LELAKI KIRIMAN TUHAN

By karyaseni2u

141K 1.7K 73

PENULIS: UMIE NADZIMAH TAJUK: LELAKI KIRIMAN TUHAN HARGA : RM22 (SM)/RM25 (SS) Naira, si gadis garang dan se... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15

BAB 8

6.6K 91 0
By karyaseni2u

"SARAH mana?"

"Dia pi bilik ayaq sat, Cik Naira..." jawab Tina.

Si Tina ni berasal dari utara, sebab tu slanga utara dia pekat. Orang Kedah jati tu. Entah macam mana boleh tersesat mai kerja di pulau? Katanya tinggal di rumah emak saudara yang tak jauh dari Resort Abah ni.

"Hurm... Guest yang sorang tu dah masuk Honeymoon Suit?"

Tina sengih-sengih sebelum jawab.

"Dah, Cik Naira. Payment pun dah settle... Lepaih tu dia baik sangat dengan kami. Tak dak dah buat hei macam-macam. Siap dia bagi tip lagi sorang lima puluh ringgit. Seronok kami, Cik Naira. Tak sia-sia ikut pesanan Cik Naira supaya layan dia baik-baik."

Naira terdiam. Okey, baguslah kalau lelaki tu dah tunaikan janjinya tak ganggu pekerjanya lagi. Syukur, alhamdulillah. Akan tetapi, Naira masih waswas dengan lelaki yang bernama Raid ni. Perangai pelik. Tu bagi tip berlambak tu, adalah akal dia nanti. Apa agenda dia yang sebenar?

"Cik Naira... Encik Raid tu kaya, kan? Dia siap bayar untuk tambah tinggal satu minggu lagi... Untung la Cik Nara bulan ni. Dia habaq, Cik Naira pandai bodek, sampai dia sanggup tambah cuti untuk tinggai sini lama-lama."

Spontan dahi Naira berkerut-kerut.

"Jadi, total dia stay sini berapa lama?"

Tina angkat dua jari ke atas.

"Dua minggu la..." Lebar sengih Tina.

"Dia nak buat apa duduk sini lama-lama? Ada dia bagi tahu Tina?"

Tina angkat bahu.

"Dia tak habaq la pula... Cuma dia kata, dia ada misi peribadi. Nak tergelak kami dengaq. Entah apalah misi dia..." Tina gelak-gelak di hujung katanya. Kemain galak dia bercerita pagi ni. Selalu tu dia tak berani sangat cakap lebih-lebih di depan Cik Nam, berani dalam telefon saja. Hari ni dia terlebih berani. Dapat semangat dari Encik Raid yang segak tu kut.

Sudah! Matilanak layan mamat miring tu. Naira harap manusia tu cepat pergi. Mahu jantung dia yang sihat ni terus tenat. Entah-entah selepas dua minggu tu, dia sambung lagi. Serabut! Macam mana boleh terjumpa manusia macam ni? Malang sungguh haih nasib dia... Tak habis-habis didatangi lelaki tak senonoh. Kalau ada lelaki baik yang gilakan dia macam ni, kan seronok. Dah tentu dia terima dengan senang hati. Ini penyangak! Lepas tu ada hati nak cintan-cintun dengannya.

"Cik Naira... Encik Raid tu macam berkenan sangat dengan Cik Naira... Asyik tanya kami ke mana Cik Naira pi. Bertuah, Cik Naira. Dah la segak mamat tu... Banyak duit pula tu, tak kedekut."

Mencerlung Naira pandang Si Tina. Bikin Tina mula rasa gementar. Tina tepuk mulutnya, tanda menyedari yang dia dah salah cakap.

"Kalau kamu berkenan sangat... Ambil la, Tina. Tapi jangan gedik lebih-lebih, rosak reputasi resort saya ni."

Walaupun bunyinya macam lawak, suara Naira tegas. Namun Tina tak faham maksud Naira. Serta-merta Tina tayang wajah girang.

"Boleh ke, Cik Naira? Betul ni?" tanya Tina macam tak percaya pula bos garang ni boleh cakap perkara yang paling win. Fulamak... Boleh la dia start mengurat sat lagi.

"Heh... Kalau dah teringin sangat, cubalah. Mana tahu sangkut dengan lelaki duit berkepuk. Tapi ingat, jangan duk ronggeng sangat di sini. Jangan sampai maruah perempuan kita ni tergadai. Nak dapat calon suami pun kena ada adab-adabnya."

Sempat Naira membebel pada Si Tina yang lima tahun lebih muda daripadanya. Umur tengah menggeletis... Fikir Naira. Sampai tak nampak buruk baik. Asyik nak berseronok sahaja. Berbeza dengan dia sewaktu umur Si Tina. Masa tu dia sudah mula menggalas amanat abahnya. Mana sempat meronggeng, berangan bagai.

"Hmmm... Mengata saya?"

Tiba-tiba satu suara garau menyampuk. Entah dari mana munculnya, dengan tak semena-mena sudah berada di hadapan mereka. Terkejut dua gadis yang tengah leka bersembang.

Memerah wajah Tina jadinya.

"Mana ada abaaang... Kami puji abang la." Manja dia jawab.

Naira mengerling Tina. Geli-geleman rasanya. Baru aje sound tadi... Rupa-rupanya tak faham budak ni. Si Raid pula buat derk saja pada Tina. Macam tak dengar pun orang tu panggil abang. Memalukan saja proses mengurat ni, kan? Kalau Naira kan... Tak sanggup nak buat. Biarlah kertu sampai tua, namun untuk menggeletis macam tu, tak lalu dia. Tapi, kalau lelaki yang mengurat, tak nampak jelik pula.

"Ya ke puji? Yang saya dengar, ada yang nak transfer saya pada orang lain."

Mata Raid tak kalih dari memandang wajah Naira, sedangkan Naira buat-buat tak nampak. Bersahaja aje mata Naira melilau ke sekeliling lobi resort.

"Saya suka juga Tina," ujar Raid sambil pandang Tina.

Wajah Tina terus berseri-seri. Kelip-pop kelip-pop mata dia. Kalah Barbie Doll. Terkesima Naira melihat. Buruk benar perangai pekerjanya.

"Tapi Tina maneh sangat, tak sesuai dengan saya yang muka penyangak, perangai lanun ni..." sambung Raid sambil kerling Si Naira.

"Si lanun ni hanya padan dengan mak cik muka cembeng dan selalu marah-marah orang aje... Baru boleh jalan. Rasanya boleh aman bahagia tu kalau jadi suami isteri..."

Naira buat selamba, macam tak dengar apa-apa. Cari la kamu calon isteri muka jeruk. Eloklah, seorang penyamun, seorang muka stres dua puluh jam. Pasti tak lama mana bertahan, dua-dua jadi gila. Tapi jangan sekali-kali bawa dia terlibat sama. Carilah perempuan jeruk lain yang sanggup masuk hospital bahagia bersama. Dia tak nak. Serik dengan orang gila.

Tina kecewa dengan reaksi Raid. Sudah terang-terangan Tina ditolak lelaki itu. Mulut Tina yang merah menyala itu terus terdiam dan pura-pura sibuk semula dengan kerja di kaunter.

Raid pandang Naira. Dia memang tak berminat dengan perempuan lain pun. Yang muka asam kedondong ini juga menarik perhatian. Macam ada logam magnet, kutub utara kutub selatan.

"Awak ke mana menghilang? Dari petang semalam saya cari. Awak pun cakap tak serupa bikin. Janji nak uruskan bilik saya sendiri... Tapi lesap!"

Naira telan liur. Bab ni dia sikit bersalah kut. Tapi sebelum pergi semalam dia sudah pesan sungguh-sungguh pada Sarah dan Tina.

"Memang saya dah uruskan sebelum pergi. Rasanya tak ada masalah, kan? Jika tak, awak tak extend tinggal di sini..." balas Naira, sinis. Rimas!

"Saya ni bimbangkan keselamatan awak..."

"Ek eleh... Terima kasih banyak la encik sebab perihatin. Lain kali tak payah sibuk-sibuk. Kaki dan tangan saya masih sempurna untuk jaga diri sendiri. Encik hanya perlu tinggal diam-diam di sini... Nikmati sungguh-sungguh suit bulan madu tu secara solo... Bukan murah harga untuk satu malam."

Sambil membebel, Naira berjalan menuju ke arah belakang. Raid mengekori. Suka tak suka, tak dapatlah Naira menegah. Jalan ini adalah jalan menuju pantai, takkan dia nak marah guest yang hendak ke pantai. Melampaulah namanya, kan?

"Tapi hati saya ni degil. Nak juga tengok dan kacau Cik Naira yang berwajah asam ni. Gelisah kalau tak dapat tengok muka."

Naira toleh ke belakang dan kasi jelingan.

"Sebab awak tu miring!"

Raid sekadar menyengih selamba. Kaki tetap mengikut jejak Naira. Sesekali terhidu bau wangi dari gadis garang di hadapan tu.

"Melur!" Panggil Raid tanpa sengaja.

Naira buat tak tahu sahaja. Dia terus berjalan. Nak bagi respons buat apa kan, dia juga yang kata lelaki itu miring. Jadi bila dengar atau lihat sesuatu yang pelik dari lelaki tu, dia tak perlulah beri perhatian lebih. Nanti dia pula yang ikut miring sebab melayan.

"MACAM mana, Fuad? Dah okey?"

Sebaik sahaja sampai ke destinasinya di hujung pantai Resort Abah, Naira tanya pada seorang remaja yang sedang membelek enjin sebuah bot laju.

Fuad pandang Naira sambil menggeleng. Wajahnya kecewa. Fuad kerling pada lelaki yang ikut di belakang. Cik Naira dan lelaki asing berjalan rapat. Sedikit kepelikan. Atau Cik Naira dah pasang body guard baru? Dan tak perlu khidmat dia lagi? Boleh tahan juga body lelaki tu.

Naira pun turut sama tayang muka kecewa.

"Hurm... Macam mana ni, Fuad? Saya dah janji dengan guest orang putih tu. Takkan nak cancel last minute pula. Rosak plan dia orang..."

Fuad garu-garu kepala.

"Dah banyak cara saya cuba, Cik Naira... Tapi saya belum jumpa puncanya kat mana lagi."

Pening kepala Fuad. Enjin bot ini tak pernah meragam. Kalau ada pun sikit-sikit saja, dan dia boleh baikinya. Hari ini pula ragamnya lebih-lebih, dah puas Fuad belek sana sini, masih belum jumpa sebab-musabab kenapa si enjin tak mahu hidup. Merajuk kat manalah sangat!

"Adoi, Fuad... Mahu orang putih tu kasi review tak elok tentang servis kita nanti..." rungut Naira.

Dengan Fuad dia jarang berbahasa keras. Fuad ni anak pekerja kesayangan arwah ayah Naira dahulu. Pekerja setia, dari ayah sampai ke anak. Fuad ni baru berumur dua puluh satu tahun. Belajar separuh jalan saja. Dia lebih minat tolong ayahnya di resort ni. Sebab itu, bila ayah dia dah tak larat, terus Fuad ambil alih semua tugas-tugas ayahnya.

"Tak apa, Cik Naira... Masih ada masa sikit lagi. Saya akan cuba..."

"Boleh ke, Fuad?" Naira macam tak percaya. Baginya kalau Fuad boleh buat, sudah tentu selesai dari tadi.

Fuad tayang muka tak yakin

"Boleh abang tengok?" sampuk Si Raid.

"Eh hantu, jangan nak jadi penyibuk boleh tak?!" tengking Naira tiba-tiba.

Terkejut Fuad, sampai terpelanting spanar yang dia tengah pegang. Sungguh, Cik Naira tak pernah marah orang sampai macam tu sekali. Dengan Fuad dan keluarganya, Cik Naira sangat berbudi bahasa.

"Alat pemanas air pun tak tahu nak adjust, jangan berlagak nak repair enjin bot orang! Mahu makin rosak!" Naira sambung cerca.

Fuad tak berkutik diam.

Si Raid sedikit pun tak terkesan dengan cara dan kata-kata Naira yang indah itu. Selamba sahaja dia panjat bot dan mengutip spanar Fuad yang jatuh tu. Kemudian dia membelek enjin bot sana sini. Fuad okey aje, tak adalah hendak membengis macam tuan punya bot tu.

Naira merengus. Sudahnya dia pergi hempas punggungnya ke atas tuggul kayu tak jauh dari situ. Mata memerhati Fuad dan hantu yang tergedik-gedik nak tunjuk terror baiki enjin bot. Tengok dari cara dan gaya pun, Naira dah boleh agak tak akan berhasil. Hantu tu macam berlagak saja lebih! gumam Naira dalam hati. Kalau tak berjaya nanti, tahulah apa hukuman yang akan dia beri pada hantu sibuk tu.

Sekali fikir, peliklah lelaki ni. Tiba-tiba muncul ke resortnya tengah-tengah malam buta. Pagi esoknya ajak gaduh, kaw-kaw punya gaduh. Ugut macam-macam. Lepas tu ajak temankan dia sarapan. Tukar perangai jadi jantan kasanova, tak habis mulut bersweet-sawit gitu. Tak sampai dua hari, buat keputusan untuk up grade bilik dan lanjutkan tempoh penginapan. Gila, bukan?

Naira masih tertanya-tanya, apakah agenda lelaki itu sebenarnya? Berniat jahat atau baik?

Namun... Jika ikutkan paten kehidupan diri Naira, dia mengagak yang Si Raid ini juga sama dengan lelaki-lelaki lain yang pernah cuba untuk mendekati dirinya. Berniat serong!

Vrooom... Vrooom...

Tiba-tiba dengar bunyi enjin berderum-derum.

"Yes! Yes! Yes..." Suara Fuad menjerit gembira.

Terkesima jugalah Naira sekejap. Tak sangka lelaki hantu alias miring tu pandai baiki enjin bot. Namun di sisi lain Naira rasa sangat lega sebab satu masalahnya sudah diselesaikan. Dia dapat memenuhi hasrat pasangan tetamu mat salih yang menginap di resortnya.

Bunyi enjin bot tersebut terus berderum tanda yang ia telah pulih daripada semput. Fuad lalu menolak bot ke laut untuk mencuba enjin tersebut. Dia mengangkat ibu jari ke utara untuk beritahu Naira yang enjin sudah okey. Naira senyum, tanpa sedar yang Fuad tak nampak pun akan senyuman di bibirnya.

Raid sudah berada di hadapan Naira. Terus memandang wajah Naira tanpa berkedip. Terpegun sungguh dengan senyuman Naira yang julung-julung kali itu. Raid ingat, dia sudah tertarik dengan kegarangan dan sikap loklak Naira yang baginya comel serta berbeza dengan perempuan-perempuan yang pernah dia jumpa. Rupa-rupanya senyuman Si Naira lagi buat hatinya tertawan. Manis dan jujur!

"Apa pandang-pandang?"

Jerkahan Naira mematikan lamunan Si Raid.

"Minta hutang la..."

Naira mencebik.

"Berapa ringgit? Mahal sangat terang-terang cakap tak mampu!"

Raid angkat kening. Dah agak dah...

Continue Reading

You'll Also Like

154K 2.8K 90
Curang? Perkataan itu pantang bagi semua isteri atas dunia ini. Begitu juga dengan Azlyn. Ketika di kemuncak bahagia, dia diuji dengan kecurangan sua...
840K 32K 69
Pernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulun...
550 Tahun By Mai

General Fiction

3.1K 252 99
Indra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping...
34.6K 243 12
"Nama kau Kudin ya?" "Apasal kau gelak?" "Kudin nama kau? Memang sesuai sangat dengan kau. Nama kau sama buruk dengan baju kau tu!" Si Edrina ni mema...