Boss Vs PA

By cikorked

483K 20.9K 789

Syifa Ammara. Kerjanya hanyalah sebagai PA tapi bila bekerja dengan Khaalish Zafriel a.k.a boss muka ketat ma... More

Bab 1
Bab 2
BVP 3
BVP 4
BVP 5
BVP 6
BVP 7
BVP 8
BVP 9
BVP 10
BVP 11
BVP 12
Bukan Update!
BVP 13
BVP 14
BVP 15
BVP 16
BVP 17
Attention!
BVP 18
BVP 19
ATTENTION!
BVP 20
BVP 21
BVP 22
BUKAN UPDATE
BVP 23
BVP 25
BVP 26
BVP 27
BVP 28
BVP 29
Love Is Pain
BVP 30
Love Is PAIN (LIP)
MAAF.

BVP 24

9.2K 488 13
By cikorked

Sudah beberapa bulan berlalu kejadian 'wedding cancel' itu berlaku. Syifa seperti biasa. Langsung tidak terkesan.

Hubungan dia dengan Zafriel bertambah baik. Bosnya itu semakin mengada. Kemana dia pergi, mesti dibawa sekali Syifa. Pernah Syifa mengikutnya mesyuarat di luar negeri. Bukan sehari tapi tiga hari. Padahal semua itu biasanya berkaitan dengan Kak Ita tapi alasannya,

"Kak Ita ada keluarga, susah nak tinggalkan,"

Dah tu selama ni Kak Ita tak ada keluarga ke?

"Nah, breakfast. Saya tak sempat nak masak jadi saya beli bungkus je. Nasi lemak ni sedap tau," Syifa menghulurkan bungkusan nasi lemak kepada Zafriel.

Zafriel hanya memandang kosong ke arah nasi lemak itu dan mengambilnya.

"Kalau beli bungkus, saya pun boleh beli,"

"Dah tu saya tak sempat nak buat macam mana. Mengada lah bos ni," Syifa mempamerkan riak tidak puas hati. Orang beli tu makan je lah. Banyak songeh.

"Ha ye ye saya makan. Terima kasih Cik Syifa. Oh ya. Nanti kita lunch sekali,"

Syifa mengangguk faham. Breakfast pun belum makan dah bagitahu untuk lunch?

Hari itu kerja Syifa tidak terlalu banyak. Jadi bolehlah dia melayari Facebook. Huh! Pekerja tak bertamadun betul.

"Jom," Zafriel keluar dan memandang Syufa sepintas lalu. Pantas Syifa mengambil begnya.

Sambil menunggu makanan, Syifa bermain telefon. Itu hanyalah untuk hilangkan rasa tidak selesa sebab bosnya tak berhenti pandang dari tadi!

Tidak lama kemudian Syifa meletakkan telefon di atas meja memandangkan bateri sudah merah.

"Bos ni kenapa pandang saya dari tadi? Saya pakai tudung senget ke?" dia baiki tudungnya. Manalah tahu tudungnya sudah tidak berupa tudung.

"Syifa, kalau saya ajak awak kahwin, awak nak?" Laju sahaja ayat itu meluncur keluar.

Syifa terpinga. Soalan apakah ini? Gurauan apakah ini?

"Bos jangan gurau lebih lebih boleh tak?" Berdebar hati dibuatnya.

"Tak saya tak bergurau. I'm totally serious right now. I want you to be my wife. Will you?" Serius muka Zafriel menuturkan kata. Dia tidak bergurau. Dia mengambil kesempatan ini untuk meluahkan apa yang dia inginkan. Tidak mahu bercinta, takut hubungannya tidak berpanjangan.

Syifa diam. Tidak tahu mahu membalas apa. Rasanya, baik dia diam sahaja.

"Saya bagi awak masa untuk fikirkan. I will not push you. Kalau awak terima, bagitahu saya and if you don't bagitahu je. I'm okay with it," Zafriel menenangkan Syifa. Siapa yang tidak terkejut bila dilamar secara tiba tiba begini. Kan?

Perjalanan pulang ke pejabat menjadi sangat janggal. Biasa perjalanan mereka dipenuhi dengan celoteh Syifa yang tidak berhenti bercakap. Tapi hari ini, Syifa diam. Tahulah sebabnya.

"Saya minta maaf kalau buat awak rasa tak selesa. Tapi saya betul betul serius. Saya akan terima walau apa pun keputusan awak nanti," kata Zafriel sebelum masuk ke dalam bilik pejabatnya.

Syifa mengeluh perlahan. Apa semua ni? Like what the? Memang tak disangka semua ini akan terjadi. Keputusan apa yang akan diberi nanti?

Terima? Tolak? Ugh! Kusut!

"Kenapa Syifa? Kusut je akak tengok," Kak Ita menegur.

"Tak ada lah kak," dia tersenyum.

"Maira, apa aku nak buat ni?"

"Kau bagi je keputusan. Kau nak ke tak nak ni? Dah bagitahu ibu dengan ayah kau?" Terkejut juga Maira dibuatnya bila Zafriel melamar Syifa.

"Belum. Ibu dengan ayah baru je cool down dengan kes hari tu. Aku taknak lah kusutkan mereka," jujur Syifa katakan, kalau boleh dia tak mahu ibu dengan ayahnya tahu.

Sebab mungkin dia akan menolak lamaran bosnya. Bukan jual mahal, tapi dia tak mahu orang lain bercakap buruk tentang mereka. Jujur dia katakan, memang dia sukakan Zafriel tapi bila Zafriel melamarnya, entah perasaan apa yang muncul.

Ragu ragu, takut, gembira.

"Suka hati kaulah Fa. Semua ni atas kau. Aku pasti ibu dengan ayah kau terima," Maira menenangkan Syifa yang kelihatan sangat kusut.

Hujung minggu Syifa pulang ke rumah orang tuanya. Sewaktu makan pagi, Syifa kelihatan gelisah.

Bagitahu ke tak? Kalau tak bagitahu macam aku ni pandai pandai buat keputusan sendiri.

"Ibu, ayah. Fa ada benda nak bagitahu ni," Syifa bersuara setelah adiknya beredar dari meja. Budak tu tak boleh tahu. Nanti menyibuk.

"Apa dia? Dari tadi ibu tengok gelisah je," Puan Esah menghirup teh panas.

"Ibu dengan ayah ingat lagikan bos Fa yang datang masa raya dulu kan?"

"Kenapa dengan dia?" Soal Encik Rosli pula.

Syifa menarik nafas sedalam dalamnya.

"Dia ajak Syifa kahwin?" Puan Esah berseloroh.

Syifa tersedak. Ibu tahu? Macam mana ibu tahu? Bos dah call ibu ke?

"Macam mana ibu tahu?"

"Hah? Betul? Dia ajak Syifa kahwin?" Puan Esah terkejut. Dia hanya bergurau sahaja tadi. Tak sangka pula gurauannya kena.

Syifa mengangguk perlahan.

"Fa setuju?" Encik Rosli bersuara. Dia sebenarnya tidak kisah dengan siapa Syifa akan berkahwin cuma dia takut kejadian dulu berulang lagi.

"Tak tahu. Fa berbelah bahagi sekarang ni. Tak tahu macam mana nak berhadapan dengan En Zafriel," Syifa menunduk lemah.

"Ikut kata hati Syifa. Kalau setuju, kami tak kisah. Tak setuju pun kami tak kisah. Ayah ikut je siapa pilihan Syifa. Ni soal jodoh kamu. Ayah tak nak tentukan dengan siapa Syifa akan kahwin," Encik Rosli menasihati anak sulungnya.

"Ibu pun macam tu. Tapi ingat, jangan jadi benda yang sama macam hari tu," Puan Esah memberi peringatan.

Sekarang keputusan ada ditangannya. Sama ada dia terima atau tidak.

Hari itu Syifa berjanji dengan Zafriel untuk keluar. Bukan dating tapi lebih kepada ingin berbincangkan hal itu.

"So? Macam mana?" Zafriel memulakan bicara sambil mereka menikmati pizza yang diidamkan Syifa.

"Saya dah bagitahu ibu dengan ayah. Mereka tak kisah asalkan kejadian dulu tak berulang," Syifa berhenti mengunyah pizza.

"Awak macam mana?"

"Saya. Em. Kenapa bos nak kahwin dengan saya?" Soalan yang bermain difikirannya sejak dia dilamar.

"Sebab saya suka awak," Selamba Zafriel menjawab. Ya memang itulah sebabnya. Atau boleh dikatakan cinta?

"Ramai lagi perempuan yang sesuai dengan bos. Saya ni PA je. Bos mesti ada ramai kawan perempuan yang lagi cantik, lagi hot. Kenapa saya jugak?" Syifa membuat muka keliru. Ya dia memang keliru sekarang.

"Sebab tu lah saya nak awak. Sebab awak tak hot, tak cantik. Apa ingat PA tak boleh ke kahwin dengan bos?" Zafriel bergurau.

"Saya serius ni bos," Syifa sedikit bengang. Boleh pula cakap aku tak hot? Tak cantik? Dah dia nak tu kenapa?

"Okay okay. Perangai selamba awak tu yang buat saya terpikat. Awak tahu kan saya macam mana. Dingin. Muka ketat. Tapi bila dengan awak semua tu tak ada. Saya asyik nak tersenyum je bila dengan awak," Zafriel memuji Syifa.

Ya memang sebab itulah dia terpikat dengan gadis bernama Syifa Ammara.

Muka Syifa sudah merah. Malu bila dipuji begitu.

"Takkan sebab tu je? Sampai nak kahwin." Syufa masih tidak berpuas hati. Heh. Nak kena puji lagilah tu.

"Yang lain, biar saya jelah yang tahu. Tapi saya dah cakap kan, jangan paksa terima saya. Kalau awak tak nak, saya okay. Cuma sedih lah sikit. Tapi tak lama. I'm okay with it sebab salah saya juga. Kita ni tak bercinta tak apa pun tiba tiba ajak kahwin. Memanglah pelik kan?" Zafriel menenangkan Syifa. Tidak mahu Syifa menerimanya kerana terpaksa dan kasihan.

"Okaylah kalau macam tu," perlahan Syifa menuturkan ayat.

"Okay? Okay apa tu? Setuju? Setuju nak kahwin dengan saya?" Zafriel tersenyum.

Syifa tersenyum sumbing. Malu. Seharian dia memikirkan hal ini. Nasihat dari ibu dan ayahnya dia gunakan betul betul. Ikut kata hati. Jangan buat keputusan terburu buru. Jadi setelah mengambil masa selama hampir sehari untuk difikirkan semasak masaknya, dia bersetuju.

Bukan kerana terpaksa mahupun kasihan, tapi kerana dia juga sukakan Zafriel. Tapi tak sangka pula sampai diajak kahwin, jadi itu memberikan kejutan yang besar baginya.










Phew. Finally! Saya dah boleh mulakan untuk sesi 'mengupdate' BVP. Tapi takkan diupdate setiap hari ya. Harap maklum.

And sorry sangat sangat sebab buat korang tertunggu tunggu dan tinggalkan BVP ni tergantung macam tu aje kan. Saya pun tak suka baca cerita yang tergantung macam tu je. Sama lah dengan korang kan?

Once again, i'm sorry.


Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 60.1K 43
1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Ma...
2.2M 29.6K 43
Sarah arissa- seorang perempuan yang agak selekeh, pewatakannya seakan-akan lelaki Ariel daniel- seorang lelaki yang berkulit cerah, tetapi perwata...
22K 1K 69
Segala cacat cela harap dimaafkan. Story ini sedang dibaiki.
3.6K 196 9
Perempuan yang bernama Dinara Ausha dulu seorang yang angkuh dan selalu mendongak ke langit ketika berhadapan dengan orang-orang yang berada dibawah...