#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|

By QilaNiz

1.6M 61.2K 1.7K

DAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan... More

Prolog
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Cahpter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Q&A
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 72
Q&A
Chapter 73
Chapter 74
Chapter 75
Chapter 76
Chapter 77
Chapter 78
Chapter 79
Chapter 80
Chapter 81
Chapter 82
Chapter 83
Author Note
Author's Note

Chapter 21

18.4K 737 2
By QilaNiz

Raf?! Apa dia buat disini?! Tanya Dahlia dalam hati apabila melihat kelibat Raf berdekatan kelasnya. First day sekolah ni. Takkan nak panggil aku kot. Job ke? Gusar hati Dahlia melihat keberadaan Raf disekolah.

Kring!!!!

"Yeay! Balik!" Laung Maria. Dahlia tersenyum melihat kerenah rakan sekelasnya yang baharu itu. Semua pelajar berpusu-pusu keluar meninggalkan kelas. Dahlia bangun setelah siap mengemas begnya. Tangannya ditarik oleh Fayyadh.

"Haidar? Janganlah tarik-tarik. Nanti orang nampak? Naya kita!" Bentak Dahlia perlahan. Fayyadh menjelingnya.

"Kalau orang nampak pun bukan dosa. Kita bersentuhan pun tak dosa." Balas Fayyadh dingin. Dahlia terkedu mendengar penyataan Fayyadh. "Apa hal Ash datang? Nak jumpa kau?" Tanya Fayyadh. Dahlia menjongket bahunya.

"Entah." Jawab Dahlia sepatah. Dia juga pelik menlihat kehadiran Raf. Tak lama kemudian,telefonnya bergetar. Dahlia pantas mengeluarkannya dan membaca mesej yang baru masuk.

From:Ashraf <3
I tunggu u kat luar. Kita pergi lunch and bincang tentang Ryan. Zack dan Jake ada bersama. ×°×°

Dahlia mengeluh kecil. Pandangan serba salah diberikan kepada Fayyadh.

"Dia nak jumpa aku. Boleh?" Tanya Dahlia meminta izin suaminya. Mata Fayyadh terbuntang. Eh eh eh. Sesuka hati dia je nak bawa bini aku keluar. Betak hatinya. Melihat Fayyadh yang termenung,Dahlia memetikkan jarinya dihadapan Fayyadh.

"Hello. Boleh ke tak? Dah lambat ni." Gesa Dahlia. Fayyadh merengus kecil.

"Hurmm. Pergilah. Jangan balik lewat sangat. Balik sebelum maghrib. Tu paling lewat." Pesan Fayyadh kepada Dahlia sebelum melangkah pergi. Baru Dahlia sedar hanya tinggal mereka berdua sahaja di kelas. Dahlia tersenyum dan melangkah ke tempat parkir kereta. Wajah Raf yang tersenyum menjadi santapan mata.

"So? How's my surprise? Do you like it?" Tanya Raf menyakat Dahlia setibanya Dahlia dihadapannya. Dahlia menarik hidung Raf dengan kuat. Geram dengan pertanyaan Raf.

"Ouh thank you. I reeaalllyy love it." Ujar Dahlia dengan nada sarkastik. Raf tergelak kecil.

"Jom." Ajak Raf. Pintu kereta Lamborghininya dibuka untuk Dahlia. Dahlia tersenyum sumbing.

"Well,thank you. How gentleman you are." Ucap Dahlia dengan loghat Britishnya yang sangat pekat seraya memasuki kereta. Raf menutupkan pintu dan ke tempat pemandu. Keretanya mula dihidupkan dan diapandu keluar daripada sekolah.

Fayyadh memerhatikan mereka daripada jauh. Hatinya kuat ingin tahu apa yang disorokkan oleh isterinya. Dia tahu Dahlia dan Raf bukan hanya kawan biasa. Ada rahsia yang disorokkan oleh mereka berdua. Apa hubungan mereka sebenarnya ni? Fikirannya mula mengingati album yang dijumpainya di rumah Dahlia di Pahang. Dia menggelengkan kepala dan mula menunggang motorsikalnya pulang me rumah.

********************

"Okey. We all dengar yang Ryan is your brother-in-law. Is it true?" Tanya Zack ketika mereka sedang menjamah minum petang di Cafe Oldtown. Dahlia pantas mengangguk.

"Hak-a. Dia abang Haidar,suami I. Ryan tak datang masa majlis akad dulu. Sebab itu kita tak berjumpa dia langsung. And now,he stay with me! Under the same roof! My god! He make me sick,okey?! 24 jam menunjuk yang dia sangat mengenali I." Adu Dahlia. Jake memandangnya pelik.

"Kau tak bagitahu aku pun yang kauorang tinggal sebumbung tadi." Jake berkata dengan tak puas hati.

"Tadi di sekolah,u idiot! Takkan nak bagitahu kau masa kat sekolah. And u know my principe. No combining my school,work and gang's life." Marah Dahlia. Bengang apabila Jake menfokuskan kesalahannya.

"Dia ada buat apa-apa yang mencurigakan tak? I mean,something like menembak secara tiba-tiba. Atau, ugut u ke?" Tanya Zack. Risau jika Ryan berniat untuk mencederakan Dahlia. Dahlia menggeleng dan membuatkan mereka bertiga melepaskan nafas lega.

"So far,he just tackle I balik je. Goda I semacam." Jawab Dahlia mengingati tindakkan Ryan. Mereka tersengih mendengarnya.

"Okey. If that so,u just need to avoiding yourself from him. I risau dia cederakan u." Pesan Raf. Dahlia hanya membalas dengan anggukkan sahaja sambil menyisip cappuccinonya. Tiba-tiba,dia teringat sesuatu.

"Raf,u tahu tak tentang Orion Knight?" Tanya Dahlia. Raf tersentak. Pantas matanya mencerlung Dahlia tajam dan membuatnya kecut perut.

"Mana u dengar nama tu?" Tanya Raf. Suaranya berubah menjadi sangat dingin. Dahlia meneguk air liurnya. Dia hanya akan mendengar suara ini ketika Raf sedang membunuh sahaja.

"Err..u..tak pe..perlu..tahu. Just..an..answer my question." Balas Dahlia gugup. Dia hanya ingin tahu tentang kumpulan itu sahaja. Raf mengeluh kecil. Dia tidak suka membuatkan Dahlia takut. Amarahnya cuba ditenangkan sedaya-upaya. Zack dan Jake berbalas pandangan. Memahami apa yang berada difikiran Raf. Seperti Raf,mereka juga tidak suka membuat Dahlia takut. Raf memandang Dahlia yang terkulat-kulat sebentar sebelum melingkarkan lenganya kebahu Dahlia dan merapatinya. Dahlia takut untuk menolak apabila melihat Raf yang tadi.

"Listen here." Panggil Raf sambil menyentuh telinga Dahlia yang ditutupi tudung. Ditariknya agar Dahlia memandangnya. "Sorry. I didn't mean to scare u. Orion Knight was a betrayer. Lama dulu,kami mempunyai hubungan yang sangat baik. Sebabkan Ryan,semuanya hancur. Ryan salah seorang anggota mereka yang bertugas sebagai pengintip khas didalam kumpulan kita. Dia ditugaskan untuk perhatikan u,Ace. Tapi,dia jatuh cinta pada u dan bertindak untuk lindungi u. Walaupun niatnya baik,dia tetap salah seorang daripada mereka. Kerana itu,Ryan dibuang kumpulan. Sepatutnya dibunuh,tetapi dia memohon untuk tidak dibunuh. Dia kata,maklumat yang dikumpul masih tidak dihantar kerana Orion Knight akan bunuh u. Dia cintakan u. Sebab itu misinya dihentikan. U ingat tak Razin yang u tanya sebelum ni?" Tanya Raf dipertengahan cerita. Dahlia mengangguk pantas."Dia bekas kumpulan tersebut. I dengar,seorang lagi bernama Rina. Biras u mungkin."Raf menghabiskan ceritanya. Dahlia mengagguk lagi.

"Kenapa u all tak cerita apa-apa pada I?" Pelik memikirkan ada rahsia kumpulan yang tidak diketahuinya.

"Sabab,masa tu u tengah frust tentang kematian abang u,arwah Darween. So,we all tak nak tambah lagi beban atas u." Balas Zack pula sambil mengusap kepala Dahlia yang bertudung lembut. Diikuti dengan Raf yang menganggukan kepalanya.

"Kau kena ingat. Kau tu 'Ace' kumpulan ni. Belambak orang yang cuba cederakan kau. Jaga diri baik-baik. Ryan tu,kau cuba elakkan. Since he knows about your marriage,tak mustahil dia akan cederakan adiknya sendiri." Pesan Jake pula. Mereka sambung minum petang dan kemudian pulang.

********************

"Assalamualaikum." Laung Dahlia sambil membuka kasutnya. Dia meloloskan diri ke dalam rumah dan terus ke ruang tamu. Kelihatan Datin Maya sedang membelek-belek majalah di atas sofa.

"Waalaikumusalam. Haa Ana. Lambat balik?" Tanya Datin Maya. Pelik juga apabila anak danmenantunya pulang asing-asing. Dahlia pantas mengucup tangan Datin Maya sebelum mengambil tempat di sofa bersebelahan Datin Maya. Senyuman manis diberikan.

"Ana jumpa kawan tadi. Haidar pun tahu." Jawabnya. "Haidar mana?" Tanya Dahlia sambil memerhati sekeliling rumah.

"Ada dalam bilik. Study mungkin. Ana pin pergilah naik. Rehat." Arah Datin Maya. Dahlia segera mengangguk terus mengatur langkah ke bilik tidurnya dan Fayyadh. Pintu bilik dibuka. Kelihatan Fayyadh sedang berbaring diatas katil dengan sebuah buku ditangannya. Senyuman manis dihadiahkan buat Fayyadh.

"Baru balik?" Sapa Fayyadh. Dahlia melangkah ke meja belajar dan meletakkan beg sekolah ke atas kerusi. Tudungnya dicabut dan disangkut. Tuala dicapai daripada tempat penyidai.

"Hak-a. Ada hal sikit tadi." Jawab Dahlia sambil melangkah ke bilik air.

"Hal apa? Dating lah tu." Bisik Fayyadh. Dia segera membaca buku ditangannya semula. Beberapa minit kemudian dia menghempas buku notanya ke atas katil. Rengusan kecil juga dilepaskan.

"Dah kenapa hempas-hempas buku? Tak baik,tahu? Nanti ilmu susah nak masuk." Sindir Dahlia yang baru sahaja melangkah keluar daripada tandas. Rambutnya yang basah dilap dengan tuala. Fayyadh memandang Dahlia. Gulp! Air liurnya ditelan. Baju yang dipakai oleh Dahlia nipis dan menyerlahkan potongan badannya yang ramping.

"Hello,Mister?" Panggil Dahlia dengan melambai-lambaikan tangannya kedepan muka Fayyadh. Fayyadh tersedar tiba-tiba. "Done checking me out?" Usik Dahlia sambil tersenyum nakal. Fayyadh mengalihkan pandangannya kearah lain. Malu ditegur sedemikian rupa.

"Tukar baju. Baju tu nipis sangat la. Nanti ada pula mata yang terjojol melihatnya." Arah Fayyadh. Dahlai tergelak kecil seraya bersandar ditepi suaminya. Punggungnya dihenyak ke atas katil.

"Mana ada aku nak pakai baju ni keluar. Nak lepak dalam ni je. Tu pun kena tukar ke?" Tanya Dahlia dengan muka dibuat comel. Fayyadh memandang Dahlia dengan riak yang tak percaya. Dia ni memang tak faham atau buat-buat tak faham?

"Kalau kau tak mahu diserang,better kau pergi tukar baju." Ugut Fayyadh. Dahlia gelak terkekek-kekek. Lucu melihat wajah suaminya yang bagai cacing kepanasan.

"Yela,yela. Aku tukar. Panas je sekarang ni." Rungut Dahlia sambil melangkah ke almarinya. T-shirt dicapai dan dibawa ke ruang persalinan. Setelah itu,dia terus berbaring di sebelah Fayyadh.

"Meh sini aku nak perkenalkan sesuatu." Dahlia hanya mengikut kehendak Fayyadh. Dia mendekati suaminya. Fayyadh mencapai remote control aircond dan disuakan kehadapan Dahlia. "Ini namanya remote control. Yang melekat tu pula aircond. Kalau panas,cuma tekan butang warna hijau ni untuk buka aircond. Tak adalah panas sangat.Faham? Cuba la bijak sikit." Perli Fayyadh. Dia terus bangkit dari perbaringan dan menuju ke tandas. Dahlia hanya mencebikkan bibirnya.

"Eleh. Bukannya orang tak tahu. Orang pun maju juga lah." Kutuk Dahlia kepada Fayyadh. Tiba-tiba,dia terasa telefonnya bergetar. Pantas dia buka dan lihat mesej yang baru masuk.

From:Unknown
I akan tuntut janji u,Lea. You will be mine and only mine. -Love,R-

Nafas Dahlia bagaikan terhenti dikerongkong. Ryan. Hanya satu nama itu sahaja yang muncul dfikirannya. Dia mengarah otaknya untuk berusaha memikirkan motif Ryan berbuat sedemikian. Lamunannya terhenti apabila terdengar pintu bilik air dibuka. Pantas dia menyembunyikan telefonnya. Fayyadh yang baru keluar pelik memandang wajah Dahlia yang sudah tidak berdarah. Pantas Dahlia didekatinya.

"Muka kau tu,kalau ditoreh pun mesti tiada darah. Kenapa? Mesej daripada siapa tu?" Tanya Fayyadh.

"Err..Ma...maxis." Jawabnya gugup. Fayyadh sedar akan pembohongan isterinya,tetapi dia buat tak tahu sahaja. Dia akan tahu juga nanti sama ada cepat atau lambat. Fayyadh mengangguk dan mengambil buku notanya. Pembacaan yang tadinya tergantung disambung. Dahlia hanya memerhatikan sahaja kelakuan suaminya.

----------------------

Hello readers!
New chapter published. Sweet tak Dahli n Fayyadh. Otak ni Cuba diperah untuk buat adegan sweet. Maklumlah,saya bukan reti sangat sweet2 ni. Hihihi.
Read+Vote=Comment

DJ<3

Continue Reading

You'll Also Like

60.6K 4.3K 51
𝐊𝐡𝐚𝐢'𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐚𝐫𝐞 | 𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 AKIF KHAIZURAN. Lelaki jambu yang diminati ramai kerana rupa fizikalnya. Wajahnya tak pernah...
773K 31.7K 90
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
8.8K 208 53
Mengisahkan seorang lelaki dipaksa kahwin dengan pilihan ibubapanya.Pada suatu hari,dia terlanggar seorang perempuan dan tersuka pada perempuan itu.P...
322K 15.1K 63
Cover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripada aku ?" -Faqira. "Tak penting untuk kau...