The Second Warriors [C]

بواسطة yuyun309

361K 21.9K 523

-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tah... المزيد

PROLOG
Episod 1: The normal day.
Episod 2: Something weird.
Episode 3: Her birthday
Episode 4
Episode 5
Episode 6
Kayna's new friend
Episode 7
Episode 8
Episode 9
Episode 10
Episode 11
Episode 12
Episode 13
Episode 14
Episode 15
Episode 16
Episode 17
Episode 18
Episode 19
Episode 20
Episode 21
Episode 22
From Yuyun
Episode 23
Episode 24
Episode 25
Episode 26
Episode 27
Episode 28
Episode 29
Episode 30
Episode 31
Episode 32
Episode 33
Episode 34
Episode 35
Episode 36
Episode 38
Episode 39
Episode 40
Episode 41
Episode 42
Episode 43
Episode 44
Episode 45
Episode 46
Episode 47
Episode 48
Episode 49
Epilogue : EXTRA

Episode 37

5.6K 359 10
بواسطة yuyun309

ELEMENTALIST merasakan tekanan ketika pari-pari The Guardian itu memandang mereka.

"Tolong. Kalahkan Kai Vari. Sekiranya dia masih hidup, Altarian akan berada didalam bahaya."

"Kalahkan... Kai?" Kayna menanya lagi. Masih tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

"Ya. Kami mohon." Spinel menundukkan sedikit kepalanya. Amethyst dan Citrine juga.

"Kami akan cuba. Untuk kalahkan seseorang yang hidup lebih dari tujuh puluh tahun memerlukan pengalaman yang tinggi." Kata Ariel.

"Kami boleh memberikan memori kamu yang pertama."

Elementalist terkejut mendengar apa yang baru dikatakan oleh Amethyst.

"Boleh ke?" Tanya Leo.

"Tentu." Citrine menjawab dengan yakin.

ketiga-tiga pari-pari itu terbang dan mengelilingi kolam itu. Sama seperti apa yang dibuatnya sebelum ini. Kolam itu bercahaya lagi dan cahaya kali ini lebih terang daripada yang tadi.

Elementalist merasakan sedikit pening dikepala mereka. Satu gambaran dimana merupakan memori diri mereka yang pertama bermain dikepala mereka dengan laju.

Beberapa saat selepas itu, gambaran itu hilang dari kepala mereka. Mereka jatuh terduduk secara serentak. Kepala dipegang untuk menahan rasa berat.

"A-apa tu?" Tanya Laura.

"Itu ialah memori kamu." Spinel mendekati mereka berenam.

Kayna memegang kepalanya yang masih terasa sakit. Matanya sudah menitiskan air mata.

"Kayna. Kamu tidak apa-apa?" Citrine mendekai Kayna dan memegang bahu Kayna.

"Ya. Saya tak apa-apa." Kayna mengangkat kepalanya.

Elementalist bangun namun masih memegang kepala mereka. Wajah Kayna menjadi sendu sehabis sahaja dia melihat memori dirinya yang pertama.

"Kamu semua boleh tolong kami kan?" Amethyst menanya lagi.

"Ya." Jawab Elementalist serentak dan yakin.

"Untuk mengalahkan Kai, kamu harus menikam jantungnya. Kerana jantung ialah tempat dimana cahaya Stonecrystal itu berada."

Elementalist mendengar kata-kata Citrine dengan seksama. Sesaat selepas itu, Citrine menyambung lagi.

"Tetapi, sekiranya satu cahaya Stonecrystal kembali ke Stonecrystal, kamu juga akan kehilangan kuasa kamu."

Elementalist terkejut mendengar ayat yang baru sahaja dikeluarkan oleh Citrine.

"Tapi, dalam gambaran tadi, diri kami yang pertama dibunuh tapi Kai masih ada kuasanya. Kenapa?" Kayna menanya dengan nada yang agak tinggi.

"Itu kerana Kai tidak menikam kamu tepat pada jantung kamu. Dia tahu sekiranya jantung kamu ditikam, cahaya Stonecrystal didalam badannya juga akan hilang." Amethyst menjawab pertanyaan Kayna.

Pari-pari The Guardian itu melihat Elementalist yang seperti tidak bermaya.

"Kami faham sekiranya kamu takut. Kamu tidak mahu kehilangan kuasa kamu."

"Tidak." Elementalist mengangkat kepala mereka serentak.

"Kami akan lakukan apa sahaja untuk selamatkan Altar dari bahaya." Ariel menjawab sambil memandang The Guardian dengan yakin. Elementalist lain dibelakangnya juga memiliki pandangan yang sama seperti Ariel.

"Terima kasih. Kamu masih sama baiknya." Pari-pari The Guardian itu tersenyum.

"Oh ye. Saya ada nak tanya sesuatu." Reyra mencelah.

"Tanya apa?" Pari-pari itu memandang Reyra. Elementalist juga memandangnya.

"Boleh tak carikan dimana Putera Leuter Aldana berada?"

"Putera Wyston?"

Reyra mengangguk menjawab pertanyaan Kayna.

"Kenapa dengan dia?" Tanya Kayna lagi.

"Kau tak ingat Kayna?"

"Um.. Tak." Kayna menggeleng kepala.

"Nanti aku cerita. Sekarang kita kena tahu dia ada kat mana. Lagipun kita kena tolong raja Wyston untuk cari anak dia."

"Boleh tolong carikan dia berada dimana?" Ariel pula menanya pari-pari The Guardian itu.

"Tentu." Amethyst menghalakan tangannya kearah kolam. Sekali lagi gambaran muncul diatasnya. Didalam gambaran itu, seorang lelaki terduduk tidak sedarkan dirinya. Rambut peraknya yang panjang menutup wajahnya. Tangannya terikat dibelakang.

"Itu ke Putera Leuter?" Laura menanya Reyra.

"Rasanya ye. Dia ada kat mana tu?" Reyra menanya Amethyst pula.

"Shadowgrass."

Elementalist terkejut.

"Shadowgrass? Tapi macam mana dia boleh ada kat sana?" Tanya Leo.

"Mungkin puak Shadow." Ariel menjawab.

"Kita kena selamatkan dia." Reyra berkata dengan nada risau.

"Ye. Kita harus."

"Tapi, macam mana kita nak kembali ke Dorwall? Kapal dah tak ada." Kayna mengingati mereka.

"Umm.. Kau betul." Jawab Reyra dan Laura serentak.

"Tapi peliklah. Macam mana pak cik tu boleh hilang macam tu je?"

Elementalist memandang Xoel. Pertanyaannya memang berada di kepala mereka semua sejak dari tadi.

"Itu kerana hanya yang dibenarkan sahaja dapat memasuki Stonecrystal." Citrine menyampuk.

"Maksudnya?" Tanya Leo.

"Hanya yang dibenarkan dapat memasuki Stonecrystal. Dan sesiapa yang telah memasuki Stonecrystal tidak dapat melihat apa yang berada diluar Stonecrystal. Begitu juga sebaliknya." Spinel menerangkan dengan panjang lebar.

"Ouh. Faham." Elementalist menganggukkan kepalanya.

"Jadi macam mana kita nak keluar dari Stonecrystal?" Kayna menanya lagi soalan yang sama.

"Kami boleh membukakan portal untuk kamu."

"Boleh ke?" Xoel menanya Spinel.

"Ye."

Batu besar dimana Elementalist pijaki muncul sebuah cahaya yang berbentuk bulatan. Bentuknya seperti bulatan magik.

Dalam beberapa saat, badan Elementalist bagaikan melayang-layang diudara. Hanya untuk beberapa saat.

Elementalist terjatuh di tempat yang sama. Mereka mendarat diatas rumput hijau yang segar.

"Aduh. Sakitnya." Laura mengeluh kesakitan. Matanya terpejam.

"Hoi Laura. Bangunlah. Kau tu dah la berat." Suara Leo yang menyergahnya membuat dia terkejut.

Laura membuka matanya. Perkara pertama yang dia lihat ialah wajah Leo yang berada hanya beberapa sentimeter dari wajahnya.

"UWAA!" Laura menjerit kerana terkejut. Dia terus bangun dari badan Leo dan terduduk disebelahnya.

"A-ah. Maaf Leo."

"Kau ni kan. Badan je kecil. Tapi beratnya segunung." Telinga Laura berdesing mendengar kata-kata Leo.

"Hoi. Aku dah minta maaf kan. Perlu ke kau ejek aku? Hah?" Laura menjerit ditelinga Leo. Leo menutup telinganya dan tidak berkata apa-apa.
"Kita kat mana ni?" Kayna memandang sekelilingnya.

Disekeliling mereka terdapat pokok-pokok bunga berwarna warni yang renek.

"Macam kenal je tempat ni." Ariel bangun dari duduknya. Sebaik sahaja dia bangun, sebuah istana sudah terpampang jelas dihadapan matanya. Dia tidak dapat berkata apa-apa.

Kayna dan yang lain turut bangun. Mereka juga melihat apa yang baru sahaja Ariel lihat.

"Itu kan...."

"Istana Dorwall." Sambung Ariel.

"Wow. Terus sampai sini portal tu ye." Leo kagum.

ELEMENTALIST bersama-sama memasuki bilik kerja Raja Ivan tanpa mengetuk pintu bilik itu dahulu. Raja Ivan yang sedang menanda kertas-kertas kerjanya sedikit terkejut dan terganggu. Namun sebaik sahaja melihat wajah Ariel amarahnya terus hilang dan wajahnya bagaikan baru sahaja disiram air bunga.

"Ah. Andinda sudah kembali." Raja Ivan tersenyum manis kearah Ariel. Elementalist termasuk Ariel sedikit bergidik ngeri melihat senyuman Raja Ivan.

"Hm. Patik hendak memulangkan pedang yang baru sahaja patik dan sahabat patik pinjam." Ariel berkata dengan formal.

"Adinda tidak perlu terlalu formal dengan kekanda." Raja Ivan bangun dari kerusinya dan duduk diatas meja kerjanya. Dia menyilangkan kakinya dan menyikat rambut hitam panjangnya dengan jari jemarinya.

'Ew.' Elementalist tidak dapat mengungkapkan apa yang berada dikepala mereka. Senyuman mereka paksakan.

"Patik dan sahabat patik keluar dahulu." Ariel melangkahkan kakinya dengan laju. Diikuti oleh Elementalist.

"Hmm. Adinda tidak merindukan kekanda?" Ariel yang baru sahaja memegang tombol pintu terhenti.

"T-tentu lah.. rindu." Ariel seperti memaksakan perkataan yang baru sahaja diucapkannya.

Dengan gerakan cepat dia terus memutar tombol pintu dan keluar bersama Elementalist yang lain.

'Seram betul.'

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

73.5K 1.4K 8
Diterbitkan di bawah publisher Fajar Pakeer sempena PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2023. Perlawanan seterusnya bakal bermula...
The Powerless Princess©✔ بواسطة Ace🔮

الخيال (فانتازيا)

89.9K 3.6K 40
Mereka menyerahkan kuasa kerana ingin melindungi yang tersayang. Mereka membawa diri ke Light Kingdom. Setelah 4 tahun peristiwa tersebut berlalu, me...
53.5K 4.4K 54
Book 2 of fantasy series. [Book 1: Phoenix: The Legend Power] [Book 2: Dragon: The Next Heir] Setelah keamanan menguasai Wonderland, dunia perlahan-l...
Servant of Evil بواسطة ❄ A R N I E Y ❄

الخيال (فانتازيا)

1.6K 523 56
Aku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadil...