MR PIRATE

Oleh CIK_ZALIKHA

3M 269K 55.8K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... Lebih Banyak

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89

75

38.4K 3.9K 815
Oleh CIK_ZALIKHA

         PANTULAN dirinya dari dalam cermin dipandang lama. Sesekali dia membetulkan rambut putihnya yang telah disisir rapi. Kemudian kot hitam yang tersarung di tubuhnya dibetulkan sedikit. Laci kaca yang menyimpan pelbagai jenama jam tangan mahal ditarik, namun juga rolex menjadi pilihan hatinya. Dipakai pada pergelangan tangan kiri.

Sesungguhnya dia rasa cukup tidak selesa apabila mengenakan pakaian selain T shirt dan sweatpants yang selalu dipakainya hari-hari. Mungkin kerana dia sudah lama tidak berpakaian seperti ini. Terasa janggal pula.

"Kalau bukan sebab papa paksa, endak ada maknanya aku akan pakai begini. Benda dah janji. Reda ajelah..." Rungutnya sambil merenung wajah di cermin.

Namun, saat dia asyik merenung dirinya di dalam cermin, muncul seorang lelaki berdiri di belakangnya. Dia menunduk hormat buat sesaat sebelum tubuh ditegakkan semula.

"Tuan, saya dah siapkan kereta." Beritahu pemandu tersebut. Memberi isyarat bahawa mereka patut bertolak dengan segera.

Satu keluhan dilepaskan. Sejujurnya, dia gugup untuk pegang jawatan itu semula.

"Ashraf." Panggilnya.

"Ya, Tuan." Pemandu itu menyahut dengan pantas.

"Kau rasa berbaloi ka sa terima kerja ini semula?" Soalnya. Dia memandang Ashraf di cermin, masih lagi berdiri ditempat yang sama.

"Bukan ke ini memang tempat Tuan? Sudah tentulah berbaloi. Ramai yang rindukan Tuan." Tuturnya penuh ikhlas, ada senyuman terukir dibibir.

"Tapi macam mana kalau sa tersilap langkah sekali lagi?"

"Perkara yang dah berlalu kita boleh jadikan sebagai pengajaran, Tuan. Sekarang masanya untuk kita belajar daripada pengajaran tersebut. Jadi kita tak akan tersilap langkah lagi. Lebih-lebih lagi, kali ini Tuan buat untuk seseorang yang istimewa." Balas Ashraf, dia pun tidaklah mahir mana dalam memberi nasihat. Tetapi dia yakin, kata-katanya tadi mampu membuatkan Tuan mudanya berfikir sejenak.

Perlahan kepala mengangguk. Bibir menguntum senyuman kecil. Dia setuju. Inilah masanya untuk dia tebus kesilapan yang dahulu.

"Kalau begitu, Kanou mongoi babaino." (Mari pergi sekarang)

Ashraf tersenyum lebar. Faham akan maksudnya. Belajar daripada tuannya sendiri.

"Nakaramit ponuhuan, Tuan." (Menerima arahan, Tuan.)













                  SELESAI membersihkan lantai dibilik rehat itu, Husna mengemas alat vacum yang digunakan tadi. Buat ke sekian kalinya, anak mata menebar ke seluruh bilik yang agak luas itu. Ada sebuah katil bersaiz king, sudah tentu tempat bosnya berehat apabila tiada kerja, disebelah kiri pula ada almari yang tersusun ratusan jenis buku buku ilmiah tentang kerjaya jutawan. Ada meja, diatasnya tersiap laptop dan fail yang disusun kemas.

Husna toleh ke sebelah kanan pula, kini dia lihat pantulan diri sendiri di cermin yang sungguh besar. Malahan, jika cermin itu ditolak, akan ada ruangan penyimpanan kot-kot mahal dan kemeja. Senang cerita, bilik ini memang lengkap dengan semua benda.

Kagum sebentar dia lihat.  Hendak sentuh barang-barang dalam bilik ini pun tak berani, takut terkotorkan tanpa sengaja.

"Kaya betul keluarga Tan Sri Raqib ni. Untung Mia dapat kahwin dengan salah seorang anak dia. Baik pulak tu." Tutur Husna sendirian, sambil kaki menapak ke arah kabinet yang terletak beberapa bingkai gambar, sijil dan beberapa trofi pencapaian syarikat Ocean Empire. 

Seharusnya dia keluar seusai siap melakukan kerja, tetapi tak salah kut jika dia mahu berada dibilik ini lama sedikit. Mungkin bos baru itu lambat lagi hendak sampai ke sini.

Husna berhenti tatkala melihat satu paparan akhbar di dalam cermin yang tergantung di dinding.

"Andikha Rafael, jutawan muda bermula usia 21 tahun..." tajuk besar itu dibaca perlahan. Spontan sepasang kening Husna terangkat sedikit. Wow, hebatnya.  Sewaktu umur 21 tahun lagi sudah jadi jutawan.

Husna bergerak lagi, membaca paparan seterusnya.

"Andikha Rafael, hilangkan diri secara tiba-tiba, Andikha Rafael menyerahkan  syarikat miliknya kepada bapa sendiri, Kematian Puan Sri Thalia punca Andikha Rafael mengundurkan diri..." semakin lama Husna membaca, semakin keningnya berkerut apabila semuanya terpapar nama Andikha Rafael. 

"Kenapa asyik nama Andikha Rafael sahaja? Bukan ke ini bilik Encik Nathan?" Husna semakin bingung. Kepala yang tidak gatal digaru-garunya.

Siapa si Andikha Rafael ini?

Husna tunduk melihat bingkai gambar yang diletak di atas kabinet kayu itu. Tercari-cari jika ada gambar pemilik nama Andikha Rafael.  Namun, banyak gambar Tan Sri Raqib memegang sijil anugerah dan trofi sahaja diatas meja ini.

Akan tetapi, bila dilihat gambar-gambar itu secara dekat. Dia masih boleh lihat dengan jelas ada nama Andikha Rafael pada sijil yang dipegang. Bermakna, Tan Sri Raqib cuma menjadi wakil buat lelaki itu.

Kenapa agaknya dia tak ambil sendiri?

"Husna!"

"Huh?!" Terkejut Husna apabila namanya tiba-tiba diseru. Terus dia pusing ke belakang, tahu-tahu Mia sudah berdiri ditepi pintu sambil tersengih-sengih dengan muka tak bersalahnya.

Perlahan Husna mengurut dadanya semula sambil menghembuskan nafas.

"Kau ni... buat terkejut aku sahaja!"

"Janganlah marah. Aku nak bagi bungkusan makanan kau ni aje." Balas Mia, masih lagi menyengih tayang gigi putihnya. Mengangkat bungkusan plastik ditangan, menunjuk kepada Husna bahawa pesanannya sudah siap.

Husna buat-buat muka masam mencuka, konon masih lagi marah kerana Mia mengejutkannya. Dia menapak menghampiri Mia, bungkusan itu diambil.

"Terima kasih." Ucap Husna.

"Sama-sama. Tapi kau buat apa dekat sini lama-lama?" Tanya Mia, pelik juga. Sepatutnya Husna sudah keluar daripada bilik ini.

"Sajalah aku nak tengok sijil dan gambar dekat atas kabinet tu." Jawabnya sambil memuncung bibir menunjuk ke arah sana.

"Tapi aku peliklah. Inikan syarikat Nathan, tapi kenapa banyak nama Andikha Rafael sahaja? Mana nama teman lelaki kau itu?" Tiba-tiba sahaja dia rasa ingin tahu. Wajah Mia dipandang, wanita itu seakan tahu jawapannya.

"Oh... sebenarnya syarikat ni bukan seratus peratus dia punya. Nathan ni dikira baru sahaja nak berjinak-jinak dengan syarikat ni untuk bantu bangunkan semula. Pemilik sebenar Ocean Empire ini adalah abang dia."

"Abang dia? Si Rafael itu?"

Mia angguk kepala.

"Haah, tapi abang dia hampir sahaja nak tutup syarikat ini. Itupun mujur Tan Sri Raqib tawarkan diri untuk ambil alih. Sayanglah kalau dah buka cawangan dimerata-rata tempat, tahu-tahu nak tutup. Memang Tan Sri Raqib tak benarkan benda tu berlaku."

"Kenapa sampai boleh jadi macam tu?"

"Ish, panjang ceritanya. Tapi pendek cerita, dia tak mampu uruskan kerja dengan satu kepala sahaja waktu itu. Bayangkan, sudahlah ada banyak kerja, buka resort, buka bisness itu, buka bisness ini... aku pun pening kepala kalau nak uruskan semua tu seorang diri. Tak ada masa nak rehat apatah lagi luangkan waktu dengan keluarga."  Ujar Mia, panjang lebar dia bercerita.

Husna terdiam sejenak.

Tiba-tiba dia teringatkan seseorang. Kenapa kisah yang baru Mia ceritakan ini, lebih kurang sama dengan cerita Orkid? Ish, mungkin dia sahaja yang rasa perasaan seperti ini...

Kepala digeleng perlahan. Cuba usir fikiran itu jauh-jauh.

"Eh, jomlah kita turun bawah. Nanti orang ingat kita curi tulang pula dibilik bos." Ajak Husna, vacum yang digunakan tadi di tarik ingin bawa keluar sama dan simpan ke dalam stor semula.

"Tapi kau turunlah dahulu. Aku ada kerja sedikit." Kata Mia sebelum berlalu pergi.

Husna angguk kepala tanda faham. Lantas, dia melangkah keluar daripada bilik itu. Pintu ditutup semula. Automatik ia terkunci sendiri daripada dalam. Seluruh bilik kerja yang bertemakan elegant berwarna hitam dan kelabu itu dipandang, memastikan semuanya terletak kemas sebelum ditinggalkan.

Usai menyimpan vacum ke dalam stor, Husna terus menuju ke lift. Turun ke tingkat lobi.

Ting!

Pintu terbuka. Baru hendak melangkah keluar, tiba-tiba sahaja ada beberapa staff berderu lari menuju ke pintu utama. Dek kerana terkejut, cepat-cepat Husna mengundur masuk ke dalam lift semula. Hampir sahaja tubuhnya dilanggar. 

Kenapa dengan mereka tu?

Setelah memastikan tiada siapa lagi yang berlari di laluan itu, Husna keluar secara perlahan-lahan.  Dia menoleh ke arah pintu kaca automatik yang terbuka sebagai penyambut tetamu. Staff yang berlari tadi sedang berdiri penuh hormat di kiri dan kanan, membiarkan laluan ditengah-tengah kosong serupa laluan untuk seseorang. 

"Bos baru dah sampai ke?" Husna tertanya-tanya.  Siapa lagi yang akan disambut begitu selain orang ternama?

Dan kemudian, dia lihat ada sebuah kereta Bentley Bentayga berwarna kelabu berhenti betul-betul di hadapan laluan masuk bangunan korporat. Wah, bukan calang-calang orang boleh miliki kereta itu!

Semakin tertarik Husna untuk melihat siapa yang bakal keluar daripada kereta itu. Dia melangkah dengan lebih dekat. Berdiri ditepi tiang dihiasi bunga itu.

Kini, pemandunya keluar berlari ke arah pintu penumpang di bahagian belakang sebelah kanan. Layanan tak tumpah seperti seorang anak raja. Sebaik sahaja pintu dibuka, keluar figura seorang lelaki daripada situ.

Husna tersentak. Hendak terjojol matanya melihat tatkala menyedari sesuatu yang muncul itu diluar jangkaannya.

"Lanun?" Serupa tak percaya, Husna menggosok mata sekali lagi. Bila dibuka, memang benar!

Figura lelaki itu jelas sekali sama seperti Lanun. Berambut putih, tinggi, dengan tubuh maskulinnya. Matanya pula terselindung disebalik kaca mata hitam yang dipakai. Hampir sahaja Husna tak perasan bahawa itu Lanun kerana pakaiannya berbeza.

Sungguh, dia tidak pernah melihat Lanun berpakaian kemas dan segak seperti itu. Kemeja putih di dalam, dan kot hitam yang terletak elok ditubuh tegapnya, seluar juga berwarna hitam. Dipergelangan tangan kirinya siap ada jam rolex mahal. Dan Husna tahu, harganya bukan murah!

Betulkah itu Lanun? Kalau betul Lanun, apa dia buat disini dan mengapa dia berpakaian seperti itu?

"Betul ke apa yang aku lihat ni? Ke aku tengah mimpi?"

PAP!

Sakit. Husna sentuh pipinya yang ditampar oleh diri sendiri. Jelas, bukan mimpi.

Menyedari lelaki itu melepasi pintu kaca automatik, semua staff menyambut kedatangannya penuh ramah. Hampir seminit juga dia berhenti disitu, mungkin sedang bertanya khabar kepada semua pekerjanya.

Dan apabila dia meneruskan langkah masuk ke ruangan lobi, dan-dan Husna jadi tak keruan. Tak tahu kenapa dia rasa gemuruh apabila bertemu dengan Lanun semula. Nak tegur, tapi risau tersilap orang! Ada baiknya, dia tunggu Lanun yang mulakan sapaan dahulu.

Dan apabila jarak lelaki itu semakin menghampiri, tubuh Husna cuma mengeras disitu serupa patung hiasan.  Menunggu Lanun menegurnya.

Namun...

Lelaki itu terus mengelak ke tepi saat Husna menjadi penghalang laluan ditengah. Hanya sekilas jelingan sahaja dia memandang sebelum terus berlalu melepasi bahu Husna.  Tiada sapaan, bahkan tiada reaksi teruja seperti mana yang Husna rasakan. Dia terus pergi tanpa menoleh.

Husna tercengang. 

Dunia terasa bergerak perlahan saat lelaki itu melepasinya.

Kenapa? Kenapa Lanun seolah-olah tidak mengenalinya? Atau... itu adalah orang lain?

Husna masih lagi bingung. Perlahan sebelah tangan naik menyentuh dada. Tiba-tiba hatinya rasa sakit yang teramat.

"Takkanlah itu bukan dia? Ta... tapi muka dia sama! Tapi kalau betul pun, kenapa dia tak tegur aku semula? Kenapa dia pakai macam itu? Kenapa dia terlalu segak? Kenapa dia tegur staff yang lain sahaja? Takkan sebab aku pakai macam ini, dia tak perasan siapa aku?" Terlalu banyak perkataan kenapa muncul dibibir Husna. Dia pelik bertambah bingung dengan apa yang baru berlaku.

"Ke... dia hilang ingatan masa dipukul oleh Mondu dahulu?" Semakin jauh Husna berfikir, buatkan dia semakin gelisah. Bagaimana jika tekaannya kali ini benar?

Tapi kalau benar hilang ingatan sekalipun, bagaimana dia boleh berada disini? Takkanlah Lanun itu anak kepada...

Mata Husna terbeliak luas. Oh, tak mungkin!

"HUSNA!" Tegur Cik Suria, langsung mengalihkan perhatian Husna ke tepi. Sekejap Husna menoleh ke belakang, kelibat lelaki itu sudah tiada. Lantas, dia kembali memandang Cik Suria yang berlari anak mendapatkannya. Tapi, kenapa muka Cik Suria nampak cemas semacam aje?

"Ya, Cik?"

"Apa kamu dah buat ni? Kan Cik Suria suruh kamu kemas bilik Tuan Andikha tadi! Kenapa kamu tak kemas betul-betul?" Soal Cik Suria, nada suaranya kedengaran dingin ditelinga Husna.

Sedangkan Husna mula terpinga-pinga. Tak faham maksud Cik Suria. Baru beberapa minit tadi dia telah memastikan bilik itu kemas, macam mana Cik Suria boleh kata dia tak kemas betul-betul pula?

"Huh? Ap... apa Cik Suria cakap ni? Saya dah kemaslah. Semuanya elok sebelum saya tinggalkan bilik tu. Saya vacum seperti mana yang Cik Suria suruh."

"Mana ada elok! Kamu pergi sepahkan bilik itu adalah! Habis bantal, buku semua berterabur atas lantai. Apa kamu buat sebenarnya dalam bilik tu? Tahulah excited nampak bilik gah macam itu tapi kawallah sedikit!" Herdik Cik Suria.

Jatuh rahang Husna mendengarnya. Mata berkelip-kelip serupa tak percaya. Buku berterabur? Bantal bersepah? Kerja siapa pula tu? Sedangkan tadi dia nak sentuh apa-apa barang pun takut.

Dengan pantas Husna geleng kepala. Pasti ada orang lain yang menyelinap masuk ke bilik itu semasa dia tinggalkan.

"Sungguh, bukan saya Cik Suria! Kenapa pula saya nak jadi terencat punggah semua barang dalam bilik itu? Cuba Cik tengok CCTV, entah-entah ada orang lain yang masuk selepas saya tinggalkan bilik tu!"

"Ish, check CCTV untuk apa? Nombor pin untuk masuk ke bilik tu cuma acik dan kamu sahaja yang tahu!" Keras Cik Suria berkata.

Husna gigit bawah bibir. Aduh, macam mana boleh jadi sampai macam ini? Dia tak kunci bilik itu betul-betulkah tadi? Husna mula gelisah. Tangannya yang berpeluh-peluh saling mencubit satu sama lain.

"Habis saya nak kena buat apa sekarang ni? Sa... saya tak tahu apa-apa..." Tanya Husna, resah.

"Dah terlambat kalau kamu nak betulkan semula. Sekarang ni Tuan Andikha nak jumpa kamu di bilik dia.  Muka dia nampak macam nak mengamuk tahu tak? Ish, pandai-pandailah kamu hadap dia!" Cik Suria geleng kepala berkali-kali sambil mencekak pinggang. 

"Tu... Tuan Andikha?" Aduh, nak kena berhadapan dengan lelaki berambut putih itu tadikah?

"Tu... Tuan Andikha tu... yang rambut putih tadi ke?" Boleh lagi Husna menyoal biarpun sudah tahu siapa orangnya.

Cik Suria tepuk dahi.

"Yalah, siapa lagi kalau bukan dia? Dialah bos baru dekat sini yang gantikan tempat Encik Nathan sementara dia ke luar negeri."

"Ka... kalau macam tu... boleh tak Cik Suria gantikan tempat saya jumpa dia? Nanti dia marah saya macam mana? Bukan salah saya bilik tu bersepah." Rungut Husna. Takut hendak berhadapan dengan bos barunya. Teringatkan muka serius lelaki itu, buatkan gementarkan makin menjadi-jadi.

Apatah lagi Cik Suria kata mukanya serupa hendak mengamuk. Lagilah buatkan Husna takut untuk ke bilik itu semula.

"Apa kamu merepek ni? Ingat ni sekolah ke, main ganti-ganti jumpa cikgu? Kamulah pergi jumpa dia!"

"Tapi saya takut kalau dia marah.  Nanti dia tampar muka saya macam mana?" Amboi, garang sangat ke Tuan Andikha itu sampai nak tampar muka dia hanya kerana bilik bersepah? Tapi, ada sahaja bos seperti itu di dunia ini.

Ah, makin takut!

"Hei, kamu ingat Tuan Andikha tu dayus sangat ke nak tampar anak orang? Lagipun kamu tu cantik. Selalunya orang cantik dapat belas kasihan daripada bos. Jadi tak perlu takut."

"Mana ada saya cantik. Saya dah ada parut dekat pipi, tengok ni!" Husna menunding jari ke arah parut kecil dipipinya akibat ditoreh oleh Mondu.

"Ish, kenapa banyak soal sangat kamu ni? Pergi ajelah jumpa dia. Kamu buat dia menunggu lagilah dia akan marah! Pergi cepat!" Desak Cik Suria. Dia mendengus geram. Kenapalah susah sangat Husna hendak ikut arahannya.

Malahan Husna masih geleng kepala. Tolonglah, dia tidak mahu naik ke tingkat atas buat masa sekarang. Kalau boleh, dia hendak lari daripada sini. Kenapalah dia perlu bertemu dengan Tuan Andikha Rafael itu dalam situasi seperti ini?

"Saya takut... muka dia bengis macam lanun tadi..."

"Dah kenapa kamu samakan muka dia dengan lanun pula? Mana ada lanun kacak macam itu!"

"Ada sebelum ni..." desis Husna perlahan, kepala menunduk ke bawah.

"Huh? Kamu cakap apa?" Cik Suria menyoal, kurang jelas mendengar ayat yang baru Husna sebut sebentar tadi. Dengan pantas Husna geleng kepala tanda tiada apa-apa.

"Sudah, jangan beri banyak alasan. Pergi jumpa dia sekarang!"

"Tapi..."

"Cepat Husna!" Cantas Cik Suria.

Husna muncungkan bibir. Nampaknya, terpaksa juga dia menurut arahan Cik Suria sekali lagi. Mengalah. Lantas, bungkusan mi ditangan diserahkan pada Cik Suria.

"Tolong pegangkan makanan saya kalau macam tu." Pinta Husna. Takkan nak bawa sekali masuk ke bilik kerja bosnya.

Tidak banyak cakap, Cik Suria terus mengambilnya.

"Dah, pergi sekarang." Arahnya lagi. Seakan menghalau.

Husna mendengus kecil. Dengan langkah berat, dia menuju ke arah lift. Dalam hati tak henti-henti berdoa agar si lelaki tadi dilembutkan hati agar maafkan kesilapan yang bukan berpunca daripadanya. Tolonglah, Ya Tuhan..

Masuk sahaja ke dalam lift. Pintu tertutup. Dapat dia menangkap senyuman dibibir Cik Suria penuh makna sebelum ia tertutup rapat.

Kenapa dia tersenyum seperti itu? Sukalah tu lihat orang lain bakal kena marah!

"Kalau aku tahu jadi macam ini, aku takkan kemas bilik tu..." Rungut Husna perlahan. Berdebar-debar jantungnya setiap kali melihat nombor diatas itu semakin bertukar dengan laju menuju ke nombor 60.

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

1.9K 153 27
Sekarang sastera Melayu semakin Lama semakin dilupakan. Puisi dan pantun jua sudah tidak digunakan dalam pertuturan sehari hari. Sejak dahulu lagi...
16.6K 1.7K 42
Ahli sihir yang namanya dilupakan. Itulah dia. start : 20/03/30 end : 20/05/12
1.9K 143 28
-Haider Fahreen- Seorang jejaka yang popular di sekolahnya dan handal dalam bermain badminton. Juga bagus dalam akademik dan mendapat Top 1 serta men...
18.5K 392 4
[Fantasy + Adventure] Tahun 3091 di mana dunia sudah semakin maju. Wujudnya permainan virtual reality arena competition iaitu sebuah permainan berkon...