Bukan Untuk Dimiliki

By appleflakes

4M 246K 37.7K

Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin de... More

Bukan Untuk Dimiliki
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Epilog
Bahagian I
Bahagian II

Bab 30

51.9K 2.7K 789
By appleflakes

Dua hari lepas, seperti yang dirancang aku ajak Ilya keluar makan. Dari situ aku berterus terang dengannya mengenai siapa aku pada Airil dan bagaimana hubungan kami dulu, cuma aku tidak ceritakan lagi bagaimana hubungan kami sekarang. Biar dia sendiri tahu dan aku ingin lihat sendiri bagaimana hancurnya perasaan dia bila ditinggalkan. Dia patut rasa apa yang aku rasa.

Aku saksikan sendiri yang Ilya bukannya baik seperti aku jangkakan. Dia sudah tahu yang aku adalah punca keretakan rumah tangganya dengan Airil. Patutlah masa aku ajak dia keluar dulu, dia tidak selesa dengan cara aku memeluknya. Rupanya dia sudah dapat mengagak siapa musuh dalam selimut yang menjadi racun dalam rumah tangganya. Bagus juga kalau dia tahu, tak perlu aku berpura-pura lagi.

Semalam aku ada mencuri dengar perbualan antara Airil dan Aunty Aliyah, dia berterus terang dengan mamanya untuk menceraikan Ilya. Reaksi yang Aunty Aliyah berikan membuatkan aku tersenyum puas. Bagaimana hancur perasaannya begitu juga hancur perasaanku ketika dia aturkan perkahwinan untuk Airil dengan orang lain. Sangat puas setiap kali aku teringatkan reaksi wajahnya.

Kalau dia tidak memaksa Airil, semua ini tidak akan terjadi. Kalau dia tidak pisahkan aku dan Airil, tidak akan ada sesiapa pun yang bakal berendam dengan air mata. Kalau dia tidak jodohkan Airil dengan Ilya, tiada hati yang akan terluka nanti. Semuanya berpunca dari Aunty Aliyah, dia yang mulakan permainan ini. Untuk hentikannya, Ilya perlu merasa sakit ditinggalkan sama seperti yang aku rasa.

"Airil nak berpisah dengan Ilya, Airil akan ceraikan dia."

Itu yang Airil katakan sehingga membuatkan Aunty Aliyah terpana sendirian. Reaksi di wajahnya kelihatan terkejut selepas mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut anaknya sendiri.

"Airil sedar tak apa yang Airil cakap ni? Ilya tengah mengandung, Airil nak ceraikan dia?"

"Mama sendiri kan yang cakap suruh cuba terima dia sebagai isteri. Airil dah cuba dan Airil tak dapat nak terima dia sebagai isteri."

Sebenarnya aku sendiri agak terkejut mendengarkan kata-kata Airil. Dia tidak pernah bangkang apa yang mamanya katakan, apatah lagi menjawab mahupun meninggikan suara ketika bercakap dengan Aunty Aliyah. Kerana aku dia sanggup lakukan semua itu.

Aku lupakan kejadian semalam, apa yang penting Airil sudah memberitahu mamanya yang dia akan ceraikan Ilya. Bercakap pasal Ilya, aku melihatnya yang sedang duduk di meja batu berhampiran kolam ikan. Aku terus mengatur langkah untuk ke sana.

"Nampak macam takut kena cerai je?" Tegurku dengan sindiran untuk menyakitkan hatinya. Ilya masih lagi fokus memandang ke arah air yang mengalir turun mencurah ke kolam.

"Aku tak takut langsung," katanya dengan senyuman sinis.

"Mungkin kau yang patut takut."

Aku terus memandang ke arahnya, Ilya masih lagi fokus ke arah tadi. Aku menjadi sedikit geram melihatkan caranya, bibirnya masih lagi mengukirkan satu senyuman sinis.

"Kalau dia ceraikan aku dan kahwin dengan kau. Suatu hari nanti mungkin dia akan lakukan perkara yang sama."

"Dia tak akan buat..."

"Buktinya ada depan mata, Farisya. Dia tinggalkan kau sebab nak kahwin dengan aku dan dia akan tinggalkan aku sebab kau."  Kali ini Ilya memandang ke arahku.

"Suatu hari nanti, dia akan tinggalkan kau lagi dan mungkin kerana aku atau kerana perempuan lain."

Entah kenapa aku rasa tergugat sedikit dengan hujung kata-katanya itu. Airil tak akan buat semua tu! Aku kenal Airil macam mana. Aku ingin terus menyangkal apa yang Ilya katakan tapi kenyataan yang terbentang membuatkan aku teragak-agak untuk menidakkannya.

"Aku masih lagi isteri dia dan di mata orang lain akan adalah perampas." Tajam panahan matanya merenung ke arahku.

"Mungkin aku kalah tapi ada satu benda yang kau perlu tahu, aku mengandungkan zuriat dia. Anak yang aku kandung ni anak Airil dan kau tahu kan apa manfaat yang aku dapat dari ni?"

Senyumannya semakin sinis, Ilya seolah-olah memerli aku. Sama seperti aku fikirkan sebelum ini, Airil mungkin akan berubah hati kerana anak.

"Kalau Airil ceraikan aku dan dia terus kahwin dengan kau, apa agaknya tanggapan orang luar?" Soalnya dengan nada yang sama, aku jadi hilang kata-kata.

"Aku meraih simpati mereka, belaan juga. Tapi kau? Hinaan? Cacian? Ke makian?"

Walaupun suaranya lembut dan kedengaran tenang tapi kata-katanya umpama kaca. Tajam dan berbisa sehinggakan memberi kesan kepadaku. Setiap bait bicara yang lontarkannya adalah benar belaka, realiti bagaimana reaksi orang di sekeliling mereka.

"Aku tak pernah takut sebab aku berada di pihak yang benar."

"Diam Ilya!"

"Aku cuma kesiankan kau. Kurang kasih sayang." Tanpa menghiraukan amaranku, dia meneruskan lagi kata-katanya.

"Kau cari kasih sayang tu dari suami aku sampai sanggup rancang untuk hancurkan rumah tangga aku."

Rasa marah kian membara apabila Ilya semakin memprovok aku dengan sindiran mengenai hal itu. Aku mendekatinya, tangan mula naik ke atas mukanya dan satu tamparan hinggap di pipinya.

"Astaghfirullahalazim! Farisya!"

Ilya mula memegang pipinya yang kebas kerana tamparan yang kuberi. Serentak dengan itu aku menoleh ke belakamg untuk melihat ke arah papa yang sedang menuju ke sini.

"Sya buat apa ni?!" Suara papa menjulang tinggi ketika menyoalku. Aunty Aliyah yang berada berhampiran mula menghampiri menantunya itu.

"Sya tampar Ilya?!" Melihatkan aku tidak memberi sebarang jawapan, dia teruskan bertanya.

"Yes! I did! Why? Papa nak tampar Sya jugak ke?!"

Kali ini aku kembali menengkingnya seolah-olah menampar Ilya bukan satu kesalahan. Memang bukan salah aku, dia yang provok aku. Siapa suruh buat macam tu?

"Kenapa kurang ajar sangat?!"

"Papa patut tanya diri sendiri kenapa Sya jadi kurang ajar macam ni!"

Seperti kebiasaannya, aku terus angkat kaki dari situ. Aku malas nak dengar bebelan papa yang akhirnya akan menyalahkan aku, manakala dia atau orang lain yang selalu betul. Aku terus melangkah menuju ke bilik.

Ilya sebentar tadi begitu angkuh sekali dengan aku. Rasa tercabar semakin membara di dalam diri apabila teringatkan kata-kata Ilya. Aku tak boleh tunggu Airil lagi, aku kena jadikan dia sebagai suami aku sama ada dia bercerai atau tidak. Aku akan lakukan sesuatu yang akan membuatkan Ilya menyesal.

❀❀❀

Sebelum pukul tujuh tadi aku keluar dengan Tiara ke tempat biasa untuk hilangkan kekusutan dalam kepala dan mencari sedikit ketenangan. Hiburan yang aku perlukan ketika ini. Aku dan Tiara ke pub yang biasa kami kunjungi untuk berseronok seperti dunia ini tidak berpenghujung.

Aku ada bertemu juga dengan Nadzhan, semenjak Ilya keluar dari rumah dulu, aku langsung tidak menghubunginya. Malas sebab aku dah dapat apa yang aku inginkan.

"Haih kata nak bakal isteri yang bertudung litup, ni siapa pulak?" Kebetulan Nadzhan ada berhampiran, aku tanya tanpa berselindung.

"Leyla, girlfriend I," jawabnya sambil merangkul erat pinggang gadis yang dimaksudkan.

"Ilya?"

"Perempuan macam tu complicated la. Itu tak boleh, ini tak boleh." Nadzhan mencebikkan bibirnya selepas itu.

"Kalau macam Leyla ni, dia tak kisah."

Tanpa menghiraukan langsung kehadiran aku di situ, Nadzhan mengucup bibir teman wanita barunya itu. Aku terus menjulingkan mata ke atas untuk menunjukkan reaksi menyampah, kaki pula sudah mula mengatur langkah ke arah Tiara.

"Babe, you nak minum tak?" Tiara menyuakan gelas yang berisi bir kearahku. Aku mula berkira-kira untuk menerimanya atau tidak.

"Nah." Huluran Tiara membuatkan aku menyambutnya. Aku mula belajar minum minuman keras ketika pertama kali aku menjejakkan kaki ke sini.

Melihatkan Tiara rakus menelannya, aku turut melakukan perkara yang sama. Aku tak peduli apa yang orang dalam rumah tu akan kata, aku dah penat berpura-pura jadi baik. Terasa bagaikan ada satu cengkaman ketika cecair itu mula mengalir masuk ke dalam kerongkong, mata kupejamkan serapat yang mungkin untuk menikmati rasa. Habis satu gelas aku teguk, satu sensasi yang tak mampu kuungkapkan mula menjalar di setiap nadi tubuhku.

"Tia, I balik dulu." Aku meletakkan gelas tadi di kaunter bar.

"What? Tak pukul sepuluh pun lagi." Tiara sudah mula hairan, selalunya jam satu pagi kami masih lagi di sini.

"I penat, nak rehat. Kita jumpa esok." Tanpa mendengar apa yang Tiara katakan, aku terus berlalu pergi.

Akalku terfikirkan sesuatu tadi, bagaimana untuk mendapatkan Airil semula. Segera mengikatnya dengan ikatan perkahwinan. Cuma sekarang ni aku perlu cari masa yang sesuai untuk laksanakan rancanganku.

Kereta yang aku pandu akhirnya sampai ke destinasinya. Banglo itu hanya diterangi cahaya lampu dari luar dan dalamnya gelap tanda tiada penghuni. Sebenarnya aku keluar awal petang tadi kerana ingin mengelak dari rancangan papa, katanya nak pergi makan malam bersama-sama. Sekali dengan Kak Imah dan Kak Ila papa ajak keluar makan, katanya tak payah masak untuk malam ni.

Buka saja pintu, aku meletakkan kunci kereta di atas almari berhampiran. Bunyi yang datangnya dari televisyen menggamit aku untuk masuk ke dalam. Lampu di ruang tamu hanya terpasang satu, tidak menerangi keseluruhan tempat. Dari belakang aku melihat seorang lelaki yang sedang leka menonton televisyen. Rasanya Iskandar ikut tadi tapi kalau tengok dari belakang itu  memang bukan dia.

Aku terus menghampiri, dalam kesamaran aku cuba mengecam siapa orangnya. Dari sisi baru aku tahu siapa, Airil rupanya! Aku ingatkan siapa tadi. Eh, kejap. Bukan ke tadi Airil kata dia ikut papa dengan yang lain untuk makan malam? Tapi kenapa boleh ada kat sini?

"Yang lain pergi dinner kan?"

"Hmm." Hanya itu jawapannya, pandangan matanya masih lagi fokus pada skrin televisyen.

"Kenapa tak ikut?"

"Malas."

Aku mula berasa hairan melihatkan reaksinya, tiba-tiba saja pendiam dan pandang aku pun tak. Selalunya bila ternampak je aku, perkara pertama yang dia lakukan adalah pandang mataku. Kedua, mulutnya tidak akan berhenti bercakap. Airil suka sangat bercakap mengenai perancangan masa depan kami setelah kahwin. Tapi kenapa malam ni tiba-tiba saja jadi seperti ini?

"Tengok cerita apa ni?" Aku memberi fokus kepada skrin televisyen ketika bertanyakan soalan itu. Airil hanya diam, tiada langsung pergerakan dari tubuhnya, hanya kaku di situ tanpa sebarang interaksi.

"You dah makan ke?" Melihatkan dia masih lagi diam, aku tanya lagi.

"Dah."

Baru aku dapat dengar suaranya tapi kenapa kedengaran berbeza? Perasaan aku agaknya. Melihatkan hanya kami berdua saja dalam rumah ini, rancanganku tadi mula datang kembali. Kipas siling yang berputar membuatkan aku terfikirkan sesuatu.

"Kenapa tak bukak aircond?" Aku mengibaskan wajahku dengan tangan menandakan keadaan sekeliling panas.

Jaket denim yang tersarung pada tubuh aku tanggalkan, hanya t-shirt sendat tanpa lengan yang tinggal. Aku capai alat kawalan jauh lalu menekan punat on untuk menghidupkan penghawa dingin. Aku kembali duduk di sisi Airil tapi kali ini semakin dekat.

"Eh nak pergi mana?" Aku sekat tangannya ketika dia berdiri untuk pergi dari sini.

"Lepas."

"No, I tak akan lepaskan you. Duduk dulu."

Aku kuntumkan satu senyuman untuknya, tangannya semakin erat aku pegang. Ada satu getaran yang mengalir dari sini sehingga aku dapat rasakan. Wajahnya sudah berubah sedikit. Warak macam mana pun akan tunduk kerana nafsu.

Airil kata dia akan nikahi aku selepas dia ceraikan Ilya. Aku tak sanggup nak tunggu lagi, Airil sendiri tidak tahu bila masa yang dimaksudkan itu akan tiba. Kata-kata Ilya petang tadi juga membuatkan aku rasa tercabar, mendorong aku untuk melakukan perkara ini.

"Lepas!" Airil menegaskan pendiriannya supaya aku melepaskan tangannya.

Aku turut sama berdiri, tubuhnya aku rangkul dalam dakapan. Kedua belah tanganku dipegangnya, dia cuba untuk merungkai pelukan kami namun aku semakin eratkan.

"Kau buat apa ni?!" Suaranya berubah mendadak kerana tindakan beraniku. Sudah berubah cara dia membahasakan dirinya.

"To make you mine," kataku dengan jujur. Aku lepaskan pelukan itu.

Matanya aku tatap sedalam yang mungkin. Airil cuba mengelak namun aku pegang wajahnya, anak matanya memandang ke arah lain. Tapi lama-kelamaan dia akur, pandangan mata kami bersatu. Sepasang mata ini sangat berbeza, namun kelihatan sama ketika dia selamatkan aku dulu. Pandangan mata yang membuatkan aku jatuh cinta.

"Kenapa takdir kejam sangat?" Aku bertanya, jari-jemariku mula bermain-main di sekitar wajahnya. Dia relakan.

"I nak you jadi milik I, kenapa susah sangat untuk buat kita bersatu?" Tanganku melekap pada dadanya. Aku dapat rasakan degupan kencang di situ.

"Aku tak tahu apa yang kau maksudkan—"

Kata-katanya terbantut di situ, tanganku mula merangkul erat lehernya. Bibirnya aku kucup dengan rakus untuk memenuhi keinginanku. Matanya terbuntang luas, terkejut dengan tindakanku. Airil cuba menolak tubuhku namun aku kembali rapatkan kedudukan kami.

Tangannya yang tadi cuba menolak perlahan-lahan lemah memegang bahuku, kemudian naik di belakang leherku. Dia sudah mula merelakan dan membalas kucupan itu.

"Marry me, I tak kisah jadi yang kedua." Aku berkata setelah kami meleraikan kucupan itu. Matanya menatapku, jarinya mengelus lembut wajahku.

Aku ingin memaksanya berkahwin denganku secepat mungkin dengan cara ini. Memang aku akan jadi yang kedua tapi lama kelamaan aku akan singkirkan Ilya. Aku akan buat Ilya menyesal kerana angkuh ketika bercakap dengan aku petang tadi.

Airil kelihatan keliru, dia masih lagi menyentuh setiap inci wajahku. Jarak antara kami aku dekatkan lagi, bibirnya aku pagut. Tiada sebarang penolakan, dia balas kembali membuatkan aku hanyut dalam lautan nafsu yang semakin membuak.

Aku menariknya ke arah sofa berhampiran. Setiap sentuhannya membuatkan aku kecundang dan setiap kucupannya membuatkan aku inginkannya lebih lagi pada malam ini. Aku tahu ini hanya kerana nafsu tapi aku tidak peduli.

"Bawak masuk sekali, bagi dekat Am."

Suara yang datangnya dari pintu utama rumah membuatkan dia berhenti. Wajahnya sudah berubah, matanya meliar memandang keadaan kami ketika ini. Dalam keadaan berpelukan di atas sofa.

Bunyi bungkusan plastik jatuh membuatkan kami menoleh, serentak dengan itu ruang tamu mula diterangi oleh lampu. Ilya berdiri kaku di situ, memandang kami dengan terkejut. Aku tersenyum dan semakin eratkan pelukan di leher Airil.

"Ya mama! Airil dah bawak masuk sekali— Kenapa berdiri kat situ?"

Suara yang aku sangat kenal menegur Ilya dari belakang. Senyumanku perlahan-lahan pudar ketika melihat empunya suara yang berdiri di sisi Ilya. Tanganku yang erat memeluk 'Airil' mula longgar. Perasaan keliru mula hadir ketika terpandangkan Airil yang berada di sisi Ilya, dia kelihatan terkejut.

Aku kembali menatap seraut wajah yang hampir denganku. Bukankah ini Airil? Raut wajahnya sama, air mukanya juga sama, segala-galanya sama. Tapi kalau yang berdiri di sisi Ilya itu adalah Airil, siapa yang berada di dalam pelukanku ini? Apa semua ni?

"Korang berdua berdiri kat sini dah kenapa?" Iskandar dengan tawa bertanya kepada kedua-duanya. Tawanya mati ketika terpandangkan aku.

"Ya Allah! Farisya!"

Iskandar segera melulu ke arahku, papa dan Aunty Aliyah sudah berada di sini. Aku tolak tubuh 'Airil' untuk menjarakkan kedudukan kami.

"Astaghfirullahalazim!" Papa mula beristighfar ketika dia menyaksikan keadaan kami berdua.

"Kamu berdua buat apa ni?" Keras suara papa bertanya. Aunty Aliyah menekup mulutnya, dia seakan tidak percaya.

"Kenapa Am buat macam ni?"

Am? Aku makin keliru. Lelaki yang aku yang aku sangkakan Airil rupa-rupanya orang lain. Lelaki yang aku ingin goda bukan Airil tapi hanya mempunyai raut wajah yang sama dengannya. Kenapa aku langsung tidak perasan langsung yang dia bukan Airil?

"Jawab Amril Zarif!"

Dia terdiam tidak berkutik, hanya menunduk memandang ke bawah. Aku juga turut melakukan perkara yang sama, memikirkan kebodohanku. Kenapa kau tak fikir dulu Farisya? Kenapa kau tak boleh bezakan yang mana satu Airil? Kenapa bodoh sangat?

Aku angkat sedikit wajahku untuk memandang ke arah Airil. Matanya merenung tajam ke arahku, kemarahan dan kebencian yang jelas terlihat di situ.

Rasanya masalah yang aku sengaja timbulkan tidak akan selesai di sini. Mungkin betul apa yang Iskandar katakan, dendam boleh memakan diri sendiri.

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 63.8K 65
Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjadikan Faryna Aireen sangat liat untuk pul...
36.3K 5.3K 8
Pembunuhan misteri kanak-kanak di flat murah Taman Merak membawa kepada siasatan berantai yang khurafat. Dan akhirnya membawa kepada pulau terpencil...
82.1K 9K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
922K 30K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...