MR PIRATE

Від CIK_ZALIKHA

3M 272K 56.4K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... Більше

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89

60

42.2K 3.9K 1.1K
Від CIK_ZALIKHA

                    "HAH, penatnya..." Keluh Datin Khadijah yang baru sahaja tiba di rumah.  Tanggal sahaja kasut, dia langsung menapak ke ruang tamu. Riak wajah penuh penat ditayangkan tatkala menyedari suaminya berada di situ sedang membaca surat khabar. Haruslah buat-buat letih, kalau tidak... tak nampaklah macam dia sedang berusaha keras di tempat kerja tadi. 

Keluhan Datin Khadijah mengalihkan perhatian Dato Idris.  Surat khabar dilipat sebelum ditaruhkan ke atas meja kaca di tengah ruang sofa.

"Dijah nampak penat sangat hari ni. Kesian abang tengok." Tegur Dato Idris,  terpapar riak wajah bersalah. Tak sampai hati dia melihat isterinya pula yang mengambil tanggungjawab bekerja, padahal dia pula duduk rehat di rumah.

Namun, Datin Khadijah tersenyum kelat. Ruang kosong disebelah suaminya menjadi tempat dia melabuh punggung. 

"Dijah okay ajelah, bang. Tak perlu risau."

"Kalau Dijah tak boleh uruskan kerja Husna, cakap sahaja pada abang. Biar abang ambil alih. Lagipun, abang rasa... abang dah okay sedikit hari ni."

Datin Khadijah menggeleng tidak setuju. Lengan suaminya diurut-urut dengan lembut.

"Mana ada abang okay. Muka abang masih pucatlah. Dijah seronok sangat bila dapat kerja, tak adalah bosan duduk rumah aje memanjang. Penat tu memanglah penat, mana ada kerja yang tak penatkan?" Ujar Datin Khadijah,  sambil menayang senyuman manis buat suaminya. Dia tahu... orang tua itu lemah dengan senyuman. Senang diperbodohkan!

Dato Idris turut tersenyum mendengarnya. Sejuk sedikit hati ini, bersyukur kerana memiliki isteri yang sangat memahami.

"Kalau macam itu, biar abang buatkan air untuk Dijah. Dijah tunggu sini..."

"Ish, tak payahlah bang. Mak Timahkan ada? Itu kerja dia. Biarlah dia buat. Kenapa abang pula yang nak buat?" Halang Datin Khadijah, cepat-cepat dia memaut lengan Dato Idris saat suaminya mulai bangun daripada sofa. Dan akhirnya, Dato Idris terduduk semula.

"Mak Timah dekat luar, sedang bersihkan halaman. Apa salahnya abang tolong buatkan air. Senang aje pun. Dijah nak air apa?"

"Hmm...." Datin Khadijah melangutkan kepala, buat-buat seperti sedang berfikir. Padahal dalam kepala sudah terlintas air teh.

"Teh ajelah."

"Baik. Tunggu sini, abang pergi buat." Pinta Dato Idris. Lantas tangan isterinya yang masih berpaut pada lengan kanan ditolak perlahan sebelum dia bangkit berlalu ke ruangan dapur.

Kepala Datin Khadijah menjenguk sedikit. Setelah memastikan figura suaminya menjauh, dia mengeluh malas. Penat juga kalau kena berlakon setiap masa. Anak mata dijulingkan ke atas penuh menyampah.

"Malas betul aku nak hadap benda ni hari-hari." Desisnya.

Ting!

Tiba-tiba notifikasi daripada telefon berbunyi. Jelas menandakan ada satu mesej masuk. Tak tunggu lama, terus Datin Khadijah menarik beg tangan miliknya yang tersimpan telefon disitu.

Kening berkerut sesaat. Melihat nama yang dikenali terpapar di skrin, langsung saja ditekan. Automatik beberapa gambar muncul di dalam perbualan WhatsApp itu.

Matanya yang mengecil terus terbeliak.

Perempuan itu...

Masih hidup?

"Husna?" Tanpa sedar bibirnya menyebut nama itu. Sekonyong-konyong jantungnya diserang debaran yang tak enak. Bagaimana? Bagaimana dia boleh hidup?!

Menyedari ada mesej dibawah gambar, anak mata Datin Khadijah turun ke situ.

'I tengah bercuti dekat pulau Semporna.  Then I nampak Perempuan tu. Dia bukan anak you ke? Husna, kan? Kenapa dia jual buah kelapa?'

Bibir Datin Khadijah mengetap. Telefon digenggam kuat. Nampaknya tekaan Tan Sri Raqib itu benar. Ada orang yang telah selamatkan Husna dahulu. Tapi kenapa? Kenapa orang itu perlu masuk campur?!

Siapa dia?

Kemudian Datin Khadijah menekan satu gambar. Menampakkan Husna dan seorang lelaki berpakaian biasa sama-sama berdiri di atas bot, tubuh yang tinggi lampai itu sedang membongkok sedikit sehingga paras wajahnya terlindung disebalik kepala Husna.

Tak jelas.

Dari pandangannya, nampak seperti mereka sedang bercumbuan. Tapi takkan Husna seorang yang menjaga maruah mahu buat perkara tak senonoh seperti itu?

"Siapa lelaki ni? Kenapa dia nampak mesra dengan Husna?" Soal Datin Khadijah kepada dirinya sendiri.

Kepala menggeleng.

"Tak boleh jadi ni. Kalau Idris tahu, mahunya dia terbang ke Sabah sekarang juga untuk cari perempuan ni. Dan dah sah-sah si Husna akan cerita apa yang berlaku pada dia! Macam mana kalau aku kena cerai? Macam mana kalau jawatan aku dapat dekat Husna semula? Tak, tak boleh!" Kepalanya semakin serabut. Belum apa-apa lagi, dia sudah terbayang malapetaka yang bakal berlaku jika Husna balik ke darat semula.

Dia perlu buat sesuatu.

Sesuatu yang lebih gila daripada sebelum ini! Dan yang pasti, Husna tak boleh merampas jawatannya semula. Selamanya hotel Paredise itu milik dia.

Gambar itu ditenung buat kali kedua. Namun, lebih fokus pada lelaki yang sedang menunduk itu. Dalam masa yang sama, otak ligat memproses rancangan jahat.

"Dijah..."

Panggilan Dato Idris buatkan Datin Khadijah tersentak. Cepat-cepat dia menyembunyikan telefon ke belakang tubuh saat suaminya kembali melabuh punggung di sebelah.

"Nah, air teh." Katanya sambil menghulurkan secawan teh yang masih berasap.

"

Terima kasih, bang." Ucap Datin Khadijah, lantas cawan itu dicapai. Dititup-tiup dahulu sehingga airnya sedikit suam, barulah dia menghirup dengan perlahan. Sedikit sahaja sebelum ditaruh ke atas meja.

"Dijah tengok apa tadi? Abang tengok sampai berkerut muka?" Soal Dato Idris, sempat dia menangkap riak wajah isterinya semasa menuju ke ruang tamu tadi. Tertanya juga apa yang sedang dilihat.

Datin Khadijah tersenyum kekok. Aduh, apa dia nak jawab?

"Err..." kepala menunduk ke bawah. Macamlah disitu dia boleh dapat jawapan. Dan tak sampai beberapa saat, dia kembali mengangkat wajah. Tika ini, riak penuh bersalah dipaparkan. Ada senyuman jahat yang disembunyikan. 

"Rasa bersalah pula Dijah nak beritahu abang..." keluhnya. Buatkan Dato Idris makin tertanya-tanya. 

"Kenapa ni?"

Datin Khadijah melepaskan satu nafas. Berat sekali bunyinya.

"Tak bolehlah. Dijah tak nak lukakan hati abang. Abang dahlah tak sihat sekarang, kalah abang tahu..."

"Dijah." Tekan Dato Idris.  Bahu isterinya ditarik pusing menghadapnya. Muka tegang. Paling tak suka apabila seseorang menyembunyikan sesuatu daripadanya.

"Cakap saja. Kenapa? Abang nak dengar!" Desak Dato Idris. 

Sekali lagi Datin Khadijah mengeluh. Telefon yang disorokkan ke belakang tubuh tadi dikeluarkan semula.

"Abang tengoklah sendiri." Telefon dihulurkan dengan muka penuh pasrah.

Tak tunggu lama, Dato Idris mengambilnya. Terbuka sahaja skrin, terpapar jelas gambar Husna bersama seorang lelaki di atas bot.  Matanya membuntang. Terkejut bukan kepalang.

"Husna?!" Jerit Dato Idris.  Jantungnya berdegup dengan laju. Ya Tuhan, anak aku masih hidup!

"Ma... mana Dijah dapat gambar ni? Dia dekat mana?!" Terus pandangannya terhala ke arah Datin Khadijah.

"Kawan Dijah yang ambil gambar tu. Dia kata Husna jual buah kelapa dekat sana. Itulah yang Dijah takut nak beritahu abang. Entah-entah, selama ni... Husna ikut lelaki itu? Kalau dia dah tahu selamat, kenapa tak terus balik ke resort, kan?"

"Apa maksud, Dijah?" Dato Idris kurang faham. Keningnya berkerut.

"Ish, abang tengoklah gambar tu betul-betul..." jarinya menunjuk ke arah gambar itu.

"Tak nampak ke mereka tengah buat apa? Tengah buat sesuatu yang tak senonoh! Sudahlah bertudung, selepas itu bercium dekat tempat terbuka macam itu. Bercinta pula dengan lelaki miskin...  ya Tuhan, ini kalau pihak media nampak, apalah yang mereka akan cakap?" Datin Khadijah buat-buat memicit kepala.

Tatkala Dato Idris terdiam seribu kata. Gambar itu ditenung lama. Memang benar, dia nampak Husna sedang bercium dengan lelaki miskin itu.

"Entah-entah semua ni rancangan, Husna?" Datin Khadijah bersuara lagi, menarik perhatian suaminya kembali.

"Dia memang dah rancang untuk lari duduk bersama lelaki itu. Yalah, masa itukan kita tengah bergaduh dengan dia. Jadi sebab itulah dia buat-buat jatuh daripada bot. Supaya lelaki itu datang ambil dia dan bawa lari! Senang mereka nak bercinta. Kalau tak, macam mana lelaki itu boleh ada tepat pada masanya Husna hilang? Betul tak, bang?"

Dato Idris tidak punya jawapan. Kelu lidahnya saat ini. Apa yang Datin Khadijah katakan tidak kedengaran mustahil ditelinganya. 

"Kita punyalah risaukan dia, tapi dia boleh pula berseronok dengan lelaki tu. Sampai hati dia buat abang macam ni. Selepas itu menyusahkan semua orang!" Sambung Datin Khadijah lagi. Sengaja mahu menabur minyak, agar hati orang tua itu  makin panas.

Bibir Dato Idris mengetap. Geram. Kepalanya tertunduk memandang telefon yang dipegang. Jika benarlah Husna sanggup larikan diri semata-mata kerana jantan ini...

Dia takkan maafkan. Perbuatan Husna, harus dihukum.

"Abang rasa kita patut booking tiket flight ke Sabah dengan segera. Kita patut bawa Husna balik. Abang tak boleh biarkan dia terus bersama dengan lelaki pulau ni." Katanya dengan suara bergetar, jelas sedang menahan perasaan amarah di dada.

Datin Khadijah mengoyak senyuman.

"Nanti Dijah cari flight tiket ke sana."












                      
                    HUSNA menarik nafas dalam-dalam sambil mata dipejam. Kedua belah tangannya elok memeluk lutut, menghadap ke arah pemandangan pulau Muhang yang sentiasa disinari keindahan merah bercampur jingga. Dia rasa tenang disini. Dengan angin laut yang menyapa kulit wajahnya buatkan dia lebih nyaman.

Bolehkah selamanya dia mahu disini?
Jauh daripada segala masalah yang sentiasa menganggu fikiran.

"Nah, air kelapa." Buah kelapa disua ke arah Husna yang duduk di hadapan bot. Dia melabuh punggung disisi. Sama-sama menebarkan anak mata ke hadapan sana. Mengamati ciptaan yang Maha Esa.

Air kelapa disedut sedikit. Pergh, terus hilang dahaganya.

"Sedapnya dapat minum air kelapa sambil tengok pemandangan macam ini.  Lagi best kalau boleh pergi hari-hari. Tidak pun... kita stay satu malam dekat sini? Tengok pemandangan waktu malam pula. Mesti banyak bintang, kan?" Ujar Husna, dia memandang Lanun disisi. Tanpa sedar, kata-katanya menimbulkan senyuman dibibir Lanun.

"Kita?" Soal Lanun. Dia tak dengar yang lain, dia cuma dengar perkataan 'kita'. Itu lebih menarik ditelinganya. Pandangan turut beralih ke arah Husna.

Mata saling bertemu.

Husna terdiam. Mukanya membahang. Termalu sendiri. Terus kepala menunduk memandang buah kelapa ditangan, buat-buat sedang mengacaunya. Padahal, dalam fikiran sudah tak tentu hala apabila Lanun masih merenung dia dengan pandangan  yang dalam.

Ish, macam manalah aku boleh terlepas cakap kita? Gerutu Husna di dalam hati.

Lanun tersenyum nipis. "Aku boleh tunaikan apa yang kau nak."

K

ening Husna terjongket sedikit. Terus dia berpaling memandang Lanun. Seriuslah?

"Dekat sini memang banyak bintang malam-malam. Angin pun sejuk. Memang aman sangat kalau dapat tidur." Kata Lanun.

Kening Husna berkerut sesaat. Gaya Lanun bercakap, serupa pernah tidur semalaman disini?

"Awak pernah tidur dekat pulau ni sorang-sorang ke?" Soal Husna serupa tak percaya. Sedangkan Lanun mengangguk, mengiyakannya.

Husna terkesima. Mulut melopong. Terkejut.

"Kan aku pernah beritahu sebelum ni, aku selalu datang seorang diri dan melepak dekat sini bila tertekan. Jadi aku juga pernah bermalam."

"Awak tidur atas bot ni?" Soal Husna lagi, siap menunding jari di atas bot yang mereka sedang naik sekarang. Persoalannya, selesakah tidur di atas bot yang tiada bumbung ini? Kalau ada ombak, mahunya terkena tempiasnya.

Lanun tidak menjawab. Sebaliknya hanya tersenyum sebagai satu jawapan. Macamlah dengan senyuman itu, Husna boleh mentafsir sendiri.

"Selesa ke? Tak kena percikan ombak?"

Lanun menggeleng. Bila teringatkan balik, tempat tidurnya sangat selesa. Sekelilingnya dilengkapi keselamatan. 

"Kalau awak tanya saya, tempat macam ni... seeloknya kalau nak bermalam kena ada yacth. Dia macam bot, tapi lebih besar. Ada tempat tidur, ada tandas, ada dapur kecil... senang cerita semuanya lengkap. Barulah seronok!"

"Ya ke?" Lanun buat-buat tak tahu. Dalam diam, dia menahan bibir daripada ketawa.

Husna mengangguk. "Saya teringin nak beli yacth. Saya nak ada yacth saya sendiri supaya boleh berlayar ke mana-mana aje. Tapi awak nak tahu harga yacth paling murah berapa?" Soal Husna, dia begitu senang bercerita saat ini. Tambah lagi bersama Lanun. Dia rasa selesa.

"Berapa?"

"Paling murah yang saya tahu, sepuluh juta ringgit. Walaupun saya anak Dato, tapi... gaji saya belum cukup sepenuhnya untuk memiliki yacth. Tapi saya tetap tak nak putus asa. Balik aje ke darat nanti, saya nak sambung kumpul duit." Ujar Husna. 

Kepala Lanun terangguk-angguk.  Faham. Dia suka dengan sikap Husna yang tidak mudah mengalah.  Itu adalah ciri-ciri orang yang berjaya. Kemudian, dia melemparkan pandangan ke hadapan bersama satu keluhan.

Riak wajahnya bertukar kosong ketika ini. "Kalau kau kahwin dengan orang kaya, mesti kau akan dapat apa yang kau nak, kan?"

Husna tersentak. Alamak, luahan dia tadi buatkan Lanun terasakah? Mungkin kerana Lanun tahu bahawa dia tak mampu tunaikan permintaan mahalnya.

Pantas Husna geleng kepala. "Saya tak kesah lagi pasal kaya atau miskin. Saya cuma cakap apa yang saya nak selama ini. Awak janganlah risau, saya takkan minta benda mahal dekat awak. Saya janji!" Ucap Husna, siap mengangkat sebelah tangan tanda dia berjanji. Tidak akan tarik balik. Moga-moga janji ini, dia dapat pegang sampai ke akhir hayat.

Lanun yang tidak mampu menahan tawa akhirnya terletus juga dibibir. Comel pula apabila Husna kelihatan cuak apabila buat dia kononnya terasa hati.

"Kau comel, Husna..." Puji Lanun begitu selamba. Tepat merenung wajah Husna dengan senyuman manisnya.

Makin merah pipi Husna tika ini. Tak dapat disembunyikan lagi. Hati terasa disinari pelangi.

"Aku dah janji dengan kau, aku takkan buat kau rasa menyesal. Jadi kau tak perlu risau. Kau tak minta pun, aku sendiri akan tunaikan." Kata Lanun, serius. Langsung tiada riak wajah berkerut yang sedang bermain dengan Kata-katanya.

Husna mendecik kecil. "Kenapa pula awak nak tunaikan walaupun saya tak minta?" Soal Husna. 

Lanun mendekatkan jarak. Husna kaku. Pegun ditempatnya. Dengusan nafas Lanun kedengaran jelas di tepi telinga sebelum suara itu berbisik dengan perlahan. 

"Sebab aku tak nak kau pandang lelaki lain." Bisiknya. Kemudian kembali menjauhkan jarak.

Husna ketawa. Ketawa penuh bahagia.
Bahkan, kepalanya siap tergeleng-geleng.  Aduhai, sebab itu sahajakah?

"Ada-ada ajelah awak ni, Lanun..."

"Aku tak main-main, Husna." Tekan Lanun. Dia tak mahu Husna menganggap dia bergurau. Apa yang dimaksudkan tadi, benar-benar dari dalam hatinya. Jika itu membahagiakan Husna, maka itulah yang dia akan lakukan.  Agar Husna kekal bahagia bila bersamanya. Dan mustahillah ada pilihan kedua selepas itu.

"Aku nak hidup dengan kau sampai ke akhir nafas aku. Jadi selagi aku hidup, aku nak tengok kau bahagia. Aku nak tengok senyuman kau. Sebab aku betul-betul gilakan senyuman kau." Luah Lanun.

Husna tergelak. Oh, gilakan senyuman ya...

"Sekarang pun awak boleh dapat kalau nak?" Sengaja Husna menawarkan perkhidmatan percuma. Buah kelapa dipeluk.  Bibir ditahan daripada tersenyum.

Lanun mengecilkan mata. Benarkah? Dia akan tuntut sampai dapat. Jangan harap Husna boleh tarik balik permintaan dia nanti.

"Jadi senyumlah." Pinta Lanun.  Dia memusing badam menghadap Husna. Mahu lihat puas-puas senyuman yang Husna akan tayangkan kepadanya. Tak mahu terlepas sedikit pun.

Pipi Husna memerah. Malu pula apabila Lanun merenung dia lama-lama begitu. Tidak mahu buat Lanun tertunggu-tunggu, lantas Husna pun melemparkan senyuman paling manis yang dia ada. Tak lama. Cuma sepuluh saat sebelum ia menyenget pula.

"Dah, puas?" Soal Husna. Dia menjongket kening.

Namun, Lanun menggeleng.  Matanya masih melekat pada laman wajah Husna yang baginya lebih menarik.

"Aku lebih jatuh cinta dengan senyuman kau berbanding pulau ni sebenarnya." Pujinya. Seakan menanam kebun bunga di dalam hati Husna. Biar ia mekar menjadi satu taman yang indah, supaya dia boleh terus berada disitu.

Dan akhirnya mereka sama-sama melepaskan tawa. Berkongsi cerita, mengamati pemandangan pulau muhang sehingga matahari ditenggelami air laut biru jernih ini.
Satu-satunya detik paling bahagia yang takkan pernah dilupakan.

"Cukuplah untuk hari ini, kita kena balik sekarang. Hari makin gelap."

Продовжити читання

Вам також сподобається

1.5M 48K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
VIRTUAL Від قير

Фентезі

18.5K 392 4
[Fantasy + Adventure] Tahun 3091 di mana dunia sudah semakin maju. Wujudnya permainan virtual reality arena competition iaitu sebuah permainan berkon...
137K 1.9K 6
PUBLISHED UNDER Mangosteeen Publication © Tajuk di pasaran : Pada Subuh Yang Membawaku Pergi BOOK #1 of 𝕱𝖗𝖎𝖊𝖓𝖉𝖘𝖍𝖎𝖕 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 AWARD #2...
Enemy to Lover Від MatchaSquare

Підліткова література

2.2K 187 29
-Haider Fahreen- Seorang jejaka yang popular di sekolahnya dan handal dalam bermain badminton. Juga bagus dalam akademik dan mendapat Top 1 serta men...