LELAKI KIRIMAN TUHAN

By karyaseni2u

141K 1.7K 73

PENULIS: UMIE NADZIMAH TAJUK: LELAKI KIRIMAN TUHAN HARGA : RM22 (SM)/RM25 (SS) Naira, si gadis garang dan se... More

BAB 1
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15

BAB 2

9.4K 112 1
By karyaseni2u

SEBELUM subuh Naira dah bangun. Dia tak boleh tidur. Asyik diganggu dengan pelbagai bayangan dan prasangka ngeri. Dia menyelak bantal di sebelah. Dompet tebal dan sampul kuning yang terletak di bawah bantal itu ditenung. Di dalamnya berisi berpuluh-puluh ribu ringgit. Mengagak saja. Naira tidak mengira duit tersebut.

Naira mengeluh.

Dia boleh selesaikan banyak kemelut yang mengganggu-gugat ketenangan hidupnya dengan duit tersebut. Masalah along si ceti yang mengejar dia dan adiknya ke sana ke mari. Kekadang rasa nyawa di hujung tanduk sahaja. Bila-bila masa tengkuknya boleh dicantas parang panjang dan berkilat geng along tersebut.

Naira bukan tak ada duit langsung. Ada. Resort kepunyaan keluarga ini tidaklah teruk mana. Masih dapat bertahan businessnya... Walaupun struktur bangunan sudah lama dan perlukan baik pulih serta perubahan.

Namun, buat masa sekarang aliran wang tunai resort hanya cukup untuk menampung segala keperluan modal dan gaji pekerja sahaja. Gaji dan keperluan hidup dia sekeluarga juga. Tak lebih dari itu. Jika ada yang terlebih pun, hanyalah sedikit dan tak patut dibazirkan untuk membayar hutang along yang entah apa-apa itu.

Pada zahirnya, orang beranggapan Naira orang kaya, banyak duit... Maklumlah, dia memang anak orang berada di pulau tersebut. Arwah abah Naira anak jati pulau yang miliki beberapa bidang tanah di situ.

Namun, realiti sebenar tiada siapa yang tahu. Dia yang terpaksa menanggung segala beban masalah, hutang piutang akibat kerakusan ahli keluarga sendiri.

Dompet tebal dan sampul kuning dipandang lagi. Kalaulah duit tersebut dia ambil... Boleh langsaikan hutang piutang along yang membelenggu hidupnya. Duit ini mungkin saja duit haram hasil rompakan atau jual dadah, jadi tak salahlah disalurkan kepada perkara haram juga. Adil la, kan?

Naira! Apa sudah terjadi pada kamu? Boleh kamu terfikir perkara terkutuk begini? Duit orang tu... Kamu ambil dikira haram! Kalau ya pun kamu kata itu duit penyangak... Kamu yang nak curi duit penyangak. Itu dikira apa pula? Apa dah jadi pada diri kamu, Naira? Terdesak macam mana sekali pun, kamu tak ada hak untuk ambil harta orang! Bukan kamu tak tahu tuan punya duit tersebut!

Naira menghakimi dirinya sendiri... Dia geleng-geleng kepala. Dia bukan jenis begitu. Entah berapa ribu syaitan sedang memprovokasi dia. Dia selalu menyoal kenapa satu-satunya abangnya jahat macam hantu... Dan sekarang dia pun nak jadi hantu juga?

Owh... Tak... Tak! Aku tak nak mulakan jadi orang jahat. Sekali buat, akan ada kali kedua, ketiga dan seterusnya kejahatan tu akan sebati dalam diri. Buat jahat pun ada titik mulanya. Kalau tak mulakan... Takkan jadi. Macam Abang Mirza... Lama-lama, hancur. Naira bermonolog sendiri.

Cepat-cepat dia menekup semula dompet tebal dan sampul kuning dengan bantal. Macam manalah dia boleh terfikir sampai ke situ? Naira tampar pipi kiri dan kanan, menyedarkan diri supaya jangan mudah terpesong. Rasa bersalah dan malu pada diri sendiri. Nampak duit banyak sikit, terus gelap mata.

Sayup-sayup kedengaran azan subuh berkumandang dari surau perkampungan di sebelah Resort Abah. Naira bingkas bangun ke bilik air, mandi dan mengambil wuduk. Selepas solat, dia berdoa, berdoa dan terus berdoa banyak-banyak supaya dipermudahkan urusannya sekejap lagi. Memulangkan kembali barang kepada tuan empunya.

Jarum jam belum pun menunjukkan pukul tujuh pagi, Naira sudah tercegat di pintu bilik lelaki yang bernama Iqbal Raid tu. Menekan loceng dan menunggu. Pagi ini dia akan tunggu sehingga pintu dibuka. Kakinya akan terpaku di sini sehingga lelaki tersebut buka pintu dan dengan sendirinya dia memulangkan dua barang ini. Sungguh dia tidak akan bergerak dari sini sehingga kedua-dua tangannya kosong.

Malam semalam dia dan Azlan dah datang ke depan bilik ini. Picit loceng, ketuk-ketuk bagai, haram lelaki tu nak buka. Sikitpun tak diendahkannya. Dah mati ke apa dalam bilik tu? Ataupun tengah high. Bukan Naira dan Azlan tak cuba dan berusaha menyerahkan barang tersebut pada malam semalam. Mereka dah usaha sungguh-sungguh.

Sebelum ke bilik itu, berpuluh-puluh kali Azlan dail nombor telefon Iqbal Raid tu, satu panggilan pun dia tak sambut. Sebab itu mereka berdua naik juga ketuk bilik, tapi tetap sia-sia. Akhirnya dengan perasaan berat hati Naira terpaksa bawa balik ke biliknya. Takut untuk beri Azlan simpan, tak berapa yakin. Macam-macam boleh jadi. Hilang nanti, naya sahaja, tak pasal-pasal bertambah bilangan along yang menghambatnya.

Hingga saat ini pintu bilik masih belum dibuka. Naira tidak berputus asa. Dia terus menekan loceng dan mengetuk pintu.

"Encik Iqbal Raid! Encik Iqbal Raid!"

Tiba-tiba pintu terbuka luas terbentang. Hampir saja Naira tersungkur ke dada lelaki tersebut. Mujur Naira cepat seimbangkan kaki dan berpaut di jenang pintu. Selepas stabilkan diri, dia perasan sesuatu. Tubuh lelaki itu...

Ya Allah... Manusia ni boleh buka pintu dengan seksi macam ni? Boleh dia tak pakai apa-apa pakaian melainkan kain tuala di tengah-tengah badan?

Naira larikan matanya dari ditala ke bahagian yang tak sepatutnya. Dia pandang dinding tepi pintu. Tak sanggup nak lihat bahagian-bahagian tubuh sasa yang terdedah atas bawah. Merinding bulu roma jadinya.

"Hah, kenapa pagi-pagi buta dah mengganggu? Saya tak menginap di sini untuk kena kacau! You tak ada privacy policy ke?" bebel lelaki itu dengan suara jantan serak-serak basah.

Naira nak marah balik, tak pasal-pasal pagi-pagi buta dia sudah kena marah. Namun dia cepat sedar, lebih baik selesaikan masalah dari terus cari masalah. Dia pandang wajah lelaki itu. Seperti semalam juga. Serabut macam penyamun. Atau mungkin juga pengedar dadah. Cuak. Diheretnya Naira masuk dalam bilik, cucuk dengan jarum sebatang, mahu Naira tak sedar apa dah!

"Errr... Encik Iqbal Raid?" Naira cuba kerling ke dalam bilik, kalau-kalau ada orang lain selain mamat depan mata ni.

"Awak nak apa sebenarnya?"

"Errr... Nak jumpa Encik Raid..." Naira sempat kerling nombor bilik di pintu. Betul.

"Sayalah!" jawab lelaki itu sepatah. Serius!

Naira beranikan diri melihat betul-betul wajah lelaki yang mengaku sebagai Iqbal Raid sekaligus pemilik dompet dan duit yang sebeban tu. Kena pastikan betul-betul orangnya. Takut harta orang tidak sampai ke tangan tuannya sendiri. Bertambah lagi kuota geng yang mengejar dia.

"Dah puas?" perli lelaki tu.

Naira mecebik.

"Muka semak macam perompak pun nak perasan lebih!" Terkeluar juga ayat kurang nyaman dari mulutnya.

"Itupun tak berkedip pandang!"

Naira jeling. Serentak dia menghulur barang-barang lelaki tersebut.

"Encik punya barang!"

Terjegil mata Iqbal Raid melihat barang di tangan Naira.

"Macam mana boleh ada dengan awak?" Keras dan tegang suaranya.

"Manalah saya tahu! Tiba-tiba benda ni boleh berjalan duduk atas meja kaunter malam semalam. Pukul satu pagi pula tu. Kami cuba telefon dan datang sini untuk pulangkan segera... Tapi encik tak bagi respons apa-apa. Ni dah jumpa... Sila ambil balik. Kami pun tak mahu menanggung risiko apa-apa sebab simpan barang penghuni yang cuai!" Panjang lebar jawapan Naira. Keras dan serius juga.

Barang sudah bertukar tangan. Naira pusingkan badan untuk pergi.

"Hei!" jerit lelaki itu.

Naira toleh mukanya lihat lelaki tersebut. Namun cepat-cepat larikan matanya ke atas. Tak sanggup melihat!

"Kalau ada terkurang... Saya cari awak!"

Amaran keras keluar dari si lelaki sambil menahan tualanya yang sudah terlondeh dari jatuh ke bawah. Pemandangan itu yang Naira cuba elakkan tadi.

Naira berhenti jalan.

"Jangan main tuduh-tuduh sembarangan! Encik yang tinggalkan benda itu. Encik yang lalai. Kalau ada terkurang, encik tanggunglah akibatnya. Kami tak bertanggungjawab!"

Sedikitpun Naira tak menoleh pada lelaki tu. Takut tertengok wayang percuma. Mahu tak takut. Di hadapan bilik dia kut. Kalau lelaki tu tengah high heret dia masuk macam mana? Lebih baik ambil langkah selamat.

"Saya tak peduli! Awak mesti bertanggungjawab!" balas lelaki itu balik.

"Heh... Sendiri punya careless, nak main ugut-ugut orang. Tak payah bebel kat sinilah... Baik uruskan yang tu dulu sebelum terjatuh!" Tempelak Naira sambil muncungkan mulut pada tuala yang nak jatuh tu.

Naira dah tak kuasa bertekak dengan orang yang hampir terlondeh kain tuala tu. Gerun. Selamba dia terus cabut dari situ. Naira merasa lega dapat lepaskan diri. Nafas panjang ditarik dan dia menghembusnya dengan perlahan-lahan. Diharap selepas ini dia tak bertemu lagi dengan manusia penyangak itu.

Namun terlintas juga fikiran negatif... Dibuatnya lelaki tu tuduh dia dan claim yang bukan-bukan, macam mana?

Heh... Lantak la. Bukan Naira tak biasa berurusan dengan orang-orang jahat ni. Selalu. Naik muak sudah. Hingga kadang-kadang dia selalu tertanya-tanya pada diri sendiri... Sudah pupuskah lelaki baik-baik dalam dunia ini? 

Continue Reading

You'll Also Like

217K 14K 76
Cinderella sebenar hilang kasut kaca dia. Tapi Hana Delisha hilang surat cinta dia. yang sepatutnya diserahkan kepada crush sejak tahun pertama dia...
156K 2.8K 90
Curang? Perkataan itu pantang bagi semua isteri atas dunia ini. Begitu juga dengan Azlyn. Ketika di kemuncak bahagia, dia diuji dengan kecurangan sua...
Kayla By Am___ __ya__

General Fiction

724K 6.2K 127
Kisah kehidupan Kayla Adena Raisya yang penuh ranjau, pengkhianatan, suka dan duka. Kayla gadis berdarah campuran melayu + sweden yang menjadi perhat...
799K 25.7K 16
Tajuk: DHEO'S Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-090-8 Muka Surat : 672 Harga: RM28.00 (Semenanjung) // RM31.00 (Sabah & Sarawak) ...