Bukan Untuk Dimiliki

By appleflakes

4M 246K 37.7K

Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin de... More

Bukan Untuk Dimiliki
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Epilog
Bahagian I
Bahagian II

Bab 39

47.1K 3.2K 238
By appleflakes

Dari luar tingkap pesawat, pandangan mataku dijamu dengan kepulan awan berlatarkan langit yang gelap. Aku mengerling ke arah Zarif yang masih lena disisiku, memikirkan kejadian seminggu lalu aku terus palingkan wajahku ke arah lain. Sudah seminggu berlalu semenjak aku melihat Zarif bersama-sama dengan perempuan yang tidak dikenali dan sampai sekarang aku mogok dari bercakap dengannya.

Ada beberapa kali dia bertanya soalan yang sama, adakah dia ada melakukan kesalahan terhadapku. Aku balas dengan jawapan seperti biasa. Sudah seminggu berlalu, takkan dia langsung tidak dapat mengagak yang aku marahkan dia? Dalam tempoh ini, takkan dia tidak sedar langsung perubahan sikapku ketika bercakap dengan dia? Naif sangat ke sampai tidak tahu aku sedang marahkan dia?

Malas memikirkannya, aku cuba untuk tidur. Sepanjang penerbangan ini, aku langsung tidak dapat tidur kerana terlalu memikirkan Zarif dan perempuan itu. Setelah beberapa kali mencuba, aku putuskan untuk tidak tidur. Aku menyambung termenung seperti tadi dan sesekali aku menatap wajah Zarif yang sedang lena di sisiku.

Sepanjang tiga minggu kami berkahwin, dia menjadi peneman tidurku. Apabila aku bangun dari tidur, wajahnya akan menjadi perkara pertama yang aku lihat. Tidak terlalu awalkah jika aku kata, hatiku merasakan sesuatu apabila melihat dia dan jantungku akan memainkan irama, berdegup kencang apabila dia tersenyum ke arahku?

Setiap kali aku memandang sepasang mata miliknya, perasaan rindu yang datangnya entah dari mana bagaikan terubat. Pada minggu kedua kami berkahwin, aku ingatkan hatiku yang aku hanya keliru dengan perasaan sendiri. Mungkin aku keliru yang dia adalah Airil, cinta pertamaku membuatkan aku merasakan benda yang sama apabila berhadapan dengannya.

Apa yang kau dah buat pada aku, Zarif?

Masuk minggu ini, aku rasakan yang aku bukan keliru. Aku sudah dapat lupakan Airil dan ingatan mengenainya sudah lupus. Perasaanku terhadap Zarif tiada langsung kaitannya dengan Airil. Perbezaannya dengan Airil terlalu banyak dan aku yakin perasaan cinta yang kurasakan ini mekar untuknya kerana dia, Amril Zarif.

Bagaikan cinta pertama yang hilang datang kembali. Tapi rasanya, aku saja yang merasai semua itu. Mana mungkin dia cinta pertamaku kerana pertemuan kami bermula pada malam itu, malam yang aku sangkakan dia adalah Airil.

Tanpa aku sedari, destinasi yang kami tuju akhirnya tiba setelah hampir enam belas jam berada di atas pesawat. Pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur tiba di Florence Airport. Aku pernah jejakkan kaki di Itali beberapa tahun yang lalu dengan Iskandar, kami hanya sempat ke Rome dan Florence. Ini kali pertama aku akan ke Venice.

Mengikut percangan, kami akan berehat dahulu di hotel berhampiran sebelum bergerak ke Venice. Iskandar sudah menguruskan segala-segalanya untuk memudahkan percutianku dengan Zarif, termasuklah penempahan bilik hotel. Aku hanya membiarkan Zarif berurusan dengan penyambut tetamu.

Selesai urusan di situ, aku dan dia terus bergerak ke bilik kami. Dengan langkah yang longlai, aku menuju ke katil lalu menghempaskan badan ke atasnya. Keempukan tilam membuatkan aku rasa begitu selesa sekali, mata sudah terpejam dan sudah bersedia untuk berlalu ke alam mimpi. Sepanjang tempah hampir enam belas jam, aku langsung tidak tidur dan malam sebelumnya aku hanya sempat tidur selama empat jam sahaja.

"Jom pergi makan." Suara Zarif kedengaran, mengajakku keluar mencari makan. Aku tidak memberi sebarang jawapan. Soal makan aku letakkan ke tepi dahulu, aku ingin tidur ketika ini.

"Tak apa lah, kau tidur la." Zarif mengalah dan aku teruskan tidurku yang tergendala tadi.

❀❀❀

"Farisya, bangun. Nak dekat maghrib dah ni." Aku terjaga dari tidur selepas mendengar suara tu memanggil namaku, sesekali bahuku disentuh.

"Kita solat sama-sama," ujarnya dengan nada suara yang lembut.

"Tak boleh," jawabku dengan mata yang masih lagi terpejam.

"Sekejap boleh, sekejap tak boleh. Mana satu ni?" Dia bertanya lagi membuatkan aku merasa rimas.

"Bukan urusan kau. Kau nak solat pergi je lah! Tak payah nak ajak aku!" Aku tidak berniat pun nak tengking dia tapi aku terlepas cakap kerana aku terbawa-bawa emosi tentang kejadian di restoran tempoh hari.

Kelopak mata aku buka dan memerhatikan Zarif melangkah meninggalkan katil dan menuju ke sejadah yang sudah dibentangkan. Reaksinya menunjukkan yang dia terasa hati denganku. Tiba-tiba aku rasa bersalah kerana terlanjur menengkingnya. Namun akalku mula berkata yang itu bukan salah aku, Zarif yang cepat terasa hati. Dia yang memaksa, siapa suruh? Aku ingatkan diriku yang itu bukan salah aku.

Aku terus bangun dari berbaring dan menuju ke bilik mandi. Masa yang diambil tidak terlalu lama kerana perutku meminta di isi, kali terakhir aku makan adalah ketika berada di atas pesawat. Selesai saja, aku terus keluar dan telingaku menangkap suaranya berdoa setelah selesai menunaikan solat maghrib.

"Kau lembutkanlah hatinya supaya kembali ke jalan yang benar. Kau berikanlah hidayah kepadanya agar kembali beriman kepadaMu. Kau bukakanlah pintu taubat untuknya—"

Aku berhenti mendengar suaranya yang sebak merayu-rayu kepada Sang Pencipta melalui doanya yang ditujukan untukku. Jauh di sudut hati, aku ingin aminkan doa itu tetapi ego membataskan aku untuk mempercayai yang tidak mungkin aku akan menjadi seperti Zarif inginkan. Jiwaku sudah mati, hati sudah hitam dan diriku penuh dengan noda.

Selesai berpakaian, aku kembali ke katil dan mataku terpandangkan bungkusan makanan di sisiku. Baru saja aku ingin menyetuhnya, Zarif mula memandang ke arahku. Niatku untuk makan terus terbantut dan aku kembali berbaring di atas katil.

"Makan dulu sebelum tidur," tegur Zarif apabila melihatkan aku kembali posisi tadi.

"Hari ni kau langsung tak sentuh makanan." Dia berkata lagi dan aku tidak memberikan sebarang respon.

"Farisya, bangun cepat. Makan dulu."

"Kalau aku tak nak?" Tanyaku, memberi respon kepada arahannya.

"Ni bukan arahan tapi ni paksaan. Kau bila lapar akan terjaga tengah malam dan kat sini aku tak boleh masak macam kat rumah."

Aku mengetap bibir menunjukkan tanda geram. Dulu nampak macam pendiam tapi sekarang boleh pula bercakap macam dah kenal sepuluh tahun. Siap membebel lagi! Aku ketepikan ego yang menggunung kerana aku lapar. Tanpa mempedulikannya aku terus makan.

"Aku nak tanya soalan yang sama, aku ada buat salah ke?" Aku tak ambil peduli langsung pertanyaannya dan terus makan. 

"Kau tak banyak cakap. Selalunya bila aku tanya satu soalan, kau bagi sepuluh jawapan. Ada je nak dibahaskan sebab nak gaduh dengan aku." Dia berhenti seketika dan memandang ke arahku.

"Something is wrong, right?"

"No! Everything is wrong!" Aku hentakkan botel air mineral ke atas meja.

"Seminggu, Zarif. Seminggu! You take a week to figure out something is wrong with me?"

"When I ask you the same question, kau jawab apa? Tak ada apa-apa kan?" Kali ini dia pula seperti marahkan aku.

"Kalau aku ada buat salah, lain kali cakap. Bukannya diam macam tu je. Manalah aku tahu, bila perempuan marah dia akan jawab tak ada apa-apa. Lepas tu tidur dan esoknya pun sama macam tu."

Aku tergamam mendengarkan kata-katanya. Kenapa lelaki lain akan tahu bila aku tak bercakap, itu maknanya akan ada sesuatu yang tak kena denganku walaupun aku cakap tak ada apa-apa? Bukan seperti Zarif, mereka akan tanya apa masalahnya sampai aku jadi pendiam.

"Sekarang ni, Farisya. Apa yang aku dah buat?"

"Tak guna." Tanpa sedar menuturkan kata-kata itu dan bantal yang berada berhampiran aku ambil lalu dibalingkan ke arahnya.

"Aku benci kau!" Aku kembali ke katil dan menarik gebar untuk menutup seluruh badanku.

"Perempuan. Complicated betul."

"Kau diam!"

"Bila tanya apa masalahnya, dia diam. Agaknya minggu depan pulak boleh tahu apa salahnya."

Suasana hening seketika membuatkan aku menyelak sedikit gebar yang menutupi bahagian muka. Aku melihat Zarif sedang menunaikan solat Isyak. Apabila teringat kata-katanya sebentar tadi, aku menyumpah sendirian.

Dulu, aku selalu mengimpikan seorang suami yang bermulut manis, boleh tahu bagaimana perasaanku dan tahu memujuk. Tapi apa yang aku dapat seorang suami yang berhati batu, tidak memahami aku dan sikapnya sentiasa berubah-berubah. Sepatutnya aku tak berharap apa-apa dari Zarif kerana aku pasti dia berkahwin denganku kerana rasa berdosa dan amanah dari papa.

"Tak tidur lagi? You're not going to tell me—"

"Diam!"

"Okay, aku akan diam. Selamat malam." Zarif terus berbaring disisku dan memejamkan matanya.

Dalam kesamaran lampu tidur, mataku terkebil-kebil memandang ke arah siling. Sebenarnya aku ingin tanyakan sesuatu kepadanya.

"Zarif—"

"Esok pagi-pagi kita nak berangkat ke Venice."

"Selain kau rasa bertanggungjawab dan amanah dari papa, ada sebab lain ke kau kahwin dengan aku?" Aku bertanyakan soalan yang dari tadi berlegar di fikiranku. Aku perlu tahu.

"Jawab Zarif," tegasku kerana inginkan jawapan darinya.

"Tidur."

"Aku dah tidur petang tadi dan aku perlukan jawapan sekarang." Aku terus membantah dengan memberi alasan lain.

"Penting ke untuk kau tahu?" Dia soal kembali.

"Penting."

"Kenapa?"

"Sebab aku nak tahu!" Aku tinggikan suara kerana geram dengan pertanyaannya.

"Apa yang aku nak tanya ni mungkin bodoh atau tak logik sebab kita baru kenal tapi ada tak sedikit pun rasa sayang atau cinta untuk aku?" Tanyaku dengan soalan yang tidak berkias supaya dia faham.

"Tidur, Farisya." Jawapannya mengundang rasa sebak.

"Jawab la Zarif!"

"Aku kata tidur!"

"Aku tak nak! Jawab soalan aku! Kalau tak ada, jawab je tak ada!" Aku terus mendesak supaya dia berikan jawapan kerana aku perlu tahu.

Kalau jawapannya tidak, aku akan cuba untuk lupakan perasaan yang semakin mekar di dalam hati. Kalau ya? Aku rasakan ini mustahil, tak mungkin.

"Jawab la Zarif!"

Tiada sebarang jawapan diberikan melalui kata-kata tetapi desakanku telah membuatkan dia menarik tubuhku ke dalam dakapannya. Aku dapat merasakan tangannya memeluk pinggangku dengan erat lalu menarik aku lebih rapat dengannya. Muka aku tersembam di dadanya dan Zarif mengusap kepalaku dengan lembut.

"Jangan tanya soalan macam tu lagi." Perlahan suaranya membisikkan kata-kata itu namun aku mendengarnya.

"Kau tak perlu tahu." Dia terus berkata lagi dan melakukan rutin hariannya setiap malam setelah aku berpura-pura tidur.

"Sebabnya itu akan membuatkan kau persoalkan kenapa dan kenyataan itu akan burukkan lagi hubungan kita." Zarif mengelus rambutku dan mengucup dahiku seperti biasa.

"I need to know." Suaraku sudah kedengaran berbeza, seperti mahu menangis.

"Bukan sekarang, kau akan tahu nanti. Jangan menangis, aku tak pandai pujuk," katanya jujur.

"Tidur."

Hanya sepatah dia berkata dan aku akur, tidak bertanya lagi. Fikiranku masih lagi memikiran kata-katanya, aku hanya tanyakan alasan lain kenapa dia berkahwin denganku. Tetapi kenapa dia cakap aku akan persoalkan dan akan memberi impak kepada hubungan kami? Aku angkat sedikit wajahku dan memandang ke arahnya yang sudah lena.

Apa yang kau cuba sembunyikan dari aku, Zarif?

Continue Reading

You'll Also Like

579K 46.9K 41
The more you hide your feelings for someone, the more you fall for them. Dupdap dupdap dudap! Jantung berdegup laju setiap kali majlis dinner satu ke...
946K 82.7K 70
Melissa Adeera, trauma yang datangnya dari insan bergelar lelaki telah menghadirkan sebuah mimpi buruk padanya setiap hari. Setiap malam. Setiap wak...
195K 20.5K 53
ALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap...
572K 7.6K 10
"Nama aku Khair. Arzen Bilal Khair."-𝐀𝐑𝐙𝐄𝐍 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐋 𝐊𝐇𝐀𝐈𝐑 Dia seorang petarung handal. Dakar tiada gentar. Rasa megah mengalir dalam dara...