MR PIRATE

By CIK_ZALIKHA

3M 271K 56.2K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... More

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89

73

43K 4K 783
By CIK_ZALIKHA

            BOSAN asyik baring daripada petang sampai ke malam, seraya Raf betulkan posisi kepada duduk. Tubuh disandarkan ke belakang. Bilik kelas pertama yang agak luas ini buatkan dia  rasa lebih sunyi apabila semua orang sudah pulang. Nak tidur pun, dia dah puas tidur.

Kemudian dia menoleh ke meja sisi katil. Sebelum Arjuna tinggalkan bilik, dia ada letak barang-barang keperluan untuknya di dalam satu beg kecil. Lantas, beg itu digapai oleh Raf lalu diletak ke atas ribanya. Zip pertama ditarik. 

Ada berus gigi, sabun mandi, syampu rambut dan keperluan wajib sehariannya. Ditutup. Selepas itu, zip bahagian hadapan pula yang dibuka.

Telefon.

Kening Raf sedikit terjongket. Agak terkejut. Wah, macam tahu-tahu saja dia memang perlukan telefon saat ini. Lantas beg itu ditaruhkan kembali ke meja, butang kecil ditepi telefon ditekan. Harap-haraplah masih ada bateri.

Skrin bercaya. Yes!

Jari dileret membuka kata kunci. Terpapar jelas gambar Husna yang dijadikan wallpaper disitu. Lanun mengorek senyuman kecil. Lama wajah Husna ditatap. Perasaan rindu yang tidak ubatnya semakin membuak-membuak. Bila tenung gambar ini lama-lama, tak semena-mena fikirannya memutarkan semula pertemuan dia dan Husna semasa di resort.

Sebenarnya...

Dia dah lama tahu siapa Husna pada dirinya. 

Semuanya bermula, pada malam Nathan pulang daripada candle light dinner. Dalam keadaan bilik yang sudah gelap gelita, malah dia juga hampir melelapkan mata. Namun, lena itu terganggu tatkala tangisan dihujung bilik menjadi gangguan.

"Ish, siapa pula yang nangis tengah-tengah malam ni?" Dengan malas sebelah tangan Raf meraba-raba mencari suis lampu di sebelah katilnya. Sebaik sahaja merasa objek yang dicari, terus dipetik. Semerta bilik yang tadinya gelap menjadi cerah. 

"Woi, kau dah kenapa?!" Terkejut bukan kepalang Raf apabila tiba-tiba melihat Nathan duduk di belakang pintu sambil menekup muka ke lutut. Tangisan masih lagi tak berhenti.

Namun dia lebih tertanya-tanya bagaimana Nathan boleh masuk ke biliknya, padahal bilik Nathan cuma di sebelah sahaja. Tersedar yang dia tidur tidak berbaju dan hanya mengenakan  sweatpants labuh, lekas Raf tarik selimut menutup hingga ke paras dadanya.

Risau pula malam-malam buta si Nathan ni masuk bilik dia sesuka hati!

"Hei, Nathan! Kau tahu tak kau salah masuk bilik sekarang ni?" Tegur Raf.

Nathan masih lagi menangis.

Aduh, belakang kepala yang tidak gatal digarunya. Dah kenapa pula si budak ni?

"Haish, kau ni..." Raf merengus geram. T shirt hitam yang tergantung tidak jauh daripada katil dicapainya lalu terus disarung ke tubuh sebelum turun daripada katil.  Dia langsung menapak mendekati Nathan. Duduk melutut di hadapan adiknya.

"Hei, kau kenapa ni? Cuba cerita dengan abang. Dah besar panjang masih menangis serupa baru putus cinta ni dah kenapa? Ke ada orang buli kau? Tapi takkan badan tegap macam ni pun kena buli lagi? Kalau zaman kau sekolah itu lainlah cerita..." Tak tahu dimana silap ayatnya, makin kuat si Nathan itu melalak serupa budak kecil dimarahi orang tuanya.

Raf tersentak.

Haih, lain macan sungguh si Nathan ni...

Dia tak pernah lihat Nathan menangis sampai begini sekali.

"Nathan..." Bahu Nathan disentuh lembut.

Barulah Nathan angkat muka dengan matanya yang sudah sembab dan merah menyala. Apabila terasa hidungnya tersumbat, dihembus kuat-kuat hingus ke kain napkin hingga dia kembali boleh bernafas.

Raf tergamam sejenak. Apa yang dah jadi sebenarnya?

"Maaflah aku masuk bilik kau, bang. Ak... aku dah tak tahu mana jalan nak pergi dah. Lagipun waktu kecil dulu kalau papa marah aku, aku terus lari masuk bilik kau aje. Jadi aku dah terbiasa..." tersedu-sedan Nathan meluah pada abangnya.

Sedangkan Raf masih lagi sesat tidak faham. "Kau... kena marah dengan papa ke? Sebab apa?"

Nathan mengeleng menafikkannya. 

"Dah tu?"

Nathan tarik nafas dalam keadaan hidungnya yang tersumbat. "Kalau aku cerita, macamlah kau nak dengar. Nanti kau mengejek pula."

Satu nafas kecil dilepaskan oleh Raf. Drama King pula si Nathan ni. Lantas, Raf duduk bersila di atas lantai.

"Apa masalah kau sebenarnya?" Tiada selok-belok, Raf terus menyoal. Walaupun kelopak mata sudah terasa berat, mulut sudah beberapa kali menguap, tetap sahaja dia sudi memasang telinga mendengar luahan adiknya.

Lagipun, dia lebih suka adik-adiknya berterus-terang jika ada masalah daripada pendam. Mungkin dengan cara ini, dia boleh cuba faham dan tolong serba sedikit.

Nathan mencebik bibir. Tunduk memandang kain napkin yang sudah basah ditangannya. 

"Kau janji kau takkan ejek aku?" Soal Nathan terlebih dahulu. Bukannya apa, dia malu dengan apa yang terjadi malam ini. Apatah lagi jika Raf mengejek, lagilah buat dia bertambah malu. 

"Hmm, ceritalah." Acuh tak acuh sahaja Raf menjawab. Dia menongkat dagu, memasang telinga luas-luas. Dipaksa juga mata menjegil daripada tertutup. Diam, menanti Nathan membuka cerita.

"Tadi... aku ada buat candle light dinner. Aku ajak crush makan malam sama-sama dekat tepi kolam..." Nathan akhirnya memulakan ceritanya. Dia jeda seketika. Anak mata naik sedikit melihat Raf, takut jika permulaan ceritanya lagi sudah buatkan abangnya tertidur.

Namun, Raf masih lagi serius mendengar.

Lantas, Nathan menyambung ceritanya kembali.

"Aku cadang, aku nak lamar dia sebagai teman wanita aku. Sebab kali pertama aku jumpa dia, aku dah dapat rasa perasaan suka. Tapi satu sahaja masalah untuk pikat dia, iaitu dia sedang tunggu seseorang yang bermata biru. Kawan dia cakap, mereka berjumpa dekat Pulau. Waktu itu, perempuan itu sedang bercuti dengan keluarga dia. Tapi entah apa yang jadi, tiba-tiba dia lemas dan lelaki mata biru itu yang selamatkan dia..."

Makin lama, kening Raf semakin berkerut. Raf berhenti menongkat dagu, malah menegakkan tubuh pula. Entah mengapa, cerita Nathan buatkan dia teringat akan sesuatu. Tapi... tak mungkinlah.

Raf geleng kepala. Dia cuba menepis perasaan itu jauh-jauh, akan tetapi semakin diabaikan, semakin kuat ia membelenggu jiwanya. Buatkan dia rasa terhimpit dengan bermacam-macam soalan yang muncul di kotak fikiran.

Siapa nama perempuan itu? Dimana Nathan berjumpa dengannya? Dan yang paling penting, adakah perempuan yang diceritakan oleh Nathan saat ini ialah wanita yang sama dia sedang teringat sekarang?

"Jadi, disebabkan dia suka lelaki mata biru tu. Aku pun buat-buatlah mengaku yang sebenarnya... aku Mr Blue yang dia cari. Dengan harapan, dia akan terus percaya dan terima lamaran aku tanpa berfikir panjang. Tapi malang sekali aku silap..."

"Siapa yang ajar kau menyamar jadi orang lain ni? Dah tak ada identiti diri sendiri ke sampai nak kena menipu orang?" Raf mengherdik dengan tegas. Riak wajahnya berubah garang apabila mengetahui Nathan menggunakan te
taktik menipu untuk mendapatkan hati seseorang.

Manakala Nathan hanya menekur sambil mencebir bibir apabila dimarahi abangnya. Sedar yang kali ini memang salah dia.

"Selepas itu apa jawapan dia?" Dengan nada yang masih tegas, Raf menyoal.

"Dia... tak percaya yang aku Mr Blue jadi lamaran aku ditolak. Malah dia suruh aku kenal perempuan lain yang lebih baik daripada dia. Katanya, ada yang suka aku dalam diam. Tapi masalahnya dia terus pergi tanpa beritahu nama perempuan yang suka aku tu! Buatkan aku tertanya-tanya sampai sekarang." Rungut Nathan.

Dan tiba-tiba perasaan sedih tadi kembali menerpa jiwanya.

"Entah-entah... dia cakap macam itu untuk alasan nak reject aku sahaja. Padahal tiada perempuan yang suka aku pun..." Muka disenbamkan ke lutut, menghamburkan tangisannya di situ sekali lagi.

Tatkala Raf pula terkesima dengan mulut melopong. Rupa-rupanya sebab itu sahaja si Nathan menangis serupa budak kecil. Sakit sangatkah apabila lamaran ditolak? Dia sendiri pun tak pernah berada di situasi seperti itu.

Nak beri pujukan pun, tidaklah dia mahir mana dalam menyelami perasaan seseorang. Namun, melihat Nathan yang terus-terusan menangis menimbulkan  rasa kasihan sebagai seorang abang.

Lantas, Raf mengeluh dengan perlahan. Dia bergerak sedikit mendekatkan jarak, tangan kanan teragak-agak diangkat ingin menyentuh belakang badan Nathan. Dan kemudian tangan Raf menepuk-nepuk dengan perlahan. Kekok. Tetapi itu sahaja yang dia reti buat setiap kali adik-adiknya menangis.

"Sudahlah tu... dalam dunia ni banyak aje perempuan yang Allah dah cipta. Bukan dia seorang sahaja." Ujar Raf, lembut.

"Eleh, kau pun sama saja, bang..." Nathan mengangkat muka kembali.

Raf terdiam. Spontan tangan juga berhenti menepuk belakang badan adiknya.

"Kau pun tunggu seorang perempuan juga. Daripada dulu sampailah sekarang. Tak pernah ubah fikiran. Kenapa tak cari perempuan lain? Kenapa kau tetap nak tunggu jumpa perempuan yang kau kenal dekat pulau beberapa tahun yang lalu? Entah-entah perempuan tu dah kahwin sampai beranak-pinak." Ujar Nathan, sengaja dia mahu mengingatkan abangnya semula.

Raf tidak menjawab apa-apa. Sendiri beri nasihat, sendiri terkena bahana tamparan daripada kata-kata Nathan. Sesaat Raf berpaling ke lain, melepaskan satu nafas kecil sebelum memandang Nathan semula.

"Alang-alang kau cerita pasal perempuan tu, siapa nama dia? Macam mana kau boleh kenal?" Dan-dan sahaja Raf menukar topik agar mereka sama-sama lupakan tentang tadi.

"Husna... Puteri Husna..." Balas Nathan, perlahan.

"Husna?" Sekali lagi Raf menyoal.

Nathan angguk kepala.

"Aku jumpa dia semasa papa suruh pergi hotel cari Dato Idris.  Waktu tu aku tak sengaja..."

"Sekejap! Sekejap!" Raf memotong. Sebelah tangan automatik diangkat memberi isyarat supaya Nathan berhenti berbicara buat seketika.

Nathan diam. Kening berkerut memandang riak wajah Raf yang tiba-tiba berubah pelik.

"Boleh aku tahu bilik dia dekat mana?" Soal Raf secara tiba-tiba. Tak semena-mena buntang mata Nathan mendengarnya. 

"Kenapa pula kau nak tahu bilik dia? Untuk apa? Kau nak cari untuk pukul dia sebab buat aku menangis seperti pembuli masa sekolah dahulu huh? Ish, dia itu perempuanlah... dayus kalau kau buat macam itu!" Herdik Nathan.

Tak pasal-pasal dahinya dilestik dengan jari Raf agak kuat. Nathan mengaduh sakit. Terus kedua-dua belah tangannya naik menyentuh dahi.

"Sakitlah!"

"Aku belum zalim lagi nak pukul anak dara orang, beritahu sajalah bilik dia nombor berapa!" Marah Raf, geram pula dengan si Nathan ini. Boleh pula dia berfikir sejauh itu.

Nathan mencebir bibir. Siapa sahaja yang takkan salah faham jika tiba-tiba minta nombor bilik? Bukannya mereka saling mengenali pun. Alasan apa lagi selain itu? Namun, Nathan tiada masa untuk berfikir. Langsung sahaja dia menjawab.

"Sunset Room 202. Tapi kau nak buat apa sebenarnya?"

Kepala Raf terangguk-angguk. Sunset room 202, ayat itu diulang berkali-kali di dalam kepala. Disemat, agar esok hari dia masih ingat.

"Tak ada apa, kau pergilah balik ke bilik kau semula. Takkan nak tidur di sini?" Soal Raf seakan-akan menghalau.

Amboi, dah dapat jawapan terus dihalau keluar. Nathan mengecilkan mata.

"Nak keluarlah ni." Omelnya perlahan.  Lantas dia bangun daripada duduk di belakang pintu, terus berlalu keluar tanpa apa-apa kata.

Dan kemudian, bilik kembali dihuni kesunyian. Tinggal Raf sahaja yang masih duduk di lantai. Tatkala nama tadi masih terngiang-ngiangkan dikotak fikirannya. Puteri Husna. Dia kenal nama itu. Cuma dia tak pasti, sama ada wanita itu benar-benar yang dicarinya selama ini atau bukan.

Oleh itu, dia perlu buat siasat sendiri!

Keesokan paginya, dia sanggup batalkan jadual turun ke laut mengelilingi pulau semata-mata hendak pergi ke premium room 202. Dengan harapan ingin berjumpa dengan penghuni bilik itu, namun malang sekali apabila jiran disebelah biliknya beritahu bahawa Husna telah turun ke laut bersama team pekerja yang lain.

Rancangannya gagal begitu sahaja. Akan tetapi tidak buatkan Raf terus mengalah. Dia kemudian menuju ke kafe. Tunggu disitu sehinggalah kepulangan bot ke resort. Hampir dekat dua jam juga.

"Bagi saya rainbow kek satu."

Tajam telinga Raf menangkap suara itu, langsung kepalanya berpaling ke arah kaunter pembayaran. Melihat seorang wanita yang berdiri menunggu pesanan, pakaiannya tampak lembab daripada atas sampai bawah. Mungkin baru habis menyelam di laut. Tak tahu mengapa, hatinya kuat mengatakan yang itu adalah Puteri Husna yang dicari-cari. 

Tak tunggu lama, Raf terus berlari ke kaunter. Cepat-cepat memesan pesanan yang sama, sekadar mahu menguji. Dan bermula disitulah, mereka bergaduh kecil hanya kerana merebut sepotong kek.

Husna nampak marah dan tidak puas hati betul waktu itu. Seksa Raf menahan bibir daripada tersenyum untuk kekalkan lakonannya. Malah, dia juga tak sangka, pergaduhan mereka berakhir dengan Husna menonyoh kek itu ke muka.

Husna cabut lari tanpa toleh ke belakang. Mungkin kerana takut dimarahi olehnya.  Tetapi tanggapan Husna salah sama sekali...

Dia...

Cuma ketawa apabila melihat Husna terus melarikan diri. Sekelumit amarah pun tidak terasa di hati, malah dia bertambah suka. Tanpa sedar, jiwanya semakin kuat meyakinkan dirinya bahawa itu benar-benar wanita yang dia sedang tunggu selama ini.

Tidak cukup petang itu dia mengganggu Husna, tiba malam hari pula dia mengenakan wanita itu. Dengan meletakkan banyak-banyak makanan di atas satu pinggan supaya Husna tidak boleh habiskan dan membayar denda.

Jujur, dia rasa seronok sangat pada waktu itu kerana dapat menyakat Husna. Tapi dalam masa yang sama, dia turut rasa bersalah. Sedar yang gurauannya melebih-lebih, lantas Raf kembali ke buffet untuk menggatikan duit Husna semula.

Malang sekali pada waktu itu, kelibat Husna tidak lagi kelihatan.

"Cik, tumpang tanya. Tadi ada tak perempuan muda yang kena bayar denda sebab tak habis makanan?" Cepat-cepat Raf menahan seorang pekerja wanita yang bertugas di bufet itu.

"Ada. Cik Husna, kan?"

Raf angguk kepala.

"Ya, dia pergi mana ek? Balik ke bilik ke?"

"Saya tak rasa dia balik ke bilik, Tuan. Tadi nampak macam dia pergi ke jeti." Jawab pekerja wanita itu.

Kening Raf automatik berkerut.

"Pergi jeti? Ada apa dekat situ malam-malam buta begini?" Soal Raf, hatinya mula diserang rasa tak enak.

Sedangkan pekerja itu menjongket bahu sambil menggeleng kepala.

"Entahlah, Tuan. Rasanya tak ada apa-apa pun dekat jeti tu. Cuaca malam ni pun nampak tak elok. Angin kuat lain macam. Tapi kenapa Tuan cari dia?" Ujarnya, sempat lagi dia bertanyakan soalan.

Malah Raf tidak menjawab. Semakin tak keruan dia jadinya.  Tertanya-tanya apa yang Husna buat di jeti pada waktu yang tidak sesuai. Tanpa menunggu lama, dia terus berlari meninggalkan bufet.

Sampai sahaja berdekatan dengan jeti, Raf berhenti seketika.  Termengah-mengah dia mengambil nafas kepenatan. Dan apabila dia memandang ke laut, dia lihat ada sebuah bot bergerak laju menuju ke suatu tempat. Makin buat dia rasa tak tentu arah apabila menyedari Husna juga berada di dalam bot itu.

"Kenapa dia naik bot waktu malam macam ini?" Soal Raf, bingung. Sekejap dia dongak memandang ke langit. Gelapnya usah cakaplah. Bahkan angin bertiupan agak kuat, hingga rambut putihnya jadi serabai. Tanda-tanda hujan akan turun. Memang tidak sesuai untuk bawa bot pada waktu begini.

"Kunci..." tangan meraba-raba poket seluarnya. Apabila merasakan objek keras disitu, langsung dia menyeluk tangan ke dalam poket lalu mengeluarkan kunci bot.

Laju anak mata terarah pada bot laju miliknya. Tak fikir panjang, dia terus berlari ke situ. Ikatan tali dibuka, enjin dihidupkan, lantas bot dipandu mengekor bot mereka daripada jarak jauh.

Hampir setengah jam perjalanan. Dan tiba-tiba, bot bergerak semakin perlahan. Melihat bot berwarna biru itu berhenti, Raf juga berhenti. Tidak terlalu dekat supaya dia boleh lihat apa yang mereka lakukan dikawasan larangan ini.

Namun, pandangannya tak terlalu jelas kerana sekeliling kawasan gelap gelita. Cahaya lampu daripada bot pun tidaklah dapat menyuluh jauh. Tatkala mendengar ada objek berat terhempas jatuh ke dalam air laut, Raf tersentak. Cepat-cepat dia berlari ke hadapan bot.

Hendak terjojol keluar sepasang mata biru dan hazel itu apabila menyedari objek yang ditolak itu adalah manusia.

"Husna..." Perlahan bibirnya menyebut nama itu. Jantung berdebar begitu kencang. Kalau boleh dia mahu terjah ke situ terus dan menengking perbuatan mereka. Akan tetapi, perbualan mereka buatkan Raf terkunci disitu buat sejenak.

"Jangan tinggalkan aku dekat sini! Please! Bagi aku naik!" Berkali-kali Husna merayu agar dia ditarik naik semula ke atas bot. Namun perempuan tua yang berada di atas bot bersama seorang pemandu lelaki itu sedikit pun tidak mengendahkan rayuannya.

"Jangan ikut cakap dia. Dia tak ada duit lebih daripada aku." Suara perempuan tua itu memberi arahan.

Raf mengetap bibir. Dalam tak sedar, kedua-dua belah tangannya mengepal dengan kuat. Geram. Dia tak sangka, ada juga manusia sekejam itu. Ah, tak boleh jadi ni! Dia harus buat sesuatu untuk dijadikan bukti dan tunjuk kepada Tan Sri Raqib.

Telefon!

Langsung Raf mengeluarkan telefon canggih yang sentiasa dibawa bersama. Butang merah ditekan, semerta merakam setiap perbuatan jahat yang mereka lakukan. Sehinggalah bot biru itu bergerak meninggalkan kawasan  Red Zone, membiarkan Husna terus hanyut ditolak air laut.

Lekas Raf mematikan rakaman apabila sedar kelibat bot menjauh. Lantas dia bergerak ke sudut pemandu, terus menuju mendapatkan Husna yang sudah pengsan dek kerana terkena tempias air laut. Mujurlah Husna memakai jaket keselamatan, kalau tidak sudah tentu tubuhnya sudah ditenggelami air.

BIZZTTT!

Raf sedikit terkejut. Bahkan bahu turut terhinjut. Bayangannya lebur begitu sahaja apabila telefonnya tiba-tiba sahaja bergetar. Baru sedar yang dia masih berada di bilik pesakit, Raf beristighfar perlahan sambil meraut wajahnya.

"Astaghfiruallah hal azim, Macam mana aku boleh mengelamun tiba-tiba?" Raf geleng kepala sebelum anak mata kembali cerun memandang skrin telefon. Ada satu mesej masuk. Tertera nama Papa muncul disitu, Raf terus tekan tanpa fikir panjang.

"Maaf jika papa ganggu masa rehat, Raf. Tapi papa rasa papa perlu bagitahu kamu tentang hal ni. Baru sekejap tadi Dato Idris hubungi papa, dia beritahu yang Husna bawa diri keluar daripada rumah."

Sepasang matanya terbeliak luas. Terkejut bukan kepalang saat membaca mesej itu. Terus tubuhnya menegak.

"Husna lari rumah?" Jantung automatik berdegup dengan pantas. Sungguh, dia jadi tak senang duduk tika ini. Ke mana Husna bawa diri?








                    ANAK mata Husna melilau memandang bilik yang asing itu. Tidak luas dan tidak juga terlalu kecil, bilik pun tampak suram kerana warna cat semakin pudar. Jelas sekali, bilik ini sudah lama tidak digunakan. Ah, peduli apa tentang semua itu? Janji dia dapat tempat tinggal buat sementara waktu.

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik diketuk daripada luar sebelum ditolak. Mengalihkan perhatian Husna ke situ, sebaik sahaja menyedari Mia muncul bersama segelas air putih ditangan. Terus Husna mengukir senyuman kecil.

"Minumlah sikit, pasti kau dahagakan?" Mia menghulurkan gelas sebelum melabuh punggung di birai katil disisi Husna.

Tak menolak, Husna langsung ambil. Diminum sedikit bagi menghilang rasa dahaga sebelum gelas itu diletakkan di atas meja ditepi katil.

"Terima kasih beri aku tumpang rumah kau sekejap. Maaflah sebab malam-malam menyusahkan kau..." Keluh Husna. Kepala menunduk ke bawah, malu sebenarnya.  Tak pernah seumur hidup dia lari dan tumpang rumah orang.

"Eh, tak adalah. Kau tak menyusahkan aku pun. Lebih baik kau lari duduk sini daripada kau sewa rumah yang entah siapa duduk tu. Duduk lama pun tak mengapa, bolehlah aku borak dengan kau 24 jam!" Ujar Mia, siap tersengih-sengih lagi. Mahu meyakinkan Husna bahawa kehadirannya tidak mengganggu.

Pada awalnya terkejut jugalah apabila Husna tiba-tiba datang ke sini dan minta tumpang bermalam. Namun, setelah mendengar cerita daripada Husna tentang apa yang jadi di rumah tadi buatkan rasa kasihan dan sebak. Tak sangka, Dato Idris sanggup memaksa Husna berkahwin kerana ikutkan kata si isteri.

Sungguh tak patut!

Sedangkan Husna hanya tersenyum kelat.

"Dan maaflah kalau bilik ni tak besar macam bilik kau. Sebenarnya ni memang bilik untuk tetamu. Kalau saudara aku datang ke sini, inilah bilik yang mereka akan duduk.  Tapi dah lama mereka tak balik, jadi... bilik ni pun macam tak berapa bersih sangat."

"Aku okay sahaja. Kalau kau nak tahu, aku pernah duduk di rumah yang lebih teruk daripada ni. Cuma beralaskan tilam nipis sahaja untuk tidur. Ini pun... dah cukup selesa. Ada katil, ada kipas." Ujar Husna, sambil menepuk-nepuk katil yang agak empuk baginya. Dia dah tak kesah tentang keselesaan, janji ada tempat tinggal buat sementara waktu.

Tersenyum Mia mendengarnya. Banyak perubahan baik yang dia lihat pada Husna. Jujur, dia rasa bangga sangat-sangat. 

"Sudahlah, kau mesti penat. Tidurlah. Aku tak nak ganggu kau. Buat sahaja macam rumah sendiri.  Esok pagi kita sarapan sama-sama, tak adalah kau rasa kekok duduk dalam rumah ni. Aku pergi duku ek?"

"Eh, sekejap Mia!" Pantas tangan Mia ditarik sehingga terduduk di atas katil semula saat melihat Mia ingin pergi.

Spontan keningnya berkerut.

"Kenapa?"

"Esok, kau pergi kerjakan?" Tanya Husna.

Perlahan Mia mengangguk kepala. Tentulah. 

"Kalau ada kerja kosong, boleh tak beri pada aku? Aku dah tak nak terlibat dengan hotel ayah aku tu lagi. Mana-mana bahagian pun tak kisah. Janji halal aje." Ujar Husna, dia pun segan hendak duduk di rumah orang seorang diri. Dapat kerja terus pun elok juga, tak adalah dia bosan.

Mia diam memikirkan sejenak.

"Tak silap aku, Ocean Empire Tan Sri Raqib dah penuh kecuali bahagian cleaner. Itupun sebab baru-baru ni Mak Cik Zainab ambil cuti lama sebab nak jaga anak dia yang pantang."

"Cleaner pun cleanerlah. Janji kerja. Aku tak mahu duduk disini sorang-sorang." Balas Husna.

Terangkat kening Mia mendengarnya serupa tak percaya.

"Kau biar betul?"

Husna angguk kepala dengan bersungguh-sungguh. Meyakinkan Mia yang dia tak main-main. Betul-betul terdesak mahukan kerja secepat mungkin.

Tak lama kemudian Mia mengeluh perlahan.  Jika itu yang Husna mahu, dia tiada kuasa untuk bantah.

"Nanti aku cuba tanya Nathan dahulu. Kalau dia bagi, aku akan terus beri kau uniform kerja. Tapi betul ni kau tak kesah kerja cleaner?" Soal Mia lagi, sekadar mahu pastikan bahawa Husna sudah fikir masak-masak sebelum buat keputusan.

"Iya, betul. Aku tak kisah. Kalau boleh esok, esok pun aku nak."

"Hmm, kalau macam itu aku setuju sahaja dengan pilihan kau. Tapi sekarang kau kena rehat dahulu. Esok pagi, kalau aku dah dapat jawapan. Aku beritahu kau." Ujar Mia.

Husna sekadar angguk kepala tanda faham.

"Goodnight! Selamat merehatkan diri!" Ucap Mia. Lantas dia bangun daripada birai katil, sempat melambai tangan sebelum pintu bilik ditutup rapat.

Setelah kelibat Mia menghilang disebalik pintu, Husna mengeluh berat. Entahlah betul atau tidak keputusan yang dibuat, tetapi... dia lebih rela hidup seperti ini daripada ikutkan kemahuan Dato Idris. 

Jujur, dia masih menyimpan rasa geram dengan ayahnya. Selagi Dato Idris mahu mendesak dia untuk mengikut arahan karut itu, selagi itulah dia akan terus menjauhkan diri. Tak peduli lagi dengan apa yang akan jadi selepas ini. Pandai-pandailah ayah tanggung sendiri dengan keputusan yang dia sudah buat.

"Percayakan sangat kata si mak cik ahli sihir tu, kalau apa-apa jadi dekat hotel tu... jangan harap aku akan tolong!" Desis Husna, geram.
 

                    

Continue Reading

You'll Also Like

16.6K 1.7K 42
Ahli sihir yang namanya dilupakan. Itulah dia. start : 20/03/30 end : 20/05/12
2.1K 186 28
-Haider Fahreen- Seorang jejaka yang popular di sekolahnya dan handal dalam bermain badminton. Juga bagus dalam akademik dan mendapat Top 1 serta men...
18.5K 392 4
[Fantasy + Adventure] Tahun 3091 di mana dunia sudah semakin maju. Wujudnya permainan virtual reality arena competition iaitu sebuah permainan berkon...
492 158 16
Rayyan Mikhail × Fiqa irissa Rayyan Mikhail seorang jejaka kacak dan lemah lembut,tidak pernah kasar dengan wanita tetapi ada seorang gadis yang san...