Bukan Untuk Dimiliki

Galing kay appleflakes

4.1M 248K 37.8K

Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin de... Higit pa

Bukan Untuk Dimiliki
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Epilog
Bahagian I
Bahagian II

Bab 31

47.9K 2.9K 809
Galing kay appleflakes

Maafkan saya kerana lambat huhu hari jumaat lagi kan? Huhu.

"I thought he is you!" Lantang suaraku menengking Airil.

"Then kalau tu I, you're gonna do the same thing?" Airil soal aku balik, aku terdiam selepas itu.

"Jawab Farisya! Kalau semalam tu I, you nak goda I macam you goda dia?! Nak bagi kita terlanjur?!"

Aku diam lagi, tidak tahu untuk membalas kata-katanya. Tekaannya itu semua betul, aku rancangkan semuanya untuk buat kami terlanjur tapi tidak terjadi. Paling malang sekali kerana kebodohanku, aku tersilap orang. Orangnya bukan Airil Zafran.

Tapi Amril Zarif.

Aku tahu yang Airil ada abang yang usianya tiga tahun lebih tua dari kami tapi aku tidak sangka rupa mereka sama. Wajah mereka sama, ibarat difotostat dan macam kembar seiras. Tiada langsung perbezaan antara mereka kecuali ketinggian. Airil pernah tunjuk gambar keluarganya tapi itu gambar sepuluh tahun lalu.

Penceraian terjadi antara kedua-dua orang tuanya membuatkan hubungan mereka menjadi retak, kerana ini aku berhenti bertanya mengenai keluarganya. Raut wajah Airil akan berubah kalau aku bertanya mengenai papa dan adik beradiknya. Sedih bercampur kecewa.

Satu lagi, mana lah aku tahu si Amril Zarif ni boleh ada di sini semalam. Sebelum aku keluar semalam, dia tiada pun. Entah bila dia sampai ke sini, aku sendiri tidak tahu. Aku mati-mati ingat dia adalah Airil.

"I tak sangka you macam ni." Suaranya kali ini mendatar, tidak sekeras tadi.

"I macam ni sebab you." Aku terus memberitahunya punca kenapa aku jadi begini.

"You salahkan I?"

"Airil, ni memang salah you." Anak mata kami bertembung.

"Kalau tak sebab you ni semua tak akan terjadi." Kalau bukan Airil, aku nak salahkan siapa? Puncanya semua datang dari dia.

"Kenapa dengan you, Farisya?" Rasanya perbualan antara kami tak akan berakhir dengan mudah.

"I dah buat keputusan nak kahwin dengan you tapi apa you buat?" Airil meneruskan lagi pertanyaannya. Dari caranya macam nak cakap dia baik sangat.

"You nak tahu tak? I rasa macam kejadian semalam tu dah bukak mata I. Sebenarnya you bukan perempuan yang baik-baik."

"Excuse me?" Terkebil-kebil mataku setelah Airil menghabiskan kata-katanya. Macam bercakap dengan diri sendiri!

"Cuba cermin diri tu dulu! You tu baik ke?!" Tanyaku kembali, suara naik seoktaf.

"Kalau you tu baik sangat, you tak akan ada niat pun nak ceraikan isteri yang mengandungkan anak you!"

Aku menempelaknya dengan satu kebenaran yang terbentang di depan mata. Kalau dia betul-betul baik, dia tidak akan ambil keputusan untuk menikahi aku. Dia tidak akan terfikir pun untuk duakan Ilya dan yang paling teruk, dia tidak langsung terfikir untuk ceraikan Ilya yang sedang mengandungkan anaknya.

Dan persoalan yang paling penting sekali. Kenapa kau masih lagi terkejarkan dia, Farisya?

"Jangan berlagak baik sangat Airil!"

"Sekurang-kurangnya I tak terfikir pun nak buat kita terlanjur. I nak you jadi milik I dengan cara yang halal."

Airil cuba membela dirinya untuk menunjukkan yang dia betul. Tapi pada pandangan mataku sekarang, dia salah. Dia bukan lagi seperti lelaki yang aku kenal dulu. Lelaki yang aku anggap sempurna ternyata ada cacat celanya. Lelaki yang aku harapkan ternyata hadir untuk mengecewakan aku. Lelaki yang aku inginkan cinta darinya ternyata sudah mati dengan kasih sayang.

"I rasa keputusan I nak kahwin dengan you tu salah. Satu kesilapan."

"Memang salah! Dan tu memang satu kesilapan paling besar untuk I!" Aku terus bersetuju dengan kata-katanya.

"I menyesal rancang untuk porak perandakan rumah tangga you dengan Ilya! I menyesal!" Tanpa berfikir panjang aku terus memberitahunya mengenai rasa sesalku mengenai hal itu.

"You cakap apa ni?" Air mukanya berubah. Keliru kerana ingin aku menerangkannya dengan lebih lanjut. Marah kerana dia sudah faham maksdudku.

"I rancang semuanya! Pertemuan Ilya dengan Nadzhan, I yang rancang!"

"You cakap apa ni Farisya?!"

"Tak faham lagi? I berjaya buat kepercayaan you pada Ilya, hilang begitu saja." Dengan tenang aku berkata, satu senyuman kepuasan aku ukirkan untuknya.

"Sikit je Airil, terus hilang macam tu je." Mukanya makin memerah menahan marah. Aku makin sukakan situasi ini.

"You marahkan dia sampai dia keluar dari rumah ni— Kenapa berhenti?"

Tangannya yang naik untuk menamparku terhenti apabila aku mengurnya ketika sedang mengingatkan semula kepadanya sewaktu Ilya keluar dari rumah ini. Airil turunkan tangannya dengan penuh kemarahan.

"I dah biasa kena tampar, sikit pun tak akan terasa kalau you buat. Memang sakit tapi I akan rasa puas setiap kali I ingat macam mana you tak percayakan Ilya." Aku ingatkan lagi supaya hatinya sakit mendengarkan kenyataan ini.

"Mungkin I tak dapat you Airil tapi I tak menyesal. Tak ada apa yang perlu disesalkan untuk lelaki yang tak guna macam you."

Terdapat getaran ditangannya ketika dikepal. Air mukanya makin menunjukkan yang dia sedang marah,  dipendamkan saja.

"You boleh keluar dari bilik I sekarang."

"Bukan setakat bilik ni, dengan rumah ni sekali I akan keluar."

"Bagus lah!" Aku memerhatikan Airil meninggalkam bilikku dengan ekor mata.

Buat kali pertama, aku dapat melepaskannya tanpa setitis pun air mata.

❀❀❀

Amril Zarif.

Nama ini terus berlegar-legar di mindaku setelah aku melepaskan segala kenangan mengenai Airil dari hidupku. Dia sebenarnya tidak patut hadir ke dalam hidupku ketika ini. Dengan wajah yang sama seperti Airil, pertemuan kami seharusnya tidak terjadi.

Pagi tadi aku tanya Kak Imah macam mana dia boleh berada di sini. Katanya, Zarif sampai ketika aku keluar. Kepulangannya itu dirahsiakan kerana ingin memberi kejutan kepada Aunty Aliyah dan Airil. Kerana kepenatan dia tidak ikut ahli keluarga yang lain keluar makan. Kesannya, aku turut sama merasai kejutan darinya.

Kejadian semalam membuatkan aku makin tidak senang duduk. Hanya pelukan dan kucupan sahaja tapi aku dapat merasakan setiap nadi dan naluri terjaga, jantung mula memainkan berdetak dengan laju dan jiwaku sudah tidak keruan.

Kenapa jadi begini? Aku sudah bersumpah untuk bencikan apa saja yang berkaitan dengan Airil. Tapi kenapa perasaan lain pula yang aku rasa sedangkan wajah mereka sama dan alasan ini begitu kukuh untuk aku bencikannya.

Aku cuba menenangkan diri namun kejadian semalam semakin kuat hadir. Kucupan itu berlaku secara paksaan namun dia rela dan kami bersatu dalam dakapannya yang hangat. Aku dapat rasakan lagi kehangatannya yang menjalar, hembusan nafasnya yang tidak teratur dan pelukannya yang begitu selesa membuatkan aku terbuai.

"Kau gila ke Farisya?!"

Setelah bergelut dengan perasaan yang tidak dapat dinafikan, aku lontarkan pertanyaan itu. Waraskah aku sekarang ini? Kenapa boleh hadir perasaan sebegini? Dan kenapa juga boleh terdetik yang aku inginkannya lebih dari semalam?

Memang sah aku dah gila!

"Arghhh!" Dengan jeritan aku bangun dari buaian rotan yang berada di balkoni.

Sebenarnya aku hairan juga dengan papa. Dia tak kata apa-apa, dia cuma marah sekejap je dan lepas tu dia ke bilik. Aunty Aliyah pula menangis dan Zarif tu pula cuba menerangkan kepada Aunty Aliyah yang kejadian semalam terjadi begitu pantas sekali. Dia tidak tahu yang bagaimana dia boleh melakukan hal itu.

Fikiranku ligat memikirkan alasan kepada papa. Walaupun dia tak membebel semalam tapi aku perlu jelaskan sesuatu kepadanya. Sesuatu yang aku tak salah dan alasan logik tu macam susah nak dapat. Fikir lagi, Farisya.

"Kita kahwinkan Risya dengan Am?"

Telingaku menangkap perbualan itu. Aku mula memberi fokus apabila namaku kedengaran. Kahwin? Aku? Dengan Am? Zarif la kan?

Jangan tanya kenapa aku panggil dia Zarif.

"Abang rasa macam tu jugak. Semalam tu tak patut terjadi, abang takut nanti terjadi balik."

"Lagi pun saya ada rancang nak jodohkan Risya dengan Am."

Hah?

"Aunty cakap apa?" Aku tak berselindung lagi kali ini. Terus aku menerpa masuk ke dalam bilik mereka.

"Aunty cakap apa?!" Aku berdiri setentang dengannya.

"Aunty tak ada hak nak tentukan dan nak jodohkan Risya dengan sesiapa!" Aku memberitahunya tentang hal itu.

"Kau tak ada hak nak tentukan hidup aku! Kau bukan sesiapa dalam rumah ni!" Tanpa aku sedar, aku terus menengkingnya tanpa menapis sebarang kata-kata.

"Farisya!"

"Papa nak cakap, kenapa kurang ajar sangat?!" Kali ini aku alihkan pandangan mataku ke arah papa.

"Now you listen to me, I'm not going to marry him! Papa dengan dia ni tak ada hak pun nak tentukan!" Jari telunjukku terarah pada Aunty Aliyah yang sudah lecun dengan air mata. Dia ingat kalau dia menangis, aku akan kisah?

"Risya akan kahwin dengan Am."

"Why would I?"

"You ask me that? Lima orang yang nampak Farisya, apa yang terjadi semalam." Papa ingatkan aku tentang kejadian semalam.

"Apa orang luar akan cakap kalau mereka tahu?"

Dah mula dah. Keluar dah ayat klise yang bangang ada kat setiap scene kena tangkap basah, khalwat. Contohnya, Beautiful Lies.

"Mereka tak akan tahu kalau orang dalam rumah ni pandai jaga mulut. Lupakan yang jadi dan buat-buat tak nampak je lah!"

Aku mula memberi alasan yang tidak masuk akal untuk menutup kejadian malam itu. Aku tak mahu terikat dengan lelaki yang aku baru kenal dan wajahnya sama macam Airil.

"Lagipun bukan salah Risya!"

"Dah tu salah Am?" Papa soal aku balik.

"Risya ni anak papa! Kenapa papa percayakan orang luar lagi?!"

"Sebab Risya anak papa, papa percayakan Am." Aku hanya menahan rasa marahku.

"Papa rasa macam Risya ni bukan lagi anak papa." Aku tahu kenapa tapi suaranya kali ini lembut kedengaran.

"Puncanya dari papa. Kita sama-sama rasa macam tu, tak ada langsung hubungan anak dan ayah antara kita."

"Boleh tinggalkan kami kejap?" Aunty Aliyah menurut dan meninggalkan kami berdua.

"I'm trying to be the best father to you and Iskandar."

"Papa cuba tapi papa tak pernah tunjukkan. Macam mana Risya dengan Is nak rasa?"

Aku berkata dengan suara yang lirih. Ini kali pertama kami bercakap tanpa menengking, tanpa meninggikan suara. Hanya suasana yang tenang menemani kami.

"I'm trying to love her and at the end I did. Papa tak tahu macam mana nak tunjukkan. Tapi dia pergi dulu, sampai sekarang papa menyesal."

Betulkah apa yang aku dengar? Semuanya itu merujuk kepada mama. Aku tak percaya yang aku mendengar semua ini.

"Kalau menyesal, kenapa papa kahwin dengan aunty?" Aku bertanya, matanya aku tatap. Tak keruh seperti dulu, ikhlasnya aku dapat lihat.

"Sebab Farisya, papa kahwin dengan Aliyah. Sebab papa nampak Farisya baik dengan dia, macam dengan arwah mama dulu." Papa berhenti seketika, nafasnya dihela.

"Papa perlukan dia supaya dia boleh bentuk Farisya jadi anak yang baik. Papa tak mampu nak buat semua tu. Papa gagal, Farisya."

Kali ini dia menghampiriku lebih rapat, menarikku dalam dakapannya. Tangisanku pecah dalam pelukan seorang ayah yang aku hilang dalam terang. Aku bencikannya dari dulu lagi dengan alasan yang tersendiri. Tapi sebenarnya aku salah menilai, dia tidak seburuk yang aku sangka.

"I don't need her, Risya perlukan papa sahaja dan dia tak boleh gantikan tempat mama."

"You're right, tak ada siapa pun yang boleh gantikan tempat mama." Papa kuntumkan satu senyuman untukku.

"Boleh Risya buat sesuatu untuk papa?" Aku baru saja nak tinggalkan bilik ini tapi dia tanyakan sesuatu.

"Kahwin dengan Amril."

"Kita baru je nak berbaik tapi papa dah mula nak paksa Risya." Aku tayang muka tak bersalah.

"Okay la, Risya mengaku pasal semalam tu. Bukan salah dia." Aku tebalkan muka untuk mengaku salah. Aku beralah kali ini demi menjaga hubungan aku dengan papa.

"Tapi dia nak ke kahwin dengan Risya? Kurang ajar, jahat, kaki fitnah pulak tu." Aku senaraikan sikap burukku, papa gelengkan kepalanya.

"He said yes."

"What?"

"Kejap, dia tak cakap tu. Dia sendiri yang cakap tanpa paksaan." Papa berhenti seketika, tak tahu kenapa aku jadi tak sabar.

"Am nak kahwin dengan Farisya Irdina, Am nak memperisterikan dia."

❀❀❀

adik-beradik tiri bukan seibu dan bukan sebapa boleh kahwin. Kalau tak tahu, mohon tahukan diri anda

Kalau rasa sangsi ke, pergi sekolah tanya ustaz/ustazah

Kalau dah habis sekolah, 🤔 siapa suruh kau mengajar kat belakang masa ustazah mengajar kat depan? 💁

Bak kata kak vie, siap bukak kelas tuisyen lagi mengajar kat belakang 💁

Jangan koyak, jangan marah haaa.

Bye 😆

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

10.9M 259K 31
US Mafia: 1st Series [TERBIT 2022] Highest rank #1 in Romance [No.2 Hot in Killer] Quin Avrin binti Dato' Arfan dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun...
6M 311K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
4.4M 255K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...
4.1M 248K 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami ran...