MR PIRATE

Par CIK_ZALIKHA

3.3M 293K 59.5K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... Plus

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
93
94

82

37.6K 3.7K 382
Par CIK_ZALIKHA

                       SEKEJAP Mak Timah mengesat peluh di dahi. Kemudian sambung mencuci pinggan kotor yang bertimbun di dalam besen. Kecut semua jari-jemarinya dek kerana daripada tadi menyental sabun pada pinggan. Namun, kerjanya sepantas kilat. Sudah terbiasa. Sedar-sedar tinggal beberapa cawan sahaja yang perlu dibersihkan.

"Nak Raf tolong."

"Opocot mak kau! Eh?" Terhinjut bahu Mak Timah apabila ada suara yang berbisik. Terkejut. Hampir sahaja terpelanting span itu ke muka kacak yang tiba-tiba muncul di tepinya. Jantung berdegup laju seakan mahu melompau keluar.

Mak Timah mendengus kecil. Geram.
Manakala Raf boleh pula meledakkan tawa. Memang lengan kanan lelaki itulah menjadi sasaran mengena tamparannya. Tidak kuat.

"Ish, kamu ni Raf. Terkejut Mak Timah! Nasib baik tak ada sakit jantung tau? Kamu buat apa dekat sini? Dapur tengah basah ni, kotor baju melayu kamu tu nanti!" Herdik Mak Timah, air yang mengalir laju di singki diperlahankan sedikit. Risau jika terpercik ke baju melayu hitam milik Raf saat dia berdiri dekat pada kabinet dapur.

Raf cebik bibir. Sekilas dia tunduk memandang baju melayunya. Tak kisah pun jika ia basah, memang akan ke mesin basuh juga selepas pulang nanti.

"Baju aje pun, nanti boleh salin yang baru." Selamba Raf membalas. Kemudian, lengan panjangnya disenteng hingga ke siku. Gaya seperti ingin melakukan kerja.

Dan tatkala melihat tangan Raf mula mencapai gelas kotor di tepinya, cepat-cepat Mak Timah merampas gelas itu. Terbantut niat lelaki itu hendak membantunya.

"Ish, tak payah. Kamu pergi duduk dekat ruang tamu tu. Borak dengan mereka. Tidak pun, pergi kacau si Husna tu. Jangan nak mengada kacau mak Timah!" Tegasnya. Bukan tak suka dibantu tetapi Mak Timah lebih selesa jika buat seorang diri. Lagipun, Raf itu tetamu. Dan tetamu tak seharusnya berada di dapur.

"Eleh, Mak Timah cakap macam itu nak suruh papa datang sinilah tu kacau Mak Timah..." Sengaja Raf menyakat. Tak semena-mena kepalanya menjadi sasaran hempukan gelas. Raf buat-buat mengaduh sakit. Bibirnya melepaskan tawa kecil. Geli hati melihat riak wajah Mak Timah yang bertukar cuak apabila dia menyebut tentang Tan Sri Raqib. 

Tertoleh-toleh kepala Mak Timah kepala. Menjenguk ke luar, takut-takut jika Tan Sri Raqib menuju ke dapur dan mendengar bicara Raf tadi. Ish, nakal sungguh budak ni!

Nasib baiklah Tan Sri Raqib tak dengar. Gerutu hati Mak Timah. Kecut perut dia dibuatnya tadi.

"Ish, mulut kamu tu! Dengar ke telinga Tan Sri Raqib nanti, mati kejung orang tua tu! Jangan nak merepeklah!"

"Kalau tak nak Raf merepek, jadi bagi Raf tolong." Ugutnya dengan cara halus. Gelas di tangan Mak Timah kembali dirampas semula. Tak tunggu lama, terus gelas itu dibersihkan. Tidak mahu Mak Timah menghalang niatnya lagi.

Kemudian dia dengar Mak Timah mengeluh panjang. 

"Ikut suka hati kamulah, Raf." Mak Timah mengalah. Tak guna sekalipun dia menghalang. Si Raf ini bukannya reti faham bahasa. Kalau cakap A, maka A lah. Tiada jawapan lain.

Akhirnya mereka sama-sama membersihkan gelas kotor di singki. Raf di sebelah kanan. Manakala Mak Timah pula di sebelah kiri.

"Mak Timah..." panggil Raf dengan nada meleret. Selalunya kalau antonasi begitu seperti mahu meminta sesuatu.

"Hmm, apa dia?" Acuh tak acuh Mak Timah menjawab. Entah apalah yang Raf mahu minta pula tu.

"Kalau Raf nak tanya sedikit boleh?" Soal Raf. Dia memandang wajah Mak Timah sesaat, kemudian sambung mencuci gelas yang seterusnya.

"Tanyalah apa yang kamu nak tanya Raf. Banyak pun tak mengapa."

Bibir Raf tersenyum. Macam tahu-tahu sahaja dia memang banyak soalan.

"Kalau Raf nak mak Timah kerja dengan  Raf semula, Mak Timah mahu tak?" Tanya Raf. Agak serius bunyinya. Sudah lama dia memikirkan tentang ini semenjak perjanjiannya akan mengambil alih kerja semula. Kalau boleh, dia mahu semua bekas pekerja yang pernah diberhentikan dahulu kembali semula. Termasuk juga Mak Timah.

"Ish, kamu ni... kalau Mak Timah kerja semula dengan Raf, siapa mahu uruskan rumah ni? Lagipun... " sekilas Mak Timah berpaling ke belakang. Terpapar sedikit kegelisahan pada seraut wajah tuanya. Hendak memastikan tiada sesiapa yang datang ke dapur. Lebih-lebih lagi majikannya iaitu Datin Khadijah. Takut jika wanita itu mendengar apa yang ingin diperkatakan.

Setelah memastikan kawasan dapur selamat, barulah Mak Timah pandang Raf semula. Line clear!

"Si Datin tu bukannya buat kerja rumah pun. Mak Timah yang buat semua benda. Pakaian, makan, minum... malah kejut bangun subuh pun Mak Timah yang buat! Dan lagi satu sebab, Mak Timah dah berapa tahun kerja sini. Tak tergamak tiba-tiba nak berhenti kerja dengan Dato Idris." Ujar Mak Timah. Kalau diikutkan hati memang dia mahu menerima tawaran Raf. Namun apabila terkenangkan budi Dato Idris, dia rasa serba-salah pula mahu terima.

Kemudian Raf mengeluh seakan tidak berpuas hati. Gelas terakhir diletakkan ke tepi. Air ditutup. Lantas dia berpaling memandang Mak Timah dengan sebelah tangan menopang pada kabinet. Kepala sedikit menunduk. 

"Tapi Raf boleh beri Mak Timah gaji lebih daripada kerja di sini. Raf tengok apa yang Mak Timah buat tak padan langsung dengan duit yang Mak Timah dapat! Cakap aje Mak Timah nak berapa, Raf boleh tunaikan." Katanya seakan terdesak mahu Mak Timah kembali bekerja semula. Malang sekali, Mak Timah tetap geleng kepala.

"Ini bukan soal gaji, Raf. Tapi soal hati budi. Dato Idris yang ambil Mak Timah kerja di sini selepas kamu berhentikan semua pekerja. Jadi takkan Mak Timah nak pergi kepada kamu macam itu aje? Nanti apa pula Dato Idris fikir."

"Tapi Raf bukan saja-saja nak ambil Mak Timah kerja semula." Adu Raf.

Mak Timah mengerut kening. Tidak faham.

"Habis? Kamu nak permainkan Mak Timah huh?" Soal Mak Timah, buat-buat suara seperti ingin mengamuk.

"Tidaklah sampai begitu.  Jauh benar Mak Timah fikir. Sebenarnya saya..." Sekejap Raf menebarkan anak mata ke ruang tamu, semua orang ada di sana. Masih lagi sedang berborak sakan. Dan selepas itu barulah Raf sambung ayatnya semula dengan nada berbisik.

"Saya ada rancangan sikit." Katanya perlahan. Misteri betul bunyinya.

"Rancangan apa pula ni? Rancangan elok ke tak elok?"

Amboi, soalan Mak Timah serupa Raf mahu menyeludup dadah pula ke dalam rumah ini. Punyalah curiga.

"Adalah. Tapi Mak Timah kena tolong saya juga. Ini demi Husna. Dia pun tak tahu pasal ni. Kita berdua aje."

"Kamu jangan buat kerja gila Raf. Tahu dek Husna nanti, piring terbang ke kepala kamu karang!" Keras Mak Timah. Sudahlah Husna tu pantang apabila ada orang buat benda buruk dibelakangnya. Kalau terkantoi, perang ketigalah nampak gayanya! 

Mengucap Raf mendengar. Macam dia pula yang merancang perkara jahat untuk menjatuhkan Husna. Ish, Mak Timah ni. Bukannya hendak dengar penjelasan dia sampai habis dulu.

"Raf bukannya nak kenakan Husna pun..."

"Habis tu? Apa lagi yang kamu nak buat tanpa pengetahuan dia?"

"Raf nak selesaikan semuanya. Semua orang patut tahu apa yang terjadi di pulau semporna dahulu. Itu aje." Ujar Raf.

Bahkan, Mak Timah masih lagi tidak faham. Apa yang semua orang tidak tahu dan Raf sahaja yang tahu? Kepalanya mula pening.

"Boleh tak cakap betul-betul. Mak Timah tak faham."

Raf mengeluh kecil. Tidak mahu tidak, terpaksalah dia ceritakan pada Mak Timah terlebih dahulu tentang rancangannya. Lantas, tubuh dibongkokkkan sedikit. Berbisik sesuatu di telinga orang tua itu. Agak lama juga. Malah reaksi muka Mak Timah pun sekejap berubah-ubah. Kadang terkejut, kadang terkesima kemudian terangguk-angguk apabila mulai faham.

Setelah semuanya telah diceritakan, barulah tubuh ditegakkan semula. Raf jongket kening berkali-kali.  Bagaimana? Terbaik bukan rancangannya?

"Ooo... macam tu..." panjang betul 'O' Mak Timah. Baru sekarang dia mengerti. Haih, kan senang kalau Raf cerita daripada awal.

"Ish, tapi tak sangka betullah. Mak Timah dah agak ada benda tak kena berlaku di Pulau Semporna sebelum ni. Rupanya-Rupanya... astaghfirullah hal azim..." Mak Timah meraup wajahnya. Benar-benar terkejut dengan cerita Raf.

"Jadi... Mak Timah boleh ke tak bantu Raf?" Soalnya. Masih lagi menanti jawapan. Wajah Mak Timah ditatap penuh harapan. Lama juga orang tua itu diam memikirkan keputusan. Tampak kusut sedikit. Mungkin kerana hati berbolak-balik mahu ikut yang mana satu. Otak sebelah kanan asyik terkenangkan soal budi Dato Idris, manakala otak sebelah kiri lebih ke arah Husna pula.

Aduh, payahnya!













                 "AKHIRNYA kawan sa endak lama lagi jadi isteri Lanun. Ish, endak sabar betul mau makan ambuyat sama nasi minyak! Nanti satu periuk sa kasi habis. Tinguklah!" Bersungguh-sungguh betul cara Orkid berkata-kata. Orang lain yang bakal kahwin, dia pula yang terlebih teruja. Gila tak teruja? Lelaki paling Hot di kampungnya sudah di cop mohor oleh Husna. Dia pun dulu tak dapat tau!

Tatkala Husna hanya ketawa. Dah lama dia tak gelak mendengar cerita si Orkid. Bila dapat peluang duduk di bawah satu pondok dan berbual seperti di pulau dahulu rasa seronok sangat. Terselit kerinduan yang tak terkira.

Odu juga ada sekali. Kaki Odu yang dahulunya terseliuh kini sudah baik seperti biasa. Syukur Husna melihat keadaan Odu yang masih kuat biarpun umur semakin menua.

"Ada-ada ajelah awak ni Orkid..."

"Eh, bukan senang sa mau dapat nasi minyak di kampung tau! Ini pun bertuah sebab bapak Lanun kasi kami naik kapal terbang. Jakun juga sa tadi lihat banyak bangunan tinggi-tinggi macam gunung Kinabalu."

"Iyalah tu. Odu pula yang letih kena jaga dia. Ada sija benda dia mau tinguk. Haih..." tergeleng-geleng kepala Odu sambil sebelah tangan memicit kepala. Jelas sekali perangai Orkid tidak dapat terkawal semasa tiba di Kuala Lumpur.

Sekali lagi Husna tergelak.

"Nampak sangat Orkid excited. Tak mengapa, nanti petang kita pergi pusing satu Kuala Lumpur." Ajak Husna. Dia pun dah lama tak pusing-pusing bandar sendiri naik bas persiaran. 

Pantas Orkid menekup mulutnya yang ternganga serupa tak percaya. Makin tak boleh dikawal perasaan teruja di dada. Kalau boleh sekarang juga dia hendak bersiar-siar dengan Husna. Nak masuk bangunan paling tinggi yang dia lihat tadi. KlCC. Kalau boleh jerit, dia nak jerit di tingkat paling atas.

"Serius ka? Sa mau! Sa mau!" Jerit Orkid sambil menepuk-nepuk meja di tengah mereka serupa tidak sabar.

"Ehem!"

Baru sahaja Husna hendak bersuara tiba-tiba kedengaran suara berdehem di belakang mengalihkan perhatian mereka. Spontan Husna berdiri apabila menyedari Tan Sri Raqib berjalan mendekati pondok. Entah mengapa Husna terasa gugup dan sedikit resah bila berhadapan dengan bakal bapak mertuanya.

"Tan Sri." Sapa Husna sepatah. Masih tak yakin untuk panggil dengan gelaran papa. Dia belum sampai ke fasa itu lagi.

"Orkid, jom kita pergi jalan-jalan sekitar rumah ni dahulu." Dan-dan sahaja Odu mengajak Orkid bangkit sama mengikutnya. Seakan faham Tan Sri Raqib mahukan ruang untuk berbual bersama bakal menantunya.

Malahan Orkid setuju tanpa beri banyak alasan. Terus tangan Odu disambut sebelum mereka sama-sama melangkah pergi meninggal Husna dan Tan Sri Raqib berdua di situ.

Makin cuak Husna jadinya. Tiba-tiba jadi introvert.

"Duduklah, kenapa berdiri? Papa bukannya komander pun."  Pelawa Tan Sri Raqib dengan nada bergurau. Lantas, dia melabuh punggung di atas bangku.

Husna ketawa kekok. Lawak bapa-bapa memang semua samakah?

"Ba... Baik." Perlahan Husna duduk di hadapan Tan Sri Raqib.  Kepalanya menunduk ke bawah. Setiap kali memandang muka orang tua itu, pasti jantungnya akan berdegup laju. Susah untuk dikawal perasaan ini. Macam tak percaya. Tan Sri Raqib adalah bapa mertuanya nanti.

Terasa semuanya macam mimpi!

Apatah lagi saat ini muka Tan Sri Raqib kelihatan serius merenungnya. Buatkan air liur Husna tertelan berkali-kali. Lebih baik pandang meja ajelah. Hilang sedikit perasaan resahnya.

"Selepas ini papa tak nak dengar perkataan Tan Sri daripada mulut Husna lagi. Tak kiralah di mana-mana pun. Panggil sahaja papa." Ujar Tan Sri Raqib, lembut. Dia tidak mahu Husna kekok mahu menyebut perkataan ituselepas menjadi sebahagian keluarganya nanti.

Manakala kepala Husna cuma mengangguk perlaham.

"Boleh, Tan Sri... eh? maksud saya... papa." Cepat-cepat Husna memperbetulkan sebutannya apabila tersasul.

Tan Sri Raqib tersenyum lebar. Sejuk hatinya mendengar Husna memanggilnya papa.

"Terima kasih sangat sebab Husna sudi terima pinangan ni. Papa dah lama sangat berharap dapat tengok Raf berkahwin. Akhirnya, tercapai juga hasrat papa nanti."  Ucapnya.

Husna tersenyum kecil. Tak. Bukan Tan Sri Raqib yang patut berterima kasih, tetapi dia yang seharusnya. 

"Husna yang patut berterima kepada papa sebab sudi terima Husna sebagai menantu." Balas Husna, jujurnya dia rasa terharu dengan penerimaan Tan Sri Raqib. Bahkan, seluruh keluarganya menerima dia dengan hati yang terbuka. Bukan mudah mahu menambat hati sebahagian keluarga mertua, tetapi Husna bertuah kerana mereka menerima dia seadanya. 

"Semasa di pulau, Raf pernah cerita yang dia ada melamar seorang perempuan. Masa dia balik ke resort, muka dia resah sangat..." Tan Sri Raqib mula bercerita. Tiba-tiba teringatkan
kisah lalu, buatkan bibirnya tersenyum-senyum.

Husna yang tampak tertarik mendengar ceritanya langsung Tan Sri Raqib menyambung.

"Dia resah sebab takut perempuan itu tolak lamaran dia. Kerana itu adalah lamaran pertama yang dia buat seumur hidup. Sungguh, papa tak pernah tengok dia macam itu. Macam tak percaya pun ada. Dan papa ingat, perempuan yang buat dia jatuh cinta itu adalah orang kampung di situ. Tapi rupa-rupanya... dia adalah Husna."

Merah pipi Husna tika ini. Aduhai, malunya. Bibir ditahan daripada tersenyum. Cuba untuk fokus mendengar cerita.

Bahkan Tan Sri Raqib tergelak kecil saat teringatkan kejadian itu. "Patutlah dia susah sangat nak bawa kamu balik. Rupa-rupanya dia ada rancangan lain dahulu. Kamulah rancangan dia."

Husna tidak tahu mahu respon apa. Dia kehilangan kata. Hati di dalam sudah berbunga-bunga.  Nakal betul si Lanun ni! Sambil menyelam minum air rupa-rupanya.

"Bila dapat tahu kamu orangnya, papa tahu Raf dah buat keputusan yang tepat.   Kamu bertuah sangat Husna, bertuah kerana dapat salah seorang anak papa yang paling ramai orang sayang." Luah Tan Sri Raqib, nada suaranya kedengaran agak sebak. Mula menarik perhatian Husna yang tadinya menunduk kepala. Kini fokus memandang wajah Tan Sri Raqib yang bertukar riak.

Aduh, kenapa dia pula yang rasa sebak tiba-tiba? Seolah-olah dapat menyelami perasaan Tan Sri Raqib sekarang.

Sekonyong-konyong Tan Sri Raqib tersenyum kelat. Renungan mata Husna dibalas dalam-dalam. 

"Kamu nak tahu tak, kenapa dalam lima orang anak papa, papa lebih rapat dengan Raf?" Soalnya secara tiba-tiba. Husna mungkin tidak pernah terfikir hendak bertanya tentang itu, tetapi dia sendiri yang ingin berkongsi rahsia yang telah lama dipendam. Tiada siapa pun tahu tentang ini.

Dan sekarang, Tan Sri Raqib mahu bocorkan kepada Husna. Alang-alang tidak lama lagi wanita itu juga akan menjadi menantunya. Itupun, jika Husna berminat ingin tahu.

Dalam tak sedar kepala Husna terangguk-angguk.

"Kenapa?" Tanya Husna, jujur dia tak pernah terfikir tentang itu. Tapi bila dah Tan Sri Raqib mulakan topik, terus berkobar-kobar rasa ingin tahu. Pasti ada sesuatu yang istimewa pada Raf sehingga bapa,sendiri pun turut senang dengan layanannya.

"Sebab hanya Raf sahaja yang kerap jumpa papa dan tanya khabar." Kata Tan Sri Raqib. 

Husna diam.

Bibir mengulum senyuman pahit sebelum kepala Tan Sri Raqib menunduk bermain jari-jemarinya di atas meja.

"Adik-adik Raf pun jumpa papa juga, tapi tak sekerap abangnya. Mereka terlalu sibuk dengan kerja. Pagi, petang, siang dan dalam... masa itu terlalu mahal untuk jumpa. Jadi papa faham. Dan tak mendesak mereka. Tapi biasalah..." tiba-tiba Tan Sri berdecik kecil penuh sinis. Seakan mengejek diri sendiri.

"Tinggi mana pun ego seorang bapa... dalam hati tetap nak juga luangkan waktu dengan anak-anak mereka. Sesaat pun tak mengapa. Dan papa rasa bersyukur sangat kerana Raflah yang tolong mengisi masa tu untuk papa. Dia tak pernah biarkan papa rasa sunyi selepas kematian arwah mama dia." Luah Tan Sri Raqib. Ada linangan air mata bertakung di bawah kelopak mata. Namun sedaya upaya ditahan daripada menitis di hadapan Husna.

"Dulu mungkin dia lebih fokus pada kerja. Tapi sekarang, dia lebih pentingkan keluarga. Dan papa yakin sangat, selepas ini... dia akan fokus sepenuhnya kepada Husna pula. Jadi boleh tak Husna berjanji dengan papa, Husna takkan sia-siakan Rafael?"

Terkedu Husna mendengar permintaan itu. Seakan-akan satu harapan yang ditaruh tinggi kepadanya. Anak mata coklat Tan Sri Raqib yang berkaca ditenungnya penuh rasa sebak.

"Tolong sayang dia, tolong cintakan dia... sampai bila-bila.  Dan papa juga nak dia sayang kamu, cintakan kamu. Seperti mana papa masih cinta dan sayangkan arwah mama dia. Sampai sekarang." Luahnya lagi.

"Dia terlalu fokus untuk bahagiakan orang lain sebelum ini, dan sekarang... papa nak tengok dia bahagia pula. Dan tiada benda lain yang boleh buat dia lebih bahagia selain kamu, Husna. Kamulah segala-galanya bagi Raf sekarang. Papa harap sangat, hubungan kamu dan dia kekal sampai ke syurga Allah." Ucap Tan Sri Raqib penuh ikhlas.

Tersenyum lebar bibir Husna mendengarnya. Perasaan terharu menyelubungi jiwa. Tidak teragak-agak dia hendak menunaikan janji itu, kerana dia juga mahu bahagia bersama Raf. Seperti janji-janji mereka di pulau sebelum ini, apa pun rintangan dan ujian yang mendatang, mereka akan laluinya bersama.

Selamanya.

"Dan kalau Raf ada menyakiti kamu, beritahu sahaja dengan papa.  Papa akan ajar dia cukup-cukup kerana tak hargai kamu pada waktu itu." Sempat lagi Tan Sri Raqib menyelit pesanan berbaur jenaka. Tak jadi Husna hendak sebak, malah ketawa.

"Ada-ada sahaja papa ni..."

"Papa serius, kalau dia buat. Kamu mengadu aje!"

Husna mengukir senyuman kecil. Belum jadi satu keluarga lagi dia dah ada tempat pengaduan.

"Baiklah, pa. Dan jangan risau, Husna akan hargai Raf sampai bila-bila. Sepenuh jiwa."

"Sama juga dengan Raf!" Sampuk suara itu secara tiba-tiba. Tidak asing lagi ditelinga Husna dan Tan Sri Raqib.  Mereka menoleh serentak ke arah Raf yang baru muncul. Sedang menapak ke arah pondok.

Membahang pipi Husna tika ini. Tiba-tiba terasa panas pula duduk di luar. Lelaki itu dengar semua perbualan merekakah? Malunya.

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

562K 21.6K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
108K 10.1K 50
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
67.1K 5.3K 61
° ᴬ ᴹᴬᴸᴬᵞ ᶠᴬᴺᶠᴵᶜ ᶠᴿᴼᴹ ᴿᴬᵁˢᶻᵞᴰᴬᴵ ° in which his whole existence is a labyrinth. cover made by my best buddy: @cryingat5am Publish : 30/12/2019 End :11...
221K 580 1
"Apa bising bising ni tak reti nak hormat orang lain nak makan ke?"selit Adam Naufal yang baru sahaja datang ke tempa mereka. "Dah ah jom bla weh ,bu...