#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|

By QilaNiz

1.6M 61.2K 1.7K

DAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan... More

Prolog
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Cahpter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Q&A
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 72
Q&A
Chapter 73
Chapter 74
Chapter 75
Chapter 76
Chapter 77
Chapter 78
Chapter 79
Chapter 80
Chapter 81
Chapter 82
Chapter 83
Author Note
Author's Note

Chapter 27

16.2K 690 8
By QilaNiz

Dahlia menjejakkan kaki kedalam kelasnya setelah 2 bulan menghilang. Suasana kelas menjadi senyap serta-merta. Mata rakan sekelasnya membulat memandang kehadirannya. Dahlia juga sempat menangkap pandangan mata Fayyadh yang merenungnya tidak percaya.

"Dahlia!!!" Jerit Syasya menghentikan suasana senyap tadi. Syasya berlari kearahnya dan pantas mendakapnya erat. Dahlia membalas dakapan tersebut. Air mata kelihatan seperti mahu gugur.

"Hai,Syasya." Sapa Dahlia aelepas pelukan dilepaskan.

"Welcome back,Dahlia!" Ucap Kamal sambil tersengih. "Rindu nak usyar kau." Sakatnya lagi. Dahlia tersenyum senget.

"Tak perlu usyar sangat. Pandang je terus!" Balas Rais. Dahlia menggelengkan kepalanya. Kakinya melangkah ke tempat duduk Amira. Bahu Amira dicuit.

"Weh,tukar tempat dengan aku,boleh?" Pinta Dahlia. Amira menjongket kening sebentar sebelum mengangguk setuju. Faham dengan situasi yang dialaminya. Dia bangun dan duduk ditempat Dahlia.

"Dahlia!" Ujar Syakir teruja seusai Dahlia melabuhkan punggung diatas kerusi Amira. Dahlia tersenyum manis. Tiba-tiba Dayana datang menerpa.

"Kenapa tak nampak pun kat perhimpunan tadi?" Tanya Dayana pelik.

"Tadi aku ke pejabat. Lapor diri."

"Kau pergi mana sebenarnya dua bulan menghilang?" Tanya Aqil serius. Dia kurang senang Dahlia menghilangkan diri sedangkan peperiksaan pertengahan tahun bakal berlangsung tak lama lagi.

"Chill,man. Aku bukan ponteng la."

"Habis tu,kau ke mana? Dua bulan tak hadir ke sekolah?"

"Aku sertai Program Pertukaran Pelajar ke Jepun. Sebab tu Cikgu Asmah pun buat derk je aku tak datang." Terang Dahlia.

"Exchange Students to Japan?!" Tanya Damia lantang sehingga menarik perhatian rakan sekelas yang lain.

"Hak-a. Aku bukan poteng. Aku bukan menghilang. Aku ke Jepun menjayakan program tersebut." Dahlia tergelak melihat reaksi teman sekelasnya.

"Bila kau terpilih? Kau pergi dengan siapa? Siapa lagi ikut? Bila kau fly? Kenapa tak ada seorang pun kau inform? Kau tak ingat kami ke?" Tembak Danial bertubi-tubi.

"Okey. Aku jawab satu-satu. Aku dapat tawaran masa last day aku sekolah dua bulan lepas. Aku pergi dengan beberapa orang student daripada sekolah lain. Aku seorang sahaja daripada sekolah ni terpilih. Aku fly sehari selepas dapat tawarn. Aku inform Cikgu. Aku ingat korang semua. Terutama kau,Danial." Jawab Dahlia satu persatu. Diakhirnya dia sempat memujuk Danial yang merajuk. Gedik! Nasib baik aku sayang. Desis hatinya. Da ial tersenyum bangga.

"Okey. Sebabkan kau ingat terutama aku,aku maafkan kau." Ujar Danial dengan nada bangga. Dahlia tergelak besar.

Ya Allah! Rindunya aku dengan tawa itu. Rintih Fayyadh dalam hati. Dia hanya mampu memerhatikan Dahlia daripada jauh sahaja. Amira sedar situasi itu.

"Tak mahu cakap dengan dia? Pergilah. Turukan ego kau sikit. Aku tahu kau rindu dia." Pujuk Amira perlahan. Fayyadh menunduk. Teringat tentang apa yang pernah dikata oleh Ryan,dia pantas menggeleng.

"Aku tak mahu. Dia curang dengan aku,Mira. Dia curang." Balas Fayyadh juga berbisik. Amira mengeluh kesal. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Matanya terpandang Mike yang mendekati Dahlia.

"Asal balik tak inform?" Tanya Mike perlahan sambil melabuhkan punggung diatas kerusi kosong disebelah Dahlia. Dahlia tersengih.

"Buat apa nak inform kat kau?"

"Yela,yela. Cukuplah kau selamat. Semalam,kenapa tak singgah apartment?" Tanya Mike. Dahlia menggelengkan kepala.

"Aku ada hal."Dalih Dahlia. Tidak mahu hal berkaitan suaminya sampai ke pengetahuan Mike.

"Malam ni singgah tak?" Tanya Mike berbisik me telingan Dahlia. Dahlia menggeleng mendengar soalan itu.

"Tak. Aku ada hal yang perlu diurus." Jawab Dahlia makin perlahan. Mike mengangguk seraya berdiri dan berlalu ke tempatnya. Dahlia memandang kehadapan kelas sebentar sebelum memandang semula novel ditangan.

Apartment? Apa maksudnya? Tanpa Dahlia,terdapat sepasang telinga yang menangkap perbualannya dengan Mike. Sesusuk tubuh itu melangkah pergi.

***********************

"Semua dah sedia?" Tanya Amira kepada Redza. Redza mengangguk pantas. Gembira rancangan yang dibuat Dahlia berjalan lancar.

"Fayyadh akan tiba dalam 10 minit. Semua bersedia." Arah Dayana pula. Belon,kek,perhiasan semua sudah diatur dengan elok seperti yang Dahlia rancang. Lampu ditutup dan mereka bersembunyi.

Fayyadh memarkirkan motorsikalnya digaraj. Matanya pelik melihat suasan rumah yang gelap dan senyap. Ehh? Semua keluar ke? Fayyadh segera mengorak langkah ke pintu utama. Tombol pintu dipulasnya. Tak berkunci? Fayyadh semakin tidak sedap hati. Risau rumahnya dimasuki perompak. Batang golf ditepi pintu diambil. Jika benar ada perompak,dia pasti memukulnya menggunakan kayu golf itu. Pintu dikuak perlahan dan suis lampu dihidupkan.

"Surprise!!" Terkejut beruk Fayyadh melihat rumahnya dihiasi dengan cantik. Kain rentang yang dipasang bertulis 'Happy 17th birthday!' dipandangnya. Ya Allah! Aku terlupa hari ini adalah hari ulang tahunku yang ke-17. Fayyadh tersenyum lebar. Kelihatan rakan sekelasnya berada disitu.

"Happy birthday to u. Happy birthday to u. Happy birthday to Fayyadh. Happy birthday to u. Wooo!" Nyanyi mereka. Diakhir nyanyian, Redza melepaskan bom kertas. Datin Maya dan Dato Rafiq yang berada disitu tersenyum melihat Fayyadh teruja meniup lilin. Akhirnya. Selepas dua bulan.

Fayyadh memotong kek tersebut dan diagih-agihkan. Amira tersenyum melihat Fayyadh yang gembira. Perancangan Dahlia sangat teliti dan sememangnya mengikut kemahuan Fayyadh. Tiba-tiba,telefonnya bergetar. Mesej yang baru masuk dibuka.

From:Dahlia Ariana.
Sorry aku terpaksa balik. Aku tak mahu kegembiraan Haidar terjejas. Tambahan pula,aku bukan dijemput. Have fun and sampaikan wish aku pada Haidar,ye. Thanks.

Amira mengeluh pelahan membaca mesej yang baru diterimanya.

"Siapa yang tak sayang nyawa plan semua ni,hah?! Aku pasti bukan plan korang." Tanya Fayyadh dengan nada bergurau. Redza mengangguk setuju.

"Kenapa? Tak suka?" Tanya Danial. Fayyadh menggeleng.

"Sebab aku suka la aku tahu ni bukan plan korang. Semua menepati kriteria yang aku inginkan. 100℅ tepat." Puji Fayyadh gembira. "Siapa punya plan?" Tanya Fayyadh lagi. Hakim mengerutkan dahinya.

"Serious 100℅ tapat?" Tanyanya pelik. Fayyadh mengangguk laju. "Pelik. Aku yang dah lama kawan dengan kau pun tak tahu ini yang kau mahu." Tambah Hakim.

"Macam mana rancangan Dahlia boleh kena dengan keinginan kau,ye?" Mendengar nama tersebut daripada mulut Dayana menyebabkan suapan kek Fayyadh terhenti.

"Wh...what? Ra..rancangan Dahlia? Semua ni plan dia ke?" Tanya Fayyadh gugup. Dayana mengangguk pantas.

"Hak-a. Semua plan dia. Dari jenis kek hingga ke perhiasan dan tema warna. Semua dia yang cadangkan. Kitaorang ikut aje. Tak sangka ia memenuhi keinginan kau. Memang tepat agakkan dia." Balas Dayana memuji Dahlia. Mata Dayana melilau kesekeliling rumah. "Sepatutnya dia dah datang. Mana pula dia ni? Batang hidung pun tak nampak." Omel Dayana.

"Dia takkan datang." Ujar Amira daripada belakang. Mereka pantas menoleh.

"Mama boleh! Dia yang plan. Takkan dia tak datang?!" Marah Dayana. Amira menggelengkan kepalanya. Fayyadh beredar mendekati mama dan papanya.

"Aria ada datang tak tadi?" Tanya Fayyadh sekali nafas. Datin Maya memandang anak terunanya pelik.

"Tak nampak pun. Dia nak datang ke? Ya Allah! Tak sabarnya nak jumpa!" Ujar Datin Maya teruja. Rindunya pada Dahlia bukan main lagi. Fayyadh menggelengkan kepala dan lari mendapatkan Amira yang sedang berbual dengan Damia. Tangan Amira ditarik menuju ke dapur.

"Mana kau tahu Aria takkan datang?" Tanyanya setibanya mereka di dapur. Amira menarik kembali tangannya.

"Lea mesej aku." Amira memandang Fayyadh pelik. "Buat apa kau cari dia?" Fayyadh merengus kasar.

"None of your business!" Bentak Fayyadh seraya mendaki tangga menuju ke biliknya.

"Jadi urusan aku kalau kau tanya aku." Balas Amira walaupun Fayyadh sudah pun hilang dari pandangan.

Fayyadh membuka kasar pintu biliknya. Hatinya kecewa apabila Dahlia tidak mahu menunjukkan diri. Walaupun dia benci Dahlia,jauh disudut hatinya masih berharap agar Dahlia berada di sisinya. Matanya tertacap pada sebuah kotak berbalut emas diatas katilnya.

"Siapa pula yang biadab sangat masuk bilik aku ni?!" Marah Fayyadh. Kotak itu diambil kasar. Terdapat Surat diatasnya. Tangannya membuka Surat tersebut dan dibacanya.

Happy birthday,awak! Pejam celik pejam celik,sudah ke bulan enam. Bulan hari lahir awak. Tahniah kerana sudah menganjak ke 17 tahun. Maafkan saya dari hujung rambut ke hujung kaki. Saya tak bermaksud mahu menghindar Dari awak. Tapi,saya juga tak mahu mood gembira awak rosak sebab saya. Di sekolah juga begitu. Awak mahu saya jauh dari awak,kan? Jadi,akan saya turuti kerana awak adalah suami saya. Salam sayang dari saya. Take care. ×°×°
Your wife, Aria.

Surat tadi ditutup kasar. Fayyadh keluar daripada bilik menuju ke kolam renang. Tepat jangkaannya Dahlia masih tidak keluar dari situ. Dahlia tidak sedar kehadiran Fayyadh kerana memikirkan sesuatu.

"Aduh! Macam mana aku nak keluar ni?!" Bait-bait bicara Dahlia didengari Fayyadh. Lantas tangan Dahlia diraih. Dahlia terkejut.

"Nak keluar pergi mana?" Fayyadh bertanya dingin. Dahlia meneguk liurnya.

"Err.. Ma..macam mana awak..."

"Perfume kau kuat lagi kat dalam bilik tadi. Nampak sangat kau baru keluar." Fayyadh menarik tangan Dahlia kasar ke bilik mereka.

"A..awak. Nan..nanti orang nampak la." Dahlia cuba menarik tangannya semula.

"Kenapa? Kau malu? Malu sebab dah kahwin?" Tanya Fayyadh sambil menolak Dahlia ke dalam. Dahlia jatuh terjelepok.

"Awak. Apa awak buat ni? Awak,jangan kurung saya!" Dahlia berlari mendapatkan Fayyadh yang mahu menutup pintu bilik itu. Fayyadh menutup pintu dan menguncinya. Dahlia mengetuk pintu kuat.

"Kau duduk dalam tu sampai aku naik!" Laung Fayyadh daripada luar.

"Haidar! Jangan buat saya macam ni! Jangan kurung saya,Haidar! Haidar!" Rayu Dahlia. Dia tidak mahu dikurung sedemikian rupa.

"Kau diam!" Bentaknya. Dahlia terkejut. Air mata mula menitik. Dahlia bersandar didinding sebelah pintu. Jatuh menegesot apabila terasa kakinya tidak mampu menampung berat badannya.

"Kenapa awak buat saya macam ni?" Tanya Dahlia seorang diri sambil tersedu-sedan. Lututnya dirapatkan kedada. Tangisannya makin menjadi-jadi. Dia menangis seorang diri.

Fayyadh menuruni tangga ke ruang tamu. Redza mendekatinya bersama rakan-rakan yang lain.

"Bro, kitaorang balik dululah,ye. Happy birthday again. Dah besar kau." Usik Redza sambil bersalaman dengan Fayyadh. Fayyadh juga berjabat tangan dengan kesemua yang menghadiri majlisnya itu.

Fayyadh mendaki tangga ke biliknya. Pintu bilik dibuka dan dia meloloskan diri ke dalam. Kelihatan Dahlia juga baru melangkah keluar daripada bilik air. Rambutnya basah menyebabkan Fayyadh tidak keruan.

"Majlis dah habis?" Tanya Dahlia sekadar berbasa-basi. Suara yang serak dan mata yang merah menjamah penglihatan Fayyadh.

"Kalau tak habis lagi aku tak naik." Sindir Fayyadh dengan dingin. Dahlia mendekati Fayyadh dan cuba mengambil kemeja Fayyadh yang sudah dibuka.

"Tak payah! Aku belum cacat lanak uruskan diri sendiri!" Dahlia terlompat sesikit. Kakinya dijauhkan daripada Fayyadh.

"Kenapa awak buat saya macam ni?"

"So?"

"Kalau awak tak percayakan saya,bencikan saya,kenapa awak nak simpan saya lagi? Kanapa awak paksa saya tinggal dengan awak?!"

"Sebab aku bukan dayus! Aku tak mahu biarkan kau keluar dan berfoya-foya dengan laki lain! Aku tak dayus! Kenapa kau nak sangat keluar? Jantan mana lagi yang jadi sasaran kau?! Mike?!"

"Apa yang awak cakap ni?! Mike tiada kena-mengena dengan hal kita!"

"Ouh ye? Aku nak tanya kau. Hebat sangat ke Mike tu sampai kau sanggup serah body kau pada dia?!"

"Awak merapu apa ni?! Serah body apa? Saya tak pernah serah body saya pada sesiapa lagi. Mana awak dapat cerita ni?"

"Kalau macam tu,explain kat aku. Kenapa Mike ajak kau pergi apartment dia?"

"What?! Ma..mana awak tahu?"

"See? Kau mengaku dia ada ajak kau kan? Kamal kata dia dengar Mike tanya kau kenapa tak datang apartment masa balik dari Jepun tu. Entah berapa kali korang 'bersama'."

"Tak! Awak dah salah sangka ni! Kami tak penah...."

"Dia laki ke berapa? Selepas Ryan,berapa banyak lagi lelaki yang kau tiduri,hah?!"

"No! Saya tak pernah tiduri sesiapa!"

"Masa jadi Lea Aliana? Berapa?"

"Masih! Saya tak pernah tiduri sesiapa!"

"Dah la. Aku malas nak bertekak dengan kau." Kata Fayyadh seraya melangkah keluar daripada bilik. Dahlia jatuh terjelepok. Air mata sekali lagi tumpah dengan murahnya.

"Ya Allah! Kenapa berat sungguh ujian-Mu,ya Allah!" Rintih Dahlia sambil tersedu-sedan. Dahlia menarik nafas sedalam-dalamnya. Entah kenapa dia bertekad until meraih kepercayaan suaminya semula. Dia harus kuat. Dia harus tabah. Air mata disekanya dengan belakang tangan. Azamnya kental. Dia akan raih semula kepercayaan Fayyadh.

---------------------------

Hey readers!
Okey now,Dahlia ingin raih kepercayyan Fayyadh kembali. Lupakah dia yang dulu dia mahu Fayyadh berhenti mencintainya? Aip! Baca betul2. Dia nak raih kepercayaan. Bukan cinta. Agak2 berjaya tak? 'Projek meraih kembali kepercayaan Fayyadh' bermula! Fighting Dahlia! Tunggu next chapter tau? ;)
Read+Vote=Comment

DJ<3

Continue Reading

You'll Also Like

774K 31.7K 90
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
60.6K 4.3K 51
𝐊𝐡𝐚𝐢'𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐚𝐫𝐞 | 𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 AKIF KHAIZURAN. Lelaki jambu yang diminati ramai kerana rupa fizikalnya. Wajahnya tak pernah...
359K 11.4K 75
[ COMPLETED ] Tengku Adrian Rafael Raina Safiyya Zayn Ashraff Shella Eryana Cerita ni bermula sejak aku form 4 lagi. Dan sejak dari tu lah kisah hidu...
1.1M 51.2K 72
~Cintaku lebih besar dari cintanya, mestinya kau sedar itu, bukan dia, tapi aku~ Tengku Rasydan / Maya Arisha ❄ Who are you? ❄ Her fright, her face...