Bukan Untuk Dimiliki

By appleflakes

4M 246K 37.7K

Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin de... More

Bukan Untuk Dimiliki
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Epilog
Bahagian I
Bahagian II

Bab 4

58.7K 3.8K 1K
By appleflakes

Majlis resepsi diadakan pada sebelah malam di sebuah hotel, boleh dikatakan majlis diadakan secara besar-besar. Walaupun sudah bercerai dengan suaminya tapi Aunty Aliyah mempunyai butik sendiri yang cawangannya ada di seluruh Malaysia. Airil pula seorang yang berkerjaya. Selepas mama dan papa Airil bercerai, papanya berhijrah ke England dan sudah punya keluarga sendiri di sana.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Aku jeling Iskandar yang sedang memandang aku dari atas ke bawah.

"Kau tak ada baju lain ke nak pakai?" Dia bertanya seakan tidak puas hati dengan penampilanku.

"Tak ada," jawabku dengan geram. Bibir pula aku ketap seperti reaksi ketika ini.

Memang sengaja tengah hari tadi aku selongkar almari untuk mencari dress berwarna hitam. Nasib baik ada satu yang sesuai untuk di pakai ke majlis. Aku rasa Iskandar dapat rasakan yang aku sengaja pakai baju warna hitam. Memang aku sengaja pun! Tanda berkabung.

"Tukar," katanya lagi. Tapi aku buat-buat tak dengar dan masuk ke dalam kereta. Selepas itu aku dengar yang pintu kereta dihempas denga kuat, dia sudah masuk ke dalam dan satu rengusan mula kedengaran.

Selepas beberapa minit, kami sampai di hotel. Aku hanya mengikut Iskandar dari belakang, tetamu sudah mula ramai dan berpusu-pusu masuk. Nafas aku tarik perlahan-lahan, mata aku pejamkan seketika. Hatiku sekali lagi bergolak pabila melihatkan situasi sekarang. Kemungkinan yang sepatutnya aku adalah pengantin perempuan pada malam ini mula berlegar di fikiran.

Airil Zafran & Ilya Humaira

Melihatkan papan tanda dihiasi dengan bunga-bungaan di luar ballroom itu membuatkan hati yang sedang bergolak tadi dicucuk dengan duri. Luka yang sudah hampir sembuh perlahan-lahan berdarah kembali.

"Risya, jom masuk." Suara Iskandar menyentakkan aku.

Belum terlambat lagi Farisya kalau kau berundur— Belum terlambat lagi. Suara hati sudah memainkan peranan. Memang aku ingin mengundur kembali tapi kaki aku mengikuti langkah Iskandar. Aku ingin lihat dengan mata aku sendiri sama ada Airil bahagia atau tidak dengan pilihan mamanya. Aku ingin pastikan sama ada dia menyesal atau tidak meninggalkan aku.

Iskandar menarik tanganku ke arah meja yang paling hadapan. Aku terjumpa seseorang di sini, seseorang yang tak pernah aku sangka. Papa ada di sini? Aku mula memikirkan sesuatu. Airil jemput aku dan Iskandar sebagai kawan semasa sekolah dulu, aku boleh terima tapi kenapa dia jemput papa? Sebagai ayah kepada bekas kekasih ke?

"Papa buat apa kat sini?" Tanyaku tapi soalan itu dibiarkan saja apabila bunyi muzik mula kedengaran.

Pengantin sudah mula masuk, mataku tertacap pada dua mempelai yang sedang berjalan menuju ke arah pelamin. Rata-rata hadirin mula menumpukan perhatian kepada mereka berdua. Aku tak tahu gambarkan perasaan aku masa ni.

Pada pandangan orang lain, pengantin perempuan tampak manis dan anggun pada tambahan lagi orangnya bertudung tapi bukan bagi aku. Tempat dia berada sekarang ni merupakan tempat aku. Aku yang sepatutnya berada di situ tapi dia merampasnya. Tautan di lengan Airil menambahkan lagi rasa kecewa dan marah.

Aku beralih memandang ke arah Airil, dia kelihatan sungguh segak mengenakan sut. Senyuman yang dilakarkan bibirnya itu membuatkan hatiku meruntun sayu dan kecewa. Dia kelihatan bahagia sekali— Bukan ke dia kata perkahwinan ini terjadi kerana terpaksa? Kenapa dia kelihatan bahagia? Adakah masa tiga bulan ini telah membuatkan cintanya terhadapku berubah? Begitu cepatnya dia melupakan aku, sedangkan aku berubah kerana tidak dapat melupakannya.

Pandangan mata Airil bertembung dengan aku seketika, dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke arah lain. Pandang aku pun tak sudi sekarang ni, kalau dulu hari-hari kata rindu nak tengok aku. Tanpa aku sedar, bibir sudah tersenyum sinis.

Kedua-duanya mula mengambil tempat mereka di atas pelamin. Majlis dimulakan dengan bacaan doa. Aku turut sama mengaminkan doa yang dibaca, hipokritnya aku sekarang ni. Aku aminkan doa untuk kesejahteraan dan kebahagiaan mereka tapi hati inginkan sebaliknya. Riak muka aku kawal sehabis baik. Reaksi yang biasa seperti tetamu lain pamerkan, seolah-olah sedang turut sama merasa bahagia dengan perkahwinan mereka.

Acara merenjis air mawar sedang berlangsung ketika itu. Paling mengejutkan bila papa turut sama ke sana untuk menyempurnakan acara itu. Aku mula rasa hairan, papa tak tahu ke yang anaknya ini sedang kecewa kerana pengantin lelaki?

Majlis kemudian diikuti dengan makan beradab, para tetamu pula mula menjamu selera pada masa yang sama. Aku tak sentuh langsung makanan yang terhidang walaupun aku tak makan dari siang tadi, selera aku terus hilang bila berada di sini. Sesekali aku mencuri pandang ke arah Airil dan isterinya. Senyuman mereka membuatkan hati aku semakin sakit, mereka kelihatan bahagia.

Hampir setengah jam, mereka berdua beralih ke sisi kiri pelamin yang menampatkan kek yang setinggi empat tingkat. Aku mengalihkan pandangan mata ke arah lain selepas kek di potong kerana aku tahu akan ada sesi suap-menyuap kek. Eeii! Makin membahang mukaku menahan marah. Sesekali Iskandar akan bertanya sama ada aku baik-baik saja atau sebaliknya, cerdik sungguh soalan Iskandar.

Tapi sebenarnya, aku dah cukup bersabar dari melakukan perkara yang tak sepatutnya. Ketika majlis akad nikah Airil sebulan yang lalu, malam itu, aku menangis semahunya. Dia ada jugak jemput Iskandar ke majlis resepsi di sebelah pihak perempuan tapi Iskandar tak pergi.

Selesai saja majlis, aku ajak Iskandar pulang tapi Iskandar tolak. Duh! Masa ni aku tak tahu dah berapa banyak aku sumpah Iskandar dalam hati. Katanya nak jumpa Airil dulu, nak ucap tahniah. Bercakap pasal Airil, dia dan isterinya sedang menuju ke sini. Aku cuba sedaya upaya untuk mengawal riak wajahku.

"Ril, congrats." Aku dengar suara Iskandar mengucapkan tahniah. Iskandar memang tak sayang aku ke apa? Dari hari pertama aku dan Airil putus, dia macam sebelahkan Airil. Tengok la sekarang.

"Tahniah, papa doakan Airil dengan Ilya bahagia."

Mendengarkan suara papa membahasakan dirinya sebagai papa membuatkan aku semakin hairan. Sebelum ni tak pernah pun papa bahasakan dirinya sebagai papa bila bercakap dengan Airil. Satu lagi! Papa sama je dengan Iskandar. Depan aku pulak tu selamba ucap tahniah. Aku rasa macam dianaktirikan.Rasa dikhianati dengan keluarga sendiri. Mereka langsung tak faham aku.

"Congrats." Aku tak tahu datang dari mana kekuatan sehingga aku mampu ucap tahniah.

"Pandai pilih tarikh kan," kataku dengan suara yang meleret. Rasa sebak mula hadir dan aku rasa mataku sudah mula berair.

"If you don't mind, nak pinjam pengantin lelaki sekejap." Aku pandang ke arah isteri Airil seketika, tanpa mempedulikan mata-mata yang sedang memandang, aku tarik tangan Airil.

"Apa ni Risya?" Tanya Airil selepas aku melepaskan tangannya. Kami berada di tempat yang agak tersorok.

"Apa ni? Awak tanya saya macam tu?" Aku pandang wajahnya, dia kelihatan seperti menahan marah. Dia nak marah aku pehal?

"Kata kena paksa kahwin tapi nampak macam bahagia je! Awak bodohkan saya selama ni kan?" Ini kali pertama aku rasa diperbodohkan yang teramat sangat. Dulu bukan main kata dia cintakan aku, akan setia selamanya tapi bila kena paksa kahwin terus hilang semua. Bahagia dengan yang baru! Huh!

"Saya bahagia dengan hidup baru saya, salah ke?" Soalannya itu membuatkan aku ketawa. Dia bahagia sekarang? Aku terseksa sampai hilang diri aku yang dulu. Perubahan mendadak membuatkan papa dan Iskandar selalu marahkan aku.

"Dan saya tak pernah bodohkan awak, apa yang saya kata dulu semuanya betul. Tapi dah takdir, jodoh kita dah tak ada. Saya bahagia dengan isteri saya."

Setiap kata-katanya bagaikan kaca yang sedang menghiris perasaan aku buatnya. Air mataku mula mengalir kerana Airil sekali lagi, air mata yang sedang menanggung rasa kecewa mula turun membasahi pipi.

"Farisya, please don't cry. Awak buat saya rasa serba salah."

Serba salah? Aku menangis dan dia kata aku buat dia rasa serba salah? Dulu dia pernah kata yang dia tak akan pernah buat aku menangis tapi selama lima bulan aku menangis sebab dia. Sekarang ni pulak dia kata aku buat dia serba salah. Terang-terangan salah dia!

"Do you love her?" Aku bertanya sambil menghapuskan sisa-sisa air mata.

Senyap.

"Do you love her, Airil? The same way you loved me before?" Aku bertanya sekali lagi.

"I love her and I love her more than I loved you before."

Air mata yang sudah hilang tadi kembali semula. Setiap titisan kembali berganda, rasa ini lebih sakit berbanding dulu.

"Do you still love me?" Aku tanya lagi.

Dia senyap juga, teragak-agak untuk jawab. Aku pandang matanya, mencari sesuatu yang aku miliki dahulu tapi tiada, hanya ada saki bakinya sahaja. Tidak seperti dulu.

"No."

Sepatah Airil berkata ketika pandangan mata kami bertaut. Dia berjalan meninggalkan aku selepas itu. Aku pula, sekali lagi tersungkur di sini. Menangis lagi semahu-mahunya. Rasanya terlalu menyakitkan dan aku rasa terlampau kecewa dengan jawapan Airil.

Aku gagahkan diri untuk bangun dan berjalan keluar dari hotel. Keadaan sekeliling aku tinjau untuk mencari teksi, aku ingin cepat-cepat pergi dari sini. Melihatkan tiada satu kelibat teksi, aku segera menyelongkar tas tangan untuk mencari telefon.

Nombor Tiara aku dail namun hampa. Aku cuba lagi tapi kali ini suara lain yang menyapa.

"Hello, Tiara tak ada kat rumah, dia tak bawa..."

"Please, datang ambil I." Aku potong kata-katanya dengan rayuan supaya orang yang berada di hujung talian datang mengambil aku. Aku tak tahu itu suara siapa dan tidak peduli, asalkan dia dapat datang dan membawa aku pergi jauh dari sini.

"But..."

"Please." Aku menangis sekali lagi dan esakan makin kuat kedengaran.

"You're crying," katanya seakan risau.

"Where are you?"

"Dekat luar Hotel Pacific."

"Okay, I'll be there."

Aku mematikan talian dan berjalan untuk meninggalkan kawasan hotel itu. Tanganku mula memainkan tugas, mengelap air mata yang mengalir. Guruh mula kendengaran di sebalik langit yang gelap, aku dapat merasakan gerimis mula turun. Kenapa langit akan menurunkan hujan ketika aku sedih ditinggalkan? Aku tidak memerlukannya untuk menangis bersamaku.

Aku berhenti di bahu jalan, situasinya sama seperti dulu dan aku mula duduk mencangkung di tepi jalan untuk meneruskan tangisan sebentar tadi.

"Farisya, right? Yang call Tiara tadi." Aku mengangkat wajahku untuk memandang ke arah pemilik suara itu. Kalau dulu Iskandar yang datang tapi kali ini orang lain.

Dia menanggalkan jaketnya lalu disarungkan ke tubuhku yang menggigil kesejukan.

"Why are you crying?" Kedua-dua belah tangannya memegang pipiku, menyeka dan menghapuskan tangisan yang tersisa.

Aku tidak sedar pun bila tapi dia menarik aku ke dalam pelukannya dan aku menangis lagi semahunya. Tangannya mula membelai belakang tubuhku manakala mulutnya membisikkan yang aku adanya. Rasa kecewa mula beransur hilang sebaliknya digantikan dengan rasa selamat. Buat pertama kali selepas tiga bulan, Airil tiada dalam fikiran aku.

Continue Reading

You'll Also Like

12.1M 537K 74
[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak ak...
670K 25.5K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
142K 12.6K 130
"Dekat dengan aku, baru aku tak risau," HIGHEST RANKING : #1-in Barista [ 31/3/21 ] #3- in Barista [ 4/2/21 ] #1- in Coffee [ 8/12/20 ] #1-in Basket...
195K 20.5K 53
ALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap...