#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|

By QilaNiz

1.6M 61.2K 1.7K

DAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan... More

Prolog
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Cahpter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Q&A
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 72
Q&A
Chapter 73
Chapter 74
Chapter 75
Chapter 76
Chapter 77
Chapter 78
Chapter 79
Chapter 80
Chapter 81
Chapter 82
Chapter 83
Author Note
Author's Note

Chapter 38

15.9K 685 23
By QilaNiz

"Macam mana kau boleh ada di situ?" Tanya Fayyadh mendatar. Razin mula gelisah.

"Err. Sebenarnya..." Razin tidak tahu hendak memulakan bicara. Tambahan lagi dengan kondisi Fayyadh yang sememangnya masih sedih dengan pemergian Dahlia.

"Cakap je la." Fayyadh mendesak. Dia sememangnya mahu tahu kenapa abangnya dan kakak iparnya boleh datang ke sana pada waktu yang sangat tepat.

"Adh. Kita masuk dulu,ye? Di dalam nanti,kami ceritakan semuanya." Pujuk Rina. Fayyadh ganya menurut. Dia memasuki rumah terus ke ruang tamu. Sofa menjadi tempat duduknya. Diikuti Razin dan Rina yang duduk bertentangan dengannya.

"So?" Tanya Fayyadh. Razin mengeluh kecil.

"Sebenarnya,aku dengan Rina pernah jadi anggota Orin Knight dulu." Razin memulakan bicara. "Kami keluar selepas Ian dihalau dari kumpulan kerana menghianati kumpulan. Dia telah jatuh cinta pada Ace a.k.a Ana semasa menjalankan misi bagi membongkar identiti Ace. Kemudian,Ace..."

"Stop calling her Ace! She's Dahlia Ariana! My wife! Ana!" Fayyadh membentak tiba-tiba. Panas hatinya mendengar isterinya dipanggil sedemikian.

"Okay,sorry. Ana tolak cinta Ian dan menyebabkan Ian ambil keputusan untuk keluar dari kumpulan. Mereka tahu aku abang Ian. Jadi,mereka suruh aku curi maklumat tentang Ana yang dikumpul oleh Ian. Aku buat. Tapi,bila tahu identiti Ana yang sebenar,aku mengalah. Aku tak mahu terlibat lagi dalam hal ni. Sebab apa? Sebab aku nampak perubahan Ana. Dia mula mengenakan tudung. Dia juga banyak memohon untuk keluar dari kumpulan. Dari situ,aku sedar. Ana tak mahu terlibat dalam kegiatan mafia lagi. Aku tolong sorokkan maklumat tu. Tapi,aku tak sebijak Hafiz. Dia pandai menggondam. Dia jumpa maklumat tu. Aku kata,aku sanggup dibuang kumpulan. Aku nak bertaubat! Aku tak mahu buat semua tu lagi." Terang Razin panjang lebar.

"Cut the crap! Aku nak tahu,macam mana korang tahu! Tu aje." Fayyadh memberik respon. Rina mengeluh.

"Mike yang beri maklumat. Dia kata,Ace kembali. Kitaorang tak faham. Dia kata,kau diculik. Ana nak selamatkan kau. Kitaorang terus ke sana selepas mendapat maklumat tentang lokasi tersebut." Rina menjawab. Fayyadh hanya mengangguk.

"Dah la. Aku naik dulu." Fayyadh berjalan lemah memasuki biliknya. Melihat baju-baju Dahlia,air matanya mula bertakung. Dia memandang pula meja belajar Dahlia. Dahlia jarang belajar bersamanya. Dia pantas mendekati meja tersebut. Duduk diatas kerusi yang Dahlia duduk. Dia mula menghidu bauan Dahlia yang tinggal. Tetapi,dia ternampak sebuah buku nota kulit tebal. Tangannya pantas mencapai buku tersebut. Aria's Diary. Fayyadh memandang lama ukiran emas yang terdapat diatas permukaaan buku. Muka Surat pertama dibuka. Sekeping gambar jatuh dari situ. Fayyadh pantas mengambil gambar itu. Ianya gambar perkahwinan mereka. Ketika majlis membatalkan air sembahyang. Caption dibawah gambar tersebut dibaca.

21.12.15. Aku dinikahkan. Gambar terindah buat simpanan.

Pantas Fayyadh menyelak sehelai demi sehelai helaian selepas gambar itu. Membaca isi kandungan buku itu.

21.12.
Aku kini bergelar seorang isteri. Masih aku berfikir. Patutkah aku memberitahunya? Fayyadh Haidar. Itulah nama suamiku kini. Lelaki yang berjaya mengikat aku ketali perkahwinan. Mampukah dia terima diriku.

Fayyadh tersenyum membacanya. Helaian berikutnya dibuka. SekeSekeping gambar jatuh. Pantas dia membuat kesimpulan untuk membaca helaian yang bergambar sahaja.

5.1.16
Aku memasuki sekolah baruku. Classmate yang ramah......

Fayyadh baca dan terus membaca diari Dahlia. Adakala dia tersenyum. Adakala dia mencebikkan bibirnya. Semua reaksi dibuat. Dahlia mengutuknya,memujinya,memarahinya. Fayyadh mula menyeka air mata. Helaian terakhor dibuka.

21.12.16
First anniversary ku dengan Haidar kesayangan. Aku mengaku. Aku mula mencintainya. Aku jatuh cinta. OMG!! I'm in love! With my own husband! Bolehkan? Hahaha. Loket rantai aku buat sendiri. A+H=F! Huhu. Maksud sebenar adalah.... Aria plus Haidar equal to Firash and Farish! Nama anak kami. Nak tahu reaksi Haidar bila tahu nanti. Love!

Fayyadh tersentak. Aria,pregnant?! Fayyadh jatuh terduduk. Kertas yang diselit pada muka surat itu diambil dan dibaca. Ya Allah! Aria mengandung! Ya Allah! Fayyadh menangis teresak-esak. Cubaan pertama mereka tanpa mengharapkan apa-apa membuahkan hasil. Dahlia mengandung. Fayyadh masih tertunduk. Hatinya tidak tenang.

"Arghh!!!" Jerit Fayyadh sekuat hati. Razin datang memaauki bilik adiknya.

"Kenapa,Adh?!" Tanyanya cemas.

"She's pregnant! She's ppregnant!" Fayyadh meraung lagi. Rina memalingkan muka dari memandang Fayyadh yang seperti orang gila. Raziq memeluk isterinya. Matanya juga dipejam rapat. Dia merasai kepedihan adiknya.

"Assalamualaikum!!!" Laung Datin Maya gembira. Dia masih tak tahu apa yang terjadi. Dia keluar bersama suaminya bagi memberikan Fayyadh ruang.

"Argh!!!" Datin Maya terus mendaki tangga memandang Fayyadh yang sudah terduduk menangis teruk.

"Adh?! Kenapa ni?! Ya Allah! Anaka kau!!" Datin Maya terus menerpa ke arah Fayyadh. Lantas Fayyadh berada didalam pelukkannya.

"Ana... Ana dah meninggal..." Kata Rina seraya menangis lagi. Tubuhnya bersandar pada Raziq. Risau dia akan terjatuh.

"Innalillah.." Dato Rafiq segera memeluk erat Datin Maya yang membeku.

"Sabar Adh." Zetty yang baru tiba mengusap lembut bahu adik iparnya.

"Dia mengandung,ma! Dia mengandung anak kami! Kembar pula tu!" Fayyadh memberitahu mamanya.

"Allahu akbar!" Datin Maya memeluk erat anaknya. Fayyadh masih menangis. Tangisan tidak mahu berhenti. Dia meratapi pemergian isterinya tadi. Sekarang anak-anaknya pula. Sebak.

**************************

"Jenazah Ana dimana?" Tanya Dato Rafiq kepada Razin. Razin menggeleng kepala.

"Tak tahu,pa. Ana dibawa pergi oleh..." Razin memikirkan alasan.

"Oleh siapa?" Tanya Dato Rafiq pelik dengan ayat tergantung itu.

"Oleh kawan dia."

"What?! Mereka tak boleh sewenang-wenangnya mengambil jenazah! No! Call them now!" Arah Dato Rafiq tegas. Jenazah menantunya harus diurusdiuruskan oleh mereka sebagai ahli keluarga terdekat. Razin menelefon Raf.

"Assalamualaikum!" Raf memberi salam. Razin segera membukakan pintu.

"Raf! Baru aku nak call kau." Razin menjemputnya ke ruang tamu bagi membincangkan hal pengurusan jenazah Dahlia.

"Sekarang ni,uncle nak kamu pulangkan jenazah arwah. Dia menantu uncle!" Marah Dato Rafiq.

"Nope. For your information, Dahlia adalah dibawah jagaan saya. Saya kesini hanya untuk berikan ini pada Fayyadh." Raf menghulurkan sebuah envelope pada Dato Rafiq.

"Apa ni?" Dato Rafiq membuka envelope itu. Kertas didalamnya dikeluarkan.

"Ianya adalah wasiat Dahlia. Dia menyerahkan semua asetnya pada suaminya iaitu Fayyadh andaikata dia akan pergi awal. Dahlia juga menyerahkan Cempaka Holding bulat-bulat pada Fayyadh. Kini,Fayyadh adalah waris utama Cempaka Holdings." Terang Raf. Dia bangun untuk melangkah keluar tetapi ditegah oleh suara Dato Rafiq.

"Jenazah Dahlia?"

"Saya akan uruskan. Kamu tak perlu tahu." Raf melemparkan senyuman yang susah untuk ditafsirkan. Dato Rafiq ingin membantah. Tetapi Raf sudah hilang dari pandangan. Razin meraup kasar mukanya.

*************************

"Saya mengucapkan ribuan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya memperoleh semua A dalam SPM tahun ini." Kata Puan Salmah selaku pengetua sekolah. Fayyadh tersenyum lebar. Tahu bahawa dia berjaya memperoleh semua A. Begitu juga dengan isterinya. Tempat duduk yang dikhaskan buat Dahlia kosong. Fayyadh tersenyum tawar.

"Sudahla,Fayyadh. Dah genap 3 bulan dia pergi." Pujuk Redza. Fayyadh mengangguk faham senyuman hambar diberi.

"Walaupun jasad dia dimamah bumi,bakti dia pada kita semua sangat besar dan takkan mungkin dilupakan." Kata Danial pula. Sejak beberapa hari selepas kematian Dahlia, Fayyadh seperti mayat hidup. Take mahu makan,tak mahu minum. Hanya berteluku disejadah sepanjang masa. Memohon untuk diperkuatkan diri bagi meredhai pemergian Dahlia.

"Aku okey je." Bohong Fayyadh. Dia menggenggam tangannya untuk sedikit kekuatan. Senyuman yang lebih ikhlas dipamerkan.

"Lepas ni,kau nak buat apa?" Tanya Amira yang berbaju kurung biru. Fayyadh terus membayangkan Dahlia sedang memakai baju kurung berwarna emerald blue pemberiannya. Matanya dipejam rapat. Keluhan kecil dilepaskan.

"Oi!! Mira tanya tu!" Sergah Dayana. Fayyadh memberi senyuman hambar.

"Apa yang kau fikir sebenarnya?" Tanya Aidil lembut. Dia tahu tentang kematian Dahlia beberapa bulan lepas.

"Aku teringat Aria. Kalau dia ada sekarang,mesti dia tersenyum bangga dihadapan aku. Yela,dia selalu merungut aku ejek dia sebab lambat tangkap dalam Bio. Tadi,dia menjadi pelajar yang mendapat markah Bio tertinggi dalam aliran. Dia beat aku. Aku perlu belanja dia makan cendol lepas ni." Fayyadh tersenyum kecil. Cincin nikah yang tersarung dijari manisnya ditenung. Nafas ditarik sedalam mungkin. Cuba melupakan kenangan lalu. Mereka yang mendengar mengeluh.

"Fayyadh. Kau kena lupakan kenangan lalu." Pujuk Hakim.

"Nope. I'll not. Aku akan uruskan Cempaka Holdings lepas ni. Aku takkan putus asa memajukan syarikat Aria." Azam Fayyadh. Mereka mengangguk setuju.

-----------------------------

Hello!
Okey,semua cakap citer ni nak habis. Actually,nope. Cerita ni belum habis lagi. Lepas ni ikuti buku ni lagi tau. Saya akan update lagi. I have surprise untuk supporter saya. Nak tahu apa? Tunggu next chapter. ;)
Read+Vote=Comment.

DJ<3

Continue Reading

You'll Also Like

359K 11.4K 75
[ COMPLETED ] Tengku Adrian Rafael Raina Safiyya Zayn Ashraff Shella Eryana Cerita ni bermula sejak aku form 4 lagi. Dan sejak dari tu lah kisah hidu...
1.3M 35K 66
Wardah Arinna : Kerana dendam, jiwa dan raganya disiksa Dilayan seperti pelacur sungguh meretakkan jiwanya. Namun perasaan cintanya terhadap suaminya...
373K 19.6K 78
[ 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 ] "We're getting older and the love is still here." Ariana Qalisha , nama secantik tuannya menjalani kehidupan yang...
198K 7K 72
[Also known as; Cinta Highschool] Cinta? Adakah cinta sejati itu wujud? Cinta yang benar benar mengambarkan bagaimana perasaan itu. Saat bercinta se...