Me vs You

De fvrvhlee

123K 3.9K 216

Barangkali ini kisah cinta yang biasa atau boleh jadi paling luar biasa yang pernah anda baca. Siapa tahu pen... Mai multe

1 // Birthday
2 // Angan-Angan
3 // Kisah Dulu
5 // Family A
6 // Plan
7 // Kisah Ting. 6
8 // First Day
9 // Akmal
10 // Gay
11 // Nombor
12 // Saudara Jauh
13 // Call
14 // Baran
15 // Nekad
16 // Suprise!
17 // Kantoi
18 // Date
19 // Janji
20 // Saingan
21 // Partner
22 // Berubah
23 // Terakhir
24 // Malam Graduasi
25 // Permulaan
26 // Hati
27 // Rancangan
28 // Kucar-kacir
29 // Rahsia
30 // Separuh Rela
31 // Kebenaran
32 // Hati Yang Terusik
33 // Confession
34 // Esok
35 // Penentuan
36 // Air mata
37 // Seorang Diri
38 // Noktah
39 // Terkejut
40 // Hilang
41 // Berpisah
42 // Buku Baru
43 // Sunyi
44 // Geram
45 // Mimpi Ngeri
46 // Penjelasan
47 // Biarkan
48 // Impian
49 // Rumah
50 // Permulaan

4 // Nombor Telefon

4.1K 138 1
De fvrvhlee

"Yang kau sebak sangat tu apahal? Cikgu Jenab pindah jelah. Bukannya mati pun. Aduh makcik ni... Sendu betul," kata Adam geram apabila melihat Nazihah yang tidak berhenti menangis selepas mendapat tahu cikgu kesayangannya akan berpindah ke Kelantan dan akan mula mengajar di sana pada hari Isnin ini. Cikgu Jenab yang mengajar mata pelajaran Pengajian Perniagaan itu memang baik orangnya. Tidak hairanlah jika ramai menangisi pemergiannya termasuk Nazihah. Sewaktu dia memberitahu mereka semua tentang berita itu pun, ramai pelajar termasuk lelaki menitiskan air matanya.

Over!

​Danial dan Adlina ketawa terbahak-bahak. Danial menambah lagi, "Entah kau ni. Lainlah kalau dia tu mak kau. Dia kena pindah kat Kelantan, kau ambil STPM kat sini. Sengal! Haha,"

​"Dahlah, tak payah nak nangis. Yang kau sedih sangat ni apahal?" soal Adlina lembut cuba menenangkan Nazihah. Si Adam dan Danial bukan nak pujuk, lagi kutuk adalah. Kang lagi meraung minah ni.

​Nazihah yang tersedu-sedu mengesat air matanya dengan belakang tapak tangannya itu.

​"Yelah. Dua tahun weh kita belajar dengan dia. Apa yang dia ajar senang je nak faham. STPM pun lagi dua bulan, baru nak tukar-tukar bagai. Bodoh betullah! Kalau aku tak dapat 4.00 untuk subjek Pengajian Peniagaan masa STPM betul-betul, aku nak buat mogok kat depan kementerian," ugut Nazihah bersungguh-sungguh.

​Adam, Danial dan Adlina yang pada mulanya khusyuk dengan cerita Nazihah, ketawa besar akhirnya. Budak kecil ni bercita-cita tinggi betullah. Badan dahlah macam budak tingkatan satu lagi. Ni nak cari gaduh pula?

​"Hoi! Rumah kau takde cermin eh? Cuba kau tengok badan kat depan cermin. Dahlah kecil! Macam budak form 1 tahu tak. Sekali dorang campak kau kat sungai, terus tak timbul kau tahu," tempelak Danial. Adam mengiyakan kata-kata Danial lalu membuat tepuk high-five dengannya.

​Nazihah mendengus geram. "Kau cakap baik-baik sikit. Kang kau tak makan nasi jap lagi kan,"

​"Oh ya? Takutnya. Mummy, I'm so scared! Nazihah wanna eat me," Danial membuat suara kendur dengan muka pura-pura takutnya. Hal ini membuatkan Nazihah bertambah bengang. Adam dan Adlina menjungkit bahu. Masak benar dengan perangai Nazihah dan Danial yang suka bergaduh.

​Walaupun kerap kali mereka bergaduh, namun tiket persahabatan yang telah mereka bina bermula 7 tahun lepas takkan terputus. Mereka berempat berkawan sejak tingkatan 1 lagi. Kebanyakan guru-guru yang mengajar juga sudah arif dengan perangai gila-gila mereka.

Adlina pelajar cemerlang yang selalu mengagumkan sekolah dengan keputusannya, Nazihah yang badannya kecil molek terkenal dengan ketegasannya sebagai ketua pengawas yang bersuara lantang dan Adam pemain bola sepak yang paling handal. Manakala Danial pula..

Entah. Macam takde bakat je mamat ni.

​Keempat-empat sahabat itu juga berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM. Adlina berjaya mendapat straight A's, Adam 8A 1B manakala Nazihah dan Danial hanya memperolehi 7A 2B. Mereka semua juga berjaya mendapat tempat di universiti-universiti awan namun ditolaknya. Kata mereka, diploma mengambil masa agak lama iaitu tiga tahun. Sedangkan jika mereka mengambil tingkatan 6, cuma dua tahun sahaja. Oleh itu, mereka berempat bersepakat untuk meneruskan pengajian di tingkatan 6.

Katakan tidak kepada matriks juga kerana malas nak berperang dengan otak secara berlebihan.

​"Yang kau pulak, haa. Kenapa mata kau bengkak?" soal Adam tiba-tiba.

Adlina sedikit tersentak. Aduh, buat penat je aku cover hari ni.  Ada jugak orang tanya.

​Adlina tersenyum kecil. "Aku tak cukup tidurlah. Penat. Semalam aku try baca buku Sejarah yang Asia Tenggara tu. Gila pening," ujarnya sambil ketawa kecil. Dia cuba untuk berbohong. Adam tersenyum. Cuba untuk mencari kebenaran disebalik wajah cantik Adlina namun gagal. Adlina tetap dengan muka selambanya.

​"Kau janganlah nak usha aku lama-lama. Kan jatuh cinta, jangan sibuk-sibuk nak luahkan perasaan kat aku pulak. Memang dapat kayu la makannya," kata Adlina selamba.

​Adam tergelak. "Muka kau cantik sangatlah weh. Kau tau punya susah aku nak kawal hati aku dari jatuh cinta kat kau. Nasiblah iman aku kuat,"

​"Eh? Bukan kau gay ke?"

​"Hoi! Mulut takde insurans!" jerit Adam sambil menolak kuat kepala Adlina. Adlina ketawa besar. Sedikit pun dia tidak mengambil hati dengan perangai Adam sebentar tadi.

​"Dah-dahlah gaduh. Ingat soalan STPM tanya pasal pergaduhan korang ke? Bila korang gaduh? Kat mana? Pukul berapa?" ujar Adam geram. Nazihah dan Danial yang masih berperang mulut, memandang Adam sambil tersengih. Lupa tujuan asal mereka belajar di bangku yang telah pihak sekolah sediakan untuk kemudahan mereka.

​"Tahu tak siapa yang ganti tempat Cikgu Jenab nanti?" soal Adlina malas. Dia sebenarnya mula merasa mengantuk. Dikerling jam tangannya yang menujukkan pukul 3.00 petang.

​"Entah. Eh pukul berapa?" tanya Danial.

​"Pukul 3. Asal?"

​"Weh, solat Zohor dulu jom. Kan terbabas pulak," Danial menarik tangan Adam supaya mengikutnya. Nazihah mengerutkan keningnya bila dia masih melihat Adlina selamba menelah buku Pengajian Perniagaan Kertas 2.

​"Kau?"

​"Bendera merah megah berkibar di angkasa yaww," Adlina tersenyum simpul.

​"Ceh, tak cakap awal-awal.  Weh, tunggulah aku! Woi setan!" Nazihah bingkas bangun dan cuba mengejar Danial dan Adam yang sudah jauh ke hadapan. Danial dan Adam yang melihat Nazihah cuba mengejarnya, berlari-lari anak meninggalkannya. Adlina tersenyum melihat telatah kawan-kawannya.

​"Hai," tegur satu suara yang tidak asing lagi dari pendengaran Adlina. Adlina masih dengan sikap selambanya, tidak mempedulikan teguran lelaki itu.

​"Aku duduk sebelah kau boleh," lelaki itu masih cuba menarik perhatian Adlina. Adlina yang mula merasa berang lalu merenung tajam wajah lelaki itu. Nak belajar pun tak senang.

"Boleh tak Adi?"

​"Hoi kambing! Nak duduk, duduk jelah. Tak payah nak mintak kebenaran aku. Bukan harta aku pun. Harta sekolah. Menyusahkan betul," jerkah Adlina.

Aqash tersentak namun laju mengambil tempat di sebelah Adlina. Mak aii, laser gila mulut perempuan ni. Baru pertama kali dia mendengar seorang perempuan memarahinya. Sebelum ini, majoriti perempuan-perempuan yang ditemuinya memujanya. Ada juga yang lembut gigi daripada lidah. Yang mengoda? Huh, tak larat untuk dikira bilangannya.

​Diperhatikan wajah Adlina dalam diam. Kulitnya yang putih dan matanya yang bulat memang dapat mengoncang naluri mana-mana lelaki yang melihatnya. Rambutnya yang ikal dan panjang diikat satu. Klip rambut berbentuk hati berwarna biru turut diselitkan di atas rambutnya. Meskipun kelihatan sangat keanak-anakkan,  Adlina tampak manis dengan gaya sebegitu.

Tidak pernah berubah dan tetap setia dengan sepit rambut yang comel dan berwarna warni.

​Hai Adlina, kenapalah kau jadi camni bila jumpa aku, gumam hatinya sedih.

​Adakalanya dia hairan dengan sikap Adlina. Perempuan-perempuan lain mengejarnya seperti orang gila. Berbeza pula dengan Adlina. Dia bersikap tidak peduli malah memandang sinis dan selalu menyindirnya. Seingatnya, dia tidak pernah membuat perkara-perkara yang tidak elok kepada gadis itu. Walaupun mereka sekelas, boleh dikira dengan jari berapa kali mereka bertegur sapa.

​Sejujurnya, sewaktu pertama kali dia berpindah ke sekolah ini sebagai pelajar tingkatan lima, dia sudah terpaut dengan kecantikan Adlina. Malangnya, sikap dingin gadis itu membuatkan hasratnya terbantut untuk mengenali gadis itu dengan lebih dekat.  Apabila dia merisik status Adlina melalui kawan-kawannya, dia agak kecewa apabila diberitahu Adlina sudah mempunyai teman lelaki.

​Hal itu membuatkan hatinya merajuk. Ketika itulah, popularitinya mula meningkat. Hampir 100% perempuan-perempuan di sekolah itu cuba untuk mendekatinya. Sedikit sebanyak, dia mampu melupakan Adlina.  Walau bagaimanapun tidak lama selepas itu, dia mendengar khabar bahawa teman lelaki Adlina sudah meninggal dunia. Dia mula merasakan peluangnya untuk mendapatkan Adlina terbuka kembali saat itu.

​Tambahan pula, dia mendapat tahu Adlina memilih untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6.  Aqash mula menolak tawaran-tawaran belajar yang lain dan memilih untuk ke tingkatan 6.  Aqash sanggup berkorban demi Adlina meskipun Adlina tidak mengetahuinya. Aku akan cuba buat kau jatuh cinta, hatinya berbisik yakin.

​"Dah habis kau tenung muka aku bagai nak rak? Kau nampak muka aku macam siapa? Angelina Jolie? Jessica Alba? Ke macam Siput Sarawak," kata-kata Adlina membuatkan Aqash terkejut. Spontan, Aqash tergelak.

Adlina memandangnya dengan geram. Menyemak betul si kambing ni.

​"Kau tanya pendapat aku ke? Hmm, kalau ikut aku, muka kau lagi cantik daripada dorang semua. Serius! Tambah-tambah bila kau senyum. Cair aku," ujar Aqash nakal sambil mengenyitkan matanya.

​"Dasar buaya! Ayat nak manis je," gerutu Adlina perlahan.

​"Apa dia? Aku tak dengar," Aqash tidak dapat menangkap butir bicara Adlina.

​"Eh, takdelah. Aku cakap kau pun handsome jugak. Tambah-tambah bila kau gelak. Nampak manis," kejam kau Adlina! Kau tipu dia!

​"Oh, tu kau tak cakap pun, aku dah tahu," ujar Aqash megah. Adlina mengetap bibirnya. Hai kambing. Lagi lama kau kat sini, lagi banyak dosa aku buat kat kau tahu.

​"Mana yang lain?" soal Aqash sambil menoleh kiri kanannya, mencari kawan-kawan Adlina.

​"Berak," jawab Adlina malas. Mamat ni tak reti-reti nak blah ke?

​"Ya ke?"

Adlina mengangguk.

​"Takkan tiga-tiga kot," Aqash tidak berpuas hati. Adlina mengangguk lagi.

​"Dah lama ke?" Adlina mengangguk lagi. Hai Adi, kau dah macam burung belatuk dah.

​"Berak batu kot,"

​Adlina mula marah. "Suka hati doranglah! Dorang berak pun takde kongsi jamban dengan kau. Bukan dorang bagi tahi kat kau, then suruh kau berak. Anyway, kalau kau dah takde benda nak buat kat sini, can you just please leave me alone?" bentaknya.

​Aqash merasakan mukanya merah padam. Sabar sabar. Nak jinakkan perempuan ni, memang susah sikit. Kau kena banyak bersabar, Aqash cuba menenangkan dirinya.

​"Aku pergi dululah," Aqash bingkas bangun. Baru dia berjalan dua langkah, Adlina memanggilnya kembali. Bertambah terkejut apabila Adlina tersenyum manis kepadanya.

​Adlina bangun dan menghampiri Aqash. Dia memegang lengan baju sekolah Aqash dan merenung lembut mata lelaki itu. Naluri kelakian Aqash mula goyang apabila melihat kelakuan Adlina.

​Adlina berbisik lembut ke telinga Aqash. "May I request something, Qash?" Aqash mengerutkan dahinya, meminta Adlina menyambung percakapannya. Adlina menghela nafas sebelum berkata kembali.

"I need your phone number," Aqash tersenyum simpul. Awesome! Jeratnya mula menjadi! Adlina menghulurkan secebis kertas dan pen kepadanya. Aqash menyambutnya dan mencoretkan nombor telefonnya di atas kertas itu. Dia memberi kertas itu kembali kepada Adlina yang masih tersenyum manis.

​Aqash menundukkan kepalanya dan berbisik di telinga Adlina. "Call me. I will wait for you, baby," kata Aqash nakal. Adlina tergelak manja. Sekali lagi, Aqash terkesima.

​"I balik dulu ya sayang. Bye," pautan Adlina di lengan Aqash dilepaskan. Aqash mula menghampiri kereta Mercedes yang dipandu oleh Pak Mat. Sebelum dia masuk, dia sempat melambaikan tangannya ke arah Adlina. Adlina membalasnya.

​Selepas Adlina melihat kereta Aqash beredar, dia menjerit sepuas-puas hatinya. Ramai jugak pelajar yang terkejut beruk mendengar jeritan Adlina.

Ya ALLAH, geli. Gelinya! Adlina mengosok bibirnya. Macam manalah aku boleh terfikir nak bisik kat telinga dia macam tu? Dia membaca sekilas nombor telefon yang diberikan oleh Aqash kepadanya. Spontan, dia tersenyum nakal. Baru kau kenal siapa aku, getus hatinya jahat.

​"Hoi, asal kau senyum sorang-sorang? Tu kertas apa?" soal Adam. Adlina terkejut. Bila masa dorang sampai.

​"Err, hehe. Takdelah. Eh, korang nak study lagi ke? Aku malaslah. Nak balik. Tiba-tiba, takde mood. Korang nak stay ke ikut aku balik?" ujar Adlina sambil tersengih. Nazihah, Adam dan Danial berpandangan antara satu sama lain.

​"Adi, kau okay kan? Tak kena rasuk dengan hantu kan?" tanya Nazihah. Risau.

​Danial memegang kepala Adlina. "Hei hantu jahat, nyah kau dari badan kawan aku," dia mengoyangkan kepala Adlina berulang kali. Adlina bengang lalu menepis kasar tangan Danial.

​"Weh! Ingat bapak aku tak bayar zakat ke? Dahlah aku nak balik. Malaslah layan korang," Adlina mengemaskan barang-barangnya lalu dimasukkan ke dalam beg sekolahnya. Dia segera berlalu. Kawan-kawannya mula terkocoh-kocoh mengemaskan barang mereka dan mengejar Adlina. Hancur rancangan belajar mereka gara-gara Adlina.

​"Asal beb? Tiba-tiba je nak balik," gerutu Danial pada Adlina. Adam dan Nazihah turut memandang wajah Adlina mendapatkan jawapan.

​"Aku ada plan. Tahu tak tadi aku pegang kertas apa?" Adlina tersenyum nakal.

​"Kertas apa?" celah Adam

​"Nombor telefon Aqash,"

​"What?" kawan-kawannya terkejut. Biar betul!

​"Mana kau dapat? Bukan kau anti dengan dia ke?"

Hai, takkan nak cerita apa yang dia buat semata-mata nak dapatkan nombor Aqash. Mati kena bahan kejap lagi. Baik aku diam. "Adalah,"

​"Kau nak buat apa?" Adam tidak berpuas hati.

Nazihah mula tersenyum nakal.

​"Kau nak kenakan dia?" tekanya. Adlina ketawa.

​"Pandai kau!"

​"Apa plan kau?" soal Danial. Tidak sabar mendengar rancangan Adlina. Selalunya, kalau Adlina plan something, mesti gila-gila.

​"Nak tau? Okay aku cerita. Tapi janji, jangan bagitahu sesiapa. Ni rahsia kita je okay," Adlina mengingatkan kawan-kawannya. Mereka yang lain mengangguk dan mempamerkan wajah tidak sabar.

​Adlina mula menceritakan rancangan jahatnya setelah dia yakin tidak ada orang lain di sekeliling mereka. Sesekali, teman-temannya menyampuk jika ada yang mereka tidak fahami. Selesai mereka mendengar rancangan Adlina, mereka semua ketawa.

​"Baguslah kau! Bangga aku ada kawan cam kau!" ujar Adam bangga. Adlina tersenyum.

​"See the leg lah,"

​Seperti biasa, sepasang mata itu masih setia memerhati kumpulan Adlina. Dendamnya makin bertambah.

Continuă lectura

O să-ți placă și

1M 53.5K 73
TAD series 1 [Completed] 📌Amaran story ini cringe ya, memandang this is my very first story Ayeena Danisha. Seorang gadis berumur 19 tahun. Seorang...
149K 9.7K 32
Adam Hirdy | Azalea
295K 13.9K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
96.7K 4.1K 57
[COMPLETE] ❗️Siapa tak nak sakit, tidak disarankan untuk baca. Tengku Nathan Lufian x Layla Sofea "Cantik kan waktu senja" - Layla Sofea. "I love th...