Bukan Untuk Dimiliki

De appleflakes

4M 246K 37.7K

Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin de... Mais

Bukan Untuk Dimiliki
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Epilog
Bahagian I
Bahagian II

Bab 33

46.4K 3K 448
De appleflakes

"Itu mungkin keputusan terbaik. Kahwin dengan dia." Iskandar berhenti sejenak, sepertinya sedang memikirkan sesuatu.

"Bukan mungkin, tapi memang keputusan yang terbaik." Dia membetulkan kata-katanya kembali. Aku rendahkan egoku pada petang ini untuk bercakap dengannya. Iskandar orang yang penting dalam hidupku, jadi aku patut tanyakan pendapatnya dahulu.

"Aku ada masa tu, masa dia bagitahu papa yang dia nak kahwin dengan kau." Iskandar berkata lagi, aku hanya mendengar.

"Dia kata, semua tu salah dia dan dia nak perbetulkan salah itu."

Kenapa dia mengaku salah yang bukan datangnya dari dia? Sedangkan malam itu terjadi keranaku. Dalam menyampahku terhadapnya, timbul satu rasa untuk menerimanya. Dia mengaku dia salah, kalau lelaki lain sudah tentu akan letakkan salah itu kepada aku dan tidak mungkin sama sekali sampai ke tahap untuk menikahiku.

"Aku nakkan yang terbaik untuk kau dan aku yakin Am adalah yang terbaik." Iskandar meneruskan lagi kata-katanya untuk meyakinkan aku.

"Berapa hari je dia ada dalam rumah ni? Tak sampai seminggu Is. Kau dah percayakan dia?" Tanyaku untuk membantah keputusan yang sudah aku setujui.

"Tak sampai seminggu dia ada kat sini, masa solat subuh, dia imamkan kami. Malamnya pulak sama," ujar Iskandar. Memang betul-betul puji atau untuk membodek aku?

"Aku puji dia bukan saja-saja. Apa yang aku kata ni berdasarkan apa yang aku tengok."

Macam-macam tahu je aku fikirkan perkara itu.

"Terima dia."

Aku sudah menerimanya sebagai suami tapi atas dasar cabaran supaya dia menyesal. Tapi aku masih ragu-ragu dan jauh di sudut hati keliru dengan perasaan sendiri. Betulkah aku menerimanya kerana cabaran atau aku dustakan satu perasaan?

"Malam tu bukan salah dia- Kan?" Ditarik nada suaranya sebelum menyebut perkataan terakhir. Iskandar memandang ke arahku, aku hanya membisu tanpa kata-kata.

"Tapi dia tetap mengaku salah dia." Iskandar ulangi lagi ayat yang sama.

"Tak sampai seminggu, takkan aku nak terus terima dia. Kenal gitu-gitu je." Aku teruskan memprotes.

"Aku dengan Ayreen kahwin dulu pun terpaksa, berada dalam situasi macam kau. But the end, aku cuba terima dia."

Iskandar ingatkan aku mengenai perkongsian hidupnya dengan Ayreen atas dasar terpaksa. Akhirnya tiada lagi istilah paksaan dalam kehidupan mereka setelah kedua-duanya lembutkan hati untuk menerima antara satu sama lain. Bahagia yang meniti hari-hari mereka.

"Apa yang kita benci akan mula jadi sayang. Bila dah tiada, akan menyesal tak sudah."

Mungkin kisah mereka sudah biasa di dengari, Iskandar berkahwin dengan Ayreen kerana paksaan. Apabila bahagia itu datang, Ayreen kembali kepada Sang Pencipta. Bencinya Iskandar dulu pada Ayreen membawa penyesalan ke hari ini kerana terlalu ego dengan perasaan sendiri.

"Fikir dua kali kalau nak bencikan orang, mungkin orang tu jugak akan jadi orang yang paling kita sayang. Bila dia pergi, susah untuk dilepaskan."

Mungkin kedengaran klise tapi betul apa yang Iskandar katakan. Ego kami sama, sama-sama tipu perasaan sendiri. Apa yang aku rasakan sekarang, ada perasaan untuknya yang aku dustakan dan ada satu keinginan dalam diri yang aku nafikan.

"Aku cuba jadi abang-"

"Adik." Aku betulkan hubungannya denganku, kadang-kadang aku rasakan dia abang aku.

"Yang terbaik untuk kau tapi aku rasa aku gagal."

Sama macam papa kata, dia gagal. Dia bawa Aunty Aliyah sebagai pengganti mama untuk ubah perangaiku tapi sebaliknya terjadi. Sekarang ini, Iskandar cuba untuk lakukan perkara yang sama. Hadirkan Zarif ke dalam hidupku supaya aku berubah.

"Kau tak gagal, Is. Aku sendiri yang jadi begini."

"Alahai, nak berdrama sedih dah ni." Dalam situasi begini sempat lagi dia berkata begitu.

"Tapi aku tak paksa, kalau nak then marry him. Kalau tak nak, just say no," katanya lagi. Rasa terharu mula datang, aku bersyukur kerana adanya.

"Cara kau tadi macam nak paksa je."

"I just want the best for you."

"Untunglah Sara nanti," ujarku dengan selamba. Riak wajahnya sudah keliru.

"Sara? Qaisara? Kenapa dengan dia?"

"Dia kata nak jadi adik ipar aku."

"Hah?"

"Eleh! Tak payah buat muka macam tu! Sukakan?" Aku terus mengusiknya.

"Tak ada maknanya!" Iskandar terus bangun meninggalkan aku.

"Aku cakap benda betul."

Aku mengikut langkahnya dari belakang, Iskandar menuju ke pintu gelangsar lali mengorak langkah ke gazebo yang terletak berhampiran kolam renang. Saat itu juga aku terpandangkan papa dan Aunty Aliyah. Zarif juga ada di situ.

"Jom!" Entah bila Iskandar berada di tepiku, dia segera menarikku untuk ke sana.

"Since Farisya is here, why not kita bincang sama-sama? Kita pilih tema dulu?" Iskandar memulakan kata-katanya. Aku melihat mereka bertiga sedang catalog pakej perkahwinan.

"Pink quartz and white?"

Aunty Aliyah bersuara memberikan cadangan. Aku sebenarnya hairan dengan dia, dulu beria-ia pisahkan aku dan Airil. Tapi sekarang ni beria-ia nak kahwinkan aku dengan anak dia yang sulung ni. Nasib baik yang bongsu tiada di sini, agak-agak apa yang dia nak buat?

"Kalau nak warna hitam?"

Dengan bersahaja aku berikan cadangan. Semuanya memandang ke arahku seolah-olah itu sesuatu yang pelik. Masa pergi majlis resepsi Airil dulu, aku pakai warna hitam. Jadi apa salahnya kalau guna warna sama. Lagi pun, warna hitam cantik apa?

"Ini untuk perkahwinan bukan pengebumian."

Aku buat-buat tak tahu bila papa berkata. Papa dan Aunty Aliyah yang nampak beria-ia sekarang ni, sesekali Iskandar menyampuk. Zarif pula hanya mendengar dan aku langsung tak ambil peduli. Pandangan mata beralih ke arah lain.

"Am ikut je, tak kisah."

Aku memberi sepenuh perhatian apabila suara itu menyapa pendengaranku. Kalau dengar dengan teliti, ada perbezaan antara suaranya dan suara Airil. Suara Airil kedengaran agak dalam tapi suara Zarif kedengaran lunak, buktinya aku sudah dengar. Ketika dia membaca Al-Quran tempoh hari.

Fikiranku yang asyik fikirkan perbezaan suara mereka terus lesap apabila terdengar keempat-empat mereka ketawa. Aku tidak tahu apa yang kelakar kerana tidak memberi sepenuh perhatian kepada perbualan mereka.

Kali ini aku temui lagi perbezaan antara Zarif dan Airil. Senyuman.

Bibirnya lebar mengukirkan satu senyuman, memberi respon kepada situasi sekarang. Dari sini, aku dapat lihat ada dua lesung pipit yang berlekuk di kedua-dua belah pipi kiri dan kanan. Airil tiada senyuman sebegini, senyumannya biasa tanpa lesung pipit.

Aku kembali memandang ke arah dua ulas bibir yang semakin lebar tersenyum, sesekali kedengaran tawa yang keluar. Aku terus memerhati sehingga kejadian malam itu hadir ke dalam kotak fikiran. Bibir selembut baldu dan semerah delima itu aku pernah merasainya.

Gila bayang ke ni?

Menyedari keterlanjuranku dalam mengingati kejadian lalu, aku mula mengalihkan pandanganku ke arah matanya. Tiada perbezaan antara sepasang mata ini dengan Airil. Aku cuba mencari perbezaan namun gagal.

"Kalau nak tenung tu cover la sikit, sampai malu kawan tu."

Iskandar menyiku lenganku dan disertai dengan kata-kata itu. Aku tundukkan sedikit mukaku ke bawah, perasaan malu mula hadir kerana terlebih pandang. Aku menaikkan mukaku kembali setelah berjaya mengawal riak wajah. Saat ini juga, pandangan mata kami bertembung. Mukanya merah padam.

"Am okay ke?"

"I'm okay."

Dia okay tapi aku tak. Mana nak sorok muka lepas ni? Sebelum ni aku beria-ia tak nak kahwin dengan dia tapi sekarang ni, tenung macam nak telan.

"Farisya okay ke dengan plan kami?"

"I just want a simple wedding. Rasanya cukup majlis akad nikah, ajak keluarga terdekat dengan kawan." Aku berkata dan segera meninggalkan tempat itu.

Bukan kerana aku malas atau seperti kebiasaannya tapi kerana aku segan. Entah kenapa pula boleh jadi segan macam ni. Selalunya apabila aku tenung macam mana sekali pun seorang lelaki, tak akan jadi macam ni. Terasa darah merah menyerbu ke muka, tangan mula memberi reaksi dengan mengipas wajah yang semakin membahang. Malunya!

Okay anak-anak, aku update awal sikit. Herherher

Maybe cerita ni antara 45 ke 50 bab 🤔

Anyway, aku baca semua korang. Thank you! ❤

Terus terang aku cakap, Beautiful Lies terjadi 79 + 3 special chapters kerana comment-comment yang sentiasa membina dan pendapat masing-masing yang aku gabungkan dengan idea asal. 🤗

Terima kasih

Continue lendo

Você também vai gostar

942K 82.5K 70
Melissa Adeera, trauma yang datangnya dari insan bergelar lelaki telah menghadirkan sebuah mimpi buruk padanya setiap hari. Setiap malam. Setiap wak...
848K 85.1K 72
⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...
922K 30K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
263K 23.2K 62
Aleena Raudhah mendapat e-mel dari entah siapa setiap minggu. Isi Kandungan e-mel itu sentiasa membuatkan dia tertunggu-tunggu. Umpama membaca quotes...