Gadis Berdarah Suci (C)

De Beflwrs

1M 56.4K 1.7K

Gabriella Kattyrine seorang gadis yang bernasib malang. Tinggal di Negara Swirtens. Keluarganya meninggal ker... Mai multe

new story
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
maaf.
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 67
Bab 68
Sorry!
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Follow, update.
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bukan update.
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 95
sorry.
Bab 96
Bab 97
PERHATIAN!
LETS READ!

Bab 66

8.7K 488 3
De Beflwrs

"Tak sangka cadangan kamu di terima. Bukan senang nak buat mereka setuju." kata Raja Hendri.

Gabriella tersenyum.

"Mestilah. Tak ada siapa pun yang boleh tolak cadangan Bella."

Alvin yang berada di sebelah Gabriella menjulingkan matanya ke atas.

"Uncle bangga dengan Bella. Tapi, Bella nak ikut pergi ke kerajaan Ruen jugak ke?" soal Raja Hendri.

"Mestilah! Bella yang bagi cadangan kena lah pergi." kata Gabriella semangat.

"Uncle risaulah. Kalau Bella dalam bahaya macam mana? Bella duduk dekat istana Crown je lah."

dengar sahaja Raja Hendri kata seperti itu terus sahaja Gabriella monyok.

"Uncle jangan risau. Saya yang akan jaga dia." sampuk Alvin.

"Betul ni?" soal Raja Hendri.

Gabriella terus sahaja mengangguk dengan laju.

"Baiklah kalau macam tu. Uncle benarkan kamu pergi. Tapi dengan satu syarat."

"Apa dia?" soal Gabriella.

"Pastikan kamu sentiasa dengan Alvin. Kalau uncle dapat tahu kamu bersendirian, uncle akan terus hantar kamu balik."

"Baiklah bos!" kata Gabriella lalu membuat tabit.

"Perhatian semua. Hari ini kita akan mengadakan perlawanan. Ahli biasa dan tahap sederhana sahaja yang boleh mengikuti perlawanan ini. Kepada ahli tahap tinggi pula, hari ini kamu akan menjadi penonton sahaja."

pelajar di dalam dewan mula membuat bising.

"Tolong berikan kerjasama. Siapa yang ingin berlawan, kamu semua boleh pergi ke meja bahagian depan ini. Tulis nama kamu dan juga lawan kamu." kata cikgu Lily sambil menunjuk ke arah meja yang ada di depannya.

Pelajar tahap biasa dan sederhana mula berkerumun di meja yang berada di hadapan.

"Marsha. Kau tak nak ikut ke?" soal Yora.

Marsha memandang ke arah Yora.

"Kenapa? Kau nak lawan dengan aku ke?" soal Marsha pula.

"Tak nak lah. Aku malas hari ni. Kalau ada Bella boleh lah aku lawan dengan dia."

Marsha tersengih.

"Kau malas ke atau kau takut kalah?"

"Mana ada! Aku bukan takut kalah. Aku cuma bosan je. Tak habis habis lawan dengan kau."

"Yelah tu."

Yora membuat muka lalu dia pergi meninggalkan Marsha sendirian. Marsha yang melihat Yora pergi hanya menggelengkan kepalanya saja.

"Baiklah. Penyertaan telah di tutup. Cikgu akan mula memanggil nama yang pertama. Tapi, sebelum itu saya mahu kamu semua naik ke atas. Nama yang di panggil sahaja yang berada di bawah." kata cikgu Lily.

Pelajar pelajar mula bergerak naik ke atas lalu mengambil tempat duduk masing masing.

"Perlawanan pertama, Sherine Madison dari kelas Matahari berlawan dengan Marsha Quin dari kelas Anggrik."

belum sempat Marsha melabuhkan punggungnya di kerusi terus sahaja dia berdiri semula dengan muka terkejutnya. Yora yang berada di sebelahnya juga turut terkejut.

"Marsha kau..."

Marsha terus sahaja menggelengkan kepalanya apabila Yora tidak menghabiskan ayatnya.

"Habis tu? Macam mana nama kau boleh ada dekat dalam senarai?" soal Yora hairan.

Belum sempat Marsha menjawab, namanya telah di panggil sekali lagi.

"Marsha Quin. Sila turun kerana pihak lawan sudah berada di bawah." kata cikgu Lily.

Marsha memandang ke bawah lalu dia melihat Sherine tersenyum. Senyuman sinis. Dia mula bergerak turun ke bawah. Yora yang berasa hairan itu duduk semula lalu memandang ke bawah melihat Sherine dan Marsha.

"Seperti yang di jangka. Kau mesti terkejut kan?" soal Sherine kepada Marsha.

Marsha hanya membiarkan sahaja soalan Sherine begitu saja lalu dia mengambil jarak.

"Baiklah. Sebelum kamu berdua mula, gambaran di skrin sebelah saya ini menunjukkan masa perlawanan iaitu selama 1 jam. Jika di antara kamu berdua terkena serangan, maka orang yang menyerang kamu itu akan mendapat 1 point sehingga lah masa tamat. Dari situ, skrin akan menunjukkan berapa banyak point yang kamu dapat dalam 1 jam. Point yang paling banyak di kira pemenang. Jelas?" terang cikgu Lily.

Sherine dengan Marsha mengangguk kepala tanda paham.

"Baiklah. Mulakan!"

"Woi. Termenung apa tu?"

Gabriella yang sedang duduk di buaian terus sahaja menoleh ke arah empunya suara.

"Terkejut aku. Fikirkan jembalang mana lah tadi." kata Gabriella lalu memandang semula ke depan.

Alvin pula melabuhkan punggungnya di sebelah Gabriella.

" Punya lah hensem aku ni kau kata aku jembalang. Tak guna betul." protes Alvin.

"Hensem lah sangat. Muka macam kambing." kata Gabriella perlahan.

"Aku dengar tu."

"Kau ni buat apa dekat sini? Kacau daun betul lah. Aku baru je nak bersendirian kau pulak muncul." rungut Gabriella.

"Eh kau ni. Kau sendiri yang suruh aku sentiasa dengan kau. Mana mana pun aku kena ada dengan kau. Kau tak ingat ke? Siap boleh kata kalau nak pergi toilet pun kau suruh ikut jugak kan?"

Gabriella memandang Alvin tajam. Alvin pula sudah tersengih.

Flashback on.

"Okayh. Aku maafkan. Tapi dengan satu syarat." kata Gabriella.

"Apa dia?"

"Aku nak kau sentiasa dengan aku walau macam mana sekali pun dan aku nak kau yang muncul bila aku dalam kesusahan bukan orang lain."

Alvin tersenyum sinis.

"Termasuk kau pergi toilet?"

tanpa Gabriella sedar dia telah mengangguk kepala. Alvin sudah tersengih sengih.

"Okayh. Maknanya aku kena masuk dalam toilet jugak lah kan?" soal Alvin sambil tersenyum nakal.

Terbutang mata Gabriella apabila mendengar soalan Alvin. Terus sahaja dia mencubit perut Alvin. 

"Gatal!" kata Gabriella lalu melepaskan cubitan.

Walaupun sakit Alvin tetap tersengih sehingga membuatkan pipi Gabriella membahang. Di sebabkan terlalu malu Gabriella terus sahaja pergi meninggalkan Alvin.

"Dia blushing lah!" jerit Alvin lalu dia ketawa.

Gabriella terus sahaja jalan meninggalkan Alvin sambil menutup telinganya.

Flashback off.

Sherine mula menyerang Marsha menggunakan tali api dengan melibas ke arah Marsha berkali kali. Marsha pula tidak dapat mengeluarkan sebarang kuasa akibat serangan Sherine sehingga lah dia tersilap langkah lalu terkena libasan itu. Sherine telah mendapat satu point. Marsha bangun semula lalu dia mengeluarkan kuasa angin dan tanah lalu di gabung. Kemudian dia melemparkan ke arah Sherine. Sherine pula menepis setiap serangan Marsha. Sedang Sherine fokus menepis, Marsha mengambil kesempatan untuk mengawal mindanya. Di sebabkan Marsha mengawal minda Sherine, akhirnya dia terkena serangan itu. Marsha telah mendapat satu point juga.

"Yora."

Yora yang sedang menonton perlawanan itu menoleh ke arah empunya suara.

"Leo? Ada apa?"

Leo mengambil tempat di sebelah Yora lalu melabuhkan punggungnya.

"Mana Gabriella? Dari masuk sekolah lagi aku tak nampak dia."

Yora memandang semula ke arah tempat perlawanan.

"Oh Bella. Dia tak datang harini."

"Kenapa? Dia sakit ke?"

Yora menggelengkan kepalanya.

"Habis tu?"

"Dia kena pergi ke kerajaan Brince sebab uncle dia suruh."

Leo terangguk angguk. Di sebabkan tiada benda yang ingin dibualkan akhirnya mereka berdua memilih untuk mendiam diri lalu melihat perlawanan di bawah.

Pelajar pelajar mula bersorak. Ada yang menyokong Marsha dan ada juga yang menyokong Sherine. Masa telah tinggal 5 minit sahaja lagi. Tapi keputusan masih lagi seri iaitu masing masing telah mendapat 7 point. Sherine menggunakan kuasa air membuatkan Marsha terundur sedikit. Kevin yang sedang menonton di atas terus sahaja bangun dari duduknya.

"Aku rasa aku dah tahu kelemahan kau apa." kata Sherine sambil bermain main dengan unsur air.

Marsha mula berasa risau. Dengan terpaksa, dia perlu mengawal sekali lagi minda Sherine. Belum sempat Marsha mengawal minda Sherine, Sherine telah melempar terlebih dahulu sehingga rambunya terkena air.

Cawan yang di pengang Gabriella tiba tiba terjatuh. Pelayan pelayan yang sedang kemas terus sahaja pergi ke arah dapur.

"Princess Gabriella tak apa apa?" soal pelayan.

Gabriella memandang pelayan itu kemudian dia memandang kaca yang bertaburan di lantai.

"Saya tak apa apa." kata Gabriella lalu cuba untuk mengutip kaca itu.

Belum sempat pelayan menghalang, jari Gabriella telah terkena kaca lalu berdarah.

"Jari Princess dah luka tu. Biarkan kami sahaja yang membersihkan kaca ini. Caca, tolong bersihkan luka Princess." kata pelayan itu kepada pelayan lagi satu.

Pelayan yang bernama caca itu mengangguk lalu membawa Gabriella pergi.

"Caca, biarkan sahaja saya yang bersihkan luka ni. Awak tolong lah mereka. Dan cakap, saya minta maaf." kata Gabriella kepada Caca.

"Princess tak perlu minta maaf. Ini memang tugas kami. Kalau macam tu saya pergi dahulu." kata Caca lalu pergi.

"Gabriella!"

Gabriella yang ingin menaik ke kamarnya menoleh apabila namanya di panggil.

"Alvin. Ada apa?" soal Gabriella lalu menyorokkan tangannya kebelakang.

"Kau sorok apa tu?" soal Alvin curiga.
"Sorok? Sorok apa? Aku mana ada sorok apa apa."

"Tak payah nak menipu. Bak sini tangan kau."

Alvin terus sahaja menarik tangan Gabriella.

"Asal luka ni?"

Gabriella terus sahaja menarik semula tangannya.

"Tadi aku tak sengaja pecahkan cawan, lepastu aku nak kutip tapi terkena pulak."

Alvin tidak menyoalnya lagi. Malah dia manarik semula tangan Gabriella lalu menghisap jarinya yang berdarah. Gabriella yang terkejut dengan tindakan Alvin hanya mampu mendiamkan diri saja.

"Lain kali hati hati." kata Alvin selepas menghisap jari Gabriella.

"Kau fikir kau vampire ke nak buat macam tu?"

Alvin tersengih.

"Nasib baik aku. Kalau vampire betul betul, habis darah kau dia sedut semuanya."

Gabriella mencebik bila Alvin berkata seperti itu.

"Kau okayh tak ni?" soal Alvin apabila melihat Gabriella seperti runsing.

"Aku... Aku rasa tak sedap hati."

"Fuh. Nasib baik ada Mrs. Qis." kata Kevin lalu duduk di kerusi.

Marsha juga melakukan perkara yang sama. Sekarang mereka berdua sudah berada di pejabat Mrs. Qis.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" soal Mrs. Qis yang berada di hadapan mereka.

Marsha pun mula mencerita dari awal sampai akhir. Selepas sahaja Marsha mencerita, Mrs. Qis mengeluh.

"Marsha, awak sepatutnya tolak sahaja perlawanan tu. Kalau orang tahu macam mana? Habis awak nanti." kata Mrs. Qis.

"Maaf Mrs. Qis. Saya tak tahu pulak akan jadi macam ni." kata Marsha dengan rasa bersalah.

"Ohya Kevin, kamu tahu pasal Marsha?" soal Mrs. Qis hairan.

Kevin menganggukkan kepalanya.

"Termasuk dengan kuasanya?" soal Mrs Qis lagi.

"Tahu. Gabriella yang memberitahu saya. Tapi kalau kuasa Marsha saya tahu dari dirinya sendiri."

"Gabriella tahu? Macam mana dia boleh tahu?"

mereka berdua memandang satu sama lain. Lalu Marsha menjawab.

"Er. Dia tahu dari ibu saya." Mrs. Qis terangguk angguk.

"Lebih baik kamu balik dulu. Gunakan pintu portal kamu. Kamu pula Kevin, balik semula ke dewan dan batalkan perlawanan Marsha dengan Sherine atau pun jadikan Sherine pemenang."

"Baiklah." kata mereka serentak.

Marsha mula membuka portalnya lalu menghilang. Manakala Kevin pula kembali semula ke dewan.

Situasi di Dewan. Pelajar pelajar mula kehairan apabila tidak melihat Marsha di bawah. Sherine juga terkejut melihat Marsha tiada di depannya.

"Apa dah jadi?" soal Yora sendirian.

Tiba tiba muncul ahli tahap tinggi.

"Cahaya apa tadi? Dah lah terang. Sakit mata aku." kata Diaz.

"Entah. Aku tadi tak nampak apa apa pun sebabkan cahaya tu." kata Yora.

"Aku pelik lah. Mana Marsha pergi. Habis je cahaya tu hilang, dia terus je tak ada." kata Tristan pula.

Semua hanya mendiamkan diri. Tak tahu ingin menjawab apa. Sedangkan diri mereka masing masing masih lagi dalam keadaan kehairanan.

"Baiklah. Di sebabkan Marsha menghilang, jadi pemenang perlawanan ini adalah Sherine!" kata Cikgu Lily.

Pelajar pelajar mula bersorak.

"Marsha?" soal Clara sambil memegang bahu Marsha dari belakang.

"Arh!" jerit Marsha lalu dia jatuh terduduk.

"Marsha awak tak apa apa ke?"

Clara menghulurkan tangannya untuk membantu Marsha bangun. Marsha menerima huluran Clara.

"Terkejut aku. Fikirkan siapa lah tadi." kata Marsha sambil mengibas ngibas punggungnya.

"Apa dah jadi dengan rambut awak marsha?" soal Clara terkejut.

"Er. Panjang ceritanya. Sekarang ni tolong aku masuk bilik. Aku takut orang lain nampak nanti. Dalam bilik aku cerita." kata Marsha lalu menoleh ke kiri dan ke kanan.

Clara mengangguk lalu membawa Marsha ke dalam biliknya.

"Kevin!" panggil James.

Kevin menoleh ke arah pondok bunga lalu menuju ke arah ahli tahap tinggi.

"Kat sini rupanya korang. Penat aku cari." kata Kevin lalu duduk di sebelah William.

"Kau tu yang tak nampak kiteorang. Kiteorang dari sini je dah nampak kau tu kehulu kehilir." kata Roy.

Mereka semua mengangguk setuju. Kevin pula hanya tersengih sahaja.

"Ohya. Mana Marsha?" soal Benny.

"Dia ada hal dengan Mrs. Qis." kata Kevin selamba.

"Kiteorang nak tanya, cahaya masa kat dewan tadi tu siapa yang buat?" soal William.

"Mrs. Qis yang buat."

"Sebab apa?" soal mereka serentak kecuali Josh.

Josh hanya memasang telinga sahaja tapi matanya memandang buku yang di bacanya.

"Kau yang nak tahu sangat ni kenapa? Manalah aku tahu. Kalau nak tahu sangat, pergi sana tanya Mrs. Qis bukan aku."

"Tapi macam mana kau tahu cahaya tadi Mrs. Qis buat?" soal Diaz.

"Aku tadi ada kat luar dewan lepas tu nampak Mrs. Qis tengah keluarkan kuasa dia. Sebab tu aku tahu."

mereka semua pun percaya kata kata Kevin. Muncul pula Yora.

"Marsha mana? Kevin? Marsha mana?" soal Yora risau.

Kevin yang mula rasa rimas terus sahaja bangun dari duduknya.

"Kau tanya dieorang tu. Aku nak pergi kantin. Nanti aku terus tunggu kat kereta."

belum sempat Yora menghalang, Kevin sudah pergi. Yora terus sahaja menghentak kakinya tanda geram. Lalu dia memandang semula ke arah ahli tahap tinggi.

"Dia ada hal dengan Mrs. Qis." kata James tanpa menunggu Yora menyoal.

"Tapi cahaya tadi?"

"Mrs. Qis yang buat. Kau jangan risau. Lebih baik kau balik." kata Tristan pula.

"Kau halau aku ke?" soal Yora tak puas hati.

"Mana ada." kata Tristan.

Yora membuat muka lalu dia pergi.

"Eh? Marah ke?" soal Tristan sendiri.

"Dah lah jom balik." kata Roy.

Di istana Bright. Gabriella sedang mengemas barang barangnya kerana hari ini dia harus balik ke istana Crown. Setelah selesai mengemas, Gabriella keluar dari biliknya lalu menuju ke ruang tamu.

"Kak Jess tak balik ke hari ni?" soal Gabriella yang melihat Jessica sedang menonton TV.

Jessica menoleh ke arah Gabriella yang sedang meletakkan begnya di tepi sofa.

"Tak. Besok baru balik. Lagi pun Eric ada kerja yang nak kena buat."

Gabriella terangguk angguk lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Jessica.

"Alvin mana? Tak turun lagi ke?" soal Gabriella.

"Dalam bilik. Tadi masa kak Jess pergi bilik dia, dia tengah mandi."

Gabriella menganggukkan kepalanya lagi sekali. Jessica memandang semula ke arah TV setelah tiada soalan dari Gabriella. Semasa mereka sedang menonton TV, seseorang telah muncul lalu dia duduk di sebelah Gabriella. Gabriella yang sedang kusyuk menonton tidak sedar ada seseorang di sebelahnya.

"Kusyuk nampak."

dengar sahaja ada suara di sebelahnya terus sahaja Gabriella dan Jessica menoleh.

"Argh! Hantu!" jerit mereka berdua serentak.

Benny membuka topengnya lalu ketawa terbahak bahak sambil memegang perutnya.

"Hahaha..bu...rukk...hahahaha mu...ka.. Hahaha."

Benny yang tak dapat menghabiskan ayatnya di biarkan saja. Terus sahaja dia mentertawakan Gabriella dan Jessica.

"Benny! Kau rupanya!" marah Gabriella lalu menarik telinga kiri Benny manakala Jessica menarik telinga kanannya.

"Aw.. Aw.. Sakit lah." rintih Benny.

"Ouh tau pun sakit, yang kiteorang ni pulak kau tak fikir? Kalau ada sakit jantung macam mana? Tak ke mati kiteorang huh?" kata Jessica.

Benny yang menahan sakit, tersengih.

"Alah. Nak gurau je pun. Tadi aku tengok korang kusyuk je. Sebab tu aku kacau."

Jessica dengan Gabriella melepaskan telinga Benny.

"Kau macam mana... Ouh lupa. Kau ada kuasa teleport." kata Gabriella sambil menggaru kepala.

"Benny buat apa dekat sini? Kan tak boleh guna kuasa teleport sesuka hati." kata Jessica.

Benny menyandarkan badannya di sofa.

"Tahu. Tapi si Alvin tu yang suruh pergi sini. Dah lah baru balik. Penat tahu tak." Rungut Benny.

Pada waktu yang sama muncul pula Alvin.

"Hah. Merungut. Aku belasah satgi baru tahu." Kata Alvin.

Mereka bertiga memandang Alvin.

"Cepat lah. Kau suruh aku datang sini buat apa?" Soal Benny.

"Jessica. Kiteorang balik dulu. Nanti kalau Eric atau Uncle tanya kiteorang, cakap je kiteorang dah balik dulu sebab Gabriella nak balik cepat." Kata Alvin kepada Jessica.

Jessica menganggukkan kepalanya.

"Eh kejap. Jadi aku kena bawak korang balik lah ni? Mentang mentang aku Ada kuasa teleport sesuka hati je nak manfaatkan kuasa aku." kata Benny tak puas hati.

"Dah lah kau. Tak payah nak banyak mulut. Jom." kata Alvin lalu mengambil beg Gabriella.

"Kak Jess. Bella balik dulu." kata Gabriella lalu memeluk Jessica.

"Tak payah nak drama sangat lah. Nanti jumpa jugak." kata Alvin.

Gabriella memandang ke arah Alvin lalu memberi jelingan kepadanya. Setelah itu, mereka bertiga menghilang.

"Macam mana? Kamu dah tahu siapa orangnya?" soal Raja Jason kepada anaknya.

"Dah. Anakanda telah menemuinya. Selama ini dia telah mengubah warna rambutnya." kata anaknya.

Raja Jason tersenyum.

"Bagus. Dapatkan dia untuk ayahanda."

lelaki itu mengangguk lalu beredar.

"Ouh. Lain kali awak kena hati hati. Saya harap tak ada yang nampak lah." kata Clara selepas mendengar cerita Marsha.

Marsha pula mengeluh.

"Tu lah. Harap harap tak."

tiba tiba bunyi ketukan di pintu bilik Marsha.

"Siapa tu?" soal Marsha.

"Saya rasa Gabriella." jawab Clara.

"Bella? Cepatnya dia balik?"

Clara membiarkan saja soalan Marsha. Dia bangun dari duduknya lalu membuka pintu. Betul tekaannya. Gabriella lah yang mengetuk pintu. Clara memberi ruang Gabriella masuk lalu menutup pintu semula dan menguncinya.

"Marsha?! Rambut kau?!" soal Gabriella terkejut lalu pergi ke arah Marsha.

"Apa dah jadi ni?" soal Gabriella lagi.

"Sebelum aku cerita, aku nak tanya kau dulu." kata Marsha.

"Apa dia?"

"Awalnya kau balik? Bukan sepatutnya kalau nak balik sini ambil masa 1 hari ke?"

Gabriella tersengih.

"Aku balik guna kuasa teleport Benny, tu yang awal."

mereka berdua mengangguk paham.

"Dah. Cepat cerita." kata Gabriella.

"Macam ni. Tadi dekat sekolah, masa kelas kuasa cikgu Lily ada buat perlawanan untuk tahap sederhana dan tahap biasa. Masa nak mula tu, cikgu Lily sebut nama aku, padahal aku tak ikut pun perlawanan tu." kata Marsha.

"Kejap. Mesti kerja Sherine kan?" teka Gabriella.

Marsha menganggukkan kepalanya.

"Aku dah agak dah."

"Tengah kiteorang lawan tu, masa tinggal 5 minit. Waktu tu jugak lah dia guna kuasa air. Tapi nasib baik Mrs. Qis ada. Mrs. Qis guna kuasa cahaya untuk mengkaburkan pandangan orang lain sebelum rambut aku berubah. Lepastu Kevin bawak aku pergi bilik Mrs. Qis."

"Ada orang nampak tak?"

"Entah lah. Aku tak tahu. Aku harap tak lah."

"Haih. Kau kena hati hati sekarang ni. Aku rasa mesti ada yang nampak."

"Okayh. Lain kali aku hati hati."

Maaf! Sebab dah lama tak update. Ni paling panjang sis buat. 😂 sorry again buat korang tertunggu. Have fun! Kalau tak menarik boleh comment. Sis cuba buat lebih menarik lagi. ✌

Continuă lectura

O să-ți placă și

459K 20.8K 59
Dia cool! Dia cantik! Pandai! Tinggi! Comel! Semua perfect .. Dia nakal tapi pendiam, Dia, Khaira Mysarah Tengku Aryan Mikael lelaki yang baru berpin...
387K 7.1K 35
[Comedy Romance] AULIA ARISHA - perwatakan seorang perempuan yang agak kasar dan selalu saja datang lewat ke sekolah. Dia juga merupakan salah seora...
89.8K 3.6K 40
Mereka menyerahkan kuasa kerana ingin melindungi yang tersayang. Mereka membawa diri ke Light Kingdom. Setelah 4 tahun peristiwa tersebut berlalu, me...