Bukan Untuk Dimiliki

By appleflakes

4M 246K 37.7K

Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin de... More

Bukan Untuk Dimiliki
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Epilog
Bahagian I
Bahagian II

Bab 28

40.5K 2.5K 680
By appleflakes

Dua hari satu malam sudah memadai untuk kami semua berkumpul semula seperti dulu. Sedikit terubat rinduku pada alam persekolahan walaupun hanya sebahagian daripada mereka yang turut serta. Paling penting sekali, pertemuan semula kami telah merapatkan aku dengan Airil sama seperti dulu. Apa yang aku tahu ketika ini, dia sudah kembali cintakan aku seperti dulu. Cinta yang dia katakan sudah beralih arah kini kembali seperti dulu.

Pulang saja ke ibu kota, Ilya masih lagi tiada di rumah. Hari ini sudah masuk hari ke lima dia menetap di rumah keluarganya, buat sementara waktu. Tapi aku harapkan selamanya dia menetap di sana. Ketiadaan Ilya telah banyak membantu aku untuk mendekati Airil dengan lebih lagi.

Hari ini, selepas pulang dari pejabat, dia mengajak aku keluar. Katanya bosan tapi aku rasa dia tengah kusut memikirkan hubungannya dengan Ilya. Aku ikutkan saja ke mana dia ingin pergi.

"Ilya tak nak balik lagi ke?" Aku bertanya ketika Airil menghulurkan aiskrim ke arahku. Perisa coklat, kegemaranku dari dulu lagi.

"Boleh tak kita tak payah cakap langsung pasal dia?" Airil berkata sambil menyuakan sesudu aiskrim ke dalam mulutnya. Dari raut wajahnya, dia kelihatan tidak selesa apabila nama Ilya disebut.

Airil tanpa menghiraukan aku, terus berjalan pergi. Aku pula, terus mengikut langkahnya. Dia mengajak aku ke taman tema hari ini, katanya sudah lama tidak ke sini. Kali terakhir kami datang adalah setahun yang lalu. Aku sukakan tempat ini kerana aku boleh menghilangkan rasa duka dengan bergembira.

"Ingat tak carousel yang you bagi I dulu?" Tanyaku ketika terpandangkan merry go round. Pemberian Airil itu bersaiz kecil dan apabila dimainkan, alunan muzik akan keluar. Pemberiannya yang paling aku suka selain cincin.

"Ada ke?" Dia kembali menyoal aku, dahinya berkerut-kerut untuk mengingatinya.

"Ada." Aku iyakan pertanyaan Airil. Dia berikannya kepadaku secara tidak langsung, cuma ditinggalkan di hadapan pintu rumah. Apa yang tertulis pada nota kecil itu hanyalah memberitahu yang hadiah itu untukku dan di hujungnya ada tertulis, AZ. Maksudnya, Airil Zafran kan?

"Tak ingat la." Airil masih lagi kebingungan. Dia memang tak ingat atau buat-buat tak ingat?

"Jom!" Dia mengajak aku menuju ke arah Ferris wheel, langkahnya aku turuti dari belakang.

"Nak naik?" Soalku ketika kami sampai, pengunjung lain sudah mula bersesak di hadapan untuk melakukan perkara yang sama.

Airil terus masuk ke dalam dan aku mengikutnya. Kami mula mengambil tempat duduk secara bertentangan. Dia paling sukakan roda Ferris, Airil kata yang paling seronok sekali apabila berada di puncak. Katanya ketika berada di atas sana, bagaikan berada di awang-awangan. Mimpi yang buruk boleh menjadi indah, begitu juga dengan yang penuh dengan masalah boleh hilang bila berada di sana.

"You pakai lagi cincin tu?" Ketika roda Ferris mula bergerak, Airil ajukan soalan itu. Matanya terpaku pada sebentuk cincin pemberiannya.

"Rasa kosong jari ni kalau tak pakai," kataku sambil menyentuh cincin itu.

Airil memandang ke arahku, anak matanya merenung dalam ke mataku. Makin bertambah rasa cintaku terhadapnya dari hari ke hari walaupun aku cuba untuk membencinya. Dari hari pertama kami bertemu, ketika dia selamatkan aku dan hingga ke hari ini, hati ini tetap miliknya.

"Do you still love me?" Dia bertanya setelah agak lama kami berdiam. Aku kembali memandang ke arahnya, tiada jawapan yang aku berikan.

"Answer me," katanya lagi.

"Kalau I cakap tak, I tipu diri sendiri." Kali ini aku berikan jawapan yang jujur, aku tidak boleh menipu dengan memberikan jawapan yang sebaliknya.

"Jawapannya masih lagi sama macam dulu."

Tubir mataku terasa hangat, air mata sudah mula mengepam wapnya setelah hati yang terluka ini menghantar isyarat. Aku memejamkan kelopak mataku, air mata mula menitis perlahan. Kejujuran aku ketika ini membuatkan rasa sedih ketika aku ditinggalkan kembali semula.

"I'm trying, Airil. I'm trying. Tapi masih lagi sama dan tak pernah hilang. Sikit pun tak." Dengan air mata bersisa-sisa, aku memandang ke arahnya.

"I'm sorry," ucapnya. Airil mula melutut di hadapanku dan tanganku digenggamnya. Dia menyembamkan mukanya di situ.

"I minta maaf, Farisya." Jarinya naik ke wajahku, tangisanku yang masih bersisah dihapusnya.

Putaran Ferris wheel membawa kami ke puncaknya. Bulan kelihatan begitu hampir dengan kami dan cahayanya menerobos masuk ke dalam, Airil masih lagi setia memandang ke arahku. Renungannya itu sama seperti dulu, pandangan matanya itu yang aku ingin tatap. Apa yang aku miliki dulu jelas terpancar di situ.

"Kita mulakan semula?"

"You're married, Airil." Aku mengingatkan dia mengenai statusnya ketika ini. Bibirku ketap, bagaimana kami ingin mulakan semuanya semula andai ada Ilya sebagai halangan?

"I akan ceraikan dia."

Aku terpempam dengan kata-katanya itu, agak terkejut kerana Airil sanggup ceraikan isterinya demi aku. Bukankah aku patut gembira? Tapi kenapa aku merasakan bagai ada halangan untuk aku merasai semua itu?

"Kita akan mulakan apa yang terhenti dulu." Airil berkata lalu mengambil tempat duduk di sebelahku. Tanganku masih lagi digenggamnya, aku mula menyandarkan kepalaku di bahunya.

Setiap apa yang diucapkan Airil kedengaran begitu indah. Angan-angan yang diciptanya itu membuatkan aku tersenyum sendirian. Airil mengeratkan lagi tautan tangan kami, mataku leka memandang ke arah pemandangan yang terhidang di depan. Tetapi fikiranku melayang ke arah lain, di bawa terbang bersama Airil.

Dia kini milikku kembali.

❀❀❀

Sekitar jam sebelas malam aku dan Airil sampai di rumah. Hanya tawa mengiringi kami sepanjang perjalanan balik. Satu saja yang aku dapat gambarkan ketika ini, sangat bahagia. Apa yang aku tahu, cintanya milik aku kembali seperti dulu.

Buka saja pintu utama, orang pertama yang aku nampak adalah Aunty Aliyah. Dia sepertinya sedang menunggu kepulangan kami berdua. Airil terus mengatur langkah ke arahnya, aku mengekori dari belakang.

"Mama nak cakap sikit dengan Airil. Boleh Farisya?" Aunty Aliyah berkata dan dia memandang ke arahku. Tanda yang dia inginkan privasi untuk bercakap berdua dengan Airil.

"You naik atas dulu, I nak cakap dekat mama pasal kita." Airil membisikkan kata-kata itu kepadaku. Tadi dia berjanji untuk memberitahu Aunty Aliyah mengenai kami.

"Okay." Aku meminta diri dan mula mendaki tanggan ke tingkat atas.

"Ril nak cakap something dengan mama—" Itu perkara terakhir yang aku dengar. Ketika dalam perjalanan untuk pulang tadi, Airil memberitahu yang dia ingin menikahiku. Sebelum itu, dia akan ceraikan Ilya dan dia ingin sampaikan niatnya itu kepada Aunty Aliyah.

Aku terus masuk ke dalam bilik lalu merebahkan tubuh ke atas katil. Senyuman di bibir semakin melebar apabila aku teringatkan kejadian tadi. Bunyi nada dering telefon membuatkan aku terjaga dari khayalan indah itu. Skrin telefon aku tatap, Tiara.

"Hai Tia," sapaku dengan ceria.

"Farisya."

Aku menjauhkan sedikit telefon dari telinga untuk menatap sekali lagi nama si pemanggil. Memang betul Tiara tapi kenapa suara lelaki yang kedengaran? Siapa pula ni?

"Siapa?"

"Rasanya sekejap je tapi you dah tak ingat I?"

"Rayqal?" Tanyaku setelah suaranya aku kenal pasti. Rayqal yang berada di hujung talian.

"You nak apa?" Belum sempat dia berkata, aku sudah bertanya apa yang dia inginkan dariku.

"Farisya, apa yang jadi malam tu—"

"Don't remind me about that, it was a mistake." Malam itu merupakan sebuah kesilapan.

"Yes, it is. Memang malam tu sebuah kesilapan," kata Rayqal. Aku agak terkejut kerana dia mengiakan apa yang aku kata.

"Dan kesilapan tu boleh perbetulkan." Rayqal meneruskan lagi.

"Kita kahwin."

Rayqal ajak aku kahwin? Tawaku kedengaran kuat selepas itu. Apa yang telah merasuknya untuk berkata sebegitu? Aku pernah tanya dia sebelum ini, inginkah dia mengikat seorang perempuan sebagai isterinya? Jawapannya, tiada istilah berkahwin dalam hidupnya.

"I tak main-main, I serious."

"Tapi I rasa you tengah buat lawak sekarang ni." Masih lagi ada tawa yang kedengaran dari mulutku.

"I nak bertanggungjawab dengan apa yang terjadi malam tu."

"You buat lawak apa ni? Tanggungjawab apa?" Aku soal dia kembali untuk bertanya mengenai tanggungjawab yang dia maksudkan.

"Kita sama-sama rela malam tu. Tak ada langsung paksaan," tegasku supaya Rayqal berhenti bercakap mengenai malam itu.

"Sebab tu—"

"Kalau you nak sangat bertanggungjawab, apa kata you cari semua perempuan yang you pernah rosakkan? Then kahwin je lah dengan dorang!" Suaraku membentak di hujungnya.

"Boleh tak you jangan ungkit benda yang dah lepas?" Rayqal sepertinya sedang marah.

"You yang ungkit dulu!"

Eleh! Dia yang telefon aku dulu, bercakap tentang kejadian malam itu. Siapa mengungkit dulu sekarang ini?

"I cuba untuk jadi baik—"

"So? Kenapa cakap kat I? You nak jadi baik, itu you punya pasal! Tak payah nak babitkan I!" Suaraku meninggi lagi.

"Jangan nak acah baik sangat, Rayqal. Kita sama je."

"Sebab kita sama, I cakap macam ni. Sama-sama sesat dalam terang dan sama-sama leka dengan dunia."

Aku memutuskan talian selepas itu. Tidak sampai seminit, satu panggilan darinya mula kedengaran. Disebabkan rasa menyampah semakin memuncak, aku baling telefon ke dinding. Terus terburai isi di dalamnya.

Aku masih tak percaya yang Rayqal cakap semua itu. Berlagak baik! Padahal lebih teruk dari aku. Kalau dia betul-betul baik, malam itu tidak akan terjadi. Dia akan tolak ketika aku menyuruh dia buktikan rasa cintanya untukku. Sekarang ini, tiba-tiba ajak aku kahwin. Kononnya dah jadi baik. Nama Rayqal dan semua mengenainya, aku usir dari fikiran. Lebih baik kalau aku fikirkan Airil, ada juga faedahnya. Senyuman dibibirku terukir apabila teringatkan kejadian tadi.

Ilya, kau kalah dalam permainan yang aku cipta. Aku berjaya rampas Airil, dia milik aku sekarang.

Hai 🌚

Lepas ni Rayqal dengan satu family pergi bercuti dan dia jumpa Helena kat sana. Boleh baca kisah mereka di story baru hakak, Sweet & Dangerous

Maaf lama tak update, hakak dah jadi 'budak sekolah balik', busy sangat 😭😂 kbye

Continue Reading

You'll Also Like

579K 46.9K 41
The more you hide your feelings for someone, the more you fall for them. Dupdap dupdap dudap! Jantung berdegup laju setiap kali majlis dinner satu ke...
921K 30K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
12.1M 537K 74
[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak ak...
571K 7.6K 10
"Nama aku Khair. Arzen Bilal Khair."-𝐀𝐑𝐙𝐄𝐍 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐋 𝐊𝐇𝐀𝐈𝐑 Dia seorang petarung handal. Dakar tiada gentar. Rasa megah mengalir dalam dara...