Tema Yang Takkan Ditulis

By HdinHafizuddin

3.2K 347 36

Berbilang tema 'Fiksyen Sains' ataupun karya 'Netflix vibes' yang takkan sesiapapun pernah berani tulis, berk... More

Sains Sekitaran dan Pembumian
Fiksyen Cerita Rakyat, Empayar Melayu Dahulukala & Sejarah Purba Nusantara
Fiksyen Sains Hipotetikal
Plot Latar ISS & Planet Marikh
Fiksyen Sains Kerohanian
Fiksyen Sains Seram & Menakutkan
Fiksyen Sains Sosial dan Kemanusiaan
Fiksyen Sains Thriller & Misteri
Fiksyen Sains Sukan
Fiksyen Sains Permainan Atas Talian (e-Games)
Sains Fiksyen Gameshow Realiti
Fiksyen Sains Falsafah
Fiksyen Sains Perubatan
Fiksyen Sains Animasi
Fiksyen Sains Kejuruteraan
Fiksyen Sains Nuklear & Penyinaran Radiasi
Fiksyen Wabak Pandemik
Fiksyen Sains Pengembaraan Masa
Latar Masa Zaman Pertengahan, Pembaharuan, Empayar Abbasiyyah & Uthmaniyyah
Fiksyen Sains Steampunk, Dieselpunk & Cyberpunk
Fiksyen Sains Utopia & Distopia
Fiksyen Sains Alam Berbilang (Multiverse)
Fiksyen Pseudosains Kuasa Ajaib, Magik, Mistik & Sihir
Genre Fiksyen Penyembuhan Kendiri (Self Healing Fiction)
Penulisan Fiksyen gaya 'Three Act Structure'
Penulisan Fiksyen gaya 'Freytag's Pyramid'
Penulisan Fiksyen gaya 'Dean Koontz's Classic Story Structure '
Penulisan Fiksyen gaya 'In Medias Res'
Penulisan Fiksyen gaya 'The Hero's Journey'
Penulisan Fiksyen gaya 'Fichtean Curve'

Apa Lagi Genre Yang Belum Ditulis?

486 45 3
By HdinHafizuddin

Genre 'Sains Fiksyen' (#Saifai) merupakan sebuah genre yang berat, serabut dan menyesakkan minda pada pandangan masyarakat awam.

Namun, genre 'Sains Fiksyen' ini jugalah merupakan salah satu genre pencetus kepada merevolusikan teknologi urbanisasi masakini, mengangkat tema pembaharuan saintifik melangkaui zaman, mengisi kelompongan idea dengan terciptanya karya fiksyen berfakta, menjanjikan perubahan terkehadapan dalam ruang lingkup bidang falsafah keilmuan dan pemikiran kritis sains sehinggalah menginspirasikan sekelompok anak remaja yang ingin berimaginasi diluar kotak dengan harapan dapat menerjah ke angkasaraya melalui manuskrip.

Tema ini jugalah yang telah diperhatikan saban minggu banyak menerajui carta-carta utama untuk siaran tontonan penstriman masakini seperti Netflix, HBO GO, Disney+, Apple TV+ dan sebagainya dekad tahun 2020-an kehadapan. Ada juga segelintir pihak yang menggelarkan karya-karya sains fiksyen sebegini sebagai karya 'Netflix vibes'.

Namun, adakalanya tema ini telah disalahanggap dewasa ini dek kerana telah terbanjirnya karya-karya bertemakan sains fiksyen ala-ala fantasi luar kotak yang lebih menjurus kepada unsur-unsur kebaratan, magis dan menularnya jarum-jarum peniti halus sekularisme lagi menyesatkan dalam karya-karya berkenaan.

Ini menyebabkan karya-karya ini masih tidak mendapat tempat dihati masyarakat Malaysia dan tidak boleh bersaing dengan karya-karya romantik cinta yang telah banyak diadaptasi kedalam drama pukul tujuh malam. Pengistilahan frasa-frasa sains yang terlalu saintifik juga mengundang kurangnya minat masyarakat kepada bahan bacaan pada genre ini.

Namun, titik perubahan bagi karya-karya ini mendapat tempat di kalangan masyarakat berbilang bangsa apabila negara dilanda wabak pandemik Covid-19. Masyarakat dipaksa untuk  menghabiskan masa di rumah, bekerja dari rumah, ber-PdPR di rumah dan seterusnya menghabiskan masa menonton filem penstriman selain juga membaca pelbagai jenis  bacaan genre buku ataupun novel. Hal ini seterusnya mencetuskan revolusi baru lalu menghembuskan nafas segar dalam industri karya fiksyen sains diserata dunia.

Dalam hal itu, sisipan ini berhasrat untuk mengupas tema apa lagi yang samada belum pernah dikarang, ataupun jumlah tema yang dikarang itu terlalu sedikit sehinggakan masyarakat tidak dapat mengetahui kewujudan tema fiksyen sains terbabit.

Semoga dengan sedikit pengolahan daripada sisipan ini, dapat mencetuskan pelbagai lagi idea yang lebih tuntas dan karya-karya nanti bakal digarap dengan penuh keyakinan khususnya kepada samada penulis-penulis muda khasnya, mahupun peminat-peminat karya sains fiksyen amnya demi memastikan karya-karya sains fiksyen itu tidak terdefinasi sebagai hanya tertumpu kepada pengaruh barat semata-mata, malahan boleh diserap juga nilai-nilai kebudayaan tempatan yang penuh adat ketimuran, menjadi suatu karya yang unik tetapi dekat di hati masyarakat Malaysia.

Continue Reading

You'll Also Like

495 21 20
Dalny, Seorang perempuan tomboy yang menanggung keluarganya setelah berhenti sekolah menengah di umur 18 tahun. Yuto pula ialah seorang CEO dan pemil...
105K 1.9K 24
21SX BACAAN DEWASA KISAH SEORANG BANDUAN YANG CUBA MEMBINA KEHIDUPAN DAN KEPERCAYAAN BARU DARI KELUARGANYA TERUTAMA DARI ADIK KANDUNGNYA SENDIRI.
55.2K 865 11
Kisah 2 : Ayie/Along abg kepada Boy/Naufal. Ada satu rahsia Ayie yang cuba Boy dedahkan. Akibatnya? Makan diri. Dapat ke adik dan abg berbaik semula...
131K 1.4K 9
MUHD NAZMIRUL seorang pelajar mesra dipanggil Mirul berumur 15 tahun yang telah kehilangan kedua ibubapanya juga abang tersayang. Dia sendiri pun tak...