkan aku tak nak malukan dengan diri sendiri, aku batalkan niatku.

"Boleh tunggu kat sini sekejap? I wanna show that place to her." Zarif bertanyakan soalan itu kepadaku kerana ingin menunjukkan restoran tadi kepada Hadira.

Zarif melepaskan tautan tangan kami. Dia dan Hadira beriringan berjalan meninggalkan aku di sini, perlahan-lahan mereka hilang disebalik kelompok orang ramai. Tadi aku hanya ingatkan Zarif akan memberitahu di mana tempatnya tetapi dia sendiri yang pergi tunjukkan.

Sekejap yang dimaksudkan itu bagaikan satu jangka masa yang lama. Sudah setengah jam berlalu, Zarif masih lagi tidak kunjung tiba. Takkan Zarif tunggu minah tu makan sekali ke? Kerana aku dan Zarif ambil masa setengah jam untuk makan tadi.

Titisan air yang menyentuh hujung hidungku membuatkan aku mendongak memandang ke arah langit. Hujan mulai turun secara renyai-renyai mengakibatkan aku berlari untuk mencari tempat berteduh. Kedinginan semakin mencengkam kerana hujan dan hari bakal melabuhkan tirainya.

Jam ditangan dikerling, sudah satu jam berlalu dan kelibat Zarif masih belum kelihata. Aku rasakan had menunggu sudah mencapai batasan, aku sudah tidak tahan lagi. Tanpa berlengah, aku kembali semula ke hotal dengan perasaan sebal.

❀❀❀

"Kau pergi mana? Merata aku cari." Itu soalan pertama yang Zarif tanyakan kepadaku apabila dia masuk ke dalam bilik.

"Are you expecting me to wait you there like an idiot?" Aku bertanya kembali.

"At least bagitahu aku yang kau balik semula ke hotel."

Perasaan marah semakin menggunung apabila dia meletakkan salah itu kepadaku. Aku bangun dari katil dan mula berdiri setentang dengannya. Mataku memandang ke arahnya dengan api kebencian.

"Kau nak salahkan aku?"

"Bukan macam tu."

"Dah tu macam mana?! Kau kata nak pergi sekejap tapi aku tunggu kau satu jam! Masa tu hujan! Kau expect aku akan tunggu kau sejam lagi?" Dengan nada yang membentak aku bertanya. Aku terlalu marahkan dia.

"Aku macam orang bodoh tunggu kau kat situ dan kau pergi makan dengan dia!" Aku terus hamburkan apa yang terbuku di hati.

"Siapa dia pada kau?! Dah dua kali aku ternampak kau dengan dia."

"Dua kali?"

"Answer my question first, who is she?"

"A friend of mine. Kawan masa sekolah rendah lagi." Mendengarkan jawapannya itu, aku tersenyum sinis.

"Friend? What a bullshit. Aku tak rasa dia anggap kau sebagai sebagai kawan." Pandangan mata itu ketika Zarif kenalkan aku sebagai isterinya dan air muka turut berubah menandakan kecewa.

"Enough, Farisya. Pada aku, dia hanya kawan."

"Dan siapa aku pada kau?" Tanyaku. Zarif hanya memandangku tanpa sebarang jawapan.

"Siapa aku pada kau?!" Kali ini aku membentak apabila melihat dia diam.

"Susah sangat ke Zarif? Cuma cakap aku isteri kau." Dengan perasaan yang kecewa memberikan jawapan.

"Aku isteri kau, Zarif tapi kau tak pernah layan aku macam seorang isteri. Kau buat aku macam tak wujud." Aku meluahkan apa yang aku rasa setelah hampir sebulan kami berkahwin.

"Kali pertama aku nampak kau dengan dia, kau nampak gembira. Siap gelak lagi, senyum selalu dan kau jadi talkative. Sama macam hari ni jugak." Setitis air mataku mengalir setelah menahannya agak lama.

"Tapi bila kau dengan aku, kau tunjukkan muka kau yang serius, perangai kau yang dingin dan kau jarang bercakap dengan aku. Kalau bercakap pun, esoknya kau lupakan semuanya." Air mataku semakin laju mengalir apabila mengenangkan sikapnya terhadapku.

"Kalau aku nak tengok kau gelak, kau senyum, aku mampu curi tengok je." Aku teruskan berkata lagi.

"Tapi dengan dia, kau nampak berbeza tapi bila dengan aku, kenapa kau jadi macam tu?" Pertanyaanku dibiarkan begitu saja dan matanya sedikit bergenang dengan air mata.

"Aku isteri kaukan? Atau cuma perempuan yang kau kahwin sebab terpaksa?" Air mataku tidak mengalir lagi dan aku rasakan aku sudah dapat menerima yang aku bukan sesiapa baginya.

"Aku rasa aku patut berundur. Aku nak balik Malaysia malam ni, kau honeymoon lah dengan kawan kau tu."

Aku mengalah kerana tidak mahu berterusan menyakiti hati yang sudah banyak terluka. Lebih baik aku kembali semula ke Malaysia daripada terus sakit hati di sini.

"Farisya jangan macam ni. Tiga hari lagi kita balik la."

"Tiga hari terlalu lama untuk aku. Kawan kau tu pandang aku macam aku baru lepas rampas boyfriend dia," kataku apabila teringatkan renungan sepasang mata itu. Cara yang sama aku ketika pandang ke arah Ilya.

"Dia kawan aku je, kebetulan je datang bercuti."

"Kebetulan? Klise sangat jawapan." Dalam banyak-banyak tempat kenapa dia boleh ada di sini? Kebetulan yang tak logik langsung.

"Tunggu dulu, Farisya." Zarif memaut tanganku ketika aku menarik pemegang bagasi.

"Aku nak faham kau tapi aku tak mampu."

Silapnya juga datang dari aku, bukan dia seorang. Tetapi aku sudah cuba. Aku sudah lama tinggalkan perangai buruk, sudah lama tidak keluar malam dan sudah lama aku putuskan hubungan baik dengan semua lelaki yang aku pernah kenal. Tetapi Zarif masih lagi sama walaupun perubahannya ada sedikit. Aku terlalu kecewa melihatkan hubungannya dengan Hadira.

"Kalau alasan lain kau kahwin dengan aku sebab terpaksa, jangan bagi aku harapan." Aku cari kekuatan untuk memberitahu apa yang aku rasa.

"Aku tak nak pun rasa semua ni tapi semua ni berlaku terlalu cepat. Aku tak boleh nafikan kalau kau terus bagi aku harapan."

"Farisya—"

"Berhenti bagi aku harapan supaya aku dapat lupakan apa yang aku rasa." Aku cuba untuk tautan tangannya namun gagal, Zarif lebih tangkas membuatkan aku terdorong ke arahnya.

"Kita balik Malaysia sama-sama."

Continuă lectura

O să-ți placă și

848K 85.1K 72
⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...
12.1M 537K 74
[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak ak...
263K 23.2K 62
Aleena Raudhah mendapat e-mel dari entah siapa setiap minggu. Isi Kandungan e-mel itu sentiasa membuatkan dia tertunggu-tunggu. Umpama membaca quotes...
571K 7.6K 10
"Nama aku Khair. Arzen Bilal Khair."-𝐀𝐑𝐙𝐄𝐍 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐋 𝐊𝐇𝐀𝐈𝐑 Dia seorang petarung handal. Dakar tiada gentar. Rasa megah mengalir dalam dara...